"Yalah...baik sangat sampai.."

Romance Completed 6578

Keluarga dia jarang makan satu meja bersama. Sangat jarang. Tipikal la untuk ibubapa yang bekerjaya. Lagi-lagi kalau ada ibubapa yabg sangat komited terhadap pekerjaan mereka lebih dari apa-apa.

Biasanya kalau berkumpul satu family dan makan bersama pun sebab Aron ada dekat rumah. Atau disebabkan ibubapanya tidak sibuk dengan urusan mereka.

Hari biasanya Bella selalu ditinggalkan seorang diri di rumah sewaktu orang tuanya berada di luar buat duit untuk kesenangan hidupnya. Dia dua beradik je dengan Aron. Tapi Bella rasa macam dia anak tunggal dalam rumah ni. Sejak remaja lagi Aron dah duduk sendiri. Jadi banyaknya perhatian diberikan kepada dia. Jadi tak ada lah menderita sangat pun.

Bunyi dentingan garfu dan pisau kedengaran dimeja makan empat sekeluarga itu. Sedang tangan itu sibuk mengerat daging ikan salmon panggang di pinggan, orang yang duduk berhadapannya bersuara.

"Mama dapat call dari parents...sekali lagi untuk minggu ni.."Felixa bersuara tanpa memandang anak perempuannya.

Serta merta kepala berambut putih sebahagian itu tersentak.

"Kenapa sayang?Bella buat hal lagi ke?" Andrew mengangkat kepala, menghentikan segala pergerakkannya sewaktu fokus pada Bella.

Sementara Bella hanya buat muka tak bersalah dia. Alah...macam lah ni kali pertama dia timbulkan masalah.

Felixa memberi renungan tajam pada Bella sambil duduk bersandar pada kerusi dengan tangan bersilang di dada.

"Kamu kacau anak mereka lagi?Bella?"tanya Felixa kelihatan marah dengan kenyataan itu.Tak tahu lah apa kurangnya dia sebagai ibu pada anak bongsunya ini. Masih jugak mahu libatkan diri dalam masalah. Rasanya dia dah berikan segalanya untuk Bella.

Aron yang duduk di sebelah Bella memandang terkejut. Lalu dia memandang Felixa dengan kening terangkat tinggi.

"Apa yang adik buat kali ni Ma?"

Felixa berdengus kecil sewaktu memandang tak percaya ke Bella. Mana taknya!

"Kamu tanya la dia sendiri apa dia buat dekat sekolah tu..."aju Felixa.

Bella pandang Felixa sambil mengunyah makanan dalam mulutnya.

"Mana orang buat apa-apa. Orang budak baik okay..."nafi Bella.

Felixa yang dengar ternganga sebaik mendengar kenyataan Bella. Dia buat muka lepas dengar pengakuan anaknya itu. Kalau Bella bukan anak perempuan dia, mungkin dia akan percaya. Masalahnya sekarang, anak depannya ini adalah anaknya. Jadi dia faham sangat perangai Bella ni macam mana orangnya!

"Yalah tu, kamu budak yang baiiiik sangatttt sampai berani pecah masuk bilik persalinan pelajar lelaki kemudian ambil gambar mereka dalam keadaan tidak berpakaian....apa yang kamu fikir ha?"balas Felixa bernada tegang.

Rahang Aron ternganga, matanya terbuka luas sebaik mendengarnya sebelum terhambur ketawa kerana tidak dapat tahan dengan berita yang didengarinya. Kepala lelaki itu dilontarkan ke belakang sewaktu ketawa.

"BuahaHahahahaha..."gelak lelaki itu dengan besar.

"Bella!!!!"Andrew menjeling tajam ke arah Bella.

Bella mengunyah makanan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kisah apa dia, asalkan bukan bunuh dan merompak, dia takkan rasa serba salah pun.

"What?"tanya Bella buat muka semasa memandang Andrew. "Bella bukannya ambil gambar yang tak senonoh pun....apa yang Bella buat adalah demi kebaikan dia orang...dia orang tu je yang kecoh."balasnya dengan bersahaja. Tidak hairan dengan renungan marah yang terarah pada dia waktu itu.

Aron memegang bahu Bella sewaktu berdekah-dekah ketawa.

"Kau dah kenapa Dik, takkan lah macam ni sekali terdesaknya kau nak dapatkan lelaki? Sampai masuk bilik persalinan lelaki? Seriuslah?"tanya Aron di balik ketawanya.

Felixa menjeling geram ke anak sulungnya. "Aron....benda sekarang bukannya kelakar tahu tak...adik kamu buat salah ni...diketawa kan pula." marah Felixa dengan garang.

Terus mati ketawa Aron. Cepat-cepat Aron mengetap bibir, menahan ketawanya dari meledak serta merta. Dia tunduk menikmati makanannya kemudiannya.

"Ini bukan kali pertama kamu tahu tak parent call dan mengadu yang kamu menganggu ketenteraman anak mereka. Cuba kamu beritahu mama kenapa kamu buat perangai yang bukan-bukan ni? Dah la pelajar tahun terakhir,makin menjadi-jadi pula perangai kamu ni ya..."

Bella memasukkan sejumlah besar salad ke dalam mulutnya sehingga kembung mulut seperti seekor hamster menyimpan kuaci di dalam mulutnya yang kecil. Sikit pun tak peduli dengan bebelan mama dia. Waktu ini bebelan Felixa ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri Bella.

Sementara Andrew cuma buat muka mengalah. Dia dah tua, tak larat nak marah-marah. Ada banyak benda yang dia nak peningkan lagi selain masalah anak bongsunya yang sememangnya tak pernah nak serius.

"Papa tak tahu nak cakap apa lagi dengan kamu Bella..."geleng Andrew yang bersandar penat menghadap berita yang didengarnya.

"Sekali lagi kamu buat perangai ni mama akan pindahkan kamu ke akademi pelajar perempuan sahaja..."ugut Felixa.

Mata Bella terbutang luas. Hampir nak tercekik dia dibuatnya.

"Mama!Janganlah."rengeknya dengan kening berkerut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience