Bab 46

Romance Series 30734

AKU tersenyum melihat Rayyan yang sibuk mengupas bawang untuk aku. Raees pula sedang cuba mengupas bawang putih. Umi dan nenek Raees ada di depan sedang sibuk mencetak donut. Semua ini untuk menyambut kedatangan Hail, Izz dan Abang Diy malam nanti.

Ye, Abang Diy turut dijemput sama. Rayyan yang bersetuju untuk aku jemput Abang Diy. Untuk Hail dan Izz pula, aku yakin yang Rayyan menjemput mereka supaya dua lelaki itu boleh turut mendengar  penjelasan aku.

"Dhia nak masak apa hari ini?" Rayyan menyoal setelah selesai mengupas bawang. Dia beralih pula pada bawang putih memandangkan Raees masih terkial-kial, walaupun aku sudah potong kedua hujung bawang itu untuk memudahkan tugasnya.

"Bihun sup dan nasi ayam. Okey kan?"

"Wah, lebih daripada okey itu. Patutlah banyak bawang, nak menumis ye?"

Aku segera mengangguk. Seronok bila Rayyan tahu apa fungsinya. Lagi satu, sebab Rayyan setia membantu aku sedari tadi. Bawang dia yang kupas. Cili dia potong dan kisar untuk aku buat sambal nasi ayam.

Aku memandang Rayyan bila dia meletakkan bekas berisi bawang yang sudah hilang kulitnya di depan aku. Sambil itu, sempat tangannya naik membetulkan rambutku yang sudah mula tak reti nak duduk diam. Berjuntai keluar daripada ikatan.

"Apa lagi yang abang boleh tolong?" bisiknya.

Meremang satu badan aku! Hembusan Rayyan mendarat di telinga.

"Tolong lumurkan ayam dengan perapan yang Dhia dah siapkan itu boleh? Kemudian, masukkan dalam peti sejuk. Malam nanti sebelum kawan-kawan abang sampai, baru kita goreng. Petang ini kita makan bihun sup je, boleh?"

"Boleh, peaches." Laju saja aku mengelak bila tiba-tiba Rayyan mendekat.

Rayyan faham. Terus dia tersenyum nipis sebelum berlalu ke meja makan. Ayam dan perapannya sudah ada di situ.

"Daddy, Raees nak tolong juga." Raees merengek. Mulalah budak itu nak mengganggu daddy dia.

Aku mencapai bekas plastik yang terisi dengan isi ayam. Sudah lama aku rebus. Dah sejuk pun.

Aku meletakkan bekas itu di depan Raees.

"Raees carik isi ayam ini. Buat macam ini..." Isi ayam itu aku carik sebagai contoh.

"Wah! Boleh Raees makan?"

"Sabarlah sikit. Nanti kita makan dengan bihun sup. Tok umi nak buat bergedel sekali tau? Sedap! Raees mesti suka."

Walaupun nampak kecewa, tapi Raees mendengar kata aku. Terus budak itu mula mencarik isi ayam. Kerjanya perlahan macam siput, tapi teliti. Belum biasa lagi. Dapat tengok budak lelaki masuk dapur dan menolong sama ini pun sudah elok sangat.

"Eh, Ardiy dah sampai?"

Aku dan Rayyan terus berpandangan bila terdengar suara umi melaung di ruang tamu sana. Abang Diy dah sampai?

Tak ada salam, aku terus meninggalkan tugasku dan berlari anak ke ruang tamu. Bila melihat Abang Diy yang sedang disambut oleh umi dan nenek Raees, aku terus tersenyum lebar.

"Abang Diy!" Argh, rindu walaupun baru dua minggu lepas kami bertemu.

"Hi, princess." Abang Diy mengangkat tangannya yang penuh dengan barang. Salah satunya ada plastik Big Apple!

"Donut?!" Wah!!! Ini yang aku sayang sangat dekat Abang Diy! Dia sentiasa melayan aku yang cintakan makanan manis ini!

Aku terus mengiringi Abang Diy terus ke dapur. Dah macam dayang. Masuk saja ke dapur, dia bersalaman dengan Rayyan yang sepertinya sudah mula panas. Tiada lagi kemesraan dalam pandangan Rayyan.

"Awal pula kau datang?" kata Rayyan.

"Aku datang awal sebab malam nanti aku tak boleh berlama. Alang-alang itu aku ada bawa barang sikit dan donut untuk Dhia dan Raees." Abang Diy terus buka plastik-plastik yang ada. Tunjukkan kepada kami.

Oh!

"Banyaknya abang beli buah!" Aku terus menyelit sambil melihat buah yang ada. Tembikai merah, tembikai susu, anggur dan mata kucing.

"Mana ada banyak. Nanti abang tolong potongkan buah-buahan ini. Bolehlah hidang malam nanti sebelum makan."

"Bukan ke orang makan buah selepas makan?" soalku

"Ajaran barat. Ajaran ustaz-ustaz kita, makan sebelum ambil makanan berat."

Oh, ye ke? Hebatlah, Abang Diy ini! Boleh jadi suami orang dah ini. Hehe.

Aku lihat mata Abang Diy jatuh pada Raees yang masih terkial-kial mencarik ayam. Fokus betul budak itu masalahnya pun! Haha. Betul-betul menurun dari bapak dia. Kalau dah buat kerja, tak reti nak pandang kiri kanan.

"Raees pun tolong mommy ye?" soal Abang Diy. Sempat rambut Raees diusik.

Raees mengangkat kepada dan tayang sengihan. Tapi itu saja. Selesai itu, dia terus tunduk semula sampai tergelak kami jadinya.

AKU mengundur diri dulu bila Izz dan Hail menawarkan untuk jadi tukang basuh pinggan mangkuk dan periuk belanga sebaik sahaja kami selesai makan. Isteri Hail juga ada datang dan ikut menawarkan diri tadi, tapi Hail melarang isterunya daripada masuk ke dapur. Dia mahu isterinya berehat. Hanya isteri Izz yang tiada bersama kami.

Rayyan sedang bersembang dengan isteri Hail, umi dan nenek Raees, sementara aku dipanggil oleh Abang Diy untuk kami bersembang di luar rumah.

Abang Diy menarik kerusi untuk aku. Kami duduk menghadap kolam.

"Macam mana hubungan Dhia dan Rayyan sekarang?" Soalan pertama yang tidak teragak-agak. Terus tembak soalan berat.

Waduh!

"Macam itulah. Nak macam mana lagi?"

"Jangan jawab macam itu dengan abang, Dhia. Jangan sembunyi. Rayyan ada buat yang buruk-buruk pada Dhia?"

Aku segera menggeleng. "Mana ada. Rayyan okey je. Dia banyak kali minta maaf dan buktikan yang dia bukan Rayyan yang dulu. Cuma entahlah..."

"Entahlah apa? Dhia tak boleh maafkan dia?"

Aku menjongket bahu kali ini. Aku pun tak faham dengan diri sendiri. Kadang-kadang aku rasa nak maafkan, tapi kadang-kadang aku rasa sakit hati sangat sampai berat hati untuk memaafkan.

"Tapi Dhia tak boleh salahkan Rayyan sepenuhnya. Dia pun mangsa. Mangsa cinta dan percaya. Cuma bila Dhia ingat balik semua yang dia buat disebabkan cinta dan percaya itu, Dhia rasa tak boleh terima... Terima perbuatan itu."

"Kalau tak boleh terima, kenapa Dhia masih di sini? Dhia masih ada perasaan pada Rayyan?"

Err!

"Sebab... Sebab Rayyan tak bagi Dhia pergi mana-mana. Satu lagi... Rayyan minta Dhia balas semula apa yang dia buat dulu." Tergagap-gagap aku menjawab soalan Abang Diy. Entah apasal pula tiba-tiba berdebar!

"Balas?" Abang Diy tak mengerti.

Aku mengangguk. "Balas dalam masa lima bulan. Lima bulan yang dia pinjamkan sebagai suami, dia mahu Dhia pulangkan sebagai isteri. Untuk balas perbuatan dia dulu."

"Jadi Dhia buat?"

Aku menggeleng pula.

"Kenapa tidak?"

"I respect him way too much for that, Abang Diy."

"Dhia juga masih sayangkan Rayyan, itulah sebabnya Dhia tak boleh buat apa yang dia minta. Kalau Dhia mahukan sesuatu, Dhia akan buat walaupun ia mustahil. Abang kenal Dhia yang keras kepala dan tak pernah mengalah. Jadi bila Dhia tak buat, maksudnya Dhia memang tak mahu buat."

"Abang ini..."

"Jadi apa yang Rayyan buat lepas Dhia menolak?"

Aku terdiam seketika. Rasa macam tak rela nak beritahu yang satu ini, tapi aku rasa tak ada salahnya berkongsi dengan Abang Diy.

"Dia minta Dhia bagi lima bulan. Tapi bukan untuk Dhia balas dendam lagi, tapi untuk dia buat Dhia jatuh cinta dengan dia semula."

Abang Diy kerutkan dahi. Tapi tak lama, tiba-tiba dahinya berkerut pula.

"Lima bulan untuk jatuh cinta?" soalnya.

Aku mengangguk.

Abang Diy senyap. Bukan sekejap, tapi lama. Matanya masih memandang aku, tapi aku rasa fikirannya sudah melayang entah ke mana. Apa yang Abang Diy fikir pun aku tak tahu.

Cuma aku perasan, ada senyuman di hujung bibirnya.

"Perempuan gila itu ada munculkan diri dan kacau Dhia lagi?" Lama senyap, tiba-tiba Abang Diy menyerang dengan soalan seterusnya.

Lambat-lambat aku mengangguk. Tapi...

Ada tapi.

"Tapi dia bukan nak kacau Dhia, dia kacau Rayyan dan Raees dan kebetulan Dhia ada di tempat-tempat itu semasa dia mengganggu. Jadi secara tak atau langsung, Dhia pun kena tempias sekali."

"Dia ada sentuh Dhia? Cakap yang bukan-bukan atau sebarkan khabar angin palsu macam yang dia buat di ofis dulu?"

Kejap...

Giliran aku untuk mengerutkan dahi.

"Khabar angin palsu? Maksud abang?"

"Dhia penyondol, Dhia mengampu arwah ibu supaya senang nak menggoda Rayyan dan macam-macam lagi. Semua fitnah dan kutukan yang berlegar di ofis dulu, datangnya daripada perempuan itu."

Huh! Walaupun aku tak tahu tentang ini, tapi aku langsung tak terkejut. Aku ini bukannya ada ramai sangat musuh. Aku spesies manusia yang disayangi kut!

Done puji diri sendiri!

Aku mengerling bila Abang Diy keluarkan telefonnya yang berbunyi. Aku nampak dia buka Whatsapp, tapi tak nampak apa yang terpapar pada skrin telefonnya. Yang pasti, aku sempat menangkap gambar profil perempuan di hujung atas skrin telefon itu.

Perempuan?!

Oh, my! Bakal kakak ipar aku ke?!

Tak sempat nak tukar giliran menyerang, tiba-tiba Abang Diy menepuk pahanya.

"Abang minta diri dulu. Ada hal sikit," kata Abang Diy.

Oh... Agaknya inilah yang Abang Diy kata jadi penyebab dia datang awal itu.

"Okey, abang. Nanti abang datang lagi ye?"

"InsyaAllah, Dhia. Panjang umur, abang datang lagi. Dhia jaga diri baik-baik. Jangan biarkan orang pijak Dhia lagi. Kalau Dhia tak mahu lawan untuk diri Dhia, abang yang akan buat."

Aku mengangguk lembut. Tak akan aku biarkan lagi.

"Dhia fikirlah baik-baik apa yang Rayyan minta. Keputusan ada di tangan Dhia. Betul, Rayyan tak sepenuhnya bersalah, tapi Dhia langsung tak bersalah untuk dilayan seperti itu."

Sekali lagi aku mengangguk.

Abang Diy terus masuk ke dalam rumah semula. Berpamitan dengan mereka di dalam termasuklah Rayyan. Aku menghantar Abang Diy sehingga keretanya hilang dari pandangan.

Baru nak masuk ke dalam rumah semula, tiba-tiba lelaki bertiga itu melangkah ke arahku. Muka masing-masing sudah serius semacam.

Aduh, soal-siasat akan bermula!

"ABANG izinkan Dhia untuk belajar. Apa yang Dhia buat selain belajar itu atas persetujuan siapa?"

"Belajar seni mempertahankan diri itu pun, belajar juga." Aku membalas selamba soalan Rayyan. Sampai kena jeling terus!

"Apa yang Dhia belajar itu bukan lagi tahap mempertahankan diri. You were trained to be a predator. You're a living weapon, Dhia." Hail mencelah, tegas.

Aku bantai gelak palsu. "Itu semua rumor. Dhia tak sehebat yang dicanang. Tanya Rayyan, dia pernah berdepan dengan Black Mamba."

"Ye, Black Mamba yang kenal suaminya. Berbalas jentik dahi, melibas-libas dan kemudiannya berkerjasama. Dhia tak pernah tunjukkan kebolehan Dhia di depan abang." Rayyan tersenyum sinis.

"Sebab Dhia tak ada kebolehan itu!"

"Jadi terangkan apa yang Dhia buat sampai budak-budak sindiket itu melecur satu badan," bidas Rayyan.

Gosh!

"Mana ada satu badan!" Jangan nak fitnah! Aku tak sejahat itu.

"Satu badan atau tidak, itu bukti yang Black Mamba memang sama seperti apa yang dicanangkan. It took him 10 years of nonstop grind to become the beast he is now." Rayyan menuding ke arah Izz yang sedari tadi hanya senyap. Dia saja yang paling cool.

"It took him over a decade to become who he is now." Rayyan menuding Hail pula.

"And it took me 20 years of my precious life to become who I am, peaches." Rayyan menepuk dada sendiri.

"Dan Dhia hanya pergi sana, berlatih kurang lima tahun, dan secara tiba-tiba, you're one of the infamous vigilantes yang digeruni lawan dan dalam masa yang sama, diidamkan oleh lawan. Dhia tahu betapa bahayanya posisi Dhia sekarang? Bukan hanya kepada Dhia, tapi kepada semua orang di sisi Dhia. Dan ini termasuklah umi."

Dahiku berkerut. Mataku mula menghelang tajam memandang Rayyan bila nama umi diseret sama. Kalau tentang umi dan keselamatannya, jangan bergurau dengan aku.

"Dhia juga tahu tak, waktu Dhia rebah di depan kedai, budak yang abang upah nampak dua orang lelaki pelik mendekati Dhia? Dan kejutan! Malahan sebelum Dhia rebah lagi, mereka berdua duduk dalam kereta dan memerhatikan kedai itu. Kalau abang lambat sampai lagi sesaat dua..." Rayyan mengeluh.

Damn! Kenapa aku baru tahu sekarang? Patutlah aku rasa seperti diperhati. Maksudnya aku diperhati oleh bukan hanya sepasang mata, tapi tiga!

"Bila Rayyan beritahu kami tentang dua lelaki itu, kami tak tahu apa sebabnya. Kesimpulan paling dekat hanyalah sebab Dhia cantik, jadi digilai ramai. Tapi bila Hail called abang dan beritahu tentang Dhia, sekarang baru semuanya masuk akal." Akhirnya Izz bersuara juga. Siap terangguk-angguk di hujung kata.

"Dhia perlu berhati-hati. Kalau pihak sindiket itu dah tahu identiti Dhia, semuanya dah bertambah bahaya sekarang. Suami isteri, buat kerja yang sama dalam kumpulan berbeza. Kau orang berdua akan jadi sasaran paling besar," tambah Izz.

Hail mengangguk setuju dan suasana bertukar sunyi saat umi berjalan ke arah kami. Tangannya menatang dulang dengan empat cawan di atasnya. Umi tersenyum lebar.

Dan aku tak akan biarkan senyuman itu pudar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience