Bab 18

Romance Series 30734

BEG dizip.

Mata merayap ke seluruh pelusuk bilik bagi mencari kalau-kalau ada lagi barang penting yang aku terlupa untuk masukkan ke dalam beg. Yelah, aku ini pergo bukan seminggu dua, tapi bertahun-tahun. Entah-entah aku tak nak balik dan duduk saja di sana. Aku sudah cukup benci dengan negara ini. Penuh dengan orang bodoh dan buta macam mereka semua.

Yakin yang semuanya sudah lengkap, aku terus tarik ketiga-tiga luggage serentak. Dua luggage saiz 24 inci dan satu lagi saiz 28 inci. Aku sudah upgrade ke business class dengan Qatar Airways dan pilih seat paling cantik untuk penerbangan aku, memandangkan semua itu lelaki tak guna itu yang tanggung. Pergi saja RM 13,000!

Biar pokai dia! Kalau boleh aku nak beli dengan kapal-kapal itu sekali biar botak kepala lelaki tak guna itu!

Tak guna punya orang kaya! Aku report kau dekat LHDN dan semua pengutip cukai di semua negara baru tahu!

Hm, yakin saja aku yang dia tak bayar cukai. Haha.

Aku segera keluar dari rumah sebaik saja fon berdering. Teksi untuk ke lapangan terbang dah sampai. Sempat aku bertentangan mata dengan papa dan umi yang sedang berdiri untuk menghantar kepergian aku sekejap lagi, tapi aku hanya tunduk saja.

Tak kurang sedikit pun kekecewaan aku buat kedua orang tua itu. Aku anaknya...

Kenapa tak mahu percayakan aku? Kenapa mereka yang perlu mengkhianati aku dengan berpaling saat semua menuding?

"Banyak beg, cik? Nak ke mana?" soal pemandu itu sambil beg-beg aku diangkat masuk ke dalam bonet keretanya.

"Saya nak sambung belajar. Mungkin nak lari juga." Aku gelak.

"Jangan macam itu, cik. Pergi jauh mana pun jangan lupa tanah tumpah darah dan air mata kita. Abang pun pernah belajar di New Zealand dulu, tapi tak ada tempat dalam dunia yang lebih indah daripada Malaysia."

Hm, Malaysia memang indah. Tapi orang di dalamnya yang, eiii! Geram aku.

Tumpuan aku teralih bila tiba-tiba aku lihat sebuah kereta berhenti di belakang kereta pemandu ini. Kereta Rayyan.

Yang pertama keluar adalah bibik.

Datang saja dekat aku, terus aku dipeluknya bagai tak nak lepas sebelum air mata terhambur keluar. Terkejut aku dibuatnya!

"Bik, kenapa?" soalku. Pelukannya dibalas. Belakang badannya ditepuk lembut cuba menenangkan dia.

"Bibik minta maaf, Dhia. Bibik tak tahu yang ubat itu bukan ubat sakit kepala. Bibik hanya bagi sebab Qilankata itu memang ubatnya. Kata dia, Panadol itu jenama. Ubatnya ada banyak rupa. Bibik tak tahu Dhia. Bibik minta ampun, Dhia."

Ya Allah! Sebab ini rupanya. Ingatkan siapalah arwah tadi. Kalau Rayyan, memang sekarang juga aku berkonsert orkestra di sini.

Aku rungkaikan pelukannya. Dia yang sudah basah dengan air mata itu aku pandang sebelum aku tersengih sendiri. Jariku naik mengusap air mata yang mengalir sebelum aku kuntum senyuman buatnya.

"Tak apa, bik. Apapun yang terjadi, ia dah jadi. Ini bukan salah bibik, jadi jangan rasa bersalah dan jangan menangis."

"Tapi bibik yang bunuh anak Dhia kan? Bibik yang buat Dhia kena marah dengan semua orang kan? Bibik yang salah, Dhia. Bibik patut periksa dulu."

Aku menggeleng. "Bukan bibik yang patut periksa, tapi saya. Saya yang patut periksa dulu, jadi jangan salahkan diri sendiri lagi. Bibik jangan buat Dhia sedih."

"Bibik beritahu pada Tuan Rayyan ye? Bibik akan beritahu apa yang betul-betul berlaku, ye Dhia?"

Aku laju saja menggeleng.

"Jangan. Akan lebih sakit kalau mereka tahu sendiri daripada mulut pelakunya berbanding orang lain. Sepandai-pandai tupai melompat, tanah juga jatuhnya. Cukup bibik, saya dan Allah saja yang tahu. Boleh?"

Dalam serba tak kena, bibik mengangguk setuju. Aku tahu dia keberatan, tapi itulah yang terbaik untuk itu. Ia akan jadi dendam termanis untuk aku tebus suatu hari nanti.

"Dhia hati-hati di sana ye? Kami semua pekerja di rumah mesti rindu Dhia. Siapa yang baik hati untuk ingat kami setiap kali memasak lepas ini? Yang mesti belikan macam-macam untuk kami setiap kali keluar berjalan? Mereka semua kirim salam pada Dhia dan pesan untuk Dhia jangan lama-lama dekat sana. Kami semua sayang Dhia."

Oh, aku nak menangis!

Bibik terus berundur beberapa langkah bila pintu kereta kembali terbuka dan ibu keluar diikuti Rayyan.

Ibu sempat bersalaman dengan umi terlebih dahulu sebelum aku pula dihampiri. Rayyan hanya berdiri tak jauh dari keretanya. Muka tetap bengis dan tegang.

Ibu hulurkan tangan untuk bersalam, dan aku hanya sambut sekadar itu. Tiada ciuman di tangannya seperti selalu.

"Jaga diri ye, Dhia?" katanya.

Aku angguk sekali. Tawar.

"Dhia belajar elok-elok. Jadi orang yang bijak pandai akal, hati dan akhlaknya."

Angguk sekali lagi. Extra tawar.

Mungkin lihat aku yang tak beri sebarang respon, terus ibu tersenyum nipis sebelum berundur dan berdiri di sisi Rayyan. Sempat aku nampak Rayyan ditolak-tolak. Mesti nak suruh Rayyan beri sepatah dua kata itu.

Tak apalah! Tak hingin!

Aku pandang pemandu yang sudah menunggu di dalam kereta. "Kejap ye, abang. Saya bayar extra nanti."

Pakai duit mamat itu!

Aku terus melangkah ke arah umi dan papa. Umi sudah memerah mukanya tanda sekejap lagi mungkin dia akan menangis seperti bibik. Papa pula... Hanya pandang kosong ke arah lain.

Mengenali papa, aku tahu yang dia turut sedih. Tapi kerana ego dan kekecewaannya, maka sedih itu ditutup.

Tangan umi dan papa disentuh. Aku tersenyum nipis sebelum lutut terus turun menyentuh lantai. Kelam-kabut umi cuba untuk mengangkat aku naik semula. Papa hanya diam seperti tadi.

"Dhia, jangan macam ini. Jangan melutut depan umi dan papa. Bangun." Umi teruskan usahanya tapi aku menggeleng.

"Dhia tahu yang kalau Dhia karang sejuta ayat di atas tanah untuk umi dan papa pun, Dhia tetap tak akan dapat kepercayaan itu semula. Dhia tak tahu apa yang Dhia buat sampai Dhia layak dilayan seperti ini, tapi ampunkan Dhia."

Umi terus menangis. Papa masih beku.

"Dhia tak mampu beri bukti untuk pertahankan diri, tapi Dhia tahu yang umi juga tahu Dhia takkan pernah buat macam itu. Kali pertama doktor beritahu yang Dhia hamil, Dhia terkejut. Dhia mengaku yang Dhia ada terfikir untuk gugurkan kandungan, tapi Dhia tarik balik sepantas kilat. Dhia hanya tak beritahu sebab Dhia tak nak ikat Rayyan selamanya dengan Dhia. Saat tangan Dhia sentuh perut yang belum pun lagi ada rohnya, Dhia dah jatuh sayang sedalam-dalamnya pada anak Dhia. Malahan Dhia lebih sayangkan dia berbanding diri Dhia dan seisi dunia. Sayang yang Dhia tak pernah jangka Dhia tak punya untuk diberikan kepada seseorang. Yang Dhia sendiri tak pernah sangka bahawa Dhia boleh sayangkan orang sedalam itu."

Air mataku tumpah, tapi lekas aku gelengkan kepala bagi mengusirnya. No tears, Dhia! Tangisan hanya membuatkan kau lemah dan nampak lemah.

Tangan umi dan papa aku satukan lalu aku bawa ke bibir. Dicium lama sebelum aku tunduk lebih lagi dengan mata yang tepat memandang kaki kedua mereka. Terasa genggaman tangan papa sedikit erat berbanding tadi. Dan umi, makin kuat esaknya.

"Ampunkan dosa-dosa Dhia yang tak sempurna dan tak akan pernah sempurna bergelar anak buat umi dan papa. Halalkan makan minum Dhia, setiap titisan susu, setiap keringat bagi mengisi perut ini dan setiap kasih sayang yang diberikan buat Dhia. Dhia cintakan umi dan papa lebih daripada Dhia mencintai Dhia sendiri."

Dan aku tak tertahan lagi. Terus keluar semua tangisan yang ditahan bila terasa genggaman papa semakin ketat dan tangannya sedikit menggigil. Jatuh terus ke lantai.

Tak membiarkan aku menangis lama, tiba-tiba tubuhku diangkat. Papa bawa aku terus ke pelukannya. Umi ikut memeluk aku dari sisi lainnya.

"Biar satu dunia membenci, umi dan papa akan tetap di sini." Papa berbisik tegas sebelum wajahku dikucup bertalu-talu.

"Kami adalah ibu dan ayah yang paling beruntung di seisi semesta kerana dipilih oleh Allah untuk memiliki Dhia. Dhia jaga diri baik-baik. Dhia bawa nama papa di belakang nama Dhia pada setiap masa dan ia bermaksud Dhia sedang galas maruah keluarga bersama ke sana. Pulang semula dengan maruah itu. Jangan biar ia tercalar," pesan papa.

Dan aku terus terangguk-angguk. Seusai bersalaman dan berpelukan untuk kali terakhir, aku terus berlalu ke arah kereta. Baru nak masuk, tiba-tiba Rayyan muncul di belakangku.

Aku tak pandang dia. Aku cukup benci dengan lelaki ini. Masalahnya lelaki itu diam tanpa sepatah kata sampai lima minit! Aku ini memanglah keluar awal empat jam, tapi tidaklah pemandu ini nak tunggu aku selama itu.

Bila dia masih tak nak bercakap, aku terus buka pintu. Letak beg tangan di dalamnya dan berura untuk masuk. Cuma kali ini, lenganku digenggam.

Aku rentap semula.

"Jangan. Sentuh."  Sepatah-sepatah.

Rayyan senyap seketika. Dompet diseluk sebelum salah satu kad ditarik keluar. Mak aii, berkilat beno! American Express? Yang platinum je? Tak nak bagi yang hitam tu ke?

Kad itu diseluk masuk ke dalam poket seluar aku.

Argh! Jangan masukkan. Saya tak nak. Argh! Saya tak nak! Saya tak nak duit ini!

Yada, yada, yada! Gila nak tolak? Aku bukan perempuan dalam novel yang kononnya mulia benar sampai tolak duit. Haha!

"Ini supplementary card daripada kad aku. Apa yang kau bayar dengan kad ini, semuanya ada di hujung jari untuk aku periksa. Aku akan tanggung segalanya seperti yang dijanjikan."

Yiiiihaaa! Ini yang makin tak sabar nak terbang ini!

"As you should. Bukan murah harga diri yang Dhia gadaikan untuk lelaki buta dan bodoh macam abang ini." Jeng! Pedas tak?

Tapi mukanya senada saja. Dah nak tukar apa lagi kalau memang dari awal memang muka dia macam nak bakar rumah ini?

Oh kejap!

Aku mendekatinya. Tanganku naik menyentuh dadanya. Kolar baju kemeja itu aku tarik-tarik sedikit. Kemaskan. Elok tiga kali tarikan, aku terus rentap sehingga dia tertunduk rapat ke mukaku. Mata bertentangan dan aku terus tersenyum.

"Bila abang tahu kebenarannya nanti, sila cari Dhia segera," bisikku.

Aha! Belum habis!

Senyuman mula menyenget sinis. "Sebab Dhia tak sabar sangat nak dengar lafaz yang itu selepas abang tahu kebenarannya. Dhia juga tak sabarrr sangat nak tengok muka abang yang kacak ini nanti. Rayyan Halzeri yang menawan."

Dagunya aku ketuk-ketuk dengan jari telunjuk sebelum senyuman dimatikan. Kalau dia rasa itu pujian, memang aku luku kepala dia. Itu sindiran yang bermaksud aku tak sabar nak tengok reaksi dia bila tahu anak itu dibunuh oleh siapa!

Rayyan dijeling dan aku terus masuk ke dalam kereta. Sebelum kereta bergerak, aku sempat buka tingkap. Tersenyum buat umi, papa dan bibik. Tangan dilambai sebelum dua jari dibawa ke bibir lalu dilayang ke arah mereka yang masing-masing sudah sembilu.

Ini akan jadi perpisahan panjang, umi... papa...

Semoga ada rezeki untuk Dhia kembali ke dalam pelukan umi dan papa suatu hari nanti.

Salam untuk segala kenangan pahit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience