"Awak ingat saya ni kaya macam awak ke..."

Romance Completed 6578

Persekitaran akademi sejak sukaneka yang lalu telah membuatkan perang dingin di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan akademi Crimson Highy perlahan-lahan pudar.

Tiada lagi suasana tegang atau kekok setiap kali pelajar lelaki dan pelajar bertembung. Yang dulunya kalau bersemuka saja pasti ada yang tarik muka. Namun kini telah berubah menjadi senyuman nipis dan anggukan menyapa. Ada yang berborak sesama mereka tanpa rasa takut atau teragak-agak seperti dulu.

Bella yang menyedari hal itu berasa senang hati kerana rancangannya perlahan-lahan menjadi. Diwaktu pelajar akademi menikmati masa tenang dan berbaik mereka, lain pula yang terjadi di antara Bella dan Villius.

Konflik Bella dan Villius semakin serius. Sejak hari sukaneka itu Villius tidak habis-habis hendak menyusahkan Bella. Bella yang jenisnya tak suka mengalah, turut menyusahkan Villius.

"Kau gila ke perempuan!"jerkah Villius di depan Bella sekuat hati. Tidak peduli akan mata pelajar yang melihat pertengkaran mereka itu. "Kau siram cat dekat kereta aku?!"

"
"Awak yang mulakan dulu."jawab Bella dengan tangan bersilang di dada dan pandangannya terarah pada deretan lokar yang berada di belakang Villius.

"Aku takkan mulakan kalau kau tak buat sepah dalam bilik umum aku dengan letakkan semua katak-katak tu dalam bilik aku!"bentak Villius.

"Dan sebelum tu awak tak sepatutnya kotorkan lokar saya dan rosakkan semua barang dekat dalam tu! Awak ingat saya ni kaya macam awak ke nak beli semua buku dan barang-barang tu sekali lagi!"marah Bella pula.

Lucy dan Yuta yang berada di situ memandang Villius dan Bella silih ganti. Tidak tahu hendak buat apa. Dua orang di depan mereka itu sama-sama kuat, sama-sama degil dan keras kepala.

"Itu sebab kau buat aku jengkel dengan perangai mengada-ngada kau tu!"tengking Villius.

Kening Bella mencerun."

"Saya takkan jengkelkan awak sekiranya awak tak menjengkelkan saya dengan idea tak masuk akal awak tu!"dengking Bella pula yang sudah berdiri di depan Villius. Kacak kepala bana! Menyakitkan hati macam duri landak ada la!

Entah macam mana lelaki ni boleh wujud dekat muka bumi ni!

Villius bergerak hendak dekati Bella, namun Yuta menghadang lelaki itu.

"Villius sudah..."minta Yuta yang berdiri di depan Villius menolak dada lelaki itu supaya menjauh dari Bella.

Renungan maut Villius terarah pada Yuta. Membuatkan Yuta tunduk memandang ke bawah sebab terkejut dan takut pada masa yang sama. Yuta undurkan diri ke tepi.

Villius mengetap rahangnya dengan kuat.

"Suka atau tak peraturan tu akan kekal selamanya dalam sistem akademi ni. Nak berapa kali aku beritahu kau tentang hal ni!"kata Villius dengan urat leher tegang.

Bella mengepal penumbuk menahan sabar. Dia mengetap gigi sekuatnya. Pandangan dia mencerun tajam.

"Jangan disebabkan perasaan awak, awak lampiaskannya pada semua orang dekat sini! Mereka ada hak untuk bersama dengan sesiapa dan bergaul dengan sesiapa. Bercakap dengan sesiapa tanpa risau. Idea gila awak ni langsung tak membantu! Apa yang susah sangat dengan awak ni?"Bella pula yang mahu mendekati Villius. "Still tak boleh nak move on?"bisiknya setelah itu.

Lucy tersentak terus dia capai lengan Bella dan menarik gadis itu jauh dari Villius.

"Kau cakap apa ni Bella?""desis Lucy separa berbisik.

Mata Bella tidak beralih dari Villius.

Sementara Villius yang tidak mahu kalah ikut berlawan mata dengan Bella.

"Like I thought."sengihnya penuh kemenangan.Bella berpaling dari situ dan melangkah pergi dari situ dengan langkah penuh yakin dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience