"Saya Vennessa.."

Romance Completed 6593

Disebabkan kemasukan pelajar pertukaran masuk pada hari Isnin, pagi itu semua pelajar sesi pagi dan sesi petang berkumpul menghadiri sesi perhimpunan selama dua jam di dewan umum seperti kebiasannya.

Dekan iaitu Puan Dania sendiri yang memperkenalkan kesemua pelajar pertukaran seorang demi seorang di hadapan pentas. Seusai perhimpunan itu, para pelajar di lepaskan untuk masuk ke kelas masing-masing.

Sewaktu kelas lain meraikan kedatangan pelajar pertukaran dengan senang hati dan gembira. Lain pula ceritanya dengan kelas tahun akhir dimana Damien dan Villius berada.

Suasana kelas tahun terakhir kelas 5 itu senyap sunyi apabila melihat pelajar perempuan yang berdiri di depan kelas.

Ibaratnya seperti mereka baru melihat orang mati hidup semula. Lima tahun pelajar perempuan itu menghilang dan muncul secara tiba-tiba di situ, siapa yang tidak terkejut.

Bersama senyuman manis di bibir pelajar perempuan itu bersuara. "Hai semua. Apa khabar...gembira dapat berada di sini. Ianya adalah satu kebesaran buat saya untuk berada di sini. Sekali lagi. May not may yes you already know me. Saya Venessa..dari Akademi Dumstrang High.""sapa gadis itu sewaktu melirik ke arah Villius yang segak bervest kait warna hijau lumut di luar sementara di dalamnya dikenakan kemeja putih.

Villius yang bertentang mata dengan Venessa mengetap rahang sekuatnya sebelum palingkan muka ke arah lain.

"Baiklah. Sampai disitu sahaja sesi suai kenal kita. Kamu boleh berbual lebih lama lagi selepas kelas kita tamat. Buka buku teks dan hantar latihan yang saya serahkan semalam." sampuk Sir Kyle tidak lama kemudian.

Vennessa menarik kerusi di meja kosong bersebelahan dengan meja tempat Damien dan Villius duduk. Gadis itu curi-curi lihat wajah Villius yang sedikit pun tidak menunjukkan reaksi terhadap kehadirannya di situ. Terus dia kembali memandang ke depan kelas dengan muncung di bibir.

Damien memandang ke depan dan pada masa yang sama dia berbisik pada Villius.

"Kau tahu dia akan ke sini?"tanya dia perlahan.

Villius tunduk memandang buku sewaktu duduk tegak tanpa sandar pada kerusi mahupun meja. Pandangan serius dia terarah pada butiran dalam muka surat buku teks.

"Tahu."jawab Villius dengan pendek. Mesti lah dia tahu. Lepas senarai pelajar secara rasmi diberikan ke akademi, Villius la orang pertama yang dapat tahu senarai tu. Jadi Villius sedia maklum siapa saja yang bakal masuk ke akademi sebagai pelajar pertukaran.
"
"Kau tahu tapi tak buat apa-apa?"Damien palingkan kepala ke sisi. Memandang terkejut ke Villlius.

"Urusan dia di sini bukan urusan aku...jadi fokus terhadap kerja kita..dan pedulikan yang lain..."ujar Villius dengan dingin dan mendatar.

Damien menggeleng kepala tidak pasti. "Entah kenapa aku dapat rasakan sesuatu yang tak baik akan berlaku...""keluh Damien dengan perlahan.

Villius tidak bersuara. Sedang dia memandang buku, telefon yang diletakkan depannya bercahaya. Memaparkan skrin telefon dimana gambar dua tangan saling berpegangan kelihatan. Notifikasi masuk. Memaklumkan mesyuarat dibatalkan.

"Mestilah batal...sekarang musim sejuk, kau harapkan perkembangan apa..."keluh Villius sendirian setelah mendapat pesanan dari Bella.
"Huh?Kau cakap apa?"tanya Damien di sisi.

"Tak ada apa-apa."balas Villius dengan dingin.
Damien memandang pelik ke Villius. Sejak Bella tidak ganggu hidup kawannya ini, Villius kelihatan dingin dan perenggus. Hal itu buatkan Damien risau dan kebingungan tidak tahu nak buat apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience