"It's okay...semua tu berlaku terhadap amatur yang tiada pengalaman..."

Romance Completed 6578

Dulang dipegang sambil dia menyanyi kecil sewaktu masuk ke barisan. Hati senangnya buatkan perut dia yang lapar pun ikut menyanyi. Kepalanya dijenguk tak sabar di belakang barisan. Tertanya-tanya bila giliran dia akan tiba.Kenapalah barisan ni panjang sangat?

Baru sahaja dia hendak memandang ke depan, telefon dalam poket kotnya bergetar. Tanpa berlengah terus di capainya dan membaca pesanan ringkas yang diterimanya. ā€˜

Kak Amanda. Nama itu tertera pada skrinĀ  sebelum bebuih chat pada skrin di sentuh lalu memaparkan isi pesanan ringkas itu.

"Bella....akak dapat maklumat tentang program pertukaran pelajar tu..."

Dengan laju jarinya menaip balasan teks itu.

"Serius?So apa ceritanya?"

Bella tunggu beberapa minit sebelum mesejnya dibalas semula.

"Dekan cakap program itu akan dilaksanakan pada awal musim sejuk nanti. Yang mana akan melibatkan 20 orang pelajar pertukaran dari 10 buah akademi berlainan. Ini bermakna hampir 40 orang pelajar dari akademi ni akan dipindahkan ke akademi lain sementara pelajar akademi lain akan masuk ke sini.."

ā€
Habis sahaja baca Bella cepat-cepat menaip.

"Seriuslah..siapa je yang akan di hantar ke sana?"

"Tak tahu...apa yang pasti mereka akan pilih pelajar yang tiada rekod disiplin dan pintar. Sebab nak beri contoh pada akademi lain nanti..."

Sedang Bella tunduk menaip, tanpa sedar Bella jalan menghampiri pelajar yang berdiri menunggu giliran di barisan depannya sebelum melanggar belakang badan pelajar itu dan membuatkan dulang di bawah ketiak dia terlepas kepit.

PRANG!Dulang perak itu jatuh ke lantai. Menghasilkan bunyi bising tapi sikit pun tak menganggu fokus Bella.

Bella tidak mengangkat kepala kerana terlalu tekun menaip sehingga dulang itu dikutip oleh pelajar yang dilanggarnya tadi.

Bila dulang tu di sua ke depan, Bella mencapai dulang tu."Thanks."ucap dia sambil pegang dulang dan memandang skrin telefon.Ā  Dia taip "...kalau macam tu okay. Terima kasih untuk maklumatnya."butang send disentuh.

"Lain kali kalau jalan tu pandang depan."tegur satu suara dari belakangya secara tiba-tiba.

Bella menoleh pantas ke belakang. Kening dia terangkat tinggi lepas pandang pemilik suara tu. Lantas Bella membuat muka.

"Saya langgar awak ke?Tak kan...orang yang saya langgar tak cakap apa-apa pun yang awak sibuk kenapa?"Kening Bella berkerut sedikit sebelum memandang wajah berkaca mata itu dengan tangan memeluk dulang rapat ke dada.

"Memang la dia tak cakap apa-apa..sebab tu aku pesan."

Bella menjuling mata menyampah pada lelaki itu. Mana ada dia pasti akan muncul lelaki ni. Sentiasa. Rasa macam diekori pun ada.

Terus dia berdiri menghadap lelaki tersebut sambil peluk dulang ke dada."Beritahu saya satu perkara lagi.."minta Bella semasa dia gerak ke depan tapi jalan mengundur menghadap lelaki di depannya.

"Beritahu apa?"soal lelaki itu semasa gerak ke depan. Dia pandang Bella dalam-dalam macam nak telan gadis tu.

"Give me a name.."minta Bella.

Mata lelaki tu gerak kanan dan kiri dia, berasa peka tiba-tiba dengan sekeliling dia memandangkan dewan makan itu bising dan pelajar-pelajar sibuk hendak dapatkan makanan.

"Nama siapa?"tanya lelaki itu.

"Nama ex dia la. Hari tu awak cuma beritahu saya rahsia kenapa dia cipta peraturan tu. Tapi bukan nama ex dia?"Bella berhenti berjalan hendak menunggu jawapan dari lelaki didepannya itu.

Lelaki itu mendorong Bella ke depan supaya tidak menghalang lalu lintas di situ. Takut pelajar lain marah pula mereka lengah-lengah disitu.

"Nanti aku beritahu..bukan dekat sini.."ujar lelaki itu.

Bella membuat muka lalu terus mencapai makanan dan di letakkan atas dulang makanannya sambil diekori lelaki tersebut di belakang.

Bella pilih salad dengan air kosong jer pada hari itu kerana tiada selera nak makan banyak. Setelah itu dia atur langkah untuk ke meja biasa dia duduk. Tapi tak sempat dia nak sampai ke meja, makanannya terjatuh ke lantai setelah di langgar sengaja dengan bahu oleh seseorang.

Dengan muka ā€˜'what the hell'’ dia, Bella pandang makanannya yang berada di lantai. Bibirnya tercebik-cebik bengang dan kening berkerut geram, Bella toleh ke belakang dimana culprit tak guna itu sedang berdiri. Sebaik mengetahui siapa pelaku sebenar Bella terus menempik.

"Awak dah kenapa Villius?"soal Bella bernada tidak percaya. "Jalan bukan main lagi luas, saya juga yang awak langgar. Tak ada mata nak guna?"tempik Bella yang betul-betul marah.

Villius berpura-pura buat muka terkejut. Dah macam Bella pulak nak overdramatik.

"Oh...orang ke tadi?Aku ingatkan tembok mana la tadi menyemak dekat tengah-tengah jalan.." balas Villius dengan muka buat-buat terkejut sewaktu toleh memandang Bella. Di samping lelaki itu diapit dengan ahli majlis pelajar lain.
Mulut Bella ternganga sedikit selepas mendengarnya. Terus dia mengetap penumbuk menahan sabar. Semakin tipis dinding kesabaran dia kalau hari-hari hadap muka Villius dengan perangai menjengkelkan lelaki tu.

Memang tak hairan lah kalau ex Villius tinggalkan lelaki tu. Siapa tahan kalau dapat teman lelaki perangai yang mengalahkan setan. Dah lah baran, otak miring, bipolar lagi tu! Padan muka kena tinggal!

Tapi itu tak bermakna Bella akan biarkan Villius seorang sahaja yang berasa puas setelah menyakitkan hati dia. Dia pun boleh buat perkara yang sama. Yang mana dua kali ganda lagi menyakitkan dari Villius.

Perlahan-lahan Bella atur langkah mendekati Villius. Bersama senyuman menggoda di bibir dia berdiri di depan Villius.

Villius dan yang lain mematai tingkah Bella sehingga Bella berdiri betul-betul di depan Villius.

"Awak tahu..."kata Bella semasa angkat tangan lalu memegang kolar kot uniform Villius. Dia betulkan lipatan kot dan juga tali leher lelaki itu. "Baru la saya faham kenapa ex awak tinggalkan awak dan beri trauma dalam hidup awak..."bisik Bella sewaktu memandang tali leher Villius.

Villius membuka mulut hendak bersuara, tapi Bella menyampuknya terlebih dahulu.

"Siapa tahan kalau ada teman lelaki berperangai menyakitkan hatiĀ  seperti awak ni, sebab tu kenapa awak ditinggalkan..."Bella pandang Villius dengan renungan benci namun tersenyum senang. Dia tepuk dada Villius dengan perlahan. "It' okay...semua tu berlaku terhadap amatur yang tiada pengalaman..."

Villius termangu di situ kerana terkedu dengan kata-kata Bella.

Bella memandang Villius buat kali terakhir.

"Seperti yang awak mahukan saya takkan ganggu hidup awak lagi...anggap saja deal antara kita telah selesai. Saya tak nak berurusan dengan lelaki macam awak ni"maklum Bella dengan sinis. "Tapi jangan fikir saya akan berhenti dari buatkan awak mansuhkan peraturan ni..."sambungnya sebelum berpaling ke belakang dan sebagai efek dramatik dia, Bella selak rambut ke belakang bahunya sewaktu berjalan pergi ke meja dimana Lucy sedia menunggu.

Villius mengepal penumbuk sambil mengetap gigi menahan sabar.

Demian berdecit menyampah.

Sementara ahli majlis yang lain hanya ternganga sekejap melihat sikap sassy Bella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience