"Villius...dia...dia buang student lagi"

Romance Completed 6578

Pagi esoknya Bella terjaga dari tidur kerana mimpi ngeri. Mimpi dimana Adrian jadi pasangan pengantin dia. Mak aih!Mintak simpang. Tak nak dia jadi pasangan lelaki psiko tu! Ramai-ramai lelaki, mamat psiko tu jugak yang menyemak.

Gara-gara mimpi tu, Bella rasa tak sedap hati satu hari tu. Masa sarapan pun Bella tak lalu nak jamah apa-apa. Mama dan papa dia tanya soalan pun Bella tak balas. Dia banyak termenung dan mamai kerana mengantuk sebab tak dapat tidur semula lepas terjaga. Takut sangat kalau mimpi ngeri tu muncul lagi!

Perjalanan dia ke akademi seperti biasa, pasti akan melewati Akademi Prince High yang mana kebanyakan pelajarnya mengenakan uniform berwarna putih di sekitar jalan itu.

Dengan cemas Bella cuba elakkan diri dia dari bertembung dengan mana-mana pelajar di situ. Terutama sekali Adrian si psiko.

"Sayang!"suara tu muncul dari belakang Bella tak lama lepas tu.

Bella membutang mata luas, dia berpaling ke belakang sebelum terpandang Adrian dari jauh sedang berjogging ke arahnya.

Lah...asal panjang sangat umur lelaki ni! Baru je terfikir belum sebut lagi namanya tu dah muncul?

"Sayang tunggu kejap!"panggil Adrian dengan girang.

Bella tak berhenti berjalan dia terus pecut ke arah pintu pagar. Ibarat sedang dikejar anjing liar yang dijangkiti rabies, Bella pecut mengalahkan pelari maraton sendiri sehingga la dia masuk ke perkarangan akademi.

Tengah dia berlari, Bella toleh ke belakang hendak pastikan Adrian tidak mengekori langkah dia. Terlalu fokus memandang belakang bahunya, Bella yang masih berlari tu langsung tak sedar akan depannya.

KEDEBUK!

PAK!

Tangannya serta merta naik memegang tepi bahunya setelah dilanggar tadi. Sakit!

Dah apa pulak ni!Kenapa la dalam satu masa, hari dia tak boleh nak lancar?

"Aduhhh....mana kau letak mata kau. Tak baca ke di larang berlari!"desis satu suara yang kedengaran tegang seperti menahan sakit.

Bella yang terkejut terus undur ke belakang menjauhkan diri lalu memandang ke depan. Matanya terbutang luas lepas bertentang mata dengan orang yang di langgarnya tadi.

"Tengok apa kau dah buat..tak pasal-pasal pecah aku punya projek."marah pelajar lelaki depan Bella dengan lantang.

"Ma-maaf."gagap Bella semasa tunduk memandang model DNA biru merah putih yang bersepah dekat bawah kakinya.

"Maaf-maaf..itu je yang kau tahu. Apa aku nak jawab dengan pensyarah aku nanti. Dasar perempuan tak guna. Menyusahkan!"seranah pelajar lelaki tu dengan bengang saat tunduk mengutip bebuli plastik yang sudah berderai di atas jalan tar itu.

"Apa yang berlaku ni?"tanya satu dari belakang Bella tiba-tiba.

Bella melompat terkejut sebab suara tu dekat sangat dengan telinga dia. Dan bila dia toleh ke belakang, Damien berdiri dekat situ dengan muka handsome berlagak dia.

Pelajar lelaki tadi berdiri semula setelah selesai mengutip semua sisa model-model DNA dia. Dia pandang ke belakang Bella dan Bella silih ganti.

Damien renung pelajar lelaki tu dengan muka berlagak dia, seakan mencabar kalau budak lelaki tu berani untuk bersuara lagi.

Dengan dengusan tak puas hati dan tanpa bersuara pelajar lelaki tu terus beredar dari situ. Dia menjeling tajam ke Bella sambil jalan pergi dari situ.

Bella yang masih bingung tu pandang pelik ke belakang pelajar lelaki tadi. Fuhh!Nasib baik la tak kena maki tadi.

"Kau ni dah kenapa?dah macam orang baru nampak hantu pulak aku tengok?"soal Damien semasa berdiri di depan Bella. Dia mematai Bella dari atas ke bawah dengan kening berkerut.

Bella nak jawab, tapi tak sempat bila Lucy tiba-tiba muncul dari satu arah dan berlari.memanggil nama dia dari jauh.

"Bella!"panggil Lucy dengan cemas.

Damien dan Bella dengan serentak memaling kepala ke arah Lucy. Mereka berdua hanya berdiri di situ sehingga Lucy tiba di depan mereka berdua.

"Ada apa ni Lucy?"tanya Bella dengan wajah risau.

Nafas Lucy naik turun gelabah akan sesuatu.

"Villius...dia...dia buang student lagi...pelajar tahun ketiga lelaki kantoi bercinta dengan pelajar perempuan tahun pertama.."maklum Lucy di balik nafas dia.

Mata Bella terbutang luas, mulutnya terbuka luas.

"Huh?Apa dia?"tanya Bella dengan terkejut.

Lucy mengangguk kepala. "Betul..siap tampal notis pemberitahuan lagi tu dekat papan kenyataan.."

Tanpa berlengah Bella berlari ke arah bangunan utama. Dia masuk ke dalam lobi dan berhenti di depan kerumunan pelajar yang kebetulan berada di depan papan kenyataan.

"Tepi!"tolak Bella dengan susah payah sewaktu mencelah di kalangan pelajar di situ.

Seperti yang dikatakan Lucy sememangnya betul ada notis pembuangan dan pengantung pelajar tertampal di papan kenyataan itu.

Bella mengepal penumbuk menahan sabar. Tiba-tiba darah dia berderau menyirap keberangan. Dia ingatkan Villius dah berubah. Tapi tidak, lelaki itu malah lebih brutal dari biasa.

Sampai hati lelaki tu buat keputusan merepek seperti ini. Bersama ketapan gigi Bella berpaling dari situ.

Setelah dia keluar dari celah pelajar-pelajar di situ, Bella bertembung dengan Damien yamg pada masa yang sama dalam perjalanan hendak ke bilik Majlis Pelajar.

Damien memandang terkejut ke Bella bila nampak Bella melintasinya.

"Bella!"panggil Damien masa Bella jalan menonong melepasi dia begitu sahaja tanpa mengerling ke arahnya.

Bella buka langkah seluas dan selaju yang boleh untuk sampai ke Villius secepat mungkin. Dia nak buat perhitungan dengan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience