"Mong-mong!"

Romance Completed 6578

Kelas Dandelion, kelas 1 tahun 5.

Kelas yang menempatkan pelajar cemerlang dimana dia belajar, kelas paling bosan dan senyap. Paling senyap dari rumahnya sendiri.

Entah macam mana dia boleh tersadai dekat sini pun tak tahulah. Sampaikan tak boleh nak bezakan ini kelas ke perpustakaan.

Sebabnya kan kalau ada sahaja yang buat bunyi walaupun hanya bunyi pen terjatuh, pasti akan diberi jelingan tajam tak puas hati.

Mana tak senyapnya, disebabkan kelas itu dicampur dengan pelajar lelaki, pelajar perempuan duduk berpuak. Tiga baris sebelah kanan semuanya pelajar perempuan, dua baris sebelah kiri semuanya pelajar lelaki.

Pandang tidak apatah lagi menegur. Mereka melantik ketua di kalangan mereka dan agihkan tugas di kalangan mereka. Kalau macam ni baik tak payah duduk sekelas. Sama sahaja kalau duduk kelas berasingan atau tidak sebab mereka semua buat hal sendiri. Boring betul!

"Huargh..."nguapnya untuk hilangkan rasa bosannya untuk waktu kelas belajar sendiri selama dua jam itu.

Pelik dia perhati mereka semua di sini. Yalah, mereka semua boleh belajar tanpa bosan dengan hanya duduk menghadap buku sepanjang masa. Sementara dia, hadap slideshow untuk presentation pun dah mengantuk lima minit kemudian inikan dua jam. Memang tak la!

Rakan di sebelahnya dicucuk dengan buntut pen. Saja nak cari pasal untuk hiburkan diri.

"Lucy..."panggil Bella perlahan.

Lucy menoleh, dia mengangkat kening tanda menyahut panggilan itu. Malas nak bersuara.

"Aku nak keluar kejap...""maklum Bella pada ketua kelasnya itu. Dari dia buang masa better dia jumpa Villius untuk bincangkan soal projek kolam air pancur dan taman bunganya itu lagi bagus!

"Kau nak ke mana?Nanti Madam Lena tanya." ..."
"Alah...pandai-pandailah kau jawab.."

..."
"Tak boleh..study situ..jangan nak merayau jer kerjanya."bantah Lucy sebelum kembali tunduk menelaah.

Bella duduk bersandar bosan. Dia dongak memandang siling kelasnya yang putih dan bersih itu sekejap sebelum memandang ke kirinya, baris ke empat dua dari sebelahnya.

Dengan senyap, Bella mencakung di tepi meja sambil mengantung dagunya pada meja itu. Dia memandang tangan yang sibuk membuat jalan kiraan di atas buku Matematik Tambahan.

"Mong-Mong...""panggilnya pada lelaki muka jepun, Yuta. Ketua kelas serta jiran sebelah rumahnya. Dia suka panggil lelaki tu Mong-mong sebab lelaki tu ada anjing shiba, selalu menyalak kalau dia lepak dekat laman. Dulu la, sekarang anjing tu dah lama mati, mati sebab sakit tua.

Yuta yang sedang tunduk mengerjakan latih tubi Add Math dia menggerakkan mata saja ke Bella. Dia melihat gadis itu tersengih kepadanya. Tidak bersuara, hanya renungan sahaja sebagai isyarat yang dia dengar gadis itu panggil.

"Boleh tak aku keluar?"minta Bella.

Yuta menggeleng kepala.

"Alahhh...Aku bosan ni...boleh lah.."minta Bella lagi dengan kening berkerut seperti terdesak sangat.

Perbualan Bella itu membuatkan mereka yang di dalam kelas menjeling tidak puas hati. Suka hati sahaja Bella hendak melanggar peraturan tetap akademi itu.

Tiada siapa berani langgar mana-mana peraturan dalam akademi ni. Bella seorang saja yang suka timbulkan masalah dengan melanggar peraturan tu.

Peraturan di mana pelajar perempuan tak boleh berada dekat semeter dengan pelajar lelaki bila duduk dalam kelas.

Oleh kerana tidak mahu terlibat dengan masalah. Mereka semua hanya mendiamkan diri. Malas nak libatkan diri dengan budak perempuan bermasalah seperti Bella itu.

Yuta menggeleng kepala. Membuatkan Bella merengek bosan. Lucy dan Yuta. Dua orang ni sama je perangai.

Sama-sama nerd.

Sama-sama membosankan.

Sama-sama Student of The Year.

Kahwin kan nanti baru tahu!

"Ih....benci betullah..."Bella kembali ke tempat duduk dia lalu meletakkan kepala di atas meja dengan renggusan marah.

Project dekat WTPD bertajuk 'Mrs Mafia dan Mr. Husband. Tapi tak de dkt NP sebab projek ni khas untuk Buddies yg request dkt situ. But don't worry. Dkt NP pun tinta ada project baru jugak. Bertajuk 'Hello Mr. Traffic Light' Hehehe ..siapa yg baca buku ni je la tahu. Yg tk baca tu tunggu aje update dr Tinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience