Ting Tong!
Seorang wanita bersanggul kemas berjalan mendekati pintu. Sebaik sahaja dia melihat orang yang berdiri di depan muka pintu itu, senyuman lebar terukir di bibir.
"Bella...masuklah...""pelawa Nadia pada anak jiran dan juga kawan baik anak lelakinya itu. "Yuta ada dekat bilik kalau kamu nak jumpa dia."pelawanya dengan senang hati.
"Hai aunt Nadia..."Bella peluk kejap tubuh Nadia lalu menjauhkan diri."Sorry aunt sebab datang tak bawa apa-apa."ucap Bella.
"Eh..tak apa la. Nanti kalau kamu nak, makan malam sekali dengan kami sekali.."pelawa Nadia.
Bella mengangguk kepala sambil tersenyum. "Boleh je."bukannya dia tak biasa, Nadia sendiri pun dia dah anggap macam ibunya sendiri.
Nadia kemudiannya berlalu pergi masuk ke dalam dapur. Sementara Bella mendaki tangga untuk ke tingkat atas dengan langkah riang dan nyanyian kecil di bibir.
Disebabkan dah terbiasa dengan suasana dalam rumah itu, Bella terus masuk ke dalam bilik itu tanpa mengetuknya terlebih dahulu.
Di atas katil itu, Yuta dengan muka pucat berpaling ke arah pintu dengan mata terbuka luas memandang Bella. Bibir pucat, mata pula kemerahan seperti orang menangis. Lingkaran hitam jelas kelihatan di bawah mata lelaki tu.
"What the f*ck?"ucap Yuta yang kalut menarik selimut menutupi kakinya yang hanya mengenakan boxer. "Kau perempuan!Tak reti ke nak ketuk pintu dulu?"sentap lelaki itu dengan kening berkerut.
Bella menjungkit bahu tak kisah, malah dengan selamba dia lompat naik ke atas katil dan duduk bersila menghadap Yuta yang tidak mengenakan sebarang pakaian di badan.
"What's up?"sapa Bella sambil mematai dada Yuta yang bidang dan sixpack di perut lelaki itu. Gelar lah dia apa saja. Dah ada hidangan dekat depan mata kan, jamah lah apa lagi.
Yuta yang perasan akan mata keranjang Bella membuat muka menyampah.
"Aku dah beritahu kau kan jangan datang nanti berjangkit satu lagi masalah...kau tu kalau sakit bukannya cepat sembuh..." rungut Yuta sebelum kembali fokus memandang skrin televisyen. Alat control Xboxnya berada di tangan.
"Aku bosan kau tahu tak...rumah kosong tak ada orang."cemberut Bella sambil menarik muncung merajuknya.
"Dan aku perlukan rehat..."balas Yuta bernada bosan.
Bella terus baring telentang atas katil disebelah Yuta dengan berbantalkan kedua-dua lengan di belakang kepalanya. Dia termenung memandang siling bilik Yuta dengan renungan dalam.
"Wei...aku tanya ni kau jangan salah faham tau."
Yuta buat muka lepas dengar soalan tu. Dah agak dah. Minah ni kalau tak datang nak menyemak mesti ada something yang di bebelkan. Paling tidak merepek meraban tentang rancangan entah apa-apa dia tu.
"Apa bendanya..."balas Yuta kebosanan sambil jari dia dengan cekap tekan itu dan ini pada alat controller dia.
Bella terdiam seketika, dia teragak-agak hendak bersuara. Sambil termenung tu, dia mengentel hujung rambutnya dengan jari telunjuknya.
"Apa perasaan kau terhadap aku?"soal Bella dengan penuh debar.
Yuta melarikan pandangannya ke Bella yang sedang baring di atas kakinya yang dilunjur atas katil.
"Kau dah kenapa?Sakit jugak?"Yuta tekap dahi Bella. "Salah makan ubat?Tiba-tiba tanya soalan tu dah kenapa?"
Bella menampar tangan Yuta dari dahi dia.
"Just say it..I need to know.""gesa Bella dibalik ketapan gigi. Tolonglah Yuta, please jangan sukakan dia. Please!
"Aku suka kau sayang kau lebih dari seorang kawan atau kekasih.""jawab Yuta dengan selamba sebab dah banyak kali dia ulang benda yang sama. "Asal kau tanya?"
Bella palingkan kepala, dia pandang Yuta dengan kening berkerut.
"Betul-betul la..."desak Bella dengan geram.
Yuta tekan butang pause permainannya sebelum pandang Bella dengan kening mencerlung.
"Aku betul lah ni...kau nak aku cakap macam mana lagi.."balasnya kejengekelan. "Kau dah kenapa tanya soalan macam tu?"
"Maksud aku, kau cintakan aku atau tak. Itu beza suka dengan sayang okay..."tegas Bella.
Yuta tunduk memandang Bella tak faham dengan apa yang Bella nak.
"Ada beza ke suka, cinta dengan sayang tu?"soal Yuta bingung-bingung.
Bella tepuk dahi dia. Adudu...apa kebebal sangat kawan dia yang seorang ni. Harap saja gelaran Student of then year. Benda simple macam ni pun tak boleh nak brain!
"Lucy sukakan kau..."maklum Bella terus. Malas dia nak berbasa basi.
Kening Yuta terangkat tinggi. "What?"soalnya dengan nada perlahan tapi jelas terkejut mendengarnya.
Bella melepaskan keluhan panjang. Dia pandang semula ke siling. "Ya..percaya atau tak. Dia sukakan kau sejak sekolah rendah lagi sampai lah sekarang."
Yuta berdengus kecil. "So?Kau jelous?" soalnya.
Bella palingkan kepala ke Yuta dengan muka terkejut.
"Jelous?Jauh dari jelous. Aku risau. Kau orang berdua adalah kawan baik aku. Rakan sehati sejiwa aku. Kalau something happen pada relationship kita nanti..aku tak tahu macam mana aku nak hidup."luah Bella.
Yuta termenung memandang skrin televisyen yang ada di depan kaki katilnya.
"Jangan risaulah...sekalipun dia suka dekat aku, apa salahnya bukannya aku nak bercinta dengan kau..."kata Yuta dengan perlahan.
Bella bangun dari baring dia dan kembali bersila menghadap Yuta.
"Kau tak sukakan aku kan?"tanya Bella dengan wajah cuak.
Mata Yuta bergerak memandang Bella. Lelaki itu menatap lama wajah Bella lalu menggeleng kepala.
"Beritahu aku macam mana dengan rancangan kau untuk buatkan Villius mansuhkan peraturan tu?"soal Yuta yang mengalihkan topik perbincangan mereka.
Bella membuat muka kesal. Tengok tu, bila dia serius Yuta tak pernah nak serius. Kalau sesuatu terjadi macam mana? Terus dia menyilang tangan ke dada. Dia memandang bingkai gambar dimana Yuta peluk dan kiss pipi dia dengan kening berkerut.
"Aku perlukan bantuan kau untuk tu."maklum Bella.
Kening Yuta berkerut sedikit.
"Bunyi macam serius je?Apa bendanya."
Bella pandang Yuta dengan renungan gelap."Aku akan gunakan bidak terakhir aku untuk tumbangkan King dan Castle dia."katanya dengan perlahan dan penuh dengan aura muslihat.
Yuta mencapai laptop yang berada di sebelah kanannya. Dia tekan butang 'on' dan laptop itu menyala hidup. "Apa rancangan kau?"tanya Yuta sambil menaip sesuatu pada keyboard laptop tu.
Senyuman meleret terukir di bibir Bella. "Kau ingat tak masa aku mintak kau hack data base akademi?"tanya Bella.
Yuta mengangguk kepala.
"Aku nak kau hack 9 lagi akademi..."aju Bella.
Share this novel