Suara esakan Ayuni kedengaran begitu memilukan pada malam itu. Arshad hanya mampu menunduk, cuba menahan diri dari memeluk tubuh yang sedang menggeletar hebat di sebelahnya. Kini, apa yang dikhuatirkan menjadi kenyataan.
Berkali-kali, dia memujuk Ayuni untuk meredhai dan menerima ujian ini dengan tabah. Tapi, sebagai seorang ibu yang melahirkan Adwa, mana mungkin Ayuni mengikhlaskannya begitu sahaja? Ianya tersangatlah mustahil! Malam yang sepatutnya menjadi detik paling gembira dalam hidup Ayuni, kini berubah menjadi satu detik hitam yang tidak mungkin dapat dia lupakan sampai bila-bila.
Pujukan Arshad tidak lagi memberi ketenangan apatah lagi melegakan hatinya yang sudah retak seribu menanti menjadi serpihan-serpihan debu penyesalan. Dia sakit! Perit rasanya untuk menelan kebenaran ini.
"Sudahlah sayang. Tiada sesiapa yang bersalah dalam hal ni kecuali abang. Semua ni terjadi sebab dosa abang. Sebab tu, anak kita dapat hukumannya. Please stop crying...jangan buat abang sedih. Abang tak boleh tengok sayang menangis macam ni." Dia beranikan diri untuk mengusap bahu Ayuni. Dapat Arshad rasakan deruan nafas Ayuni yang turun naik dengan laju. Gadis itu sudah menangis begitu lama sehingga seluruh wajahnya berubah merah.
"Tt...Tak. Semua ni salah saya. Saya yang gagal jaga Adwa masa dia dalam kandungan. Saya...saya sengaja berlapar dan tak ambil vitamin-vitamin yang awak belikan untuk saya sebab saya benci anak dalam kandungan saya masa tu. Saya ingat, anak tu akan gugur dengan sendiri jika saya tak jaga dengan baik, tapi..." Esakannya sayup-sayup bergema pada telinga Arshad. Sekali lagi suasana bertukar sunyi di antara mereka. Nita sudah Arshad benarkan untuk pulang awal dari biasa ke rumahnya. Sementara, si kecil, Adwa, sudah lama terlena di dalam bilik Arshad.
Sisa makanan di atas meja dilirik sekilas oleh Arshad. Sesi makan malam mereka punah kerana hal ini. Perkara yang sudah lama Arshad rahsia dan pendam dari pengetahuan umum kini sudah diketahui oleh Ayuni.
Arshad mahu menyembunyikan kebenaran ini lebih lama, namun, dia sedar, lambat laun, Ayuni pasti akan mendapat tahu juga mengenai keadaan Adwa. Jadi lebih baik dia mendedahkannya dari awal supaya hubungan antara mereka tidak terjejas dan renggang seperti dahulu. Dia tidak mungkin ingin kehilangan Ayuni dari hidupnya lagi. Separuh daripada hati dan jiwanya, hanyalah untuk gadis itu.
"Awak tak salah dalam hal ni. Mana-mana orang pun, pasti akan buat benda yang sama jika mereka berada di tempat awak, termasuklah saya." Arshad mengelus lembut jemari Ayuni. Dari hari pertama lagi, dia sudah ikhlas menerima kekurangan Adwa. Walaupun, anaknya itu bisu sejak lahir, namun Adwa tetap menjadi jantung hati, penyeri hidupnya.
5 tahun yang lepas...
"Encik ke suami kepada patient di bilik ni?" Wanita berpakaian serba putih itu menghalakan telunjuknya tepat ke arah bilik wad di hadapan. Arshad lantas menganggukkan kepalanya sambil menghampiri kedudukan perawat itu dengan gementar. Air muka wanita itu langsung berubah muram. Sepertinya, ada sesuatu yang tidak kena dengan kelahiran bayinya.
"Kenapa? Ada...ada apa dengan isteri dan anak saya?" Wanita itu berasa serba salah untuk menjawab. Kerutan pada dahi Arshad dipandang sekilas sebelum dia menarik nafas dalam-dalam.
"Maaf Encik Arshad. Saya harap, Encik dapat terima perkara ni dengan tenang. Macam ni...kami syak, anak Encik, ada masalah dengan pita suaranya. Mungkin, peti suara dia dijangkiti kuman sewaktu dalam kandungan si ibu atau mungkin sebab lain. But for now, kami belum tahu punca sebenarnya apa. Kami perasan, bayi Encik tidak menangis seperti bayi-bayi yang lain sejurus selepas dilahirkan. Buat masa ni, saya nasihatkan Encik untuk benarkan anak Encik ditahan di wad selama beberapa hari. Ianya akan memudahkan kami untuk melakukan pemeriksaan yang rapi ke atas dia." Arshad terdiam tanpa kata. Wajah tenang doktor itu ditenung kosong.
"Harap Encik bersabar dengan ujian ni. Bagi kami sedikit masa untuk buat pemeriksaan. Senang nak tahu punca dan cara sembuhkan anak Encik nanti." Sebaik menyampaikan berita itu, pegawai tersebut meninggalkan Arshad keseorangan di ruang koridor.
Arshad hampir rebah ke atas lantai. Cepat-cepat, dia berpaut pada besi kerusi pelawat di sebelah. Tempurung lututnya lemah. Fikirannya seolah terhenti. Tiada lagi kekuatan dalam diri. Hanya air mata sahaja setia mengalir membasahi alur wajah.
Dia buntu. Tidak tahu ingin meluahkannya kepada siapa. Dia tidak punya sesiapa lagi selain Wahid dan Pak Mat. Dia betul-betul memerlukan bahu untuk bersandar. Dia perlukan seseorang untuk memberinya kekuatan. Dia rapuh.
"Woi, apasal duduk macam kena bisul ni?!" Panggilan Wahid mengejutkan Arshad dari lena. Entah bagaimana dia boleh tertidur di situ. Wahid memandang pelik wajah sugul temannya. Pasti ada sesuatu yang tidak diingini sudah berlaku.
"Wei, Ayuni dah K.O ke?" Hampir jatuh terjelepok Arshad kerana soalan Wahid. Satu jelingan maut diberikan sebelum dia membetulkan posisi duduk. Pandangannya kosong tanpa harapan.
"Oh, tak ek? Dah kau buat muka sedih, manalah aku tak fikir kemungkinan macam tu. So, mana anak kau?" Wahid lantas menyandarkan belakang badannya pada kepala kerusi pelawat sebelum menyilangkan kaki. Gaya itu lebih selesa.
"Wahid..."
"Emm?" Lelaki itu sedang sibuk membelek telefon bimbitnya.
"Anak aku, bisu." Wahid terkedu. Hilang terus kosa katanya. Wajah murung kawannya dikerling sekilas. Tidak dia sangka, hal seperti ini akan berlaku pada Arshad. Entah mengapa, dia berasa kasihan dengan nasib yang menimpa kawannya. Yatim piatu, wanita yang disukai juga membencinya, dan kini, anaknya pula...
"Shad, semua ni pasti ada jalan penyelesaian. Nanti, aku tanya dekat doktor yang merawat anak kau." Bahu Arshad ditepuk perlahan.
"Ayuni dengan opah dah balik. Adwa ada dengan aku. Diaorang tak tahu pasal perkara ni. Doktor suruh Adwa tinggal dekat sini untuk beberapa hari." Suaranya bergetar. Wahid hanya mampu mendengar tanpa berbuat apa-apa. Kerana, dia sendiri bingung dan tidak tahu cara untuk menenangkan Arshad.
################
"Aku dah cakap dengan doktor yang merawat Adwa. Pita suara dia infected. Not a big issue sangat pun. It can be cured throught treatment but only after she turned 5 or 6 years old. Cuma, once dia dah masuk usia 1 tahun setengah, please try to communicate with her. And, make sure dia menggerakkan lidah dan bibir even she can't talk. Senang dia nak adapt dengan new environment once dah sembuh nanti." Arshad mengangguk perlahan. Sedikit takut bila memikirkan keadaan Adwa.
"There's nothing to be worried about Shad. Semua under control. Kau jangan overthink je. Trust me, your daughter will be perfectly alright in just few years."
Bersambung...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Author's Note:
-DISCLAIMER-
Saya nak tegaskan dekat sini, bahawa terma perubatan tentang punca, dan cara rawatan ketidakupayaan pertuturan (bisu) yg saya gunakan dalam bab ini, adalah tidak 100% betul dan sahih. Sesetghnya saya cari di Google dan ada yang saya tokok tambahkan sahaja kerana kurang maklumat asas. Harap maaf dan jangan aplikasikan atau berkongsi maklumat2 ini dalam kehidupan seharian. Terima kasih.
Share this novel