Bab 47

Romance Series 30734

AKU mendekati mereka bertiga yang sedang bersalaman sesama sendiri. Hail dan Izz nak balik ke rumah masing-masing, jadi aku masuk sekejap untuk bungkus lebihan nasi ayam tadi untuk mereka bawa ke rumah.

"Kau rajin-rajinlah bawa Hani ke sini. Biar Dhia berteman," kata Rayyan sambil menepuk bahu Hail.

Sedar saja yang aku sudah berdiri di sebelahnya, terus Rayyan mengambil bungkusan yang aku jinjing. Rayyan membahagikan bungkusan itu untuk Izz dan Hail.

Mataku bersatu dengan pandangan Hail yang rasanya kerap benar memandang aku. Tapi aku tahu kenapa. Yang pasti, dia bukan nak jadikan aku madu haram buat isterinya.

"Boleh abang bercakap dengan Dhia sekejap?"

Aku terus mengangguk. Kami meminta diri seketika, sebelum terus melangkah ke arah kereta Hail. Berdiri di luar, Hail terus bersandar pada pintu keretanya.

"Dah berapa lama Dhia dengan mereka?" soalnya.

Tiba-tiba saja suasana bertukar serius. Suara Hail kedengaran lebih tegas berbanding biasa. Pandangannya juga berubah tajam.

"Beberapa bulan selepas Dhia sambung belajar hingga ke hari ini. Jadi, lebih kurang lima tahun."

"Dhia dah buat keputusan yang salah. Tinggalkan mereka segera selagi ada peluang."

"Tinggalkan mereka macam mana abang tinggalkan mereka ke?"

Dahi Hail terus berkerut, sementara aku terus tersenyum.

"It's a pleasure to meet you, Krait." Tanganku naik menyentuh dada, lalu kepala ditunduk sedikit.

"Macam mana Dhia tahu?"

"Macam mana tidak? Nama Hail Lutfi terpampang di dinding besar-besaran. Hail Lutfi, Blue Krait. Salah seorang daripada the original. Taipan, King dan Krait. Lagipun abang, orang buta pun boleh nampak yang taktik dan seni abang sama dengan kami. Abang boleh baca gerak dan serangan jurulatih di gym dulu sebab abang juga pakai taktik yang sama. Kan?"

Hail senyap.

"Agaknya Rayyan tahu ke tentang ini?" Aku berpura-pura seperti bermonolog sendiri. Sebenarnya aku sedang memprovokasi dia dengan cara halus.

"Are you blackmailing me?"

"Oh, am I?"

Hail menjongket keningnya dan aku membalas dengan senyuman senget di sudut bibir. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia sudah terprovokasi dengan jayanya.

"Dhia boleh tutup mulut untuk selama-lamanya kalau abang boleh jawab soalan Dhia." Aku memulakan sesi tawar-menawar yang sudah aku rancangkan beberapa minggu lepas.

Aku perlu menggunakan Hail dan masa lalunya untuk ini.

"Soalan apa?"

"Kenapa abang tinggalkan Barrio?"

Hail senyap.

Ha, dah agak. Sebab itu aku sudah menyediakan permainan untuknya. Psycho otak dia sikit!

"Dhia dengar cerita, abang berebut perempuan dengan Jebat. Sebab abang tak dapat perempuan itu, jadi abang bermusuhan dan terus angkat kaki. Betul ke?" Tak betul. Ini palsu. Ini hanyalah penarik untuk dia menceritakan hal yang sebenar.

Sekejap lagi dia akan menafikan, lalu terpaksa buka mulut akhirnya.

"Mana Dhia dengar benda-benda macam itu? Sebab perempuan? Memalukan. Abang keluar sebab Barrio bukan lagi Barrio yang abang pernah kenal dulu. Jangan sangka yang Barrio itu bersih, Dhia. Banyak tahi yang wujud dan ia semakin banyak selepas abang cuci tangan."

Gotcha!

"Tahi apa? Abang, Rayyan dan Izz, masing-masing salahkan Barrio. Termasuk hal sindiket ni juga ke?"

Hail mengangguk seraya mengeluh panjang. Dia seakan baru menyedari keterlanjuran kata sampai terluahkan apa yang disimpan selama ini.

"Barrio terlibat dengan sindiket tu."

Aku mengerutkan dahi. "Terlibat? Kami yang selama ini tumpaskan beberapa gudang sindiket ni. Macam mana pula kami terlibat sama?"

"Gudang apa? Yang dapat tangkap tiga empat orang itu? Itu yang dibanggakan?"

Giliran aku pula untuk terprovokasi olehnya.

"Abang pula, mana dapat informasi yang Barrio terlibat sama? Intell? Yang kata Black Mamba bertattoo dan bercinta dengan King tu? Itu yang dipercayai?"

Bidasan aku berjaya bila sekali lagi wajahnya berubah. Senang betul untuk membaca riak lelaki bernama Hail ini.

"Semua gudang yang kami jumpa hanya port sementara. Betul, semua itu tak sebesar mana untuk dibanggakan. Tapi memang belum ada sesiapa dalam Malaysia ini berjaya jumpa tempat utama mereka bawa semua mangsa-mangsa itu. Semua yang berjaya diberkas dan masuk dalam berita itu, kami yang cari."

"Jadi disebabkan itu Dhia rasa Barrio bersih?"

"Apa hujah untuk tuduh Barrio kotor?" Aku membalas soalan dengan soalan.

"Sooner or later, Dhia akan tahu sendiri. Barrio bukan apa yang Dhia fikir. Kawan-kawan Dhia dalam itu tak semuanya bersih. Ada yang bersembunyi di sebalik kononnya vigilante, padahal dialah imposter sebenar. Tinggalkan mereka sebelum Dhia jadi mangsa seterusnya."

"Siapa?"

Hail mengerutkan dahi.

"Siapa yang dimaksudkan? Siapa yang bersembunyi di sebalik nama vigilante itu?"

Hail senyap pula kali ini.

"Kalau ikutkan ayat abang, pelakunya mesti tunggal. Dia, bukan mereka. Jadi hanya seorang."

Aku lihat sepasang mata biru cantik milik lelaki itu mengecil memandang aku. Cara dia memandang saja sudah cukup untuk memberitahu bahawa kesimpulan yang baru aku buat itu memang benar. Pelaku yang menyebabkan Hail pergi itu hanya seorang.

Dan jika seorang...

"Taipan?" Sebuah nama itu disebut pada hujung bibir.

Senyuman terus menyenget sinis bila sekali lagi wajah Hail bertukar riak. Terkejut. Dia seperti terkejut dan kagum dalam masa yang sama bila mendengar tebakan itu.

"You are that smart, huh?" Hail bertepuk tangan sambil tersengih kagum.

Ah, biasalah. Nama pun anak papa.

"Maca mana Dhia tahu?" soal Hail.

"Well, pemerhatian. Dia selalu hilang pada waktu penting. Dan badan dia sama dengan lelaki yang muncul beberapa kali sebagai kepala sindiket tu."

"Jangan sampai dia tahu yang Dhia dah tahu. Play dumb. Jangan tunjuk pandai. Bila dia tahu, apa yang Dhia tahu, semuanya tak akan sama lagi. Dhia akan jadi sasaran macam mana abang pernah kena dulu."

Aku berpeluk tubuh. Terasa berminat dengan ini sebab dulu aku pernah mencuri dengar perbualan dia dan dua orang lagi lelaki itu. Dia pernah ditikam oleh kawan sendiri kan?

Tikam yang benar-benar tikam. Bukan bermaksud kawannya mengkhianati. Macam mana orang setangkas dia yang sudah dilatih bertahun lamanya boleh semudah itu ditikam sampai bertubi?

"Rafiq itu ada kena mengena dengan Taipan ke?" Aku menyoal. Tak terfikir nak bertapis-tapis sedikit memandangkan dia tak tahu yang aku sudah selamat mencuri dengar perbualan mereka.

Bila dapat soalan seperti itu, sudah tentulah Hail terus hairan. Menyenget terus kepalanya memandang aku.

"Terdengar." Coi! Padahal memang curi dengar.

"Terlibat, macam tak sesuai. Tapi Taipan bagi jalan untuk Rafiq balas dendam pada abang. Dia pinjamkan budak-budak dia untuk kacau abang. Hampir dibunuh, tapi Hani datang dan tolong. Itu kali pertama kami bertemu."

"Hani itu?" Aku mengerling isteri Hail yang sedang berbual bersama Izz dan Rayyan.

Bila Hail mengangguk, aku terus mengucap kagum. Hebatnya! Dalam situasi bahaya seperti itu, dia boleh  merisikokan diri untuk membantu orang lain. Untuk lelaki asing pula itu.

"Bila Hani masuk campur, dia pula jadi sasaran mereka. Budak-budak dia kejar Hani sampai ke lorong gelap. Untung dia tak kosong dan abang ada di situ. Lepas semua kejadian itu, abang ada tanya-tanya sikit. Sah, dua orang daripada mereka dah diberkas sebagai budak-budak sindiket. Tak lain dan tak bukan, mereka budak-budak Taipan juga."

Kalau macam itu...

"Dhia tak akan beritahu Rayyan atau sesiapa tentang masa lalu abang. Hanya tolong, jangan hasut Rayyan untuk suruh Dhia tinggalkan Barrio. Sekurang-kurangnya sampai sindiket betul-betul hancur. Hubungan kami dah cukup teruk. Dhia tak nak bergaduh dengan Rayyan dan buat semuanya semakin teruk."

Lambat-lambat Hail mengangguk bersetuju.

Aku mengeluh lega sambil dalam hati berharap yang semuanya akan segera berakhir. Hanya kali ini, aku perlu menamatkan semuanya untuk Hawa di luar sana. Aku tak mahu mereka hidup dalam ketakutan lagi.

"Kita patut bersurai sekarang, Dhia. Tengok gaya Rayyan yang asyik terjeling-jeling ke sini pun dah semacam itu. Takut kejap lagi, abang balik rumah dengan lebam sebelah mata."

Aku segera memandang ke arah mereka. Betul kata Hail, Rayyan sedang menjeling ke arah kami. Sambil berbual, sambil itulah matanya memeriksa aku dan Hail. Dia ingat aku nak mengorat kawan dia ke apa?

Kami berdua terus melangkah ke arah mereka semula. Elok saja aku berdiri di sebelah Rayyan, tiba-tiba tangannya melingkari pinggangku. Aku mengangkat muka untuk melihat wajah Rayyan sekarang.

Hm, penuh sangsi!

Lihat pula Hail. Hm, dia sedang tersengih seperti menahan tawa daripada meletus.

"Lama abang dengan Dhia berbual. Bualkan apa?" Tak payah Rayyan susah-susah nak menyoal, sebab isteri Hail sudah membuka mulut dulu.

Tak adalah nampak seperti cemburu pun. Hanya ingin tahu.

"Adalah sikit gosip hangat pasal bekas suami dayus itu."

Aku cepat-cepat mengemam bibir sendiri bila hampir saja tawa terburai bila Hail dengan selambanya menyindir Rayyan depan-depan. Gila berani mati! Sampai pucat muka Kak Hani dibuatnya. Terus gadis itu tak berani mengangkat muka untuk pandang Rayyan.

Aku jamin muka Rayyan mesti sudah ketat sekarang. Muka ketatnya sudah tentu bengis lain macam.

"Eh, dahlah. Aku nak gerak dulu." Izz meminta diri.

Elok bertepuk sedikit dengan Rayyan dan Hail, terus lelaki itu menuju ke arah motosikalnya. Helmet disarung lalu deruman enjin yang begitu seksi kedengaran.

Tak lama Izz berlalu, suami isteri itu juga meminta diri sama. Akhirnya tinggallah aku dan Rayyan berdua berdiri di sini.

Aku berundur menjauhi Rayyan. Kami berdiri memandang satu sama lain.

Hmm, aku rasa sekejap lagi akan ada banyak soalan ditampar ke muka aku. Jadi sebelum itu berlaku...

"Dhia betul-betul bersembang tentang sindiket tu saja. Tak lebih. Dhia juga tak cuba untuk mengorat kawan abang, walaupun dia sangat kacak dan sangat kaya. Kami tak ada bermain mata, kedua-duanya serius sahaja." Aku membuka hujah terlebih dahulu. Meletakkan noktah sebelum disyaki bersalah.

"Sangat kacak?" Dahi Rayyan berkerut.

Pula? Punya banyak yang aku cakap tadi, part sangat kacak itu saja dia highlight? Apoo!

"Sangat kaya?"

Aku mengangguk kali ini. Betullah itu. Hail Lutfi. Siapa yang tak kenal? Ceh, sebenarnya aku pun tak kenal mana. Hanya tahu nama kerana terlibat dengan Barrio. Kalau tak disebabkan Rayyan memperkenalkan aku kepada lelaki itu, memang tidaklah aku kenal siapa dia selain merangkap bekas ahli Barrio.

"Jadi abang macam mana?" soalnya dengan dahi yang berkerut.

"Macam mana apa?" Macam itulah!

"Abang dah tak kacak? Oh yelah, lupa pula yang abang ini dah terlajak umur. Bukan lagi Rayyan yang berusia 20 an dulu. Tapi kalau nak bercakap tentang kaya, abang lagi kaya daripada Hail. Dhia nak apa? Beritahu. Abang akan bagi. Tapi jangan memuji-muji lelaki lain, terutamanya depan muka abang. Dhia buat abang rasa kerdil dan tak bermaruah."

Aku hampir ternganga mendengar itu. Dia baru meluah perasaan ke? Dia cemburu sebab aku kata Hail itu kacak dan kaya? Wah! Seronok ini.

"Abang tahu tak apa yang sebenarnya dah tak lagi ada pada abang, padahal itu adalah daya penarik paling tinggi abang masa Dhia sibuk tergila-gilakan abang dulu?"

Aku sembunyi senyum bila Rayyan menjongket keningnya. Menanti jawapanku.

"Rayyan yang dulu sangat jual mahal, pendiam dan angkuh. Begitu jantan. Nampak sangat berkelas dan lelaki yang eksklusif. Sebab itu Dhia terkejar-kejar abang. Tapi Rayyan yang sekarang..."

Erm, ini kalau aku cakap, mahu aku kena ngap nanti.

Tapi cakap jelah!

"Rayyan yang sekarang macam budak lelaki yang mengejar cinta cikaro dia. Sikit-sikit nak merajuk, sikit-sikit nak masam muka, sikit-sikit nak cemburu. Abang tahu tak yang abang nampak macam pondan?"

Saat mukanya berubah dan matanya terbeliak menjegil, aku terus angkat kaki dan cabut lari masuk ke dalam rumah sambil tergelak besar. Mengilai jeritan aku bila dia turut mengejar langkahku. Langkah kakinya yang panjang dan sudah tentu besar buatkan aku tertangkap tepat di muka pintu, sebelum aku sempat hempas pintu itu depan mukanya.

Pinggangku dirangkulnya sambil tubuhku dikunci supaya aku tak mampu untuk berlari untuk melawannya.

Aku gelak terkekeh-kekeh bila Rayyan mula menghembus leher dan telingaku. Tempat yang aku cukup sensitif. Geli! Tahap gelinya sampai aku terduduk di atas lantai depan pintu bilik sambil menahan geli.

"Argh, abang!!!" Habis satu rumah ini bergema dengan jeritan aku.

Rayyan akhirnya berhenti bila aku sudah sampai tahap terbaring menahan geli. Di bibirnya ada senyuman berpuas hati, sebelum dia juga ikut berbaring di sebelah aku. Berbaring di depan pintu!

Kalau orang rumah nampak ini, habislah mereka cop aku dan dia sama-sama tak betul.

Kami berpandangan sebelum aku tertawa dan memandangkan siling. Mencuri nafas yang sempat tercungap seketika tadi.

"Dhia penat..." adu aku.

"Berehatlah."

"Tapi Dhia kena kemas dapur. Kesian nenek dan umi, mereka mesti dah tak larat."

"Abang akan uruskan. Dhia boleh masuk bilik dan rehat."

Aku memandang Rayyan semula dengan mata yang terus bersinar-sinar. Rayyan nak uruskan? Sungguh ini?

"Banyak tau yang kena buat? Nak simpan barang-barang yang dibasuh, nak kena mop dapur dan sebagainya."

"Ye, sayang. Abang buat."

Aku terus mengeluh lega bila Rayyan mengangguk yakin. Keluhan dilepaskan sebelum aku kembali memandang siling.

Sunyi menyapa, namun Rayyan tak berdiam saja. Dia mendekati aku. Tangannya didepa lalu kepalaku diangkat dan dilabuhkan atas tangannya. Aku dibawa rapat ke dada, sebelum rambutku dielus lembut.

"Have I won your heart back yet?" Rayyan berbisik.

"In what terms?"

"Seperti dulu. Sebelum abang kecewakan Dhia."

"Belum," balasku. Perlahan.

Satu keluhan pendek dan lelah kedengaran. Rayyan kecewa dengan jawapan itu.

Aku memandang Rayyan. "Mengeluh? Dah berputus asa ke?"

Rayyan mengulum senyuman. "Mana mungkin abang berputus asa macam itu saja. Abang lukai Dhia dengan cukup hebat, dan ini bukan apa-apanya untuk dibandingkan dengan apa yang Dhia perlu hadap demi abang dulu."

"Jadi, abang akan tunggu lagi?"

"Sentiasa."

"Walaupun Dhia takkan pernah cintakan abang semula?"

"Never say, never. Dhia pernah cintakan abang sekali untuk bertahun-tahun lamanya, dan tak mustahil untuk Dhia kembali mencintai abang untuk seribu tahun lagi. Abang akan tunggu dan abang akan berusaha sampai Dhia kembali memekar dan menyerah pada abang, sekali lagi."

...

Hai, semua! Sorry ye sebab dah seminggu lebih tak update. Saya agak sibuk kebelakangan ini dan masih lagi sibuk sekarang. Tapi insyaAllah, saya tetap akan cuba untuk tamatkan Rayyan Halzeri selewatnya pada hujung bulan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience