Timbunan fail rekod disiplin pelajar yang terakhir diperiksa dibawa ke rak almari dengan tangan yang memakai jam tangan di tangan kiri itu. Sebelum memandang ke arah lelaki yang masih duduk di meja menghadap komputer.
"Kau tak balik lagi ke Damien?"tegur Villius kepada timbalan pengerusi majlis pelajarnya.
"Kejap lagi, lepas kemas kini laporan kewangan kelab persatuan ni selesai."jawab Damien tanpa menoleh."Yang kau tak balik lagi kenapa?"jari jemari Damien laju menaip.
Villius melepaskan keluhan, dia menghenyak punggung di sofa yang berada di tengah-tengah bilik umum itu.
"Madam Lena minta tolong aku untuk tengokkan proposal pelajar dia pasal satu projek ni...aku suruh dia datang lepas habis waktu akademi, ni aku tunggu dia kejap..." jawab Villius.
Damien mengangguk kepala lalu kembali fokus pada kerjanya semula. Tidak lama mereka mendiamkan diri, pintu bilik umum itu terbuka. Seseorang melangkah masuk ke dalam sambil memegang pc di tangan.
"Selamat petang semua..."sapa suara ceria yang membuatkan kedua-dua kepala menoleh serentak ke arah pintu bilik itu.
Villius yang sedang duduk bersandar terus duduk tegak bila melihat orang itu mendekatinya.
"Hai..."senyum Bella semasa mengambil tempat di sisi Villius tanpa menunggu dirinya di pelawa.
"Apa kau buat dekat sini?"tanya Villius dengan muka dumbfounded dia sambil menjarakkan diri kerana terkejut.
Bella dengan senyuman goofy dia pandang Villius dengan mata bulatnya.
"Apa?Bukan ke awak suruh saya ke sini?" tanya Bella sambil meletakkan pcnya di meja depan sofa mereka duduk. Lalu membuka pc itu. Dia taip itu dan ini sebelum menayangkan slide yang disediakan untuk projek atau misi baru untuk rapatkan pelajar perempuan dan lelaki akademi ni.
"Aku ingatkan-?"tanya Villius masa pandang Bella seperti Bella itu virus berbahaya.Dia tilik Bella dari atas ke bawah seakan mencari sesuatu.
Bella menahan diri dari menarik sengih jahatnya bila lihat reaksi kelakar Villius. Biasanya lelaki ni tenang dan stay collected. Tak sangka pulak sampai macam ni sekali reaction yang dia dapat dari Villius.
"Yang saya ni lelaki?"sambung Bella yang faham apa Villius cuba hendak katakan. "Well sorry for dissapointed you. But I'm a girl.." ujar Bella sambil mendepakan tangan, menunjukkan dirinya dengan bangga. Dia kemudiannya berpaling ke arah meja dimana lelaki berkaca mata dan berhidung mancung itu sedang duduk memandangnya sejak tadi. "Hai Damien..."sapa Bella dengan senyuman sakat dia.
Damien membalas sapaan itu dengan jelingan.
Villius melepaskan dengusan kasar, dia menjarakkan diri dari Bella, dia duduk di hujung lengan kerusi. Memandang tidak suka ke Bella.
"Jadi kau la yang cadangkan idea ni?"soal Villius yang tidak suka dengan kehadiran Bella di situ."Kenapa perasaan aku mengatakan ada sesuatu disebalik rancangan kau ni....something fishy here.."lelaki itu memandang Bella dengan curiga dari atas hingga ke bawah.
Bella membuat muka seperti terasa dengan kata-kata Villius. Dia pegang dada.
"Eh...tak baik tau tuduh orang, mana ada...kenapa awak cakap macam tu...takkan lah saya yang baik, comel lagikan cantik ni nak buat benda jahat dekat akademi kesayangan awak ni kan..." Bella meletakkan kedua-dua tangannya di bawah dagu saat memandang Villius dengan senyuman manja.
Villius membuat muka menyampah sementara Damien yang dengar menjuling mata menyampah. What a drama queen!
"Apa kau merepekkan ni, kalau kau nak merepek keluar aku tak ada masa nak layan perempuan merimaskan macam kau ni...."Villius hendak bangun dari duduknya. Namun dengan pantas Bella memegang seluar lelaki itu.
"Alah....nak mesra sikit pun marah...yalah-yalah. Saya serius,awak duduklah dekat sikit kalau jauh macam tu mana nak nampak.."Bella tarik kain seluar Villius dengan perlahan menyuruh Villius kembali duduk.
Mata Villius tunduk memandang Bella dengan renungan tajam tak puas hati dia.
Urghhh!!!!
Share this novel