PROLOG

Romance Series 31043

KAKI diangkat menendang tubuh tinggi di depan sebelum sebelah lagi kaki menambah daya pada permukaan, aku melompat sebelum tubuh dipusingkan bersamaan gerakkan kaki yang sebelah lagi terus menghentam lawanku. Tubuh dibiarkan jatuh lalu aku mendarat dengan cemerlang.

Bunyi loceng tanda penamat bagi musuhku berbunyi.

Tepukan gemuruh kedengaran. Aku lekas berdiri semula. Tangan mencekak rambut lalu ikatan dikemaskan sekali gus tubuh berpusing memandang lawanku. Bibir terus menguntum senyum saat melihat dia yang sudah rebah sambil menekup tulang pipi sendiri.

"Nice one, Elaine!" sorok seorang lelaki sebelum sebotol air mineral dicampak ke arahku. Viper namanya. Nama samaran.

Botol ditangkap, dibuka lalu aku teguk airnya sehingga licin. Kehausan yang amat selepas laksanakan rutin mingguan selama satu jam berturut tanpa rehat.

Balutan fabrik pada kedua belah tangan dibuka lalu dicampak ke dalam tong sampah. Tujuannya untuk menggelakkan kecederaan pada bahagian tangan. Sama seperti yang digunakan semasa perlawanan boxing.

"You've gotten a lot better than the first time you were here." Viper memujiku.

Aku mengangguk tenang. Turut menyetujui apa yang dikatakannya. Kalau nak dibandingkan dengan dulu, aku sekarang memang sudah terlalu jauh bezanya. Gadis lembik yang terus menangis saat ditampar oleh Viper dulu sudah berjaya menjatuhkan salah satu pelajar terhandal lelaki itu sendiri.

Dua orang lelaki datang menghampiriku. Keduanya masih bertepuk tangan tak berhenti sambil tersenyum bangga.

"Elaine, you've got to spill your secret now and then. That, right there was spot on. He lost a freaking tooth!"

"Make mistakes and learn from it. That's the secret," balasku. Botol kosong turut dicampakkan ke dalam tong sampah sebelum beg dicapai dan aku berlalu keluar dari dewan perlawanan.

Lalu di ruang legar, aku sempat memandang bingkai besar yang tergantung di dinding ruang ini. Nama orang-orang penting dalam institusi ini tergantung cantik di situ.

Nama-nama yang terukir cantik di situ tak pernah berhenti menangkap mataku. Setiap nama diukir dengan saiz berbeza. Aku percaya yang semakin besar pengaruh mereka di sini, maka semakin besarlah nama mereka diukir dalam bingkai ini.

Taipan dan King. Antara nama yang diukir besar.

Black Mamba... Beberapa tahun yang lepas, nama itu hanyalah secebis tulisan yang perlu aku kecilkan mata untuk membacanya. Sekarang nama itu boleh dilihat dari jarak dua puluh langkah jauhnya.

Di bahagian bawah sekali, ada nama yang telah digariskan pada tengahnya tanda orang itu mungkin sudah tak lagi terlibat dengan apa saja yang berlaku di sini.

Nama samarannya Krait. Dan nama betulnya pula...

Hm...

Hail Lutfi.

Tiba di lobi bangunan ini, aku kuntum senyum saat Abang Q datang menghampiri. Tapi anehnya, Abang Q yang selalu tersenyum nipis saat melihatku berubah untuk sekali ini. Tiada senyuman di bibirnya.

"Kau kenapa?" soalku.

Abang Q berhenti saat langkah kami hanya tersisa dua tapak kasut untuk bersatu. Aku dipandangnya lama sebelum bibirnya terbuka.

"Papa kau meninggal dunia, Elaine."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience