"Puas hati kamu sekarang?"

Romance Completed 6578

"Maaflah sebab ganggu masa kamu Villius.." senyum Lena semasa menghidang secangkir teh di depan pelajar lelaki yang segak mengenakan uniform berwarna hijau lumut di padankan dengan tali leher berlencana rasmi akademi warna kuning di depannya.

Villius menyambut huluran itu dengan anggukan kecil. Dia menarik cangkir itu dekat dengannya sebelum mengangkat kepala memandang Lena yang duduk berhadapan dengan dia.

"Ada apa-apa yang madam nak cakapkan pada saya ke?"soal dia.

Madam Lena tersenyum manis, dia memandang segan silu ke arah Villius. Tak pasal-pasal dia yang kena!

"Sebenarnya begini....saya ada cadangan yang hendak dikemukan kepada kamu, memandangkan kau mempunyai kuasa terhadap akademi ini...tak besar mana pun. Cuma nak minta izin sahaja."Madam Lena mencapai telinga cangkirnya lalu mengangkat cangkir itu untuk menghirup teh di dalamnya. Setelah dia selesai hirup dia letakkan semula cangkir itu ke bawah.

Kening Villius terangkat sebelah.

"Izin?Izin untuk apa?"tanya Villius dengan nada serius.

Madam Lena menarik senyuman nipis di bibir lepas kesan reaksi serius dari Villius. Kekoknya la rasa.

"Saya nak minta izin kamu mengenai Cadangan untuk adakan projek taman bunga di akademi ni. Memandangkan belakang blok B, ada kawasan lapang dan tidak ada apa-apa kegunaan, saya ingat nak lakukannya di situ.Itupun kalau kamu setujulah...."jelas Lena dengan lembut. Cuba hendak ambil hati anak muda di depannya.

Villius mendiamkan diri, lelaki itu menundukan pandangan ke dalam cangkirnya dimana wap dari air teh yang panas itu berkepul naik ke udara. Tak lama lepas tu dia kembali memandang Lena dengan renungan dingin dan wajah seriusnya.

"Boleh tu boleh...tapi saya perlu nilai semuanya dari pelbagai aspek. Tak boleh la setuju macam tu jer. Saya kena kira jugak dari aspek rekaan dia, bajet, kemudahan dan banyak lagi. Sebabnya  akademi ni bukan kegunaan peribadi tetapi untuk semua penghuni akademi ni."ujar Villius.

Lena mengangguk kepala setuju. Sememangnya tak boleh dinafikan lagi, Villius selayaknya menjadi waris akademi ini. Anak muda ini sangat rasional.

"Ya...Madam tahu tentang hal itu sebab itu madam tanya pada kamu dulu sekiranya kamu setuju, madam akan beritahu segalanya pada kamu tapi semua ni bukan idea asal madam tapi pelajar kelas madam..."kata Lena.

Villius mengangguk kepala, dia mengangkat tangan kirinya, menyelak sedikit lengan kotnya untuk melihat waktu di jam tangan.

"Kalau macam tu madam suruh dia datang ke bilik umum majlis pelajar. Lepas habis waktu akademi nanti. Sebab kalau sekarang saya tak boleh. Jadual saya pack dengan kelas..."aju Villius yang sudah tidak ubah seperti seorang businessman yang sibuk mengalahkan menteri sendiri. Ada saja urusannya.


Dengan laju Lena mengangguk kepala.

"Sudah tentu...kalau macam tu nanti madam maklumkan pada dia..."renungan teruja dan bersemangat jelas terpancar di mata wanita itu.

Villius berdiri, dia memberi tunduk hormat 65 darjah kepada Lena sebelum berlalu keluar dari pejabat itu.

Sebaik sahaja pintu bilik itu tertutup Lena bersandar lemah pada kerusinya kerana berasa letih menahan perasaan gementar dia setiap kali berhadapan dengan lelaki beraura menakutkan itu.  Setelah hela nafasnya di lepaskan dan yakin dia sendirian di dalam ruangan itu, Lena bersuara.

"Puas hati kamu sekarang?Kamu dah dengarkan apa yang Villius cakap tadi.."Lena menoleh ke arah  tembok dinding sebelahnya, dimana orang itu bersembunyi sejak tadi.

Tak semena, Bella menjengah kepala dari balik dinding itu, mata itu bergerak memastikan tiada orang lain selain mereka berdua di ruangan itu. Yakin yang kelibat Villius tiada barulah dia mendapatkan Lena sambil melompat kegirangan.

"Yeah...Nice madam! Ni yang saya sayang dekat madam ni.."”ucap Bella lalu memeluk kepala Lena dengan lembut lalu disandarkan ke dadanya. Lena hanya membuat muka penat, lelah melayan kerenah Bella.

Apalah nasib dia dapat pelajar macam Bella ni. Nasib sayang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience