"Aku perlukan bantuan kau.."
Lucy yang sedang tunduk menelaah tidak menghiraukan Bella. Faham sangat dah perangai kawannya yang seorang ini. Kalau Bella perlukan bantuan pasti ada sesuatu yang tak baik bakal berakhir.
"Wei...kau dengar tak ni..."panggil Bella lagi yang sedang terbaring atas katil Lucy dengan kaki terangkat dekat atas dinding headrest katil tu.
"Kau nak apa?"tanya Lucy bernada mengalah. Kalau diam makin di desak nak tak nak kena lah dia menyahut jugak.
"Kau ada dalam group chat akademi sebelah kan?"tanya Bella.
Lucy mengangguk kepala lalu palingkan badan dia ke belakang.
"Ha'ah...asal?"tanya Lucy.
Bella terus bangun lalu duduk bersila lalu menghadap Lucy.
"Kalau macam tu tolong aku siasat sesuatu?"
Kening Lucy berkerut tak faham. "Pasal apa?"
"Aku nak kau tanya something dekat dia orang je."
"Yalah....pasal apa?"
"Jangan tanya terang-terang cuma tanya macam ni....'aku dengar ada program pertukaran, akademi kau orang terlibat, dengar jer tak tahu lah betul ke tak'' macam tu..." quote Bella sambil buat dua jari di kedua-dua tangan sebagai isyarat.
Lucy buat muka binggung terkejut dia. "Ada program pertukaran pelajar ke?"Lucy menjungkit kening tinggi. Terkejut dengan kata-kata itu. "Akademi kita?"
Bella melalukan tangan ke depan muka Lucy supaya tidak bertanya lebih lanjut.
"Haish...nanti aku beritahu. Kau tanyakan dulu...aku terangkan kemudian okay?" mintanya.
"O-Okay..."balas Lucy teragak-agak. Tak lama lepas tu Lucy bersuara semula. "Oh ya...cakap pasal group chat tu, Adrian sibuk tanya pasal kau."
"
"Adrian siapa?"tanya Bella dengan muka blur. Yalah dekat dunia ni bukan ada seorang dua je yang pakai nama tu. Ramai!
"Alah kau ni...peminat kau tu lah Bel. Dari kau biarkan dia macam tu kau terima lah dia.. kau tahu semua budak perempuan dekat akademi kita sukakan dia. Bukan jer kacak, bukan jer kaya tapi dia sangat sweet. Percayalah kalau kau couple dengan dia aku pasti kau perempuan paling bertuah sekali.."komen Lucy dengan beria-ria.
Bella membuat muka kengerian lepas dengar. Sanggup lagi dia dengan Yuta dari lelaki psiko tu.
"Sampai sekarang dia tak pernah bersama mana-mana perempuan sebab apa....sebab dia pilih kau..."sambung Lucy lagi.
"Ihhh..tak nak aku."geleng Bella. "Yalah....sweet lah sangat...."ujar Bella.
Lucy bangun dari situ dengan senyuman di bibir.
"Aku nak amik snek dengan air...apa-apa boleh kan?"pamit Lucy yang baru teringat Bella belum dihidangkan apa-apa sejak kawannya sampai ke rumahnya.
Bella lambai tangan tak kisah.
"Apa-apa boleh. Asal benda tu boleh dimakan dan diminum aku telan je."balas Bella.
Lucy mengangguk kepala lalu keluar dari bilik itu meninggalkan Bella sendirian.
Bella yang jenis tak reti nak duduk diam tu mula meninjau sekeliling bilik hendak mencari sesuatu yang menarik perhatian dia. Sekali tu mata Bella terarah pada bingkai gambar yang tergantung di dinding sebelah meja solek.
Tertarik ingin lihat gambar itu, Bella lompat turun dari katil lalu jalan mendekati dinding tersebut. Berdiri saja dia di depan bingkai gambar tu, mata Bella disapa dengan imej dimana Lucy bersama Yuta, masing-masing pegang plak anugerah pelajar cemerlang semasa sekolah rendah dulu.
Bella ingat lagi, masa tu hari graduasi. Dia yang ambil gambar tu untuk mereka berdua lepas tamat sesi anugerah. Dari dulu sampai sekarang dua orang sahabatnya itu tak pernah tak pandai.
Dengan senyuman di bibir Bella capai bingkai tu untuk dibelek, tapi entah apa salah dia tiba-tiba sesuatu keluar dari belakang bingkai tu lalu terjatuh ke bawah kakinya.
Bella pun tunduk la, dia kutip satu lipatan kertas berwarna putih dari lantai tu. Bila dia buka lipatan tu, tulisan halus yang kemas dan cantik tercatit di situ. Sebab ingin tahu punya pasal, Bella pun baca isi kandungan kertas tu.
Tak sampai dua perenggan, Bella cepat-cepat lipat surat tu dan simpan semula ke belakang bingkai tadi. Tepat masa tu jugak pintu bilik terbukak.
Lucy muncul dengan dulang berisi dua gelas kosong bersama satu jug jus oren dan dua pinggan snek di atasnya.
Bella yang tersentak terus olok-olok check muka dan rambut dia dekat cermin meja solek tu.
Pergh! Terkejut mak!
"Jus oren boleh tak?"Lucy yang sama sekali tidak sedar apa yang baru berlaku di situ.
"Oh...boleh je."jawab Bella dengan muka tenang dia pada Lucy.
"Ibu aku baru buat brownies coklat. Makan lah."ajak Lucy masa letak dulang tu atas meja kecik dekat lantai sebelah katilnya.
Sambil ambil tempat Bella perhatikan wajah Lucy dengan dalam. Masih terkesan dengan apa yang dia baca dalam surat tu tadi. Rasa macam tak percaya dan terkejut bercampur baur. Tak tahu nak cakap apa.
"Asal dengan kau?"sentak Lucy yang perasan dia diperhati Bella semacam.
Bella menelan air liur lantas menggeleng kepala.
"Tak ada...hehehe...cuma terfikir
something je."nafi Bella cepat-cepat sambil tersengih.
Share this novel