Bab 37

Romance Series 30734

MINGGU ini Raees akan mula bersekolah. Aku dan Rayyan sudah bersetuju untuk sama-sama cuti dan menghantar Raees ke hari orientasi. Nama je gah, tapi sebenarnya hanya playschool. Rayyan mahu Raees bergaul dengan orang. Rayyan kata Raees pendiam dan kadangkala terlalu serius. Dia nak Raees belajar berkomunikasi dan bermain dengan orang lain supaya budak itu pandai menyesuaikan diri dalam macam-macam situasi bila besar nanti.

"Dia macam abang," kataku.

Rayyan yang sedang memandu terus kerling aku sekejap.

"Maksudnya?"

"Macam abanglah. Pendiam dan serius." Kan? Perangai itu sama dengan perangai daddy dia juga. Anak bapaklah katakan. Hanya Raees ini versi ceria berbanding Rayyan yang memang gelap semacam.

Bukan warna, tapi personaliti. Dia ada personaliti yang gelap.

"Abang pendiam?" soalnya. Dia hanya tanya tentang pendiam, maksudnya dia tahu yang dia memang serius orangnya. Haha!

"Yelah, abang pendiam. Tapi bila bercakap, mental dan fizikal orang itu berdarah. Lagi-lagi kalau orang itu Dhia."

Rayyan senyap kali ini. Entah dia memang tak tahu nak balas apa, atau dia tak senang dengan penekanan di hujung kataku itu. Lagi-lagi dengan aku. Tapi betullah. Dengan aku dia cakap lepas. Sakitnya mental dan fizikal terasa.

Tiba di sekolah Raees, aku terus kemaskan rambut. Tak mahu nampak selekeh. Kena jaga keterampilan. Beg tangan dicapai sebelum aku terus keluar dari kereta. Raees keluar bersama Rayyan sementara aku terus dijemput oleh guru yang menunggu di depan sekolah. Aku mendaftar terlebih dahulu mengikut nama Raees sebelum aku diberikan beberapa helaian kertas.

Ada beberapa risalah sekolah ini.

Masuk ke dalam, Raees perlu berpisah dengan kami. Dia duduk di depan bersama pelajar yang lain dan ibu bapa perlu duduk di belakang. Rayyan tarik aku untuk duduk di kerusi paling hujung di barisan kedua. Di sebelah Rayyan sudah tiada kerusi dan di sebelahku kosong dua kerusi, kemudian barulah ada orang. Lagipun acara belum bermula.

"Sebab itu abang suruh Dhia balas semua yang abang buat. Segala sakit mental dan fizikal itu, lemparkan semula pada abang. Dhia ada peluang yang sangat besar dan cerah tanpa perlu rasa bersalah sebab ini abang yang minta."

Aku pandang Rayyan.

"Seriously, now?" Tentang ini, di sini?

"It's now or never, Dhia."

"Then let's settle for never. Shall we?"

"You may, and we shall. But you won't get what you want, Dhia. The five month thing isn't going to pass because it never started."

Aku senyap. Terus pandang depan semula bila terdengar suara Raees. Rupanya budak itu panggil kami berdua sambil melambai-lambai tangan. Siap tuding jari ke arah kami sambil tunjukkan kepada kawan lelaki yang duduk di sebelahnya. Budak lelaki itu juga ikut melambai ke arah kami. Aku terus membalas lambaian itu, tapi si kayu sebelah ini hanya tersenyum nipis sambil memandang dengan muka seriusnya.

Hailah! Betul-betul kayu!

Tanganku terus menyentuh tangan Rayyan. Diangkat lalu aku goyang-goyangkan. Tolong dia melambai balas sampai terkekek Raees dan kawan barunya. Bila mereka kembali pandang depan, aku terus 'pulangkan' tangan Rayyan. Sempat aku tersengih bila Rayyan berkerut memandang aku.

Acara dimulakan dengan pemiliknya memberi sedikit ucapan. Bila MC mula pegang mikrofon, bunyi gelak ketawa mula menghiasi ruang ini. Sambil berlawak, sambil itulah dia menceritakan sedikit tentang aktiviti yang dibuat oleh pihak playschool sehari-hari. Ada slideshow daripada projector yang bermain ditunjukkan kepada kami.

Patutlah yurannya buat aku tercekik, rupanya playschool ini lakukan aktiviti yang bukan saja banyak, tapi sangat berguna untuk pelbagai jenis anak-anak dengan kelemahan masing-masing. Speech delay contohnya.

Sesi suai kenal bermula. Satu demi satu murid dipanggil untuk perkenalkan diri. Ada yang tak mahu bercakap, ada yang sengih saja, ada yang menangis, ada juga yang bersemangat menyebut nama sendiri. Salah seorang yang semangat itu Raees.

"Nama kita Raees Hajeri bin Rayyan Hajeri."

Hahahaha! Terus mendarat tanganku pada paha Rayyan. Aduh! Sakit perut aku. Dia tak habis lagi berhajeri dengan nama keluarga itu!

"Ye? Hari ini Raees datang dengan siapa?" soal MC itu.

"Kita datang dengan mommy dengan daddy sekali." Raees terus tuding ke arah kami. Laju saja aku capai tamgan Rayyan semula dan kami melambai.

Tawa kedengaran bila mereka lihat reaksi mommy terlebih teruja aku itu. Daddy dia saja yang kayu.

"Raees seorang je? Ada bawa abang atau adik tak?"

"Kita ada adik. Tapi daddy kata, adik dekat syurga."

Terus semua terdiam. Faham apa yang dimaksudkan Raees itu. Tapi aku, aku hanya tersenyum nipis. Bukan sedih, tapi aku terharu dengar balasan Raees. Ingat sentiasa pada adik dia itu.

Aku pandang Rayyan semula bila jariku terasa diusap. Aku nampak tangannya menggenggam hujung jari tanganku sebelum perlahan-lahan tangannya naik lalu jari kami ditautkan. Seakan sedang memberi kekuatan jika aku perlukannya.

Kami berpandangan. Pandangan Rayyan seolah sedang cuba untuk menenangkan aku. Aku kembali pandang depan dan bibir tersenyum nipis.

"TOK UMI!!!" Tergopoh-gapah Raees keluar daripada kereta sebelum berlari ke arah umi yang sedang berdiri di perkarangan rumah seakan memang sedang menunggu kami.

"Tok umi! Tadi Raees pergi sekolah. Cikgu ada banyak! Kawan pun banyakkk! Lepas itu kan cikgu bagi baju sekolah! Buku sekolah pun ada, tok umi!" Becok dia bercerita sambil terlompat tunjuk beg sekolah yang dia dapat dari sekolah tadi.

Bukanlah dapat pun. Sudah termasuk dalam yuran pendaftaran. Dapat seragam sekolah dua pasang, beg dengan jahitan namanya dan buku belajar. Ada dua buah buku saja. Satu untuk belajar abjad dan satu lagi nombor. Sudah nama pun playschool. Sekolah bermain. Haha!

"Ye? Sekarang ini tak sabar nak sekolahlah ye?"

"Aah! Mommy kata sekolah best. Raees nak main dengan kawan."

Aku tersenyum saja lihat gelagat Raees. Rayyan pula sudah melangkah ke arah kami bersama barang-barang Raees. Sampai saja di depan umi, dia terus menarik senyum.

"Biasalah, umi. Awal-awal terujalah. Jangan nanti sebulan dua dah pandai nak ponteng. Daddy bantai nanti."

Aku terus menyiku lembut pinggang Rayyan. Gila punya ganas ugutan dia. Terus pucat muka Raees.

Baru kami nak lanjutkan perbualan, tiba-tiba seseorang keluar dari rumah. Berdiri di situ sebelum mata kami bertentangan. Dia tersenyum dan melambai sebelum melangkah ke arah kami. Aku sudah terkedu dan ternganga.

"Abang Diy?"

Betul kan? Itu Abang Diy kan?!

"Hi, princess."

Dengar saja suara itu, aku terus terlompat sebelum berura untuk lari ke arahnya. Tapi tak sempat bila tanganku terus digenggam Rayyan. Menghalang aku untuk berlari ke arah Abang Diy. Aku tahu Abang Diy juga sedar, tapi dia hanya tersenyum sebelum dia sendiri yang mendekati aku.

"Abang..." Huaaa, nak nangis! Lamanya tak jumpa!

Abang Diy sudah semakin kacak! Kalau dulu letak sebelah Rayyan, dia tak ada apa-apanya. Tapi sekarang kalau Dhia yang dulu tengok Abang Diy ini, mahu aku terus menggedik minta dia kahwini aku! Abang Diy sudah sama taraf dengan Rayyan!

"Kenapa Abang Diy tak beritahu nak datang? Kalau Dhia tahu, boleh Dhia masak banyak-banyak untuk Abang Diy."

"Itulah dia. Umi dah kata nak beritahu Dhia, tapi Ardiy tak bagi. Dia kata nak buat suprise." Umi mencelah sambil tersenyum bergilir pandang kami berdua.

"Tak apalah, Dhia. Abang Diy datang nak jumpa Dhia, bukan nak makan. Abang baru dapat tahu yang Dhia dah balik Malaysia, jadi abang terus cari masa untuk cari Dhia. Di rumah umi dan arwah papa, tak ada. Bila abang cari nombor telefon umi, barulah abang tahu yang Dhia dah pindah masuk ke sini."

Perbualan kami seolah Rayyan tak wujud. Tak memang rasanya sekarang aku sudah separuh lupa yang Rayyan ada di sebelahku. Aku juga tahu yang dia tak sukakan situasi ini. Tapi aku tak peduli! Aku rindukan Abang Diy!

"Abang Diy pun menghilang lama sejak Dhia terbang ke sana. Dhia ingat Abang Diy dah lupakan kami dekat sini," balasku. Mulalah nak touching.

Abang Diy tersenyum lebar. "Manalah boleh abang nak lupakan Dhia dan semua yang ada dekat sini."

Kiranya Abang Diy tak nafikan yang dia memang menghilang sejak aku pergi. Memang sejak aku ke sana, aku sudah tak dapat hubungi Abang Diy lagi. Nombornya ditukar dan tiada siapa tahu apa khabar Abang Diy selepas dia berhijrah keluar negara.

"Dah. Jangan nak sedih-sedih. Mari kita masuk dalam, Ardiy. Sambung bersembang di dalam. Nenek dan umi ada masak sikit. Bolehlah kita makan sama-sama ye?"

Kami terus mengangguk. Abang Diy sempat menyapa Raees sebelum menghulurkan tangan. Ajak Raees masuk dengan dia. Dan Raees pula laju saja sambut tangan Abang Diy dan masuk ke dalam bersama umi. Tinggal aku dan Rayyan yang terkandas di sini. Semuanya sebab aku tak boleh bergerak kerana Rayyan yang menahan.

Aku pandang Rayyan.

"Abang, Dhia nak masuk."

"Boleh tak jangan mesra sangat dengan dia?" Lain yang aku cakap, lain pula balasannya.

"Dengan Abang Diy?"

Diam. Diam tandanya setuju!

"Tapi itu kan Abang Diy, kenapa pula tak boleh? Dhia dengan dia dah kenal lama sangat. Selama mana Dhia kenal abang."

"Dhia isteri abang. Dhia tak boleh bermesraan dengan lelaki lain."

Wooo... Wo!

"Abang, Dhia bermesra sebagai adik dan abang jelah. Itu kan Abang Diy? Abang masih tak berbaik dengan dia? Okay, itu bukan masalah Dhia. Itu masalah abang dan kesalahan abang yang membuta-tuli percayakan Kak Qila, padahal dia memfitnah kami berdua. Dhia sentuh dia pun tidak, apatah lagi tampar? Abang Diy tak membela kesalahan Dhia sebab Dhia tak buat kesalahan itu. Kalau abang tak tahu lagi tentang ini, well suprise! Turunkan ego dan pergi minta maaf."

Dan aku terus melepaskan tanganku daripada pegangan Rayyan sebelum aku berlalu masuk ke dalam bersama yang lain.

Panas hati aku! Baru ingat boleh tenang-tenang bila kami mampu berdamai sekejap sejak mandi kolam bersama Raees itu. Rupanya...

Hampeh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience