"Oh gosh...my back!"

Romance Completed 6578

"Untuk musim panas ni akademi kita telah terpilih sebagai tuan rumah untuk sukaneka antara akademi. Disebabkan hal itu kita perlu sediakan semuanya dari peralatan, kanopi, kelengkapan sukan, aktiviti dan mengacara majlis. Kerana itu mesyuarat ni diadakan." cerita presiden kelab sukenaka, Marissa Shaqeera, gadis tahun akhir berambut hitam kilat sambil memandang Villius.

Villius yang duduk bersilang kaki dengan fail di atas peha itu hanya tunduk meneliti kertas kerja kelab itu tanpa mengerling ke arah Marissa.

"Di dalam kertas kerja tu, saya telah sertakan dari segi perbelanjaan dan barang-barang yang diperlukan untuk hari tersebut."Marissa bersuara sekali lagi. Mahu menarik perhatian Villius, tapi lelaki itu sikit pun tidak hiraukan dirinya.

Marissa sedia maklum tentang peraturan tu, tapi dia pun ada hati dan perasaan jugak. Siapa yang tak nakkan lelaki kacak depan matanya sekarang ni. Sejujurnya dalam diam dekat akademi tu ada kelab peminat rahsia Villius.

Damien memandang Marissa dengan kening berkerut.

"Awak dah senarai pendekkan peralatan yang perlu disewa dan tak perlu?"soal Damien.

Perhatian Marissa beralih ke Damien, gadis itu mengangguk kepala.

"Macam mana dengan senarai aktiviti?"sampuk Villius yang bersuara akhirnya.

Marissa menarik senyuman gembira bila dengar suara Villius. Dia pandang lelaki itu lalu bersuara dengan bersemangat sekali.

"Peralatan seperti sound system, kanopi, makanan dan minuman, upacara pembuka dan penutup, hadiah serta pengadil sudah di tetapkan. Tapi peralatan dan kelengkapan aktiviti belum di senarai pendekkan lagi sebab-"tak sempat dia nak habiskan penerangan, Villius memintas kata-kata dia.

"Aku tanya pasal aktiviti yang kau membebel pasal benda lain tu kenapa?"Villius potong kata-kata Marissa sewaktu memandang jengkel ke Marissa.

Senyuman Marissa terus pudar, gadis itu menelan air liur gemuruhnya sewaktu memandang Villius.

"Belum lagi."jawabnya takut-takut.

"Aku nak kau buat aktiviti ikut kategori. Tak nak ada aktiviti yang melibatkan pelajar lelaki dan perempuan digabungkan..."aju Villius bernada tegas.

Marissa berniat hendak buka mulut, tetapi naib presiden kelab sukaneka itu menyampuk.

"Serius lah. Tahun ni kita jadi tuan rumah, tak pelik ke dengan pelajar akademi lain kalau dia orang jalankan aktiviti tanpa co;ed antara pelajar lelaki dan perempuan?"

Terus Marissa menjegil mata geram ke orang kanannya itu. Berani-berani menafikan arahan Villius. Cari maut ke?

Villius menjeling tak puas hati ke arah Candice, dia mengetik rahang kerana jengkel sebab keputusannya di persoalkan.

"Dan kau siapa untuk persoalkan kata-kata aku?"tanya Villius.

Candice terus tunduk mengetap bibir, malu dengan dirinya sendiri. Takut tiba-tiba bila bertentang mata dengan Villius yang berenung dingin tu.

"Saya akan lakukannnya seperti yang awak minta."jawab Marisa yang mengangguk kepala setuju.

"Kalau itu jer, aku keluar. Pastikan lepas kau senaraikan tentative program dan aktiviti tu rujuk dekat aku dulu sebelum buat pengesahan pada dekan..."Villius bangun dari situ dan menyeluk tangan ke dalam poket seluar lalu diikuti Damien di belakang.

"Baik..."sambut Marissa sambil tunduk hormat pada calon waris tunggal keluarga terkaya dalam bandar ini, dan juga anak kepada pemilik saham terbesar dalam akademi ini.

Bertuah siapa yang menjadi isteri lelaki itu. 7 keturunan hidup dengan kemewahan yang tiada penghujungnya.

Setelah semua ahli kelab Marissa keluar dari bilik mesyuarat tersebut, kerusi di bawah meja terdorong keluar dengan sendiri. Seakan ada kuasa atau tenaga yang menggerakkan kerusi tersebut.

Tak lama lepas tu, satu kepala pula yang muncul dari meja itu. Pemilik kepala itu kemudiannya berdiri tegak membetulkan tulang belakang yang lenguh.

"Oh gosh...My back..."sungut Bella yang sudah merangkak di bawah meja mesyuarat itu sejak tadi. Dia rengangkan badan dia kerana lenguh.

Macam nak patah rasanya. Sudahlah bawah meja tu sempit. Panas lagi tu!

Sambil menggosok belakang badan, Bella menarik sengih jahat dia semasa mengerling ke arah pintu bilik mesyuarat tu. Perbualan meeting tadi terngiang-ngiang di telinganya.

"Permainan asing tak nak campur eh?"gumam Bella bersama sengih jahat di bibir. "Hehehe..this gonna be a very interesting event.." ujarnya sambil menggosok-gosok tapak tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience