Tiga jam kemudian...
Setelah sesi gotong royong selesai iaitu mengemas laman rumah orang-orang tua, menganti cadar, membersihkan sawang labah-labah, cuci longkang, cuci alat pelembab udara dan memberisihkan kipas baru la mereka adakan sesi riadah pula.
Dengan hasil bantuan dari abang-abang ahli majlis pelajar, kelab majalah berjaya menyelesaikan tugasan mereka dan pada masa yang sama menyediakan laporan untuk artikel majalah mereka bagi edisi bulan depan nanti. Pelbagai gambar dan video di ambil sepanjang aktiviti gotong royong dijalankan.
Bella yang sejak awal lagi tidak berhenti bergerak itu tidak menunjukkan reaksi penat. Malah selepas makan petang dengan orang-orang tua di situ dia sempat buat konsert dengan mereka di situ.
Berbekalkan mikrofon bluetooth yang dia curi dari simpanan Yuta dan speaker Aron yang dia ambil dari bilik tidur lelaki tu, Bella berkaraoke dengan nenek atuk di situ dengan girang.
Meriah dewan umum rumah orang-orang tua tu dengan nyanyian dan sorakan para penghuni dan staf di situ. Tak cukup dengan tu Bella turut mengajak atuk dan nenek di situ tunjukkan bakat masing-masing. Sehingga satu permata muncul di situ dengan saksofon emasnya.
"Atuk boleh main ni?"tanya Bella dengan mata kagum dia.
"Sudah tentu...jangan pandang sebelah mata ya walaupun atuk berusia 75 tahun...bakat atuk masih muda.."seloroh atuk yang bernama Robin itu dengan bersemangat.
Bella yang dengar ketawa. Dia berpaling ke arah rakan-rakannya dengan senyuman lebar, tapi semakin lebar lepas lihat lima orang ahli kelab dia sudah terbongkang dekat sofa dan kerusi plastik keletihan. Kesian mereka, pasti penat sebab seharian bersih-bersih rumah orang tua ni.
Tengah Bella hendak alihkan mata dia, Bella terpandang Villius yang sedang berborak dengan Damien di meja bulat tepi dewan. Siapa tahu, di balik wajah dingin milik Villius tersembunyi soft spot yang tak siapa boleh agak ada pada diri lelaki itu.
Bunyi saksofon dimainkan menyentak perhatian Bella. Terus dia pandang atuk tadi yang sudah mula memainkan lagu klasik yang sangat mengamit hati muda Bella untuk menari.
"Wow..."sebutnya semasa mendengar lagu tersebut di mainkan. Terus muncul mentol idea dia."Nenek..sini..mari menari sama."ajak Bella yang menarik nenek yang berdekatan dengan dia.
Nenek tu apa lagi, seronok la dia lepas Bella tarik dia ke depan atuk yang mainkan saksofon tadi. Dua orang tu pun mula menari secara bebas. Tak lama lepas tu semua warga tua yang ada di situ ikut serta Bella menari di situ.
Tak dapat lama-lama Bella undurkan diri terlebih dahulu. Dia berdiri dekat tepi menjadi pemerhati. Hatinya ikut senang melihat suasana gembira di situ.
Terukir lebar senyuman di bibir tua di situ. Wajah ceria dan seronok terpancar di wajah setiap seorang di situ. Terutama sekali pasangan suami isteri yang berada di celah orang tua di situ. Si suami berkerusi roda, si isteri pula bertongkat. Walaupun dalam keadaan begitu, dua orang itu dengan girang ikut serta menari di situ.
Bella ketawa kecil semasa berasa lucu melihat kecomelan atuk nenek di situ. Hairan kenapa la anak-anak mereka sanggup buang ibubapa mereka di sini.
"Dah belum."sentak seseorang dari belakang tiba-tiba.
"Mak!"latah Bella yang melompat sedikit kerana terkejut dengan kemunculan tiba-tiba lelaki di belakangnya itu. Bersama tangan menekap dada, Bella berpaling. "Apa awak ni..terperanjat saya tahu tak."
Villius hanya pandang bosan ke Bella.
"Dah habis belum?Esok ada kelas..aku ada kerja kena buat lagi ni.."sungut Villius.
Bella menurunkan tangan dia ke sisi setelah mendapat reaksi kelat dari Villius.
"Dah. Awak nak balik ke?"tanya Bella.
"Serius kau tanya aku?"
Bella tersengih. "Hehehe...okay la. Awak boleh balik. Tapi sebelum tu beritahu saya. Apa perasaan awak lepas satu hari dekat sini?"
"Penat."balas Villius dengan muka tak ada perasaan.
Bella yang dengar ketawa besar. Dia berasa lucu dengan reaksi Villius yang tak padan dengan komen lelaki itu. Tak sesuai betul!
Villius menjuling mata menyampah sewaktu mendengar tawa Bella. Tak rasa kelakar pun. Lawak eh tengok orang penat?
"Humm..apa saya nak buat dengan awak ni Villius. Saya tanya awak apa pendapat awak tentang orang tua dekat sini?"aju Bella sambil melentokkan sedikit kepala ke kanan.
"Dia orang cuma orang tua yang ditinggalkan sebab tak ada sesiapa yang sayangkan dia orang lagi la...apa yang istimewanya?"tanya Villius dengan kening berkerut tak faham.
"Deng!Salah."geleng Bella.
"Dah tu?"
Bella pandang sekeliling dewan yang sedang meriah dengan sesi tarian ala-ala pop yeye zaman dulu sedang diadakan.
"Mereka semua yang ada dekat sini bukan di tinggalkan...tapi orang yang meninggalkan mereka."Bella berpaling memandang Villius bersama senyuman di bibir. "Anak-anak mereka meninggalkan dunia dan ada yang sakit. Sebab tak mampu jaga orang tua mereka, mereka hantar ibubapa mereka ke sini. Tapi awak nak tahu apa yang rahsia?"
Villius merenung dalam ke wajah Bella.
"Apa kau cuba katakan?"
Bella menarik sengih penuh maksud lantas menepuk bahu Villius dengan lembut.
"Apa saya cuba nak katakan dekat sini ialah, Mereka tak tahu. Mereka tak tahu yang anak-anak mereka dah tiada. Kalau mereka tahu, mereka akan jatuh sakit. Jadi mereka hanya di dedahkan kenyataan bahawa anak mereka tinggalkan mereka di sini."cerita Bella.
Air muka serius Villius jatuh kepada renungan kelam.
"Kadang-kadang kita takkan tahu. Kenapa orang tinggalkan kita. Apa yang kita tahu kita akan salahkan orang yang tinggalkan kita lalu berdendam."Bella melepaskan hela nafas pendek sebelum menepuk belakang Villius. "Okay la..jom balik. Waktu pun dah lewat..lambat-lambat nanti kena hukum pulak.."ajak Bella yang berlalu pergi menyertai orang tua di tengah dewan tu untuk pamit meminta diri.
Villius yang ditinggalkan hanya termenung memandang ke lantai.
Share this novel