Bab 51

Romance Series 30734

"DHIA? What are you doing here?!" Jebat menyergah keras. Begitu tidak suka melihat aku di sini.

Aku memandang sekeliling. Ada Q, ada yang lain-lain, tapi tiada Taipan. Melihat situasi ini, aku yakin lelaki itu sudah mula menunjukkan taringnya. Di saat semuanya sedang kacau-bilau dan fokus ke arahku, dia mengambil peluang dengan sangat baik.

"Macam mana boleh detect?" soalku kepada Q. Tidak mempedulikan amarah Jebat.

"Budak-budak kita yang dapat tingkap. Bien ada sama dengan budak-budak itu. Dia orang nampak..."

"Hello! Siapa bagi kau kebenaran untuk bersuara?" Tapi Jebat memotong sekali gus memetik jarinya di antara kami.

Aku memandang Jebat. Wajahnya garang memandang aku.

"Kau buat apa dekat sini? Aku tak ada panggil kau."

"Tapi korang perlukan aku."

"No, we don't. Anak dan suami kau lagi perlukan kau."

"Anak aku ada dengan umi, suami aku..." Dia tak tahu aku sudah cabut ke sini selepas mendapat panggilan daripada Q tentang apa yang berlaku. Q tak mampu untuk berahsia kerana dia tahu dalam keadaan dan hal ini, mereka memang memerlukan aku.

Q hanya berlakon seolah dia tidak tahu macam mana aku boleh terkandas di sini.

"Tak tahu? See? Dhia, pergi balik. Aku dan budak-budak boleh uruskan yang selebihnya. Kami dah panggil polis. Mereka akan datang."

"Ye? Anak aku kena pukul dengan perempuan gila itu, hampir setengah jam lepas report, baru polis sampai tahu? Sekarang waktu orang balik kerja, lagilah. Kau ingat dia orang nak bawa turun helikopter ke untuk sampai lebih cepat? Lagipun kalau dekat dalam itu ada Taipan, kau memang perlukan aku. Hanya aku yang pernah combat dan belajar dengan dia."

"Dengan keadaan kau yang macam ini? Tangan kau baru kena jahit entah berapa banyak jahitan semalam tahu? Jangan buat lawak, Dhia. Aku tak nak cari gaduh dengan Rayyan."

"Kau tak payah bergaduh atau cari gaduh dengan dia, Rayyan akan bergaduh dengan aku. Aku yang akan kena marah nanti. By now, dia mesti sedang dalam perjalanan untuk ke sini. Kau fikir dia bodoh-bodoh nak biarkan aku ke mana-mana tanpa pemerhatian ke?" Aku mengerling ke arah sebuah motosikal yang terparkir di bawah pokok tak jauh di belakang kami.

Itulah orang yang diupah Rayyan selama ini. Cuma kali ini dia terlalu menonjol. Dia tak bersembunyi lagi. Puncanya, sebab aku baru peras ugut dia supaya dia menghantar aku ke sini.

Ya, dia yang hantar aku ke sini.

"Jangan salahkan aku atas apa saja yang mungkin berlaku." Jebat akhirnya mengalah dan mengisyaratkan untuk Q menghabiskan kata-kata yang tertunda tadi.

"Bien dan budak-budak ikut Taipan memandangkan dia seorang je yang ada dekat lokasi kau dan Raees. Bila dia orang ikut, akhirnya Taipan bawa dia orang ke sini. Anggaran 600 orang dekat dalam. Disumbat macam sardin. Budak-budak dengar yang mereka akan seludup sebahagian dekat dalam tu ke Thailand dan Myanmar lewat malam nanti."

Oh, Tuhan. Kiranya ini benar-benar lokasi utamanya? Anehnya, kawasan ini terletak di kawasan Kilang. Macam mana tiada siapa yang boleh mengesan kehadiran gudang ini, termasuklah kami? Luarannya memang tak nampak ganjil sama sekali. Kalau sekali lalu, memang orang cerdik pun akan rasa yang ini hanya kilang biasa.

Namun...

Fokusku teralih bila seorang lelaki muncul di belakang Jebat.

"Budak-budak dah standby," kata lelaki itu.

"Adik aku, Arjuna." Jebat seolah tahu apa yang ada dalam kepala aku, terus dia menuding lelaki di sebelahnya.

Oh, itulah Arjuna?

"Mamba, ikut aku. Q, kau ikut Arjuna. Berpecah, jangan beramai-ramai. Suruh budak-budak selamatkan perempuan dan budak kecil dulu. Kalau ada orang tua, selamatkan dia orang juga. Yang lelaki, kemudian." Jebat mula memberi arahan.

Arjuna menghulurkan suatu tali yang siap bercangkuk. Ini untuk kegunaan jika kami perlu melarikan diri dari mana-mana tempat tingg. Tinggi pun tak tinggi mana, paling-paling pun setinggi tiga aku saja yang boleh menggunakan alat ini.

Wah, diskriminasi terhadap jantina oleh seorang lelaki sendiri.

"Mamba, apapun yang jadi, jangan jauh daripada aku. Faham?"

TAK FAHAM!

Aku tak faham bahasa! Aku menyesali itu! Kerana mahu mengejar bayangan lelaki ini, akhirnya aku berpecah dengan Jebat. Kesilapan terbesar yang aku pernah lakukan seumur hidupku. Aku menyesalinya!

Aku terjatuh. Tapi tak dibiar lama, segera aku bangun, merangkak sebelum kakinya aku peluk. Kakiku naik melingkar pada kakinya sebelum satu kaki lagi terus menendang perutnya. Dia menderam kesakitan.

Lelaki ini, seninya tidak sama dengan Taipan. Ia berbeza. Aku yakin, kerana aku adalah satu-satunya manusia yang pernah berguru dengan lelaki yang tidak pernah diketahui nama sebenarnya itu. Lelaki ini berbeza, jauh berbeza! Dia tidak banyak melakukan sebarang cubaan menyerang, tapi hanya mempertahankan diri.

Aku segera bangun. Tangan dikepal sebelum dilayang pada tubuh itu sebelum kaki menendang sekali lagi perutnya. Dia terbongkok, dan aku menggunakan peluang itu untuk menolak jatuh tubuh besarnya. Hanya kerana aku dipegang, dengan aku sekali ikut terjatuh sama. Mujurlah aku masih mendominasi.

Peluang!

Tanganku terus naik menerpa topengnya. Seinci jari untuk menyentuh topeng, tanganku digenggam. Sebelah lagi tanganku naik, tapi itu juga ikut digenggam sama. Aku berlawan dengan kudratnya walaupun lenganku sudah kesakitan yang amat snagat. Terasa seperti jahitan itu akan terkoyak jika aku tak berhenti sekarang.

Tapi ini saja peluang yang ada! Demi segalanya!

Segala daya dan berat badan aku hantar ke bahagian tangan. Aku nampak dia seperti menggeleng sedikit, tapi aku lantakkan saja.

Identiti ini perlu aku bongkarkan sekarang juga!

Tolong aku, Ya Allah!

Tenaga terakhir aku gunakan menghentam tanganku sebelum topeng itu ditarik sehingga terputus. Bibir tersenyum.

Tapi tidak lama...

Apa...

Apa ini?

Nafasku sudah tidak betul lagi.

Tak mungkin.

Aku terduduk meninggalkan tubuhnya. Topeng mukaku ikut ditanggalkan. Mulut ditekup dan air mataku turun deras tanpa salam.

"Abang Diy..."

Tak mungkin...

Pipinya aku sentuh. Wajahnya aku pandang lama dan ia tetap tak mengubah apa-apa. Dia tetap Ardiy yang aku kenali separuh hidupku sebagai abang yang aku cukup cintai.

"Abang..."

Air mata semakin laju mengalir keluar. Tangisan mula kedengaran. Aku menangis seperti orang gila sambil tangan terus naik memukul dadanya bertubi-tubi. Abang Diy bangun. Duduk di hadapanku sebelum tangannya naik menyentuh kepalaku. Ditarik lembut sebelum disandarkan pada dadanya.

"Abang!!!" Aku menjerit di dadanya. Tangan masih terus memukul sekuat hati. Begitu marah dan kecewa sehingga sakit di lengan sudah tidka terasa lagi.

Dia adalah lelaki di sebalik topeng. Dia adalah ketua yang dicari-cari. Dan dia adalah penjenayah besar yang mungkin dihukum mati tak lama lagi. Dia abang yang aku cintai, akan mati kerana jenayah yang dilakukannya.

Aku menolak Abang Diy. Menjarakkan kedua kami sebelum wajahnya aku pandang. Wajahnya nampak mendung. Tapi apa guna mendungnya kalau dialah kepala di sebalik semua ini?!

"Abang pernah jadi orang yang Dhia idolakan..." Tapi sekarang...

"Abang tak layak jadi idola sesiapa."

"Kenapa, abang? This is not you. This ain't you. Abang Diy yang Dhia kenal tak mungkin buat semua benda ini."

"This is me. Hanya ini bahagian yang tak pernah abang pilih untuk tunjukkan pada Dhia."

"Argh!!!" Kedua-dua tanganku naik memukulnya sekali lagi. Sekuat hati, sekuat itu juga aku menangis.

Tidak! Kenapa Ardiy? Kenapa bukan Taipan yang ada di sebalik topeng ini?!

"Abang tak nak Dhia masuk campur dalam urusan ini. Abang tak nak Dhia tahu siapa abang dan akhirnya kecewa dengan abang seperti sekarang. Abang dah buat bermacam cara supaya Dhia berundur, tapi Dhia degil."

"Beratus malahan ribuan perempuan seperti Dhia diculik untuk dijadikan GRO dan segala macam di luar sana! Macam mana Dhia nak berundur?!"

Abang Diy senyap. Hanya matanya memandang kuyu wajahku.

"Siapa Taipan itu? Kenapa dia muncul dengan imej yang sama abang bawa sekarang?" soalku.

"Lat Affendi. Adik kepala Lut Ardiy."

Aku sudah tak terkata lagi. Rupa-rupanya lelaki yang menjadi guruku itu adalah adik kepada lelaki yang aku anggap sebagai abangku sendiri. Dan mereka, penjenayah yang aku cari.

"Abang..." Tiada sambungan. Hanya tangisan kedengaran mendayu-dayu di bawah pandangan Abang Diy.

"Abang ada isteri."

Semakin tak terkata. Entah apa lagi kejutan yang aku bakal terima dalam masa yang singkat ini.

"Dia tinggal di Negeri Sembilan. Di rumah abang. Amarilis Sandra, itu namanya. Tangkap abang, dan tolong jaga dia untuk abang. Kata pada dia, maaf sebab abang tak mampu tunaikan semua janji itu."

Dahiku berkerut. Mulutku terbuka, namun tiada satu patah perkataan pun yang mampu keluar dari mulutku.

Aku terus bangun saat terdengar bunyi derapan tapak kasut yang banyak di bawah sana. Aku berlari ke arah tingkap. Segera memeriksa kalau-kalau ada sesiapa di bawah sana. Aku tarik Abang Diy untuk ikut berdiri di tepi tingkap yang hanya tinggal rangkanya. Tali yang aku pakai dibuang lalu aku ikat pada tali yang aku lilitkan pada Abang Diy. Ikatan diketatkan dan aku terus menolak Abang Diy.

"Dhia?" Dia keliru.

"This is the only thing I could do. Pergi cakap sendiri pada isteri abang. Hanya ini dan kali ini untuk segala kebaikan abang yang percaya dan jaga Dhia dulu. Pergi. Pergi dan jangan sampai tangan Dhia yang tangkap abang lagi. Just not me, please. Dhia tak sanggup. You're my brother." Dengan air mata yang tak berhenti-henti mengalir, sekali lagi aku menolak Abang Diy.

Kali ini dia mengerti. Abang Diy segera memanjat tingkap. Dia berpaut pada tirainya dan memandang aku yang sudah lencun dengan air mata. Sebelah tangannya naik lalu air mataku diseka.

"Maafkan abang untuk segala kekecewaan yang abang berikan. Melihat Dhia menjadi Dhia yang sekarang, yang kuat, berani dan yang berjuang untuk menangkap penjenayah seperti abang, I'm the proudest brother the world has ever seen. Selamat tinggal, Dhia." Dan dia terus menjatuhkan dirinya dengan cukup laju, tapi cukup selamat.

Sebaik saja Abang Diy sampai di bawah, aku segera menarik semula talinya lalu pakai pada diri sendiri seperti awal tadi. Air mata dikesat saat Rayyan masuk ke dalam bilik bersama Jebat. Pastinya dia juga terlibat sama dengan operasi ini sebaik saja tiba di sini.

"Dhia ada jumpa dia?" soal Rayyan.

Aku angguk.

"Mana?"

"Dia lari keluar lepas jatuhkan Dhia. Dia dapat panggilan telefon macam di dusun dan dia terus cepat-cepat lari." Aku buat cerita.

"Dah berapa lama dia lari?" Jebat menyoal.

"Lima minit."

"Kau tak kejar?" soal Jebat lagi, hairan.

Aku memandang Rayyan. Sebab ini dalam bidang kuasanya.

"Aku yang tak bagi dia kejar. Kalau orang itu lari sekadar untuk tarik dia ke kumpulan yang lebih ramai, macam mana?"

Tanpa sebarang kata, Jebat terus berlari keluar. Terjerit memberi arahan di luar sana sebelum satu bangunan ini senyap. Sebaik saja yakin yang mereka sudah tiada lagi di sini kecuali Rayyan, aku terus jatuh melutut di depannya. Air mata kembali keluar dan jeritan sekuat hati dilepas semahunya.

Lihat aku yang seperti itu, terus Rayyan ikut melutut sama. Pipiku ditekup, ditarik dan dibawa rapat ke mukanya. Menunggu apa yang perlu aku katakan, kerana aku tahu bahawa Rayyan sedar ada yang aku sorokkan.

"It's him."

"Who?"

"It's Ardiy."

Keras Rayyan merenungku. Mencari setiap cebis kejujuran yang sememangnya sedang aku persembahkan kepadanya. Wajahnya berubah. Rayyan kecewa. Rayyan sedang terluka. Dan Rayyan seperti sedang menyalahkan diri sendiri.

"Abang Diy... Dia orang yang semua orang cari selama ini. Taipan itu adik dia. It's him. It was him. I saw his face. It's him, abang. It's him..." Aku merintih saat aku ditarik masuk ke dalam pelukannya. Menangis semahu-mahunya sampai tubuhku menggigil walau dalam pelukan kemas Rayyan.

Ya Allah, bumiku hancur di saat yang sepatutnya aku sedang berbahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience