Knock!Knock!
Kepala Aron terjengul di celah kuakan pintu sebaik dia ketuk dan buka pintu, lelaki itu mengintai lihat ke dalam bilik dimana Bella sedang terbaring dengan I.V drip tergantung di tepi katil.
"Kau tidur?"sapa lelaki tu sambil berjalan masuk dengan dulang berisi mangkuk bubur, gelas berisi air kosong dan ubat demam untuk Bella.
Mata Bella bergerak ke arah Aron dimana lelaki itu sedang jalan keliling katil untuk tiba di sebelah katil. Keningnya berkerut sewaktu meneliti Aron yang masih mengenakan kemeja dan bertali leher itu.
"Bila kau sampai sini?"tanya Bella dengan suara serak sakitnya. Dia diserang demam panas kerana tekak dia mendapat jangkitan sehingga membuatkan dia batuk dan hilang suara.
Aron tunduk meletakkan dulang di almari sebelah katil sebelum bongkok ke Bella untuk bantu adiknya bangun dari baring. Dia tarik Bella supaya duduk melunjur sementara belakang gadis itu disokong dengan timbunan bantal.
"Macam mana kau tahu aku sakit?"tanya Bella lagi sewaktu Aron menolak dia supaya sandar ke belakang dimana bantal-bantal telah siap disusun untuk keselesaannya sewaktu bersandar. "Wei!""Bella tampar lengan Aron. "Kau dengar tak?"dia jengkel kerana Aron buat tak tahu dengan pertanyaan dia sejak tadi.
"Kau tahu pukulan tu menyakitkan jugak untuk orang sakit macam kau ni."seloroh Aron sewaktu duduk di tepi Bella lalu mengambil mangkuk berisi bubur panas dari dulang lalu di pegang dengan tangan kanan. Sambil dia tiup untuk dinginkan bubur itu, tangan kirinya mengacau lembut bubur tersebut.
"Dah tu, aku tanya kau buat tak tahu..." sungut Bella dengan suara seperti tayar pancit.
Aron angkat kepala. Memandang Bella dengan sudu siap disenduk bubur dalamnya.
"Mama call aku semalam. Mulanya dia nak tanya khabar aku dekat sana. Sekali aku dengar papa beritahu kau demam..""Aron suakan sudu itu ke mulut Bella dengan berhati-hati.
Bella membuat muka menyampah dia.
"Psst...acah jadi abang mithali lah ni."cebik Bella sebelum membuka mulut dan membiarkan Aron menyuapkan bubur itu. Dia telan bubur itu dengan susah payah sebab tekak dia sakit.
Jadi setiap kali dia telan sesuatu, ianya ibarat seperti tekaknya digesek dengan kertas pasir.
Kerutan di kening Bella buatkan Aron jatuh kasihan. Adik bongsunya jarang sakit. Jadi kalau dah sakit, sakitnya betul-betul serius dan teruk.
Aron senduk bubur yang dia masak sendiri menggunakan resipi yang dia ikut dari youtube tadi. Sejurus dia keluar dari pejabat yang berada berpuluh kilometre dari kediaman ibubapanya, Aron terus ke rumah. Dan sesampai saja dia di rumah Bella tidur di dalam bilik, sendirian dalam rumah sebab ibubapanya terlalu sibuk untuk ambil cuti. Tanpa mengejutkan Bella, Aron terus masakkan bubur tersebut.
"Kau kan, sakit ke tak, mulut tu tetap becok macam murai kan?"soal Aron bernada jengkel sewaktu menyenduk bubur pada sudu lalu disua ke mulut Bella.
Bella membuka mulut dan makan bubur itu dengan kening berkerut saat menelannya. Setelah itu dia pandang Aron dengan muka menyampahnya.
"Kau masak bubur ni?"soal Bella.
"Ha'ah..asal?Tak sedap?"soal Aron yang membongkok ke dulang untuk capai gelas berisi air kosong. Dia bawakan gelas itu pada Bella sebab kasihan lihat Bella bergelut hendak menelan.
Dalam keadaan menggigil hendak mencapai gelas itu Bella tarik tangan Aron dekat supaya gelas tu hampir pada bibirnya sambil dipegang oleh Aron.
"Well it not that bad for lazy man like you.." komen Bella sewaktu hendak minum.
Aron yang dengar hanya membuat muka menyampah. Dah lali dengan sikap loyar buruk adiknya itu.
"Well thank you."balasnya tak ikhlas
Setelah Bella menyisip sedikit air suam itu, Aron meletakkan semula gelas ke dalam dulang. Dia kembali suap sudu ke tiga buburnya.
Bella bersandar letih ke belakang.
"Kau tahu,kau tak payah susahkan diri ke sini. Aku boleh jer uruskan diri...""kata Bella dengan rasa serba salah. Yalah abang dia ni sibuk. Lelaki itu baru sahaja hendak stabilkan dalam kerjaya. Duduk jauh untuk berulang alik ke sini sangat memenatkan. Taku menganggu jadual dan kerja Aron pulak kalau Aron asyik ulang alik ke sini.
Aron mendekatkan sudu ke mulut Bella yang kering merekah dah pucat lesi itu lalu dituang bubur itu dengan sedikit demi sedikit ke dalam mulut Bella.
"Kerja tu kerja, family kena di utamakan jugak."balas Aron dengan serius.
Bella menarik sengih sambil menjuling mata menyampah.
"Pweassse lah...jangan nak tunjuk sikap gentlemen kau dekat aku boleh tak. Geli wei." gadis itu membuat badan seperti kegelian.
Aron yang dengar ketawa kecil, mana tidaknya. Mereka berdua ni jarang tunjukkan affection di antara satu sama lain kecuali bertekak dan berkasar sewaktu bergaul.
Jarang mereka dua beradik bermesra seperti adik beradik lain. Bagi mereka, mengutuk, mendaajal, berkata kasar dan bergurau senda kasar adalah cara mereka tunjukkan kasih sayang.
"Berapa lama kau dah ada dekat sini?"soal Bella menolak tangan Aron masa Aron mahu menyuapkan dia bubur lagi. Dia tak boleh nak telan lagi. Sakit. "Mama dengan papa ada dekat rumah tak?"
Aron meletakkan mangkuk bubur di atas dulang lalu mencapai tisu basah dari peket yang dibawa dari dapur tadi. Sehelai tisu putih yang basah di keluarkan dari peket itu lalu di bawa ke mulut Bella.
"Tak adalah lama mana. Tiga jam macam tu. Masa aku keluar rumah memang kosong. Mama dengan papa busy macam biasa...takkan la tak tahu lagi.." jawabnya sambil mengesat bibir Bella.
Lumrah kehidupan sebagai anak yang mempunyai ibubapa yang workaholic. Tak boleh nak salahkan mereka. Sebab apa yang mereka buat semua itu demi anak-anak dan masa tua mereka nanti.
"Baliklah sana...kesian kau. Esok kerja, tak rehat tak apa, terus jaga aku..."halau Bella sambil menggerakkan kaki yang dilunjur ke depan pada tepi silaan kaki Aron. "Shoo...pergi sana..."sepaknya.
"
Aron letak tisu basah yang digunakan tadi ke dalam dulang makanan sebelum capai peket ubat Bella pula. Dia keluarkan dua biji pil dari peket plastic itu sebelum meletakkannya ke tapak tangan Bella.
"Aku okay jer. Lagipun aku dah apply cuti dua hari..."jawab Aron.
Bella capai ubat itu lalu ditelan dengan muka berkerut menahan sakit. Pada masa yang sama Aron sua gelas berisi air suam tadi ke mulutnya. Tanpa membuang masa Bella terus teguk air itu.
Setelah selesai Bella melepaskan hela nafas lega.
"Kau cuti?"tanya Bella terkejut mendengarnya
"Aron mengangguk kepala.
"Asal?Kau ni...tak payah la cuti. Esok kerja. Jangan nak menyemak depan mata aku!"marah Bella main-main.
Tanpa amaran Aron terus menggeliat lalu tumbang ke belakang. Dia baring di atas kaki Bella.
"Huargh...ngantuknya."nguap lelaki itu betul-betul sampai air mata keluar dari tepi mata.
Bella tendang badan Aron turun dari kakinya.
"Annoying betul."sungutnya namun dalam hati Bella berterima kasih dan syukur. Kerana tak kiralah menyakitkan hati dan menjengkelkan mana sekalipun sikap Aron padanya, abangnya itu tetap ambil berat terhadapnya.
Tengah malam kemudiannya...
Lena dia terganggu bila dia terdengar bunyi sesuatu mengetuk-ngetuk permukaan cermin balkoni bilik dia. Terpisat-pisat bangun membuka mata, Bella gerak mengiring ke kanan untuk menghadap balkoni dia. Dan bila mata dia buka sepenuhnya Bella nampak kelibat seseorang berhoodie hitam sedang berdiri dekat luar pintu slidding door dia.
Terkejut ingatkan itu perompak Bella bangun dari baring dia dengan mata terbutang luas. Niat dia nak jerit, sekali bila orang tu turunkan hood dari kepala dan dedahkan wajah sebenar, Bella tak jadi nak jerit.
"What the hell?"gumamnya semasa turun dari katil dan mendekati slidding door itu. Dengan senyap dia buka kunci lalu menolak slidding door itu ke kanan.
"Hei."sapa lelaki tu sewaktu berjalan masuk ke biliknya.
Bella tilik lelaki lampai depan dia atas bawah dengan muka pucat tak sihat dan terkejut lepas bangun tidur.
"Apa awak buat dekat sini?"bisik Bella masa tutup semula slidding door tu.
"Kau tak datang akademi."jawab lelaki tu masa gerak ke katil lalu duduk di atasnya.
"Duhh...I'm sick. What do you think?" balas Bella semasa mendekati katil dia dan berdiri di depan lelaki itu.
"Aku tahu sebab tu aku ke sini.."lelaki tu dongak memandang Bella.
"Better awak balik sekarang. Macam mana kalau parents saya tahu?"
Lelaki tu cuma tersenyum. "Biar dia orang tahu.."terus dia tarik Bella ke arahnya dan menumbangkan Bella ke atas katil.
"Mak!"jerit Bella dengan perlahan semasa lelaki itu berada di atasnya. "Apa ni..bangun la."bisik Bella sambil tolak dada lelaki di atasnya supaya bangun darinya.
"Shhh..."bisik lelaki tu dengan lembut. "I miss you."dia tunduk mendekati wajah Bella dengan senyuman boyish di bibir.
Bella menelan air liur masa pandang mata tu.
"Awak nak buat apa?"bisik Bella sewaktu pipinya di usap lembut dengan jari lelaki itu. Sampai meremang bulu roma dia dibuatnya.
"Bagi ni..."Lelaki tu kucup dahi Bella lembut-lembut sampai terpejam mata Bella. Setelah itu bibirnya turun ke bibir Bella.
Bella tersengih suka. Dia lingkarkan tangannya ke sekeliling leher lelaki itu dan membalas kucupannya.
Share this novel