Bab 39

Romance Series 30734

"PEACHES..."

Aku terus berhenti menyusun segala jenis bunga ke dalam pasu masing-masing bila nama panggilan itu diseru. Tak payah susah-susah nak pandang pun sudah boleh tahu Rayyan yang panggil. Siapa lagi yang gelar aku dengan nama buah itu kecuali dia?

Aku tak pandang Rayyan, sebaliknya terus serahkan semua saki baki bunga kepada pekerja baru di kedai ini. Mata menjeling jam di dinding.

Hmm, masih waktu pejabat. Baru jam 2.00. Kalau bukan hal penting, mungkin akan jadi sebab aku ada buat salah. Kalau tak, mana mungkin dia boleh mendarat di sini sebelum kerjanya habis. Dia kan gila kerja.

Aku memandang Rayyan. Dahinya sedikit berkerut.

"Ye?"

"Lambatnya menyahut dan pandang abang?"

Aku senyum. "Dhia tengah fikir salah apa yang Dhia buat sampai abang datang ke sini dalam waktu pejabat."

Semakin berkerut pula dahi Rayyan. Aku dipandang pelik.

"Tak habis-habis fikir negatif. Abang ini jahat sangat ke sampai tentang abang, mesti semua yang tak baik?" soal Rayyan.

Alah, sensitif pula dia.

"Tak adalah jahat sangat, tapi adalah juga. Apa orang kata, trauma? Ye, itu. Trauma dengan masa lalu buatkan seseorang lebih berjaga-jaga. That's what I'm doing."

Tiba-tiba tanganku ditarik. Rayyan bawa aku keluar dari kedai. Berdiri di sebelah kerusi dan pasu bunga di luar, Rayyan terus merapat. Hampir bersentuhan kasut kami. Pastinya Rayyan tak mahu pekerja terdengar perbualan kami.

"Abang tak akan ulang perangai yang dulu lagi, Dhia. Abang tak akan beri Dhia trauma yang sama," katanya.

"Jadi trauma yang baru?"

"Dhia, jangan main-main. Dhia dah balik Malaysia lama. Kita dah bersama semula, lama. Ada ke abang buat perkara yang sama macam dulu? Ada abang ulang kesilapan dan perangai yang dulu?"

Aku senyap. Jawapannya, tiada.

"Selama Dhia kembali dan hidup dengan abang semula, Dhia tak pernah beri ruang atau peluang untuk abang buktikan pada Dhia yang abang dah berubah. Abang bukan Rayyan yang dulu. Tak, abang tak pernah jadi Rayyan yang dulu. Rayyan itu hanya Rayyan yang bodoh. Rayyan yang tak tahu dirinya sedang diperbodoh. Rayyan yang buta dan ego walau kebenarannya dah terbongkar. Rayyan itu, saksikan isteri yang kononnya dicintai bawa masuk lelaki dalam rumah, dan dia masih pilih untuk percaya. Rayyan itu, terima bukti kukuh tentang kecurangan isteri yang kononnya dicintai, dan dia hanya senyap supaya tak malu depan ibu yang diderhakai dan isteri yang tak diiktiraf. Rayyan itu adalah manusia paling bodoh dan ego, dan abang bukan lagi dia."

Aku rasa kening sudah hampir bersentuh dengan anak rambut bila dengar segala kata-kata Rayyan.

Kejap...

"Abang tahu dia curang sebelum Dhia sambung belajar lagi?" Kejap, aku salah dengar ke?

Tapi bila Rayyan mengangguk, aku terus ternganga. Wow!

"Dan abang masih pilih untuk sakitkan hati Dhia?" Ini yang aku paling tak boleh terima!

"Abang minta maaf, peaches. Ego, bodoh, semuanya buatkan abang lebih pentingkan air muka dan maruah berbanding untuk mengaku salah. Abang takut malu. Abang takut kalau Dhia dan ibu balas segala kesombongan abang."

Wow!

"Gosh, Dhia patut ke klinik atau hospital untuk check kalau-kalau Dhia ada HIV." Aku mengumam saja, takut dia mengamuk pula.

Yelah, perempuan itu main kayu tiga kut! Kalau melekat penyakit, tak ke berangkai jadinya? Ya Allah, minta simpang!

"Abang tak pernah sentuh dia selepas dia kantoi curang kali pertama selepas berkahwin. Dhia tak perlu risau. Kalau ada, dah lama Dhia kena."

"Yakin ke itu yang pertama?" Entah-entah...

"Itu bukan yang pertama, tapi itu yang pertama selepas berkahwin. Yang pertama, abang pun tak tahu. Hanya, abang tahu dia bukan perempuan baik. Majlis kami ditunda setahun lamanya sebab dia mengandung. Anak lelaki lain."

Ternganga kuasa dua!

What?!

Gosh, gosip hangat. Please, spill the tea!

Kali ini giliran aku untuk tarik tangan Rayyan. Tarik terus ke arah keretanya yang terparkir di depan kedai. Aku sendiri yang seluk poketnya dan buka pintu sebelum menolak Rayyan masuk ke dalam kereta. Aku sudah arif segala tentang Rayyan. Poket sebelah mana dia letak kunci pun aku tahu. Hasil pemerhatian selama menjadi peminat setia dia dari kecil sampai ke besar!

Hm, besar itu sekadar beberapa saat selepas berkahwin. Sebab lepas itu, terus punah segalanya. Harapan, impian, angan-angan manis tentang Rayyan meleset!

"Abang, Dhia haus sangat-sangat. Spill the tea for me!" Elok saja pendingin hawa dihidupkan, terus aku merapat ke arah Rayyan. Macam nak lompat duduk atas paha dia saja gayanya.

"Hai? Dah tak marah lagi?"

"Bila masa Dhia marah?" Aku menyoal balas.

"Tadi?"

"Mana ada Dhia marah. Dhia bercakap je. Abang yang sensitif."

Rayyan tak membalas. Kali ini dia hanya pandang aku dengan dahi yang berkerut. Macam tengah pandang makhluk asing.

"Abang, cepatlah! Apa jadi lagi? Apa dia buat dengan kandungan itu?" Bila dia tak nak bercakap, sudah tentu aku mendesak. Terus aku menggoyangkan tangan Rayyan.

"Dahlah. Itu aib orang. Abang tak nak menjaja."

Eh?!

"Ah, abang! Janganlah cerita sekerat-sekerat. Ceritalah kasi habis. Apa jadi lagi? Abang! Eii..." Makin kuat tangannya jadi mangsa aku. Goyang separuh mati. Sambil itu sebelah tangan lagi naik menyentuh pipi Rayyan. Memaksa dia untuk memandang aku dan sambung cerita.

Kalau tidak, macam mana aku nak tidur malam ini! Mesti terfikir-fikir punya!

"Dhia..."

"Dhia pun ada tea." Aku tahu dia nak ceramah aku, jadi aku gunakan senjata yang ada. Aku ada banyak tea! Cuma yang mana satu aku nak cerita saja jadi pemisahnya.

"Tea apa?"

Wah, Rayyan berminat! Cantik!

"Adalah. Kalau abang nak tahu, kenalah cerita."

"Pandai ye? Perempuan dengan gosip..."

"Apa? Abang yang mula. Kalau abang tak cerita, Dhia tak akan tahu. Sekarang sebab dah cerita, sila cerita sampai habis. Kalau tak, Dhia lari duduk rumah umi!" Senjata terkuat! Ugut!

Aku dapat dengar Rayyan mengeluh. Berat benar bunyinya. Mesti sebab ugutan aku.

"Lelaki itu mengaku yang mereka ada hubungan di belakang abang. Malahan sebelum kami berkenalan lagi. Betul kata Dhia dan ibu, dia hanya datang untuk gunakan abang. Dendam dan duit. Dia dah tahu siapa abang dari awal, tapi dia berpura tak tahu. Lepas mengandung, dia minta untuk tangguh perkahwinan. Dia gugurkan kandungan dan berehat untuk pulihkan badan semula."

Huh, patutlah pakar benar dia mencari ubat paling mujarab untuk aniaya aku. Entah-entah itu ubat yang sama dia ambil untuk gugurkan kandungan dia. Gila punya perempuan.

"Jadi bila kecurangan pertama selepas kahwin?" soalku.

"Beberapa minggu sebelum Dhia dirompak."

Terus hilang segala keterujaan aku bila mendengar jawapannya. Kalau beberapa minggu sebelum aku dirompak, maksudnya dia sudah tahu jahat bini dia itu sebelum dia pilih untuk menyakitkan aku secukupnya pada malam aku dirompak.

Pandanganku berubah. Aku tak tahu emosi apa yang datang, tapi kaki dan tengkuk terus rasa sejuk dan meremang. Ringan saja tangan ini mahu menumbuk dia.

"Dan abang cukup kejam dengan Dhia pada malam itu. Segala yang abang cakap, melekat dalam kepala dia sampai sekarang. Malam itu adalah malam segala kebencian dan trauma itu terbina. Abang bergayut dengan dia sampai arwah papa dan saudara-mara tercari-cari abang. Abang marah Dhia cukup-cukup dalam kereta. Abang cakap Dhia macam-macam..."

"Inilah sebabnya abang tak mahu bercerita tentang hal lalu. Dhia akan emosi. Okey, cukup sampai sini. Tak ada lagi cerita tentang masa lalu. Okay?"

"Lepas itu apa? Bila tak ada cerita tentang masa lalu itu, abang ingat Dhia akan lupakan ceritanya?" Aku tersengih seraya menggeleng.

"Tak. Dhia tak akan lupa. Terutamanya bila Dhia tahu yang abang hanya lepaskan segala amarah itu pada Dhia demi mempertahankan ego dan kononnya air muka. Air muka apa yang abang nak pertahankan kalau abang memang tak ada air muka untuk dijaga? Abang dah lama bogel depan ibu dan Dhia. Kami tahu perempuan itu tak ikhlas pun dengan abang, tapi abang yang tak nak dengar cakap. Jadi apa yang abang nak pertahankan? Malu sebab rupa-rupanya kami betul dan abang salah? Mungkin itu yang paling tepat. You sure are stupid, Rayyan."

"Dhia, please. Not now, not here."

"Why not? Abang nak Dhia balas segala kata-kata dan perbuatan abang kan? Sebelum ini, Dhia rasa jahat untuk buat macam itu, tapi bila tahu tentang ini, Dhia rasa abang layak untuk dibalas." Dan tanganku terus melekap pada dadanya. Dadanya ditumbuk sekuat hati sehingga mata Rayyan terpejam menahan segala tamparan dan tumbukan aku.

Bergegar satu kereta ini kerana aku yang sepenuh jiwa membelasah dia.

"Abang adalah lelaki paling bodoh, kejam, jahat dan tak layak bergelar suami! Abang fikir abang bagus ke untuk cakap macam itu pada Dhia? Dhia barah dalam kaum? Abang adalah orang yang buat malu seluruh kaum! Apa Hail dan Izz akan fikir kalau dia orang tahu segalanya tentang abang? Dhia tak rasa abang akan berpeluang untuk panggil mereka sebagai kawan lagi. Abang tak ada hak dan tak ada tempat untuk caci Dhia!"

Tanganku naik menepuk dada sendiri. Air mataku jatuh di depannya tanpa dapat ditahan. Marah, terlalu marah.

"I sacrificed my entire life for you! I gave up my only heart to protect yours! I didn't deserve that and you don't deserve me!"

Pukulan dan tamparan hanya terhenti saat kedua belah tanganku ditangkapnya. Tangan itu dibawa ke bibirnya lalu dikucup bertalu-talu. Setelah itu, tubuhku ditarik paksa untuk masuk ke dalam pelukannya.

Tangis kuhambur pada dadanya. Sakitnya hatiku sekarang terasa sama seperti dulu. Sakit yang membuatkan tubuhku meremang dan seram sejuk dulu kembali semula.

"Dhia boleh marah abang, Dhia boleh pukul abang. Balas semahunya, tapi jangan menangis. Jangan menangis sebab abang lagi. Abang dah cukup terseksa bagai nak mati menahan perasaan bersalah selama lima tahun lamanya, Dhia. Abang mahu minta maaf, tapi abang tak boleh ganggu Dhia. Abang tak mahu Dhia terganggu dengan kehadiran abang, jadi abang hanya mampu melihat dari jauh.

Abang tunggu sampai Dhia pulang ke Malaysia semula barulah abang muncul di depan Dhia. Bagi abang peluang. Yang terakhir untuk buktikan pada Dhia yang Rayyan itu tak lagi wujud. Beri abang ruang untuk tunjukkan Rayyan yang sebenar. Rayyan yang Dhia idam dan angankan.  Bagi pada abang masa Dhia, dan abang akan buat Dhia rasa segala sakit itu berbaloi."

Bila aku tidak lagi memukul dan hanya menangis, terasa tangan Rayyan naik mengusap kepalaku. Sesekali dahiku akan dikucup lama dengan nafas yang pendek-pendek menahan rasa. Sesal, bersalah dan sedih.

Aku segera menyorok pada dadanya bila tiba-tiba tingkap di sebelah Rayyan diketuk dari luar. Pekerja baru aku sedang berdiri di situ.

Rayyan menurunkan cermin sementara sebelah tangannya memeluk kepalaku. Cukupkan untuk menutup muka aku.

"Ye?" soal Rayyan.

"Tak ada, bang. Tadi ada customer suruh periksa sebab dia orang nampak macam ada pergaduhan. Dia orang takut kalau Cik Dhia kena dera."

Adeh!

Tubuh Rayyan berpusing lebih ke arahku seolah dia sedang memeriksa ke luar sana melalui cermin belakang. Bila badannya kembali mengarah ke pekerjaku, dia tergelak pendek.

"Tak adalah. Akak korang ini tengah merajuk dengan abang. Bukan dia yang kena dera, abang yang kena."

Terus tanganku menjalar lalu mencubit pinggang Rayyan dengan muka yang masih disembunyikan. Rayyan mendesis.

"Nampak?" katanya.

Pekerja baru itu ikut ketawa sama sebelum kemudian Rayyan naikkan semula tingkap selepas pekerja itu pergi. Bila tingkap kembali rapat, barulah aku angkat kepala semula. Air mata dikesat, rambut dibetulkan.

Tanpa memandang muka Rayyan, aku menyoal. "Kenapa abang datang sini?"

"Abang nak ajak Dhia balik dan berehat. Kemudian, bersiap untuk kita candle light dinner."

Terus aku menoleh. Candle light dinner?

Rayyan mengangguk seolah faham dengan soalan dalam kepalaku. Tangannya naik menyentuh pipiku. Menyeka sisanair mata yang masih membasihi pipi, sambil bersuara.

"Kalau Dhia bekerja, nanti Dhia akan penat dan tak larat nak keluar malam. Jadi abang keluar awal dan ambil Dhia. Kita balik dan berehat. Nak tidur ke, nak tengok movie ke, abang akan teman. Malam, kita keluar berdua."

"Berdua?" Raees tinggal?

"Kalau ada Raees, Dhia akan gunakan Raees sebagai alasan untuk lari daripada abang. Suami dekat depan, dia boleh pula bersembang entah apa-apa dengan anak. Abang minta umi dan mak jaga Raees malam ini. Kita keluar, berdua." Elok selesai bercakap, Rayyan terus keluar dan meninggalkan aku di dalam kereta.

Rayyan kembali tak sampai dua minit kemudian bersama beg tanganku.

Brek tangan diturunkan. Rayyan tolak gear ke D. Tak ada persetujuan lagi, dia sudah tekan minyak dulu.

Lebih kurang 15 minit perjalanan, dahiku berkerut saat kereta membelok masuk ke jalan yang aku kenali. Jalan yang perlu melalui sekolah menengah aku dulu.

"Kita nak balik rumah mana pula ini? Rumah abang tak lalu jalan ini kan?" soalku.

Rayyan senyum saja. Lalu di depan sekolah, tiba-tiba lelaki itu memberhentikan kereta dan parkir di depan pondok bagi murid menunggu. Rayyan memandang ke arah pondok itu.

"Dulu, setiap kali umi atau papa minta tolong abang ambilkan Dhia, abang selalu rasa teruja. Belum nampak Dhia lagi, tapi dalam kepala dah terngiang dialog gedik dia. Bila Dhia buka mulut, terus satu-satu dialog dalam kepala itu jadi kenyataan. Nak kahwin dengan abanglah, tunggu sampai Dhia habis belajarlah..."

Aku rasa mukaku sudah panas pijar sekali gus tangan terus menepuk-nepuk paha Raees. Mendesak dia untuk berhenti bercakap.

Argh! Rayyan mengungkit!

"Hari-hari abang risau tahu? Kalau dengar dek orang yang tak kenal kita, mahu abang dituduh macam-macam. Tapi agaknya betullah orang kata perkataan itu doa. Tengoklah siapa isteri abang sekarang. Budak manja tudung senget yang setiap hari peluk buku mengharapkan kereta abang yang muncul di sini." Tangan Rayyan terus naik mengepit hidungku.

"Ish, abang! Abang sengaja je kan?" marahku.

Malu betul! Tahu pula dia yang aku harapkan dia yang ambil aku.

"Apa pula sengaja? Abang cakap benda betul apa? Dhia tahu tak betapa baiknya abang ini, sampai setiap kali abang free, abang akan call arwah papa dan minta izin untuk ambil Dhia?"

Mak! Serius?!

Rayyan menjongket kening. Serius!

"Huh! Tapi abang suka leterkan Dhia. Lepas itu datang ambil, terus hantar ke rumah atau ke ofis. Abang Diy juga yang seronok. Bawa Dhia pergi makan, pergi minum-minum, berjalan..." Sekadar di situ bila aku lihat mata Rayyan menghelang.

Jangan melebih. Nanti dia rasa kedudukannya tergugat, aku yang kena. Orang ego ini itulah kelemahannya.

"Abang tak buat macam itu sebab abang tak mahu Dhia berlama dengan abang. Nanti dia akan nampak itu sebagai harapan. Lagi satu, abang tahu Ardiy selalu bawa Dhia keluar dan abang banyak kali ingatkan dia untuk kurang-kurangkan berdua dengan Dhia. Dhia pun kata, lelaki tetap lelaki dan ya. Lelaki memang tetap lelaki. Adik atau adik angkat, lelaki akan tetap lelaki. Abang letak garis antara Dhia dan semua lelaki supaya Dhia terjaga.

Dhia ikut Ardiy pergi futsal, Dhia tahu berapa banyak mata jantan asyik pandang Dhia? Abang lelaki, abang tahu apa yang lelaki itu fikir. Tengok cara pandang pun dah tahu. Sebab itu abang tak suka bila Dhia ikut kami. Bila Dhia ikut Ardiy merata-rata. Abang hanya menjaga, peaches. Awak terlalu manis sampai terlalu banyak semut dan lebah yang datang untuk cari peluang menghinggap."

Terus terdiam aku bila mendengar segala yang aku tak pernah terfikir itu. Ya, hanya bila aku besar ini saja lelaki-lelaki berani untuk datang dekat dan cucuk jarum. Contohnya semasa menemani Rayyan futsal tempoh hari.

Aku tak sedar dulu sebab aku masih mentah dan aku hanya fokus pada Rayyan dan Abang Diy. Rupanya dalam leka aku, Rayyan yang fokus dengan faktor lainnya.

"Abang..." Hidungku dicuitnya, menghentikan rengek panjangku.

"Terharu? Kan abang dah kata, jangan asyik fikir negatif tentang abang. Abang tak sentiasa jahat, peaches. Abang juga pernah jadi Rayyan Halzeri yang Dhia angankan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience