Bab 29

Romance Series 30734

"MASUK. Jangan tanggal kasut." Rayyan buka pintu untuk aku sambil dukung Raees yang sudah lena dalam dukungan.

Budak itu tadi dia yang semangat nak keluar, sudahnya habis saja Rayyan main futsal dan kami masuk ke dalam kereta, terus Raees lesap ke dunia mimpinya. Macam kes Minions hari itulah. Dia yang semangat, dia yang lena dulu.

Masuk saja ke dalam, mata disapa dengan pemandangan yang tidak jauh beza dengan ruangan latihan kami. Cuma ini lebih besar dan peralatannya lebih canggih. Sebuah gym dengan ruangan untuk berlatih. Ada gelanggang, ada punching bag dan peralatan gym yang biasa seperti treadmill.

Aku lihat ada dua orang lelaki di atas gelanggang. Masing-masing sedang pandang ke arah kami. Keduanya senyap. Mungkin sebab nampak Raees yang sedang tidur.

Rayyan bawa masuk Raees ke dalam sebuah bilik. Bilik yang siap ada locker. Tilam yang digunakan sebagai alas untuk aktiviti di lantai terus ditarik dan Raees dibaringkan di situ.

"Ini Dhia ke?" soal salah seorang daripada mereka. Lelaki yang mukanya macam mat saleh. Kacak betul!

Tapi kejap...

Aku rasa aku macam kenal suara ini. Tapi di mana ye?

"Betul," jawabku.

Rayyan keluar dari bilik tadi lalu melangkah ke arah kami. Kami dipandang bergilir sebelum Rayyan tersenyum nipis.

"Itulah tauke yang Dhia nak kahwin dengan anaknya. Hail. Hail for H's."

What?! Aku hampir pitam dengar apa yang Rayyan baru kata tadi. Lelaki muka macam mat saleh itu pemilik H's?! Ya Allah, hensemnya! Betullah aku dah salah jodoh! Sikit je lagi!

"Apasal? Dhia nak kahwin dengan anak abang? Dia orang masing-masing baru belajar terajang orang tau?" Lelaki bernama Hail itu tergelak.

Masing-masing?

"Abang ada lebih daripada seorang anak ke?"

"Ye, kembar." Hail terangguk dengan senyuman nipis di bibir.

Olala! Betullah apa yang Rayyan kata. Anak tauke itu kecil-kecil lagi. Betul jugalah yang Rayyan berkawan dengan lelaki ini. Huaaa, bang! Nak minta supply lamb chop setiap bulan secara percuma boleh?

Aku pandang pula lelaki di sebelahnya. Lelaki ini pula senyap saja. Hanya sesekali pandang aku sebelum buat hal sendiri. Nampak macam sejenis yang menjaga pandangan. Pasti orangnya sangat disiplin ini.

"Itu Izz. Dia tua lagi daripada abang," kata Rayyan.

What again?! Lelaki itu lagi tua daripada Rayyan? How on earth?! Mukanya nampak lebih muda berbanding Hail dan Rayyan!

"Hi, Dhia." Dia menyapaku. Begitu saja. Tak ada mesra berlebihan. Ala kadar.

Dan suara ini...

Aku rasa aku sudah tahu dari mana suara ini pernah aku dengar. Suara A dan B! Hail, rasanya suara B. Izz, suara A. Kiranya merekalah yang ceroboh tempat latihan kami bersama Rayyan tempoh hari? Tapi kenapa?

"Ini kenapa kau bawa bini kau datang sini? Tak baik untuk tontonan kaum hawa." Hail bersuara lagi.

Huh, tak baik untuk tontonan kaum hawa? Apa? Belasah-belasah ke? Ini lain punya hawa ye. Jangan nak hentam semua sama rata. Aku hawa bukan sebarang hawa.

"Korang turun. Aku nak bawa Dhia naik atas." Tanpa balas soalan Hail, Rayyan terus tarik tangan aku menuju ke arah sebuah meja di samping gelanggang. Atas meja itu ada sebuah kotak besar.

Buka saja kotak itu, keningku terus terjongket. Ada alatan sebelum masuk gelanggang. Ada pembalut tangan, ada juga sarung tangan. Boxing glove. Rayyan capai sarung tangan itu sebelum sebelah tanganku ditarik lembut menjulur ke arahnya. Sarung tangan itu disarungkan pada tanganku.

"Abang nak ajak Dhia berlawan ke?"

Rayyan pandang aku. Tersenyum.

"Berlawan dengan diri Dhia sendiri. Abang nak Dhia belajar beberapa perkara penting untuk kegunaan masa akan datang. Tengok gaya Dhia dikerumun mamat-mamat dekat padang tadi, abang tak rasa Dhia boleh keluar rumah lagi dah."

"Ha? Apasal pula? Abang ini merepeklah. Dah lelaki itu yang macam tak pernah tengok perempuan." Berkerut-kerut dahiku menggerutu tak puas hati.

Eii, kawan-kawan futsal dia yang gatal, aku pula yang kena. Susah betul jadi cantik ini!

"Sebab itu abang kata Dhia perlu belajar beberapa perkara. Supaya abang tak perlu risau sangat untuk biar Dhia keluar macam biasa." Rayyan tarik tanganku dan pangku aku untuk naik ke atas gelanggang.

Gelanggang di sini agak tinggi sampaikan Rayyan sudah bersedia nak tolak punggungku. Tapi tak sempat bila aku terus lompat lalu menggelungsur naik ke atas gelanggang ala-ala dalam WWE. Sampai ternganga Hail dan Izz di bawah sana. Muahaha!

Rayyan capai sebuah punch pad besar. Yang ini untuk melatih tumbukan dan tendangan. Ada yang kecil di tepi sana. Itu biasanya untuk tumbukan. Agaknya dia ambil yang besar terus sebab takut aku tak pandai sasar kut. Karang kena entah mana, naya dia.

"Cuba tumbuk," arah Rayyan.

Aku menurut, tapi berlagak seperti tak tahu apa-apa. Tumbuk bodoh-bodoh saja sampai Rayyan tersenyum melihat gaya lemah-lembut aku.

"Dhia cuba berdiri tegak. Ini macam dah seharian tak makan je." Rayyan sentuh belakang badanku. Tolak ke depan supaya aku tegak semula.

"Dhia buka sikit kaki. Luaskan tapak untuk dapat keseimbangan." Kali ini tangannya menolak kedua belah kakiku sedikit terkangkang.

"Sekarang Dhia tengok abang. Tengok macam mana abang berdiri." Rayyan berdiri di sebelahku. Kakinya menghadap aku, tapi pandangannya menghadap ke hadapan. Dia melangkah ke depan dua kali dengan gaya separa lompat. Macam berjalan gaya ketam, tapi kaki perlu bertemu kaki saat berjalan.

"Tengok pinggul abang." Rayyan pusing pinggulnya sebelum tangan menumbuk angin. Berdesup bunyinya.

I see... Ini kalau hari itu dia betul-betul nak berlawan dengan aku, mahu kemek hidung aku dikerjakannya. Nasib baik aku lari!

"Bila Dhia melompat ke depan dan pusingkan pinggul untuk menumbuk macam yang pertama abang buat tadi, Dhia bina momentum untuk tubuh Dhia. Tumbukan Dhia akan makin kuat. Ada force yang lebih disebabkan momentum yang Dhia bina tadi. Sekarang tengok tangan abang." Rayyan menumbuk sekali lagi. Tumbuk angin. Satu tumbukan lurus dan keras. Satu tumbukan lagi tangannya membengkok. Siku sama dengan bahu.

"Bila tangan Dhia bengkok masa menumbuk, daya yang Dhia nak lontar itu akan dapat dekat badan, bukan dekat tangan. Bila tumbuk, Dhia luruskan tangan. Biar tangan yang pergi dulu."

Aku mengangguk faham.

"Dhia pernah tengok orang berlawan dalam TV? Boxing contohnya? Perasan tak mereka akan buat bunyi mendengus-dengus masa menumbuk?"

Angguk lagi.

"Itu bukan kosong-kosong tahu? Itu juga salah satu cara untuk tingkatkan daya tumbukan Dhia. Exhale masa menumbuk. Jangan lepaskan semua. Hembus sikit-sikit. Buat je bunyi. Jangan malu." Rayyan mendemonstrasikan lagi.

Hai, aku rasa kelakar pula bila Rayyan yang mengajar aku. Tak boleh nak serius. Kalau jurulatih aku yang mengajar dulu, puas aku ditepiknya. Rayyan pula lembut semacam gaya mengajar. Rasa macam tak kena dengan jiwa.

"Dhia faham?" Rayyan kembali capai punch pad. Bila aku mengangguk, terus dia berdiri dengan punch pad dihalakan kepadaku.

"Now, punch."

Tumbuk main-main dengan apa yang Rayyan ajar. Cuma aku buat versi perempuan lemah tersakiti.

"More force, Dhia. Punch!"

Tumbuk lagi. Cuma kali ini aku tambah sedikit daya.

"Great job, sayang! More force. Punch!"

Dengar saja Rayyan gelar aku dengan panggilan sayang itu, habis terus keluar segala hantu MMA dalam badan aku. Tumbukan terbang ke punch pad betul-betul sipi untuk ke tubuhnya. Berdesup dan Rayyan terundur beberapa langkah.

Hoi! Dia bersayang-sayang pula! Ini yang buat aku nak tumbuk betul-betul. Letak tepilah punch pad itu!

"Fuh!" Aku dengar dua orang lelaki itu mengucap kagum di bawah sana. Penonton setia.

"Betul-betul bini Rayyan Halzeri!" laung Hail.

"Good job, Dhia. Cepat Dhia pick up apa yang abang ajar," kata Rayyan sambil melangkah mendekati aku semula.

Heh, bukan awak yang ajarlah! Saya belajar dengan jurulatih saya sampai kena tampar tahu kalau main-main dan lembab? Gila tak cepat pick up kalau macam itu?

"Okay, sekarang Dhia cuba tendang. Beri yang terbaik."

"Macam mana?" Aku buat-buat tak tahu. Tapi kira betullah itu. Tendangan juga ada pelbagai cara. Nak aku buat yang mana satu? Side kick? Axe kick? Turning kick?

"Apa saja. Ikut apa yang Dhia suka."

Okay.

Aku terus ambil jarak. Kaki dibawa naik membengkok dengan badan yang sedikit dicondong ke arah bertentangan. Daya ditumpukan pada kaki sebelum kakiku menghentam angin sebelum terus mendarat pada punch pad. Sekali lagi Rayyan terundur beberapa langkah. Side kick.

Kali ini tepukan kedengaran. Hail dan Izz yang tepuk. Rayyan pula... Hm, dahinya sedang berkerut. Pandangannya nampak seolah dia sedang ada banyak soalan dalam kepala.

"Betul ke apa yang Dhia buat itu?" soalku. Dramalah sikit!

Rayyan mengangguk sambil kembali berdiri di tempat asalnya sebelum terundur tadi. "Betul. Gaya Dhia tadi namanya side kick. Boleh tahan kuat tenaga Dhia. Abang tak tahu pula yang Dhia ada bakat terpendam selama ini."

Aku senyum saja.

"Sekarang..." Rayyan campak punch pad ke tepi. Dia merapati aku. Berdiri betul-betul di depanku sebelum tangannya naik menarik tanganku supaya menghala ke arahnya.

"Tunjuk pada abang, mana satu rusuk. Ribs."

Aku terus sentuh rusuk Rayyan. Rayyan tersenyum sambil mengangguk.

"Mana jaw?"

Aku sentuh pula rahangnya.

"Mana temples?"

Aku sentuh pula pelipis Rayyan.

"You're doing very great, peaches." Rayyan tersenyum. Nampak bangga dan puas hati.

"Rusuk, rahang dan kawasan temples adalah antara tempat paling lemah pada badan manusia. Sangat sensitif. Dalam situasi darurat, Dhia boleh gunakan tiga tempat ini. Paling senang. Tendang ke rusuk. Side kick. Tumbuk ke rahang. Tumbuk ke temples. Hook punch atau siku lebih mudah. Tapi ingat, hanya bila darurat."

"Kalau tak darurat?"

"Eyes, nose, solar plexus or toes. Antara yang mudah nak dibuat berbanding yang tiga pertama tadi. Mata, Dhia boleh cucuk mata dia dengan jari. Bergantung kepada kekuatan. Solar plexus, ada bawah dada Dhia. Pada abdomen dan berdekatan diafragma. Sekarang tengok badan abang."

Aku hampir ternganga bila tiba-tiba tanpa isyarat Rayyan terus tanggalkan bajunya. Tanganku automatik naik menekup mulut. Muka terasa berbahang. Lagi kuat bahangnya bila terdengar siulan dari bawah. Aku tak nak tengok ke bawah sana! Aku rasa dengan nampak siapa yang bersiul akan buatkan aku lebih malu.

Kenapa badan dia makin cantik ini?!

"Perhatikan. Beritahu abang bila abang breath in dan bila breath out." Rayyan tunding dadanya. Dia bernafas. Tarik dan hembus.

"In," kataku.

"Out."

"In."

"Out."

"Good job. Bila Dhia nampak pemangsa sedang tarik nafas, itu adalah masa yang paling bagus untuk serang solar plexus dia. Dia mungkin akan hilang nafas buat beberapa saat kalau serangan itu cukup kuat. Dhia boleh gunakan masa yang ada untuk lari. Tapi Dhia perlu ingat juga, Dhia ada kemungkinan untuk patah tulang jari dengan serangan ini. Jadi sebolehnya cuba cari apa-apa untuk balut tangan. Boleh guna tuala, atau apa saja yang Dhia ada. Itu boleh kurangkan impak yang tangan Dhia perlu tanggung."

Wah, aku pernah belajar tentang ini. Tapi aku tak pernah diajar sedalam dan terperinci seperti sekarang. Bersama jurulatih, aku diajar tentang fungsi solar plexus, apa yang ada di sebalik solar plexus dan serangan pada solar plexus dapat memberi ruang untuk aku melakukan serangan bertubi-tubi lainnya saat mangsa kehilangan nafas. Rayyan pula ajar aku akibat daripada serangan itu.

Rayyan mengajar untuk melindungi aku, sementara mereka mengajar untuk aku menjadi pemangsa.

"Nose. Tempat paling senang nak dituju. Unprotected. Impak yang cukup kuat pada hidung boleh patahkan hidung lawan. Dhia boleh hantuk kepala Dhia pada hidungnya. Tapi abang lebih suka kalau Dhia boleh tumbuk atau buat palm strike." Rayyan tunjukkan pada aku apa itu plam strike. Siap tunjuk di mana lokasi pada tapak tangan yang perlu digunakan.

"Toes. Senang. Dhia angkat kaki tinggi-tinggi dan pijak jari kaki dia sekuat hati. Kalau pakai heels, pijak dengan heels. Kalau kaki ayam, mungkin impaknya tak kuat mana. Jadi Dhia boleh tukar sasaran. Angkat paha dan tuju di tengah. Hanya pastikan orang itu bukan abang dulu."

Dia ini...

"Tapi sentiasa ingat, dalam self defense, fahami maksud self defense itu dulu. Mempertahankan diri. Fungsinya hanya untuk mempertahankan diri, jadi jangan melebih walau tengah marah. Nampak kesempatan untuk lari, terus lari."

Aku pegun bila Rayyan semakin mendekat. Hujung jari kakinya berlaga dengan hujung jari kakiku. Matanya meredup dan aku dipandang dalam-dalam. Dia buka mulut, suaranya perlahan yang cukup untuk aku sahaja dengar dan ia lembut, tapi masih ada tegasnya.

"Sebab Dhia, apa yang Dhia boleh buat pada lawan, lawan itu juga boleh buat pada Dhia. Bezanya hanya pada siapa yang lebih cepat buat sesuatu serangan itu. Abang tak nak Dhia sakit. Jauh lagi mahu tengok Dhia berada dalam situasi yang memerlukan Dhia untuk buat semua ini. Jadi sebelum buat, panggil abang. Panggil nama abang dan abang akan datang. Faham, peaches?"

Senyap...

....

Hai, semua! Ha, bab ini macam agak kompleks sebab saya selitkan beberapa info tentang seni mempertahankan diri. Info yang saya letak dengan tips itu betul-betul boleh digunakan di dunia nyata tahu?? Cuma macam Rayyan kata, panggil nama dia dan dia akan datang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience