Bab 44

Romance Series 30734

KOORDINAT yang tertera memang tepat-tepat
menunjukkan tempat ini. Inilah kawasannya. Tapi apanya? Depan aku hanya ada rumah orang. Di belakang ada semak samun. Dan rumah itu pun bukan rumah tak berpenghuni. Aku boleh nampak budak-budak berlari di rumah ala-ala rumah panjang ini.

Aku kena game ke?

Aku berpandangan dengan Taipan. Elok saja pandang dia, tiba-tiba mataku menangkap satu susuk tubuh yang sedang berdiri lebih kurang 100 meter daripada kami. Dia memerhati ke arah kami sebelum tiba-tiba dia berlari.

Aku terus ikut berlari mengejar langkahnya. Lari punya lari, orangnya hilang, tapi aku tiba di sebuah pondok bawa pokok entah siapa di belakang ini. Di belakang sana seperti ada sebuah dusun.

Apa yang buatkan aku berhenti di pondok ini adalah kerana ini...

Aku mencapai kertas A4 yang ditindih dengan botol.

Aku dengar kau bijak. Mari uji kebijaksanaan kau, Black Mamba.

Ha? Nampaknya dia memang tunggu aku yang datang.

Aku terbalikkan kertas itu bila ternampak bayang tulisan di belakangnya. Bingo.

Pokok. 320. 10 steps to the north, but it's foul.

Pokok?

Wah, clue yang cantik. Macamlah aku tak dikelilingi pokok dan tanah entah siapa dekat depan ini! Seperti dusun atau kebun. Entahlah!

Tapi north...

Telefon dikeluarkan. Compas dibuka. North berada tepat ke arah tanah di depan ini. Sebelum membuka langkah, aku pandang sekeliling seketika. Mencari Taipan yang hilang entah ke mana. Agaknya dia hilang jejak aku semasa aku berlari tadi tak?

Ah, tak apalah.

Berbekalkan lampu telefon, aku terus melangkah ke arah dusun. Aku pastikan dulu yang ini bukan dusun durian, barulah aku tarik nafas lega dan berjalan tenang. Tenang tak tenang juga. Takut ada haiwan berbisa.

Berdiri di barisan pertama sebelum aku betul-betul masuk ke dalam dusun itu, aku memerhati sekelilingku. Dusun ini boleh tahan luas. Jadi mana satu yang perlu aku tuju?

10 steps to the north...

But it's foul...

Foul.

320...

Aku bermain seketika dengan kompas itu. Mahu lihat coraknya bagaimana sebelum pada bahagian NW, keluar angka 320°. Bila aku pandang depan lurus mengikut arah kompas itu, mataku terpandangkan kertas  yang elok terpaku pada sebuah pokok.

Ha... Ini game kau rupanya.

Sebelum lanjut, aku hantar mesej ringkas kepada Q. Kalau-kalau aku perlukan bantuan nanti memandangkan di dalam sana belum tentu ada rangkaian.

Aku terus berlari ke arah pokok itu. Tiada masa untuk dibazirkan. Hari sudah senja.

X 87.3
Y-83.8

Kompas digoyang-goyangkan semula hinggalah muncul nombor berkenaan di sisi skrin telefonku. Aku terus berlari menuju ke arah yang ditunjukkan menurut nombor yang diberi. Masuk saja ke dalam, aku mula rasa takut sedikit. Ini kalau sesat, aduhlah!

Jadi sebelum sesat...

Pokok di sebelah aku pandang. Nak lukis pada pokok orang, takut tuannya mengamuk. Jadi kerana tiada pilihan, terus aku tolak segala daun kering lalu longgokkan di tepi pokok itu sebagai petanda. Siap aku pacak ranting sebatang. Dah macam kek dengan lilin. Haha.

Aku teruskan berjalan sambil tangan cuba mencari nombor yang sama. Bukan senang. Nombornya sentiasa bertukar setiap kali aku melangkah.

Setelah lebih kurang lima minit mengikut nombor yang sama, aku tiba di pokok yang ada kertasnya sekali lagi.

Tiada lagi clue sekarang. Selamat mencari.

Shit! Lepas aku berjalan sepuluh minit dari luar sana?!

Aku terus pandang sekeliling. Aku rasa aku dah agak jauh ke dalam. Apapun, pertama kena buat petanda. Daun kembali digunungkan seperti tadi. Hailah, kalau orang lain tengok mahu aku digelakkan mereka.

Lampu disuluh pada sekitarku. Memang baru senja, tapi di sini gelap. Tidaklah terlalu gelap sampai gelita. Tapi pandanganku sudah terbatas.

Mana aku nak cari orang di sebalik klu ini? Aku kena game atau memang dia ada di sini menunggu aku?

Mata mengecil saat lampu tersuluh pada kawasan berumput di bawah. Aku terus bercangkung memerhati rumput yang nampaknya seperti sudah dipijak. Sebahagian nampak tembus sedikit ke dalam dengan rumput yang lenyek dipijak. Dan sebahagian lagi sedikit berlecak, tapi masih normal.

Oh ye! Tadi kan baru hujan!

Tapak! Aku hanya perlu pastikan yang ini memang tapak manusia.

Aku kembali menyuluh. Mencari kawasan tanpa rumput dan ada! Betul tekaanku. Ada kesan seperti kasut but di sini. Besar gedabak tapaknya. Aku mengikuti segala kesan tapak kaki yang sama saiz. Yang atas rumput atau atas tanah, semua aku ikut saja sampai aku hampir bertembung dengan pokok bila tapak itu seperti mengitari pokok itu.

Oh! Ada anak panah yang dipaku pada pokok. Nampak usang. Jadi aku rasa ini tuan dusun yang buat sebagai penanda atau apa.

Tapi...

Takkanlah semudah ini?

Aku cuba menyuluh tapak tadi sekali lagi... Tapaknya terus ke arah bertentangan daripada arah anak panah ini.

Hm...

Tanganku naik menyentuh anak panah itu. Elok aku sentuh, tiba-tiba anak panah itu terpusing dan tuding ke bawah, sekali gus kertas yang dilipat kecil jatuh.

Lah! Anak panah ini bukan untuk menunjuk arah lagi. Dipusing ke arah mana pun ia akan jatuh dan tuding ke bawah. Kertas itu disendal supaya anak panahnya tak jatuh dan kertas ini masih putih bersih. Hanya nampak sedikit basah saja. Pastinya mereka mahu membuat aku keliru.

Aku terus mengikut tapak tadi semula. Ikut punya ikut, tiba-tiba hidung terhidu bau asap. Seperti bau ketikq orang membakar sampah. Aku mengekori bau itu. Bau punya bau, sampailah ternampak unggun api yang terpacak di tengah-tengah kawasan lapang depan sebuah pondok. Tak hanya itu, aku juga dijemput dengan pemandangan di mana tiga orang lelaki sedang menoleh ke arahku, bersama seorang lelaki yang tak asing sedang berdiri dengan mata membulat melihat aku.

Tiga lelaki itu... Dua lelaki tidak dikenali. Seorang di tengah adalah lelaki yang pernah aku jumpa di rumah terbengkalai dulu.

Dan yang membulat itu...

Rayyan?!

Ya Allah, kuatnya jodoh!

"Wow! Kau jumpa jalan ke sini? Boleh tahan perempuan ini." Antara lelaki bertiga itu bersuara. Dua lelaki tidak bertopeng, antara mereka.

Lelaki yang satu itu memang tak pernah bercakap.

Aku berdiri tegak di sini. Fokusku hanya untuk sekeliling aku. Takut ada yang menyerang hendap. Sesekali aku pandang Rayyan yang sudah pandang lelaki di hadapannya.

Ketua mereka angkat sebelah tangan seperti isyarat buat dua orang lagi. Mereka berdua terus berlalu ke arah belakang sebelum kembali dengan beg hitam. Dua buah beg hitam.

Seorang berjalan ke arahku dan seorang berjalan ke arah Rayyan. Mendekati aku, lelaki itu angkat sebelah tangannya tanda dia tidak akan menyerang.

Zip dibuka sebelum beg dicampak. Landing betul-betul di depan aku bersama not 100 yang dililit tebal.

Uish, banyak benar duit!

Aku tengok pula Rayyan. Begnya... Aik, kosong?

"RM 50,000. Ambil dan jangan ganggu kami lagi," kata lelaki yang sama pada aku. Dia ini memang jadi jurucakap untuk ketua sendiri ke apa?

Aku senyap. Memang tak boleh nak bercakap pun sebenarnya. Ada Rayyan.

Aku tunduk pandang duit dalam beg semula. Beg kembali dizip lalu aku campak ke arah mereka. Ketiga-tiganya pandang aku. Kalaulah aku boleh bercakap sekarang...

Nak halalkan kerja kau dengan RM 50,000 ini? Bodoh! Bagi 5 Juta pun aku akan tetap dengan pendirian aku.

Tiba-tiba dua lelaki tadi meluru ke arah Rayyan diikuti lima orang lelaki entah dari mana datangnya. Pertarungan berlaku di antara mereka secara tiba-tiba. Tak ada angin tak ada ribut. Baru aku berura untuk masuk campur, tiba-tiba ketuanya datang menghampiri aku.

Dia tidak menyerang, tapi hanya berdiri di situ seolah mahu menghalang aku untuk mendekati Rayyan.

Aku menolak tubuhnya. Tapi tubuhku pula ditarik. Aku tendang dia, dan tubuhku ditarik sekali lagi. Elok saja Rayyan berjaya didudukkan oleh mereka, tiba-tiba ketua mereka ini menarik tanganku untuk berdiri di depan Rayyan.

Rayyan diikat pada kerusi plastik.

Rayyan tak dapat menentang kerana ada tujuh orang lelaki yang mengawalnya. Tendang seorang, seorang lagi datang. Tumbuk yang ini, yang ini pula mara. Berjemaah dia 'dilanggar'.

Tujuh lawan satu. Atau sebenarnya, lapan lawan dua?

Aku mengerling ketua mereka di belakangku. Tanpa salam, tanganku naik pada lehernya, berpusing, kaki mengilas sebelum tubuhnya kujatuhkan. Lutut, aku halakan betul-betul pada lehernya. Tak payah cakap banyak. Dia faham sendiri apa akan berlaku kalau dia cuba membalas serangan ini.

Bum!

Terteleng terus kepala pandang ke arah Rayyan bila bunyi sesuatu menghentam kedengaran. Terbeliak aku dibuatnya bila lihat sebatang kayu yang sudah patah dengan Rayyan yang sudah mengancing gigi menahan sakit.

Aku makin mendekatkan lutut dengan leher lelaki itu. Amaran untuk mereka.

"Buatlah. Lelaki ini akan terima akibatnya," kata 'jurucakap' tadi sebelum salah seorang daripada mereka ambil lagi sebatang kayu sebelum kayu itu diayun semula.

Aku lantas melepaskan ketua mereka. Dan mereka terus menghentikan ayunan tadi. 

Shit! Aku tak sanggup tengok Rayyan kena pukul! Permainan kotor. Tujuh lawan satu? Sebab tahu Rayyan tak boleh dikalahkan dengan seorang dua saja, maka tujuh didatangkan sekali. Itu pun masing-masing dah mula berbirat serata tubuh dengan serangan Rayyan.

"Pergi. Sebelum gelap." Rayyan bersuara dengan matanya menghala ke arahku. Mengarah.

Eh, apasal pula? Aku datang sini bukan untuk kau ye, cik mat. Aku ke sini untuk ketua yang terpaksa aku lepaskan disebabkan kau tadi.

"Dia nak pergi mana? Kalau dia boleh pergi pun, dia tak akan pergi. Kalau dia nak pergi, awal-awal lagi dia dah pergi. Kau tahu kenapa?" Si jurucakap mendekati Rayyan.

Rayyan senyap.

Kenapa aku rasa tak sedap hati ini?

Tiba-tiba si jurucakap memandang aku. Bibirnya tersenyum.

"Buka topeng kau."

Shit. Aku dah agak! Mereka tahu siapa aku pada Rayyan. Maksudnya mereka juga tahu identiti aku di sebalik topeng ini. Damn it!

Bum!

Patah satu lagi kayu. Rayyan masih mengancing gigi.

Haish! Mana Taipan ini?! Aku tak boleh lawan mereka semua berseorangan!

Bila sekali lagi hentam menyentuh tubuh Rayyan...

Argh! Pergi matilah!

Aku terus meluru ke arah mereka. Kayu pada unggun api dicapai sebelum selebihnya aku tendang hingga berterbangan. Mereka mengelak, memberi aku ruang untuk menyerang. Si jurucakap aku tarik sebelum kayu itu aku hinggapkan pada tubuhnya. Jeritan kesakitan kedengaran sekali gus kulitnya melecur di depan mataku. Kaki menendang tubuhnya saat yang seorang lagi datang mendekati.

Kayu dihunus ke bajunya pula. Api mula naik memaksa dia untuk segera membuka baju. Aku menghadiahkan sepakan penalti di muka, sebelum kaki menyepak kayu yang ada di atas tanah terus ke lelaki lainnya. Tak kena, tapi mampu untuk buatkan mereka sibuk mengelak. Baru lelaki itu ingin kuberi nasib yang sama, tiba-tiba tubuhku ditarik sebelum tangan seseorang mengunci leherku. Caranya menarik tubuh pun aku sudah tahu siapa orangnya.

Ketua mereka.

Kayu api di tanganku terus ditendangnya.

Si jurucakap terus mencapai kayu itu sebelum meluru ke arahku dengan berang. Kayu itu dituju pada mukaku, tapi belum apa-apa, dia berhenti dengan mata yang lurus memandang lelaki di belakangku ini. Kayu dibaling ke tanah sebelum aku dipandang bagai mahu ditelan.

Aku ditarik oleh ketua mereka kembali di depan Rayyan. Ditolak sehingga melutut di situ. Si jurucakap menghampiri Rayyan semula sambil mengerang menahan sakit dan amarah. Sebilah pisau dikeluarkan sebelum dihunus ke leher Rayyan.

"Kau banyak sangat memberontak, perempuan. Kau rasa kau hebat? Kau nak terus melawan? Tak apa. Kalau kau tak nak tunjuk muka kau, biar lelaki ini langsung tak dapat tengok muka kau," katanya sebelum pisau itu muka diposisikan. Sesaat untuk dia membenamkan pisau itu, aku terus menjerit.

Berhenti! Berhenti! Hanya berhenti...

Aku akan kenakan setiap daripada kau semua berkali lipat daripada ini suatu saat nanti. Very soon!

Tanganku naik menyentuh topeng muka. Jantung sudah bermacam jenis rentak bila melihat Rayyan yang memandang aku. Tawakal sajalah!

Topeng terus dicabut.

Kepala ditundukkan seketika. Topeng digenggam sebelum aku mengangkat muka dan memandang Rayyan. Dahinya sedikit berkerut, tapi tiada reaksi yang dramatik. Hanya sekadar itu.

"Woi!"

Damn! Lambat sesaat!!!

Q, Jebat dan Taipan mara. Terus nazak mereka dibelasah. Hanya ketuanya saja yang masih utuh, sebelum satu panggilan telefon yang tak dijawab membuatkan dia terus berlari meninggalkan kami.

Taipan lantas mengejar lelaki itu sementara Q meluru ke arahku. Nampak saja aku yang sudah tidak lagi bertopeng, Q terus memandang Rayyan. Matanya membulat dan pipiku ditekup.

"Dia nampak?" soalnya.

"Dah tu?" Dia depan aku kut! Cerdik punya soalan.

"Ehem!" Tiba-tiba Rayyan berdehem.

Tengok skala tajam mata dia, tak lain tak bukan dia cemburu.

Q segera menghampiri Rayyan. Tali dipotong.

"Apa jadi?" Jebat menyoalku.

"Dia orang bagi duit. RM 50,000 untuk tak masuk campur dalam urusan dia orang lagi." Tapi duitnya dah hilang dibawa bersama mereka.

"Apasal awal kau K.O?"

"Hampir dapat ketuanya. Tapi..." Hai! Nak salahkan Rayyan pun tak boleh. Dapat ketua pun, belum tentu budak-budaknya nak tengok saja.

"Ada lapan orang lelaki. Masing-masing berbadan besar dengan senjata. Seorang pegang pisau, seorang pegang kayu. Tak boleh nak buat apa."

Jebat senyap. Dia menghampiri salah seorang yang sudah terlentang di atas tanah. Jurucakap tadi. Nazak dah gayanya lepas kena belasah. Sampai tak terdaya nak berlari. Jebat tuding kesan lecurnya sambil merenung aku.

"Ini kau buat?"

Angguk.

"Dua orang tadi pun aku tengok melecur juga. Seorang dengan baju terbakar. Mengamuk ke apa?" Q mencelah.

Aku senyap saja. Rayyan yang masih duduk, aku pandang. Dia sedang mencabut topeng mukanya. Topi dibuka sebelum rambut dikemaskan. Matanya tepat memandang aku.

"Good job, Mamba." Jebat menepuk bahuku.

Elok kawasan ini diperiksa, terus Jebat dan Q mengajak aku untuk keluar bersama. Tapi tengok gaya Rayyan yang masih di situ, aku tak rasa yang aku boleh ikut mereka.

"Erm, tak apalah." Aku harap Jebat faham!

Jebat hanya mengangguk sebelum dia dan Q berlalu terlebih dahulu. Aku pula sudah mati kutu di sini. Nak tegur dia, rasa takutlah pula.

Susahlah macam ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience