Tangan yang bercincin platinum pada jari manis itu memegang kotak dengan erat sambil mulut sibuk mengarah itu dan ini pada mereka yang sedang menyusun atur karnival untuk hari perasmian karnival musim sejuk nanti.
Patutnya diadakan dua minggu lagi, tapi disebabkan pelajar pertukaran bakal keluar dari akademi tak lama lagi, pihak akademi minta Majlis Pelajar percepatkan karnival tu sebagai penghargaan untuk pelajar-pelajar pertukaran tu.
Sebab itu la mereka sibuk sepanjang minggu itu. Sampai tak tidur. Terkenal dengan sikap perfectionist, Majlis Pelajar berusaha sebaik mungkin untuk buatkan karnival itu semeriah yang mungkin. Jadi tak kira lah penat macam mana sekalipun mereka akan berikan yang terbaik.
KLIK!
Lelaki tu tersentak bila terdengar bunyi ketikan gambar diambil dengan kamera. Dia palingkan kepalanya ke depan sebelum bertemu muka dengan lensa kamera.
"Say cheese..."minta orang di balik kamera tu. Tangan kanan yang bercincin platinum pada jari manis itu menekan butang shutter kamera dan mengambil gambar.
"Kau..."lelaki tu membuat muka menyampah.
Sambil ketawa, Bella menurunkan kamera yang tergantung dekat leher ke bawah. "Hai..."
Lelaki tu pandang pelik ke Bella yang kelihatan gembira.
"Dah kenapa sengih macam kerang busuk tu. Ingat lawa?"soalnya semasa membetulkan pelukkan pada kotak yang berisi sisa bendera warna warni yang telah siap di gantungĀ sekitar laman berumput tu.
Kanopi pula telah siap didirikan memenuhi laman yang diselimuti dengan salji itu.
"Saya tengah sediakan bahan untuk majalah edisi musim sejuk. Madam cakap dia tak terhad kan saya untuk letakkan berapa banyak bahan dalam majalah tu nanti.."cerita Bella dengan bersemangat. Hidung dan pipi dia yang kemerahan gara-gara kesejukan itu sikit pun tak pudarkan senyuman dari bibirnya.
"Dah tu?"lelaki tu suakan kotak tu pada Bella untuk di pegang.
Bella capai kotak tu lalu dipeluknya tanpa banyak bunyi."Saya seronok la..dia selalu kekang saya dan terhad kan bahan artikel dalam majalah saya...tapi kali ni dia bagi kelonggaran.."cerita Bella dengan bersemangat. "Masa saya mintak kelonggaran, Madam tak pernah izinkan...tup-tup dia bagi.."
Lelaki itu tanggalkan mafela yang ada disekeliling leher dia dengan kening berkerut.
"Entah apa la yang kau akan letak dalam artikel tu nanti.."keluhnya yang terbayang artikel yang bukan-bukan dari Bella.
Bella ketawa dengan riang."Hahahaha...saya terfikir nak letakkan gambar semua awak semuaĀ masa buat persediaan karnival tempoh hari dan juga gambar yang saya ambik hari ni...." cerita Bella lagi semasa lelaki tu melilitkan mafela tu ke sekeliling lehernya.
Lelaki tu melilit mafela sehingga ia menyembunyikan sebahagian wajah Bella supaya muka Bella tidak kesejukan. Setelah itu dia menyelak anak rambut Bella ke belakang telinga.
"Awak-awak...."panggil Bella dengan teruja.
Dia melompat-lompat setempat seperti anak kecil tak sabar dibelikan gula-gula kapas.
Lelaki tu mencapai kotak dari tangan Bella dengan kening berkerut.
"Apa lagi?"tanya dia.
"Saya nak mintak tolong ni.."senyum Bella sampai tulang pipi dia terangkat tinggi.
Lelaki tu melepaskan keluhan panjang. Dah apa lagi minah ni nak buat! Tak cukup-cukup lagi ke...
"Tolong apa?"tanya lelaki tu.
Bella cubit lengan kot labuh lelaki tu lantas tersengih. Dia tarik sedikit kot yang dicubitnya itu.
"Heheheheh..."sengih Bella. "...aturkan date untuk saya."minta Bella.
"Date?"tanya lelaki tu kehairanan.
Bella mengangguk kepala. "Ha'ah..untuk Lucy dengan Yuta."
Lelaki tu buat muka lepas dengar. Ingatkan Bella nak ajak dia date la tadi. Ya-ya je!
"Kau sure ke dia orang suka sama suka?"tanya lelaki tu. "Macam mana kalau Yuta tak suka Lucy. Tak ke kesian nanti..."
Bella lompat-lompat di depan lelaki tu masa dongak membuat muka."Tak cuba tak tahu...alah....boleh lah."
"Aku tak tahu...minta tolong Villius sana."dalih lelaki tu.
Bella tarik muncung merajuk. "Villius ada date dengan Venessa. Takkan saya nak kacau dia pulak."rajuknya."Ya sudah...saya mintak tolong Xavier kalau macam tu.."Bella gerak hendak berpaling dari situ.
Lepas dengar nama Xavier, lelaki tu terus tersentak. Dia cepat-cepat tarik rambut Bella yang diikat satu ke belakang. Menghalang Bella dari pergi.
"Ahh!"latah Bella masa pegang rambut dia.
Lelaki tu lepaskan rambut Bella serta merta sejurus itu.
"Aku pergi."setujunya laju-laju.
Bella berpaling menghadap lelaki tu lantas tersengih menampakkan barisan gigi.
"Betul ni?"tanya Bella dengan senyuman goofy di bibir dia.
Lelaki tu pandang menyampah ke Bella lalu mengangguk kepala terpaksa.
"Yeah!"Bella angkat kedua-dua tangan ke udara lalu berlariĀ hendak peluk lelaki tu, tapi lelaki tu elak sampai Bella tersandung lantas jatuh tersembam ke atas salji di depan kakinya.
KEDEBUK!
Lelaki tu tunduk memandang Bella dengan tangan masih memeluk kotak.
"Kan aku dah pesan...tak ada siapa boleh tahu tentang kita sampai peraturan tu di mansuhkan..."keluhnya dengan nada kesal.
Bella bangun dari meniarapnya dengan mata terpejam rapat dan salji berada di muka. Tak pasal-pasal dia makan salji.
"Buhukk!"batuk Bella sambil menyembur keluar salji dari mulutnya. Setelah itu dia dongak memandang lelaki itu dengan kening berkerut.
Dasar tak guna!
"Kau okay tak?"tanya lelaki tu masa cangkung hendak memeriksa Bella.
Dengan kening mencerun tak puas hati Bella terus tolak lelaki tu sampai lelaki tu jatuh terduduk ke belakang.
"Ah!"mulut lelaki tu ternganga luas masa dia pandang terkejut ke Bella.
Bella apa lagi dia terus genggam salji yang ada di bawah tapak tangan lalu di campak ke lelaki depannya itu sebelum bangun mencicit lari dari situ.
Hidung lelaki tu kembang kempis hilang sabar bila salji tu mengenai muka dia. Tanpa buang masa, dia bangun dari situ lalu mengejar Bella sambil membaling salji ke belakang gadis itu.
Bella yang dikejar hanya ketawa terkekek-kekek ketawa setiap kali cuba mengelak dari di tangkap dan di baling salji.
Ke hulu hilir pasangan tu dekat laman salji sambil ketawa riang!
Share this novel