THE TEASER

Romance Series 30734

MEJA mahogani menghasilkan bunyi hentakan yang kuat. Mata tercelik lantas persekitaran mula diteliti. Kosong... Sejauh mata memandang, ruang ini memang kosong. Hanya ada aku. Sendiri. Ditinggalkan dalam sebuah ruang asing yang tidak pernah ditangkap dek mata yang baru dicelik.

Mana lelaki tadi?

Kepala mula tunduk pandang tubuh sendiri. Skema drama di mana tangan dan kaki akan berikat, mulut akan ditutup dengan apa-apa jenis pelekat atau kain berjaya ditepis. Hakikatnya, aku bebas untuk bergerak. Tangan dan kakiku bebas. Mulutku juga. Tiada sebarang penghalang atau batasan.

Aku berdiri.

Hidung menghidu bau yang mengitari seluruh ruang. Bau cologne ke? Kenapa baunya seolah tidak asing bagiku? Di mana aku pernah menghidunya? Di butik? Dalam kedai barang berjenama? Koleksi yang dimiliki aku sendiri? Tapi ini cologne berbau maskulin. Lelaki...

Langkah diatur perlahan dalam ruang yang sedikit samar ini. Hanya sorotan cahaya tingkap berlangsir hitam sahaja sebagai pembantu. Melalui meja mahogani, mata terus mengecil saat sebuah buku setebal tapak tanganku kelihatan di atasnya. Yakin, inilah punca bunyi kuat tadi. Tapi siapa yang meletakkan daya pada buku ini sehingga terhasil bunyi itu?

Tangan menyentuh permukan buku. Permukaan timbul itu diusap. Merasai teksturnya dengan sentuhanku sendiri. Tanpa diangkat, bukunya dibuka. Muka surat pertama... Muka surat kedua... Muka surat ketiga...

Tubuhku keras. Hembusan nafas berat yang seakan sedang berbisik garau di tepi telinga itu seolah berjaya menghentikan seluruh fungsi tubuh. Kaku dan beku. Malahan leher pun tak mampu berfungsi untuk hanya membenarkan kepala berpusing bagi memandang gerangan yang sedang bernafas berat di belakangku.

"Hey, peaches... Miss me?"

Oh Tuhan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience