"Jangan nak tunjuk perangai bitchy awak eh!"

Romance Completed 6578

Sambil melompat riang, Bella atur langkahnya ke cafeteria dimana pelajar biasa berkumpul dan drama berlaku. Siap dengan teropong tergantung di leher, buku nota dan pen tersemat kemas di tangan lagi tu. Sepertinya Miss Stalker ini datang ke situ bukan sekadar untuk makan sahaja.

"Hail to the queen..."laung Bella dengan girang sewaktu berdiri di depan pintu cafeteria dengan kedua-dua tangan di depa ke udara dan mata terpejam.

Niat dia adalah untuk menerima sorakkan atau something like that. Tapi nampaknya hasratnya tidak tercapai. Mereka semua dekat sini, boring!No jam at all.

Seperti bunyi cengkerik minta laluan, laungan Bella langsung tidak di balas, malahan pelajar yang ada di dalam cafeteria hanya buat tak nampak. Dah terbiasa dengan sikap dramatic pelajar tahun akhir bernama Arabella Luisa itu. Jadi mereka tak peduli atau susahkan diri untuk menyahut.

"Hell for the b*tch!"sahut seseorang dari belakang.

Well, nampaknya bukan semua orang!

Bella tersentak, dia terus melompat terkejut sewaktu berpaling. Sekali dia toleh, berdirinya sekumpulan pelajar lelaki beruniform khas dengan smart berdiri di situ.

Menyedari siapa yang menyahut seruannya tadi terus mencekak pinggang Bella bersama kening mencerun geram.

Grrr! What a mood spoiler!

"Apa awak cakap tadi?"soal Bella pada seorang dari ahli majlis pelajar di depannya. Pendek ceritanya bukan lelaki ni saja tapi semua orang dalam persatuan majlis pelajarnya macam Prick Cactus yang dijemur dekat tengah gurun Sahara! Buat panas hati je menghadap.

"Kau halang laluan aku! Dah tak ada tempat lain ke nak berdrama?"sentap Damien dengan renungan tidak suka dia pada Bella, gadis pelik yang suka bawa teropong dan kamera ke hulu dan hilir akademi ini.

Banyak-banyak aduan yang bertimbun dalam fail semuanya ada nama Bella. Dan semua aduan itu bertajuk 'Bella si Stalker' di setiap kertas.

Bella berdecit menyampah, terus dia silangkan tangan ke dada.

"Jangan nak tunjuk perangai b*tchy awak dekat saya eh!Ingat awak tu bagus sangat ke." balas Bella sambil mematai Damien atas hingga ke bawah. Serius beritahu lelaki depannya ini sememangnya boleh membuatkan mana-mana gadis terliur. Tapi mengenangkan sikap bitchy lelaki ni buatkan selera Bella mati.

Damien menjuling mata menyampah. Rasa macam nak bagi Bella makan kasut mahal dia ni pun ada.

"Tepi..!"arah Damien dengan tegas.

"Geez...jalan bukan main besar, laluan ni jugak awak nak guna...dasar lelaki prick!"gerutu Bella sambil menjuling mata dan bergerak ke tepi untuk beri laluan pada Damien dan kawan-kawan lelaki itu.

Damien yang dengar menjeling jengkel ke arah Bella. Sebab ini lah dia setuju sangat dengan peraturan yang ditetapkan oleh presiden pelajarnya.

Peraturan yang buatkan semua lelaki dalam akademi ni anti pada pelajar perempuan dekat sini. Terutama sekali perempuan bernama Bella ni!

Damien tak jadi nak jalan malagh dia mencekak pinggang marah."Sorry?"soal Damien yang mahu Bella ulang balik perkataan akhir tadi.

"Awak dimaafkan..."kata Bella dengan nada berlagaknya. Kalau lelaki ni boleh buat perangai menyakitkan hati macam kaktus. Dia pun boleh.

"Aku bukan minta maaf. Kau ulang balik apa kau cakap tadi!"deram Damien sambil mengepal penumbuk menahan sabar dia bersama dada naik turun hendak hilang sabar.

Bella berdengus menyampah, terus dia selak rambut dia ke belakang bahu seperti perempuan gedik terlebih hormone. Saja dia buat perangai macam tu. Nak annoyingkan Damien.

"Haha..no freaking way saya nak ulang balik. Awak ingat saya ni kaset yang boleh rewind sesuka hati."balas Bella sebelum melangkah pergi dari situ dengan langkah bersahaja dia.

Mulut Damien ternganga sedikit semasa dia pandang belakang badan Bella. Matanya dikecilkan kerana hilang sabar.

"Grrr...perempuan tu kan...haish!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience