"Kau sukakan Yuta kan?"

Romance Completed 6578

"Apa maksud kau?"kerusi ditarik ke keluar dari bawah meja sebelum dia duduk memandang Lucy. "Dia orang terlibat sekali?"soal Bella dengan kening terangkat tinggi.

Lucy mengangguk kepala.

"Ha'ah dia orang terlibat tapi tak tahu siapa yang akan datang..."jawab Lucy.

Bella termenung memikirkan sesuatu. Risau sekiranya apa yang dia fikirkan selama ini akan terjadi.

"Thanks eh sebab tanyakan..."ucap Bella sambil termenung memandang permukaan meja. Macam mana kalau Adrian ke sini. Tak ke itu hanya akan buatkan dia ditimpa masalah dekat sini. Lelaki psiko tu bukannya betul sangat.

Lucy pandang Bella dengan perasaan iri hati. Hairan dia dengan Bella, tidak kiranya sama ada Bella mengenakan make up atau pun tidak, wajah itu tetap sejuk sahaja mata memandang. Tiada cacat cela. Mungkin sebab itu kebanyakan pelajar lelaki lebih memilih Bella dari Mandy sebagai pelajar perempuan paling popular dalam poll di fac rasmi akademi mereka.

"Oh ya...Yuta kenapa tak datang?"tanya Lucy yang lihat meja Yuta kosong tanpa penghuninya.

Bella angkat kepala, dia toleh ke meja belakang dimana Yuta duduk sebelum tunduk mengeluarkan buku dari beg.

"Dia tak sihat...demam. Ada dekat rumah tu hah....aku nak lawat tapi dia tak bagi. Risau aku berjangkit dengan dia kononnya..."jawab Bella masa keluarkan buku teks.

Lucy menarik garisan nipis di bibir. Dia topang dagu saat memerhati Bella tengah cari sesuatu bawah laci meja.

"Baik betul Yuta dengan kau ya...walaupun tengah sakit-sakit macam tu pun masih fikirkan tentang keselamatan kau..."katanya bernada cemburu.

Bella palingkan kepala ke Lucy, kening dia terangkat dan tangannya berhenti bergerak. Alamak, dia lupa pulak!

"Eh kau merepek apa?Dia pedulikan aku? Hahahaha...Jangan nak buat lawak la. Dia cakap macam tu sebab tak nak aku menyibuk dan buat sakit dia makin teruk...tak adanya." balas Bella yang mahu nafikan tanggapan tu.

Lucy berdengus pendek. "Yalah tu...siapa yang tak sukakan kau..."

Bella pandang serba salah ke Lucy. Nak cakap macam mana eh?

"Kalau aku cakap aku tak sukakan Yuta kau percaya tak?"tanya Bella.

"Memangnya kalau kau tak suka dia, kau sure dia tak sukakan kau?"tanya Lucy.

Bella menjungkit bahu tidak pasti. Manalah dia tahu.

"Kau sukakan Yuta kan?"tanya Bella yang teringat surat cinta yang dia baca hari tu. Surat dimana Lucy tulis untuk nyatakan perasaan suka Lucy pada Yuta.

Lucy ketawa kecil. "Apa kau ni...tiba-tiba tanya macam tu."

Bella buat muka menyampah. Alah dah suka mengaku je la. "Cuba lah tegur-tegur dia..Yuta tu orangnya lembut, penyayang walaupun muka dia berlagak macho macam apa tapi serius aku cakap tak menyesal kalau couple dengan dia."puji Bella yang sejujurnya tentang Yuta.

"Habis tu kenapa kau tak pernah couple dengan dia?"soal Lucy dengan kening terangkat.

Bella ketawa kecil sambil mencapai pen dan mula mencoret sesuatu di dalam buku notanya.

"Nak couple macam mana, dah kita orang pun berperangai rapat macam orang couple kot nak kategorikan hubungan kita orang sendiri pun tak tahu. Aku sayang dia dia sayang aku cinta?Aku tak tahu sebab aku tak pernah rasa semua tu lain lah kau..bercinta bukan sekali." Bella jeling saja-saja ke Lucy

Lucy yang faham akan jelingan tu membuat muka hendak memukul Bella dengan tangannya terangkat di udara. Tapi tidak pukul. Hanya acah-acah sahaja.

"Memanglah tapi semua lelaki tu tak boleh pakai kau tahu tak!"marah Lucy.

Bella meletakkan pen lalu memandang Lucy.

"Itulah, aku suruh kau couple dengan budak akademi kita kau tak nak..dia orang ni lagi kacak, lagi bagus, lagi pandai apa yang paling penting paling manner dia orang paling tip top"puji Bella dengan bersemangat. Hingga membuatkan pelajar lelaki di dalam kelas curi-curi menarik senyuman bila dengar.

Lucy berdecit menyampah.

"Psst...kau ni kan. Melebih pulak kalau kau suka sangat asal tak couple dengan seorang dari pelajar lelaki akademi ni..."cabar Lucy pula dengan muka menyampah.

Bella terdiam, dia teringatkan lelaki tu. Lelaki yang ikut bantu dia untuk musnahkan peraturan tak masuk akal Villius. Lantas senyuman manis terukir di bibir dia.

"Itulah masalahnya, aku nak sangat wei...kalau bukan disebabkan some stupid rules.." keluh Bella dengan beria-ria.

"Dah lah siapkan kerja kau tu lepas tu hantar dekat Sir Adam bising pula dia kertas kerja lambat hantar..."arah Lucy sebelum kembali tunduk menulis.

Bella melepaskan keluhan, dia berpaling ke meja kosong dimana Yuta duduk. Semoga cepat sembuh sahabat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience