Bab 9

Romance Series 30734

"AMBOI, bukan main lagi kau bersuap dengan menantu kesayangan kau itu ye? Eloklah! Sama-sama penyondol. Kau sondol tunang orang, menantu kesayangan kau pula sondol laki orang. Dua-dua perangai macam pelacur!"

Aku terus buka telefon. Rakaman suara dimulakan sebelum telefon dimasukkan ke dalam poket seluar. Kali ini aku ada telefon yang aku boleh gunakan untuk tangkap perempuan itu.

"Apa masalah kamu kalau ye pun ibu ini nak bersuap dengan Dhia? Apa yang buat kamu tak puas hati, Qila?" balas ibu.

"Tak puas hati? Eh, aku tak tak peduli langsunglah kalau kau nak bersuap ke, kau nak bersepak terajang dengan penyondol itu ke. Masalahnya, kau menyakitkan mata aku! Kau nak bersuap sangat kan? Meh sini aku suap kau!" Tiba-tiba Kak Qila gumpal segala kuih yang ada dalam piring sebelum sebelah lagi tangannya mencengkam rahang ibu sehingga ibu tak dapat menoleh.

Kuih itu disumbat terus ke mulut ibu. Tak cukup dengan itu, malahan Kak Qila terus tenyeh kuih itu ke serata muka ibu.

Aku lekas berlari lalu Kak Qila aku tolak sedikit ke tepi. Kalau ikutkan hati memang aku nak tolak saja sampai menggelungsur dia dekat atas lantai, tapi masalahnya perempuan itu tengah mengandung. Anak dalam perutnya tak bersalah.

"Akak ini dah kenapa?!" Gila! Habis comot muka ibu dengan cebisan kuih sagu dan kelapanya.

Kotak tisu ditarik lalu aku terus lap muka ibu dengan tisu sementara ibu juga lakukan hal yang sama walau masih terkejut.

"Hei, betina! Kau jangan berani nak naikkan suara dekat aku ye!" Sudah tak pasal-pasal aku pula yang ditengkingnya. Lurus telunjuknya menala ke mukaku.

Tangan itu terus aku tepis ke tepi. Terbeliak mata Kak Qila. Agaknya dia tak sangka aku berani naik tangan dan sentuh dia. Sebab aku rasa tepisan aku itu boleh tahan kuatnya.

"Kalau akak marahkan Dhia, lepaskan pada Dhia. Jangan kacau ibu. Ibu dah tua. Dia dah tak larat untuk berdebat dan bergaduh lagi," kataku. Pendek kata, cari yang setaralah!

Kak Qila bantai gelak bila dengar kata-kataku. Dia merapat sebelum jarinya naik menunjal dahiku.

"Eh, bodoh. Sebelum ini, aku  tak ada apa-apa masalah dengan kau tahu? Aku tak peduli pun pasal kau. Tapi kau ini memang budak tak reti nak duduk diam kan? Kau dahlah menggedik dengan Ardiy, lepas itu kau sondol pula laki aku! Memang DNA penyondol tua ini jatuh dekat kau!"

Ardiy? Abang Ardiy? Kenapa kalau aku menggedik dengan Abang Ardiy? Apa kaitannya dengan isu bencinya sekarang? Kenapa aku menggedik dengan Abang Ardiy pun jadi isu juga? Jangan-jangan...

"Kak Qila ada hati pada Abang Diy ke?" Tak tertahan, aku menyoal.

Yang mengejutkannya, dia terus tersenyum lebar sebelum berpusing macam puteri raja paling bahagia dalam gaun khayalan.

"Ardiy itu barulah sesuai dengan aku. Dahlah hensem, romantik, sentiasa cuba luangkan masa dengan orang yang dia peduli. Walaupun dia tak berduit atau tak sekacak anak kau, wahai penyondol tua. Tapi sekurang-kurangnya dia boleh manjakan aku, bukan macam anak kau yang keras macam kayu! Semuanya pasal kerja je. Balik rumah, kerja. Di ofis, kerja. Bersembang, kerja. Tidur, kerja!"

Oh Allah! Seriuslah?! Betul ke apa yang aku baru dengar? Kak Qila ada hati pada Abang Diy?! Patutlah dia pandang aku bukan main tajam bila aku bermanja dengan Abang Diy di rumah umi dan papa dulu.

Perhatian kami teralih ke luar rumah bila terdengar bunyi kereta yang masuk ke dalam perkarangan rumah. Belum apa-apa lagi Kak Qila sudah kelam-kabut ambil tisu-tisu yang kami gunakan tadi lalu campak ke dalam tong sampah di dapur. Keluar saja dia dari dapur, senyuman paling manis dikuntum bila Rayyan masuk ke dalam rumah.

"You..." Penuh lenggok manja Kak Qila merapati Abang Rayyan sebelum lelaki itu dipeluknya.

Ah, apa yang aku tengah tengok ini? Baru tadi dia mengaku sukakan Abang Diy, tapi sekarang dia berpelukan pula dengan Rayyan. Betul-betul pelakon handalan. Aku rasa memang patut sesiapa masukkan dia dalam mana-mana anugerah pelakon antagonis terbaik. Cuma ini bukan lakonan, tapi betul-betul antagonis!

"How's your day, Qila? Baby okay?"

Qila? Patutlah pun Kak Qila kata dia keras macam kayu! Panggillah sayang ke, cinta ke, bunga ke, hati ke. Perempuan itu sudah kempunan nak dimanjakan!

"Erm, I bosanlah, baby. Anak kita pun rindukan papa dia. Tapi nasib baiklah ibu temankan I bila you tak ada."

Wuerk! Nak muntah.

"Really? Ibu temankan?"

"Really! Tapi kan baby, I rasa Dhia cemburu bila I dan ibu bermesra. You tahu tak apa yang dia buat? Dia tolak I dan sumbat kuih dalam piring itu dekat mulut I. Apa salah I? I hanya nak berbaik dengan mak mentua je. Kita kan bermadu? Mestilah kena kongsi."

Ya Allah! Dah aku pula yang kena fitnah?!

"Abang jangan nak percaya senang-senang je!" Aku mencelah bila tengok Rayyan yang sudah pandang aku bagai mahu dicekik-cekiknya aku sebab dah ganggu bini kesayangan dia.

Macam itu je dia percaya kata-kata perempuan itu?

Rayyan rungkaikan pelukan Kak Qila. Dia melangkah merapati aku dengan muka tegang dan pandangan yang menghelang garang.

"Dhia memang tak habis-habis nak cari pasal kan?"

Lailahaillallah!

"Abang, bukan Dhia yang buat. Kak Qila yang sumbat kuih dalam mulut ibu. Kan ibu?" Aku terus pandang ibu.

Dan ibu segera mengangguk. Tapi aku rasa anggukan ibu itu seolah menampakkan aku seperti memaksa ibu untuk berlakon sekali. Sebab ibu nampak takut-takut. Lagi pula aku yang bertanya dan bukan ibu yang membela sendiri.

"Kalau abang tak percaya..." Aku terus keluarkan telefon dari dalam poket seluar. Rakam yang sedang berjalan aku tamatkan. Baru tangan nak cari rakaman tadi, tiba-tiba tanganku ditepis kuat sehingga telefonku terbang dan jauh ke atas lantai.

Shit! Sakit!

Aku terus pegang tangan yang kesakitan selepas ditepis tadi. Ini bukan tepis saja, tapi dah macam melibas. Kepala diangkat, Kak Qila!

"Tengok itu, baby! Dia nak menipu you pula. Apa yang I buat sampai semua orang dalam rumah ini bencikan I? I hanya nak berkawan dengan ibu. I nak jadi menantu yang sebenar. Kalau ibu tak nak terima I pun tak apa, tapi janganlah menipu dan cuba jatuhkan I. Cukuplah Dhia tolak akak tadi. Walaupun kalau akak jatuh, akak boleh gugur, tapi akak maafkan Dhia. Tapi cukuplah sekadar itu. Kakak minta maaf kalau Dhia marah kakak, tapi jangan lepaskan pada baby dalam perut ini atau cuba rosakkan hubungan akak dengan Rayyan." Panjang lebar Kak Qila rangka cerita sedih sambil pandang aku, ibu dan Rayyan bergilir-gilir. Punya sedih sepasang mata dia.

Kalau aku tak tahu hal yang sebenar, aku pun mesti akan tertipu juga. Tipu dayanya cukup hebat. Lakonan kelas antarabangsa.

"Ikut!" Rayyan terus genggam lenganku lalu tarik aku naik ke tingkat atas meninggalkan ibu dan Kak Qila. Bila aku pandang belakang, dapat aku lihat wajah mengejek Kak Qila yang dah tahu tentunya aku akan diajar oleh Rayyan.

Tak guna punya perempuan!

Masuk saja ke dalam bilik, terus berdentum pintu dihempasnya. Aku terus berundur ke arah meja kecil di sisi katil. Di dalam laci meja ini ada gunting. Kalau dia berani apa-apakan aku terutamanya naik tangan pada aku, memang tahulah dia apa nasib dia. Kalau tak muka yang cukup sempurna itu bercalar macam baru kena cakar dengan Wolverine, mahu dia dikejarkan ke hospital sebab trakeanya dihunus dengan gunting ini.

Aku bukan perempuan lembik dalam drama yang rela untuk dipukul!

"Apa masalah Dhia ini?" soalnya. Dia datang menghampiriku.

"Masalah apa?"

"Kenapa Dhia dengki sangat dengan Qila sampai kena ganggu Qila macam itu? Dia nak ambil hati ibu, dia juga menantu ibu. Apa masalah Dhia sampai kena tolak dia?! Sumbat kuih ke mulut dia? Are you mad?!"

"Dhia tak buat macam itu!" Oh, kejap...

"Tolak, yes! Itu pun tolak untuk halang dia daripada dekat dengan ibu je. Dhia tak tolak sampai nak mencederakan dia. Tapi sumbat kuih itu tak betul. Malahan dia yang sumbat kuih itu ke dalam mulut ibu. Abang nampak ibu angguk kan?"

"Dhia Elaine! Jangan sebab bencikan dia, Dhia fitnah orang yang tak bersalah. Qila tak mungkin buat macam itu! Sumbat kuih ke mulut ibu? Macamlah abang tak tahu betapa rapatnya Dhia dan ibu. Bersekongkol untuk pisahkan abang dan Qila. Jadi tak mustahil ibu angguk semata-mata untuk capai tujuan itu. Tapi Dhia jangan lupa, Qila itu isteri abang. Jangan berani naik tangan apatah lagi menghina dan memfitnah dia!"

Aku tersengih geram. Bodoh! Dasar lelaki bodoh, bahalol dan tolol!

"Habis itu Dhia ini apa? Am I not your wife? Dhia bukan isteri abang juga ke?"

"Dhia bukan isteri yang abang pilih. Jangan cuba guna kad sebagai isteri untuk ganggu isteri yang abang cinta. You're nobody to me, Dhia. Abang boleh ceraikan Dhia sekarang dan tersenyum bahagia selepasnya. But I won't. Why? Dhia yang terhegeh nak kahwin dengan abang. Dhia dan ibu yang bersepakat untuk buat semua ini. Jadi dipersilakan. Hidup sebagai isteri abang, isteri yang tak akan dipandang sampai bila-bila. Ini bukan hadiah, tapi satu hukuman untuk Dhia."

Aku sudah tak terkata. Hampir menangis aku di sini kalau tak kerana aku tahan diri sehabis boleh. Tak! Bukan aku nak menangis kerana sedih, tapi kerana benci dan amarah yang menggila dalam diri. Aku tak sangka orang yang dulu pernah aku agung dan gilakan ini kini sudah jadi orang yang paling aku benci dalam dunia.

"Pergi turun dan minta maaf pada Qila. Kalau Qila tak mahu maafkan Dhia, tiada nafkah atau duit belanja untuk Dhia, kecuali nafkah wajib selama tiga bulan berturut-turut."

Huh? Tak ada duit belanja? Nafkah? Tiga bulan berturut-turut?

"Abang fikir Dhia peduli ke? I couldn't care less about your damn penny." Tapi isteri kau mungkin! Cuba sekat duit belanja dia sebulan, mahu dia bertukar jadi langsuir!

"Oh yeah? Kalau macam itu jangan keluar rumah selama tiga bulan berturut-turut. Ke rumah umi juga termasuk sama kecuali ke kelas." Dengan sengihan sinisnya, dia pandang aku bersama pandangan penuh provokasi.

What the...

"You're too much."

"Am I? Abang bukan orang yang baru saja tolak perempuan mengandung. Am I still too much? Abang juga bukan orang yang baru saja sumbat makanan ke mulut seorang perempuan mengandung yang dah disondol suaminya. Am I still the one who is too much?"

Fine...

Aku merapatinya. Berdiri di depan Rayyan, aku kuntum senyum paling manis dengan makna tersendiri yang mungkin dia tahu maksudnya.

"You're gonna regret this big time, until you're on your knees begging for my forgiveness, abang. One fine day and that day will find you!" Dan aku terus keluar dari bilik. Sekali lagi berdentum pintu itu. Kali ini aku yang hempas.

Aku meluru ke arah Kak Qila yang sedang berpeluk tubuh di bawah. Ibu pula sudah hilang entah ke mana. Aku kutip telefonku. Skrinnya pecah. Sempat aku buka rakaman itu semula. Tapi sudah tiada. Rakaman itu sudah dipadam!

Mataku terus menghelang pandang perempuan yang sudah tersenyum sinis itu. Mesti perempuan ini yang padam.

Telefon digenggam bila Rayyan juga turun ke bawah. Dia berdiri di antara aku dan Kak Qila. Pastinya sedang menunggu aku untuk minta maaf depan mata dan kepalanya sendiri.

Nafas ditarik dalam-dalam sambil mata terarah pada Rayyan yang sudah jongket keningnya. Tak sabar-sabar sangat nak aku minta maaf. Mataku turun pula pada wajah Kak Qila yang tiba-tiba dah tayang muka simpati dan terpaling dianiaya itu.

"I'm sorry." Dua patah! Dan aku terus mendaki tangga naik ke atas. Itu pun sempat lagi aku dengar perempuan itu berdrama.

"You marah dia ke? Janganlah marah dia macam itu. Kesian dia tahu? Dia kan budak-budak lagi, biasalah kalau tak matang sikit." Kononnya nak tunjuk baiklah itu. Dasar perempuan dua muka.

"Dia layak dimarah. You jangan nak baik sangat dengan orang sampai biarkan orang pijak you. Kalau apa-apa jadi pada you atau anak kita, I tak akan maafkan dia."

Bum! Sekali lagi pintu dihempas kuat olehku. Argh!!! Aku rasa macam nak menjerit dan carutkan setan berdua di bawah sana!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience