"Baik Mr. Complicated!"

Romance Completed 6578

Keesokan harinya, Villius masuk ke akademi dengan mood grumpynya. Dari masuk ke kelas sehinggalah tamat waktu kelas. Semuanya serba tidak kena buat lelaki itu.

Sesiapa yang bertembung dengan Villius habis di maki hamun. Tak cukup dengan tu, kalau ada yang buat salah atau terlanggar atau terpandang lelaki tu tanpa sengaja serta merta akan di marahi tanpa sebab.

Pendek ceritanya satu hari tu, Villius tak ada mood langsung!

Pintu bilik itu ditolak dengan kasar ke dalam sebelum dia berjalan masuk ke dalam dan menghempas buku dan fail ke meja dengan kasar.

Bunyi hempasan kasar pada meja itu membuatkan mereka yang sedang melakukan kerja masing-masing terkejut.

Damien yang sedang membawa cangkir berisi kopi dekat pada mulut, menumpahkan air itu ke pakaian. Membuatkan dia tersentak lalu menolak kerusi ke belakang akibat terkejut dengan cecair panas itu.

Yang sedang menulis terconteng kertas, yang sedang memegang buku terlepas pegangan sebelum memandang ke arah lelaki yang berdiri dengan tangan mencekak pinggang. Menghadap jendela bilik umum itu.

"What the f*ck was that for Villius?"tanya Damien dengan kening berkerut. Marah kerana Villius telah mengotorkan kemeja dan seluarnya kerana terkejut. "Perlu ke kau hempas-hempas macam tu..."

Villius hanya mendiamkan diri. Lelaki itu diam memandang pemandangan luar bangunan itu dengan kening mencerlung tajam.

Damien mendekati meja kerja Villius sewaktu dia tunduk membersihkan kotoran pada kemeja dengan tisu basah.

"Kenapa?Apa yang berlaku?Tak pernah-pernah kau marah macam ni?"tanya Damien ingin tahu.

Hairan Damien dengan kawannya yang seorang ni. Villius seorang yang tenang dan dingin tanpa ekspresi. Tapi kebelakangan ni Villius dengan sewenangnya mempamerkan emosi sesuka hati di depan semua orang. Semua it buatkan Damien tertanya-tanya apa sebabnya Villius begini.

"Apa rancangan hari ni?"tanya Villius yang kembali kepada sedia kala seperti tiada apa-apa telah berlaku. Dia menarik kerusi lalu didudukinya. Membuka fail yang berada di atas mejanya. Lalu di selak sehelai demi sehelai kertas di dalam fail tersebut.

Damien buat muka pelik. See..sekejap macam ribut, sekejap tenang macam air. Bipolar betul!

"Tak ada apa-apa...Cuma nak buat persediaan sempena sukaneka minggu depan."jawab Damien.

"Kalau macam tu adakan meeting dengan kelab kebudayaan dengan persatuan pengurusan majlis akademi..."arah lelaki itu yang membaca butiran di dalam kertas tersebut.

Damien melepaskan keluhan. Tidak faham dengan sikap Villius. Rumit. Sememangnya rumit!

"Baik Mr. Complicated!"balas Villius.

Villius menjeling tajam ke Damien lepas dengar.

"Apa kau panggil aku?"soalnya dengan nada jengkel.

"Mr. Complicated...itulah yang Bella gelar kau masa dia borak dengan kita orang..lelaki rumit!"jawab Damien dengan berani. Dia tak takut langsung dengan Villius. Yalah mereka dah lama berkawan pun. Gurau kasar macam ni benda kecil je.

Villlius mengetap gigi apabila nama itu disebut. Terus dia mencapai telefonnya .Melihat pada skrin dimana gambar gadis itu tertera pada skrin. Membuatkan hatinya sendiri sakit dan terluka. Sekali lagi!

"Sejak bila pula kau borak dengan dia?"tanya Villius yang kelihatan mahu meradang.

"Masa dia tunggu kau dekat sini?Tak ingat?Sepanjang minggu sibuk dengan projek tu..?" kata Damien masa beredar ke meja kerja sendiri.

Villius mendiamkan diri. Kalau dia marah sebab Bella cakap dengan mereka, nampak sangatlah dia cemburu.

Damien capai telefon bimbit dia dan mula menaip sesuatu pada skrin tersebut sebelum membawa telefon itu ke telinga. Tak lama kemudian dia bersuara.

"Hello, pengerusi kelab kebudayaan...ini Damien..."suara Damien kedengaran dari meja kerja lelaki itu. "Ya saya nak bincang pasal hari carnival tu...boleh datang meeting untuk nanti?"

Villius bersandar pada kerusi. Memejam mata untuk menghilangkan rasa sakit di kepalanya kerana tidak dapat tidur lena malam tadi.

"Ya....datanglah sekali dengan semua ajk..jangan nak banyak tanya. Datang jer..." keluh Damien lalh memutuskan panggilan sebelum mendail nombor ketua persatuan pengurusan majlis. Tak lama lepas tu panggilan di jawab. "May..boleh jumpa tak nanti ada meeting jap pasal carnival nanti..."maklumnya.

Ketika Damien sibuk, Villius yang sedang duduk memejam mata itu merenggus kasar, berasa rimas dan sesak kerana terus menerus memikirkan Bella.

NP patut create one more section untuk Teen Fiction. Memang mostly reader range 20-40+ but quater from the reader ada yang remaja. So suit sngt kalau letk genre Teen Fiction biar senang mereka nak search

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience