"Kepala kau!"

Romance Completed 6578

Ruang bacaan khas yang terletak di tingkat kedua, rumah tiga tingkat itu bercahaya sewaktu pemiliknya sedang bersila menghadap papan kaca yang tertampal pelbagai jenis note pad berwarna padanya. Beberapa coretan dan gambar turut memenuhi permukaan papan kaca itu.

Jari telunjuknya diketuk-ketuk ke dagu saat meneliti misi-misi yang terdahulu yang gagal sepenuhnya. Mengingatkan semua itu membuatkan kerutan dikeningnya semakin banyak.

Keluhan demi keluhan di lepaskan.

"Macam mana aku nak musnahkan peraturan ni?" fikir Bella sendirian semasa duduk bersila di atas kerusi kerja milik Aron menghadap papan kenyataannya itu.

Pening hendak merangka projek agar pelajar perempuan berminat dengan pelajar lelaki akademinya.

"Peraturan apa?"tanya Aron yang sedang menghadap computer, menaip sesuatu dalam emailnya.

Bella menoleh ke belakang, memusingkan kerusi itu dengan kaki kanannya sementara kaki kirinya bersila di atas kerusi tersebut.

"Aku nak tanya..apa sebabnya lelaki boleh tak suka pada perempuan?"tanya dia.

"Sebab perempuan ni rumit,menyusahkan dan memenatkan..."jawab Aron sebelum menoleh, dia waktu itu sedang duduk di atas patung zirafah milik Bella kerana kerusinya diduduki oleh gadis itu."Asal kau tanya?"Aron pandang Bella dari balik kaca mata silaunya.

Bella buat muka. Sesedap secukup rasa je abang dia kutuk perempuan eh!

"Tak adalah...ketua pelajar akademi aku ni...aku tak tahu lah apa masalah dia, boleh-boleh pulak dia buat peraturan merepek yang mengatakan pelajar lelaki tak boleh ada hubungan dengan pelajar perempuan akademi aku tu, disebabkan peraturan tu dah ditetapkan selama lima tahun aku belajar dekat situ semua orang ikut peraturan tu dengan patuh dan disebabkan peraturan tu jugak aku tak ada teman lelaki sampai sekarang.."

Aron menyilang tangan ke dada semasa memandang Bella dengan muka tak faham.

"Apa masalahnya kau carilah teman lelaki luar dari akademi tu apa susah. Kebetulan tu..akademi kau kan jiran dengan Akademi Prince High elok lah tu..akademi tu semua studentnya lelaki kan..try la"aju Aron.

Bella membuat muka tak suka.

"Aku tak nak...aku nak dekat situ jugak sekurang-kurangnya ada jugak kenangan bercinta dengan pelajar dekat situ.."

Aron berdiri lalu mendekati papan kaca yang penuh dengan rancangan yang datang dari otak kartun adiknya. Siap dengan grafik lagi tu.

"Ini apa?Rancangan Stokin busuk?"tunjuk Aron pada satu dari pada catatan di situ.

Bella pandang."Ahh...itu. Rancangan untuk kenakan pelajar lelaki supaya dia orang gaduh dengan pelajar perempuan dengan gunakan bom busuk yang aku beli dekat kedai LuluCorn. Mulanya aku nak kenakan dia orang tapi pelan tu gagal bila bom tu tak meletup pun sebab suis rosak pastu timing lari. So pelan pun tak jadi..."Bella menarik muncung.

Aron mengangguk kepala, lalu kembali memandang papan itu semula. Dia melihat sekeping gambar budak lelaki kacak tertampal di tepi note pad berwarna merah.

"Ini siapa?"

Bella memandang ke arah jari Aron yang menunjuk gambar Villius Lucius.

"Hah...itulah lelaki yang tetapkan peraturan merepek tu..."cebiknya dengan menyampah.

"Ya ke...orangnya kacak..nampak bijak...no wonder la dia buat peraturan macam tu."puji Aron.

Bella pandang Aron dengan renungan 'buat tebiat apa lelaki ni.'

"Kacak kepala kau, kalau otak tak betul tak ada gunanya jugak."bantah Bella yang tiada mood terus bila dengar komen tu.

Aron menarik senyuman nipis di bibir.

"Jangan benci sangat nanti tersuka baru tau."

Bella pandang Aron dengan kening berkerut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience