Dulu dia ada tanya, sukakan seseorang bukan satu jenayah. Tapi sekarang, dia fikir buatkan orang suka dekat kita tu satu jenayah. Yalah kalau orang tu suka kan kita tapi kita tak boleh nak balas perasaan orang itu kan salah. Dari seksa hidup anak orang better dia selesaikan semua ni.
Sebab itu la dia mintak lelaki tu temankan dia untuk bertemu dengan Xavier. Dia mulanya nak ajak Yuta. Tapi mengenangkan Yuta sendiri tak berapa gemar sangat dengan Xavier, jadi benda lain pulak.
"Terima kasih untuk hadiahnya..."ucap Xavier semasa menerima hadiah dari pelajar perempuan dari kelas lain yang berminat dengannya. Apabila mereka beransur pergi meninggalkannya, terus dia nampak gadis itu sedang mendekatinya. Terus tersenyum dia.
"Bella..."panggil Xavier dengan ceria.
"
Namun begitu senyuman pada bibirnya terus pudar apabila lelaki lampai berkaca mata bingkai petak nipis berdiri di belakang Bella.
"Hai...""balas Bella semasa berdiri di depan Xavier.
"Ada apa ni?Dah rindu saya ke?"tanya Xavier yang mengusap kepala Bella lalu menyelak anak rambut yang turun menutup kening ke belakang telinga kiri Bella dengan lembut.
Bella bermain dengan hujung jari dia. Rasa serba salah nak cakap benda yang boleh buatkan orang lain dan sedih. Tapi nak buat macam mana..dia kena buat jugak.
"Ada sesuatu yang saya nak beritahu pada awak. Tapi sebelum tu saya nak tanya awak sesuatu." aju Bella bernada serius.
Xavier mengangguk kepala. "Apa dia...tanya lah.."Xavier bersandar pada dinding di belakangnya sambil menyilang tangan ke dada.
Bella menoleh ke belakang, mengerling ke arah lelaki yang berdiri 10 langkah jauh darinya sebelum kembali memandang ke Xavier. Hendak memastikan lelaki itu masih menemaninya.
"Awak memang dah tahu dari awal tentang saya sebelum awak ke sini ke?"tanya Bella teragak-agak. Sebenarnya soalan tu bukan dari Bella,tapi dari lelaki bercermin mata dekat belakang Bella.
Sebelum Bella ke situ, lelaki itu berbincang dengan Bella mengenai Xavier yang kelihatanny mengenali Bella lebih dari Bella kenali Xavier. Maka timbullah persoalan itu.
Xavier tersengih, dia kemudiannya mengangguk kepala. Buat apa rahsiakan lagi.
"Urm..seminggu sebelum saya dipindahkan ke sini. Masa tu mama saya cakap dia ada kawan, dan kawan dia tu ada anak perempuan. Jadi mama saya hantarkan gambar awak pada saya. Nak tanya kalau saya berkenan. Kalau saya berkenan masa saya balik ke sini untuk program pertukaran pelajar, boleh lah mama saya temukan saya dengan dia dan sebelum dia temukan saya dengan awak, saya yang bertemu dengan awak dulu..."jelas Xavier sambil tersenyum nipis.
Kening Bella mencerun.
"Dan jawapan awak?"
"
"Jawapan saya adalah awak..."Xavier menekup pipi Bella dengan tangan kanannya. "Saya suka awak sejak saya nampak gambar tu bukan sebab rupa..sebab hati saya terdetik untuk suka dekat awak..."
Bella mengalihkan tangan itu.
"Tapi saya tak suka dekat awak. Saya sukakan orang lain. Jadi saya tak boleh terima perjodohan ni...""jawab Bella tanpa berlengah. Sebab tak nak rumitkan keadaan lagi. "Jadi saya harap awak terima keputusan saya dan move on..."mintanya dengan muka serba salah.
Xavier berdiri tegak menghadap Bella. Dia menurunkan tangan ke sisi lalu menyeluknya ke dalam poket kot labuh yang dipakainya.
"Adakah semua ni disebabkan dia?"juihnya ke arah lelaki di belakang Bella. Dia kenal lelaki tu sebab lelaki tu satu kelas Kimia dengan dia. Dan kebetulan lelaki tu adalah pasangan semeja dia.
Dan dia perasan kalau dia duduk, lelaki tu duduk sebelah kiri, Xavier nampak cincin yang dipakai pada jari manis lelaki bercermin mata tu. Dan cincin itu sama seperti yang Bella pakai selama ini.
Bella melentokkan kepala sedikit ke kiri.
"Kenapa awak fikir macam tu?""
Xavier mengangkat tangan Bella yang bercincin pada jari manis.
"Sebab awak pakai cincin couple sama macam dia pakai.."maklumnya.
..."
Bella menarik tangannya dari dipegang oleh Xavier.
"Bella."panggil lelaki bercermin mata dekat belakang tiba-tiba membuatkan Bell dan Xavier tersentak.
Bella toleh ke belakang. Memandang lelaki itu dengan kening terangkat.
"Ya."
"Aku ada kelas ni. Kita kena gerak sekarang." maklum lelaki tu.
Bella kembali memandang Xavier lantas bersuara. "Maafkan saya sekali lagi. Saya tak nak awak berharap. Sebab itu saya beritahu awak awal-awal."
Xavier mengangguk kepala faham. Perasaan tu tak boleh dipaksa. Lagipun dia munculkan diri terlalu lewat. Patutnya dia datang lebih awal.
"Saya faham. Tapi kita still kawan kan?"
Bella yang dengar tersenyum lega. Dengan seronok mengangguk kepala.
Share this novel