Bab 45

Romance Series 31043

RAYYAN bangun dan menghampiri lelaki yang sudah tak sedarkan diri itu. Nadinya diperiksa sebelum Rayyan menghampiriku. Takut punya pasal, aku terus berundur selangkah. Dia dekat lagi, aku undur selangkah lagi. Dekat lagi...

"Abang jangan nak marah Dhia!" Aku beri amaran.

Terus terhenti langkahnya.

Aku dipandang lama sebelum Rayyan kembali mendekat. Itu pun selepas tangannya menyauk pinggangku hingga aku tak boleh lari daripada dia lagi. Tanganku naik menahan dada Rayyan. Batas supaya tak terlalu rapat.

"Kenapa jangan?"

"Sebab Dhia tak buat salah."

"Dhia tak beri abang marah, maksudnya Dhia tahu yang Dhia dah buat salah."

Neh?!

"Dhia tak buat salah! Apapun yang abang buat, kami pun buat yang sama. Well, kalau apa yang abang buat itu sama dengan apa yang Dhia fikirlah. Yang pasti, Dhia tak salah. Dhia bukan penjenayah atau buat jahat." Aku bela diri pula.

"Dhia ada banyak yang perlu dijawab nanti walaupun abang dah tahu tentang identiti Black Mamba ini." Dahiku dijentik.

Ouch!

Tanganku naik menyentuh dahi. Wah! Kali ini dia jentik betul-betul!

"Abang tahu? But how?"

Rayyan melrpaskan aku. Topinya dipakaikan atas kepalaku pula. "Later, peaches. Asal Dhia tahu yang sekadar Dhia tak buat salah, Dhia bukan penjenayah itu semua takkan cukup untuk jadi jawapan kenapa Dhia boleh terlibat dengan perkara macam ini."

Hanya di situ sebelum tanganku terus ditarik. Kami berjalan melalui jalan tadi. Hari sudah gelap sepenuhnya. Aku sudah seram di sini. Berpandukan lampu suluh daripada telefonku, kami berjalan berdua dalam kegelapan bagi mencari jalan keluarnya.

"Argh!" Terua terjerit aku dibuatnya bila tiba-tiba ada sesuatu jatuh di belakangku. Tak ada maknanya nak tengok dah, terus aku terlompat-lompat sambil bergayut di leher Rayyan. Kalau boleh tak nak jejak tanah! Biar Rayyan dukung!

Rayyan pula hanya kekal tenang dalam berjaga-jaga. Telefonku terus diambil sebelum disuluh ke arah belakang kami. Terdiam terus bila rupa-rupanya yang jatuh itu hanyalah buah mangga.

Hailah! Buat saspen je!

"Bantai orang bukan main, baru mangga sebiji jatuh dah terjerit-jerit," komennya.

Ah! Itu lain!

Kami sambung berjalan semula. Dalam gelap itu Rayyan menyuluh sekeliling bagi mencari mana-mana petanda yang ada.

"Abang masuk tadi ikut sini juga ke?"

Rayyan angguk.

"Klu juga?"

"Tak. Budak dia bawa."

Coi! "Dia orang bagi Dhia klu je." Tak adil betul.

"Bukan ke Black Mamba dikenali sebab kebijaksanaannya, selain agresif bila diusik?" Rayyan suluh ke arah kami. Keningnya dijongket.

Huh, menci!

Tapi betul juga itu!

Aku terus tarik tangan Rayyan. Lampu disuluh ke arah tanah. Di sini tiada tapak baru melainkan tapak kami. Satu besar satu kecil.

"Dhia rasa kita salah jalanlah, abang..." Aku cuba suluh ke arah lain pula. Masih mencari tanah dengan tapak kasut lain.

"Apa yang Dhia cari?" soal Rayyan.

"Tapak kasut. Tadi Dhia jumpa tempat itu dengan tapak kasut. Ada bahagian yang tak ada rumput, jadi nampak tapaknya sebab baru lepas hujan. Ada juga yang Dhia tengok melalui keadaan rumputnya. Tapi sekarang dah gelap, tak nampak."

Aku terus berjalan lagi. Ke kiri dan ke kanan mencari. Ke depan, tidak. Sebab kalau kami ke depan, mahu makin entah ke mana perginya. Baiklah kami cari dulu tapaknya.

Sebelah tanganku dalam genggaman Rayyan dan sebelah lagi sibuk menyuluh. Terbongkok-bongkok aku melihat tanah sebelum aku terus terlompat bila akhirnya aku menjumpai kesan tapak kasut yang dicari. Banyak tapak! Ada sepasang tapak yang seakan sengaja ditekan lebih dalam untuk aku. Ini mesti tapak yang ditinggalkan oleh Jebat. Hanya dia yang cukup bijak dan bertimbang rasa untuk buat seperti ini.

"Jumpa?" soal Rayyan.

Aku segera mengangguk dan berdiri tegak semula supaya dia boleh tengok sama.

Dapat saja itu, kami terus berjalan mengikut langkah yang ditinggalkan. Suluh punya suluh, ternampak bukit daun kering yang aku buat tadi. Kiranya memang betullah jalan ini. Lebih kurang 7 minit kemudian, kami berjaya keluar dengan jayanya daripada tempat tadi. Terus mengucap syukur aku.

Alhamdulillah!

Telefon terus dimasukkan ke dalam poket semula. Di sini nak ke pondok, dan dari pondok nak ke kawasan rumah panjang tadi sudah tak jauh mana. Tak gelap sangat juga.

"Abang letak kereta dekat mana?" soalku.

"Abang tak bawa kereta." Tiba-tiba tangannya menyeluk poketku. Telefon dikeluarkan semula sebelum dia mendail suatu nombor.

"Hail, settled. Pick up tempat tadi."

Dan telefon itu dimasukkan ke dalam poketku semula. Tapi Hail?

"Kawan abang ambil ke?"

Rayyan angguk.

"Kalau macam itu Dhia balik dengan Q!" Habislah identiti aku terbongkar dekat semua orang!

Tapi Rayyan tak bagi. Makin kejap genggaman pada tanganku.

"Hail dan Izz kawan abang dari dulu lagi. Kalau suatu hari nanti abang mati, mereka adalah orang seterusnya selain abang yang boleh Dhia percaya." Titik dan ringkas. Bermaksud yang aku boleh percayakan mereka untuk jaga identiti itu.

Ah, fine...

Tapi kan...

"Abang, Dhia penatlah," aduku. Ini bukan drama. Aku memang penat gila! Balik kerja, memasak, ambil Raees dan hantar Raees ke rumah, lalu aku terus ke sini. Aku rasa pinggangku sudah hampir tercabut!

Rayyan merenung aku sesaat dua sebelum akhirnya dia membongkok. Hehe! Faham pun dia!

Aku segera melompat ke belakang Rayyan. Piggyback!

Rayyan berjalan tenang menuju ke arah pondok sebelum kami melalui jalan di mana aku mengejar lelaki tadi. Keluar saja dari kawasan ini, Rayyan membawa aku ke arah sebiji kereta yang terparkir tak jauh di depan sana. Sampai di sisi kereta barulah aku turun.

Pintu dibuka dan Rayyan beri aku untuk masuk terlebih dahulu. Dia pula duduk di depan.

Nampak saja aku, terus berkerut dahi Hail yang sedang duduk di kerusi pemandu.

Sebaik saja kereta berjalan, terus Hail buka mulut.

"Apa cerita?" Dua patah yang punya banyak maksud.

"Kena game."

"Habis itu, Dhia pula? Sejak bila dia tahu kerja kau sampai boleh ikut turun sekali? Tak sayang bini ke, mat? Kalau apa-apa jadi...

"Dhia, Black Mamba."

"Ha?!"

Hampir terbrek mengejut kereta ini bila Hail terus toleh pandang aku dengan kereta yang masih berjalan. Nasib baiklah Rayyan cepat-cepat mengawal stereng.

"Kau biar betul? Jangan nak gula-gulakan aku pula. Cukup kau jelah yang kena game."

"Dia Black Mamba. Dia orang game aku untuk masuk situ supaya aku boleh tengok siapa di sebalik topeng itu. Entah apa motifnya, tapi aku yakin itulah sebab utama dia umpan aku untuk datang."

"Gila!" Hail pandang aku melalui cermin pandang belakang. Aku hanya tayang muka tak bersalah dan tak nak masuk campur. Biar Rayyan uruskan. Huhu.

"Black Mamba yang selama ini aku dengan Izz gila-gila siasat dan cari sampai makan tahun itu rupanya bini kau? Dan kau boleh dengan tenang duduk dekat sini macam Black Mamba itu bukan sesiapa?"

"Aku dah tahu."

Sekali lagi kereta hampir terbrek mengekut bila Hail teleng pandang Rayyan pula.

"Woi, bodoh! Bawa kereta elok-eloklah! Bini aku dekat belakang, kalau ye pun nak mati awal!" herdik Rayyan. Benggang sangat dah agaknya.

"Bila masa kau tahu?"

"Aku bawa Dhia, kau bawa Izz. Tak adalah penat-penat nak kena bercakap dua tiga kali. Jumpa malam minggu."

Tiba saja di rumah selepas lebih setengah jam sepi antara kami, Rayyan terus bersalaman dengan Hail dan kami masuk ke dalam rumah.  Aku masuk mandi dalam bilik terlebih dahulu memandangkan tadi sudah di tempat seperti itu pada waktu senja. Selesai, aku terus tarik telekung dan solat isyak, sebelum qada' solat maghrib yang aku tertinggal tadi.

Elok saja aku beri salam, pintu bilik terbuka dan Rayyan muncul. Mesti aku akan disoal-siasat ini.

Aku segera melipat sejadah dan telekung. Selesai dengan itu, barulah aku merapati Rayyan yang sudah melabuhkan duduk di hujung kaki katil. Aku duduk di sebelahnya.

"Abang tahu Dhia penat, jadi abang tak akan tanya banyak. Selebihnya Dhia jawab depan Hail dan Izz. Tapi sekarang, ada beberapa yang Dhia perlu jawab. Yang penting."

Aku mengangguk faham. Sedia untuk menjawab.

"Betul ke semua maklumat yang Hail dan Izz kata? Tentang Dhia dan King?"

Aku laju saja menggeleng. "Maklumat dia orang itu merepek. Intel jenis apa yang dia orang pakai sampai boleh kata kami bercinta? Siap ada tattoo segala bagai."

Rayyan pandang aku. "Jadi Dhia dan dia tak bercinta?"

Aku geleng.

"Dengan lelaki lain?"

Gosh!

"Abang, Dhia kan isteri abang? Tak akanlah Dhia nak bercinta dengan lelaki lain. Haramlah. Dosa besar tahu tak?"

Dapat saja jawapan itu, terus Rayyan mengeluh lega. Agaknya dah berapa lama dia simpan soalan ini memandangkan Rayyan kata dia sudah tahu tentang aku lama dulu? Mesti banyak spekulasi pelik-pelik yang dia dah buat.

"Abang pula. Sejak bila abang tahu?"

"Berkala. Firasat sebagai suami yang mengenali tubuh isterinya, abang dah syak sejak Dhia muncul di rumah terbengkalai itu. Kadang-kadang abang rasa sangsi bila bawa Dhia ke gym. Orang yang ada skill dan tak ada skill ini senang sangat nak bezakan, Dhia. Cara tumbuk dan tendang pun dah nampak. Abang nampak Dhia ada skill walaupun Dhia macam sorokkan. Dhia tahu dekat mana perlu letak tekanan dan berapa banyak tekanan selamat yang boleh dikeluarkan. Abang hanya senyap dan memerhati untuk nilai sendiri. Abang juga ada upah orang untuk tengok-tengokkan Dhia. Bukan untuk bongkarkan kegiatan Dhia, tapi untuk jadi mata supaya abang tahu sama ada Dhia dalam keadaan selamat atau tidak. Jadi abang tahu sedikit sebanyak. Dhia pitam pun, mata itu yang sampaikan."

"Sejak bila abang yakin?"

"Tadi."

Oh.

Rayyan hanya tersenyum nipis. Tenang. Nasib baiklah dia tak mengamuk atau leterkan aku. Aku sudah cukup penat untuk menghadap satu lagi masalah.

"Kawan-kawan abang tahu tentang Dhia?"

"Hanya tahu apa yang mereka tahu. Apa yang abang tahu, tidak. Tapi Dhia perlu jujur dengan mereka tentang identiti Dhia. Senang untuk kami jaga Dhia."

"Dhia tak perlu dijaga..."

"Abang tahu, tapi abang mahu. Abang ada dengar orang kata yang Black Mamba dijaga oleh King. Dan abang juga ada dengar desas-desus yang orang takut untuk kacau Black Mamba sebab ada tangan ghaib yang jaga dia. Tapi untuk langkah berjaga, abang perlu bersedia."

"Tangan ghaib? Siapa?" Jebat itu yalah memandangkan dia ketua kami. Dia yang ajak aku untuk sertai mereka. Tapi tangan ghaib? Setahu aku selain Jebat, tak ada lagi yang menjaga aku.

"Abang tak pasti. Yang pasti, tangan itu tak akan bawa sebarang mudarat pada Dhia. Dhia hanya perlu berjaga-jaga, jadi abang akan sentiasa ada mata untuk Dhia."

Aku senyap. Tidak menegah dan tidak juga suka dengan keputusan Rayyan. Tapi sebab benda itu dia dah buat pun, apa aku boleh kata. Hanya isu tangan ghaib itu, perlu ke aku sampaikan pada Jebat?

"Dhia pergi masuk tidur. Berehat. Jangan masuk kerja buat beberapa hari sebagai langkah keselamatan dan untuk Dhia berehat. Nanti Hail dan Izz datang, tolong jamu mereka. Dia orang nak sangat rasa masakan Dhia yang buat abang sibuk ulang-alik ke rumah ibu dulu."

Aku tersengih mendengarnya. Rayyan mengaku ye yang dia tiba-tiba rajin ulang-alik itu sebab masakan aku. Muahahaha! Patut ke aku minta Hail buka cawangan restoran untuk produk baru? Masakan Dhia!

"Kalau malas?" Aku mengusik.

"Kalau malas kita order. Malas lagi, kita makan di luar. Kalau tetap malas, kita makan angin je ye, sayang." Hidungku terus dikepitnya. Geram!

Haha!

Aku segera mengesot ke belakang. Tarik bantal dan baring. Rayyan pula sudah berdiri. Pasti nak masuk ke bilik Raees. Sempat dia menarik dan mengemaskan comforter pada tubuhku.

"Good night," ucapnya.

"Selamat malam juga, abang. Cium Raees untuk Dhia."

"Daddy Raees ini tak nak cium?"

"Tak naklah. Busuk." Muahaha.

"Banyaklah!" Terus hidungku jadi mangsa dia lagi. Kena kepit. Awww, kesian hidung aku.

Selesai sesi bermesra, barulah Rayyan berundur. Menuju ke pintu bilik dan berura untuk keluar.

"Apalah nasib jadi suami tinggal macam abang ini kan?" katanya. Drama sebabak. Hahaha.

Aku hanya senyum saja sampai pintu ditutup dan Rayyan keluar dari bilik ini. Bila sudah sunyi, barulah aku mengeluh pendek. Rasa serba-salah pula biarkan dia keluar dan tinggalkan katil beradu yang dia sediakan untuk kami ini.

Tapi itulah... Maaf, abang. Dosamu belum kumaafkan sepenuhnya. Hehe!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience