Bab 41: Mesej

Short Story Series 116383

Tidak lama selepas itu, mereka berdua tiba di sebuah restoran makanan barat. Ayuni mengekori Arshad dari belakang. Dia terpegun dengan seni bina di dalam restoran itu yang kelihatan sangat mewah. Hanya orang kaya raya sahaja yang boleh menjamu selera di sini.

"Here is your table Mr. Arshad." Seorang pelayan wanita membawa mereka berdua ke arah sebuah meja yang masih kosong. Sebenarnya, dari awal lagi, Arshad sudah menempah tempat.

Ini salah sebuah restoran milik kliennya. Dia juga sering berkunjung ke sini sekiranya ada temu janji dengan mana-mana klien dari luar negara. Tidak dinafikan, makanan di restoran ini memang sedap dan berkualiti.

Pelayan wanita itu menyerahkan buku menu kepada Ayuni dan Arshad. Ayuni terdiam melihat harga yang tertera pada setiap menu itu. Mak aii, mahalnya. Dia menelan air liur.

"So, you nak which one?" Arshad sudah membuat pesanannya.

"Err, saya...saya..." Ayuni menjadi teragak-agak. Dia tidak pernah merasa makanan semahal ini sepanjang hidupnya. Dan, dia tidak tahu ingin pilih yang mana satu.

"Let's just take this one. You will like it." Cadang Arshad sambil menghalakan telunjuknya ke arah gambar stik daging yang dihidangkan bersama sos lada hitam. Ayuni mengangguk laju. Makan jelah apa yang dia pilih. Dia pun bukan arif sangat dengan makanan orang-orang kaya ni semua.

"This is your first time here?" Soal Arshad sambil mengunyah isi stiknya.

"Ya. First time." Jawab Ayuni. Tangannya sibuk memotong daging stik kepada bentuk yang mudah dimakan.

"Is it?" Ayuni mendongak, memandang wajah Arshad.

"No, I mean, tak pernah ke pergi lunch date dengan someone special ke tempat-tempat romantik macam ni?" Sengaja menguji Ayuni.

"Tak. Saya takde boyfriend." Balasnya, ringkas. Arshad menganggukkan kepala dan meneruskan kunyahannya. Tanya banyak benda karang, menyampah pulak minah tu.

"Boleh potongkan tak? Daging ni keras sangat." Arshad menarik pinggan Ayuni, sebelum memotong stik itu kepada ketulan yang lebih kecil.

"This one, is medium rare. Maybe sebab tu, awak susah nak potong. Kalau awak nak tukar kepada stik yang dah masak sepenuhnya, boleh jugak. Biar saya orderkan." Ayuni menggelengkan kepala.

"Takpe. Yang ini pun dah okay. Terima kasih tolong potongkan." Ucapnya sebelum memasukkan ketulan stik itu ke dalam mulut. Not bad! Sedap juga. Arshad menggunakan peluang itu, menatap sepuasnya wajah Ayuni.

"So, you enjoy the food?" Mereka dalam perjalanan ke kafe. Waktu rehat Ayuni hampir tamat.

"Yes. Sedap. Cuma, mahal." Arshad mengangguk setuju.

"Biasalah, daging premium. Diimport dari luar negara some more. Sebab tu mahal." Ayuni hanya mendengar tanpa mengeluarkan suara.

"Next time, saya pulak belanja Encik Arshad." Arshad tersenyum tipis sebelum mengerling ke arah Ayuni di sebelah.

"Sure. No problem. Just text me when."

"Saya takde nombor Encik Arshad." Arshad segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket baju lalu menyerahkannya kepada Ayuni.

"Just save your name and your number there. Nanti, I missed call." Ayuni segera menaip nama dan nombor telefonnya. Peranti itu diserahkan semula kepada Arshad yang sedang memandu.

"So, how is your studies?" Ayuni menoleh semula ke arah Arshad.

"Saya dah habis Diploma. Lepas bulan 8, baru saya akan sambung degree." Ujarnya penuh minat.

"I see. By the way, good luck for your degree." Ucap Arshad dengan mesra.

"Terima kasih." Ayuni membalas dengan senyuman manisnya.

"Alright, we are here." Kereta diberhentikan di hadapan kafe. Ayuni melepaskan keluhan. Rasa seperti waktu bersama Arshad berlalu begitu pantas.

Dia menanggalkan tali pinggang keledarnya sebelum turun dari kereta.

"Bye, Encik Arshad. Assalammualaikum." Arshad menunduk sedikit.

"Waalaikummusalam. Have a nice day." Keretanya terus meluncur pergi. Ayuni melangkah perlahan ke ruang dapur. Wajah sayunya dipandang pelik oleh Jayden dan Dania yang baru sahaja selesai makan tengah hari.

"Kau dah kenapa Ayuni? Okay tak?" Dania memasukkan bekas makanannya yang sudah kosong ke dalam tong sampah. Tangan dibasuh di singki.

"Saya okay je. Inti kelapa dah habis kan? Biar saya buat." Dia terus masuk ke dalam stor penyimpanan barangan sambil diperhati oleh Jayden dan Dania.

"Apa kena dengan dia tu?" Dania lantas mengangkat bahunya. Dia tidak tahu.

"Seusai membersihkan diri dan solat, Ayuni baring di atas katilnya sambil menatap skrin telefon bimbit. Dari tadi dia menanti panggilan daripada Arshad namun, masih sepi. Dia dah lupa ke?

"Haih, dah tidur kut." Akhirnya, dia berputus asa. Peranti itu dimasukkan ke bawah bantal lalu dia menarik selimut sehingga ke paras dada. Mata dipejam, cuba tidur.

Ting!
Laju-laju dia bangun lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dari bawah bantal.

Ada Whatsapp dari nombor yang tidak dikenali.

014-××× ××××
Hi, Arshad here. Sorry, baru text. Good night and sweet dream. Don't forget to save my number!

Ayuni melompat dengan teruja. Cepat-cepat dia menyimpan nombor lelaki itu dalam senarai kenalannya.

My wife♡
Assalammualaikum. It's okay. Good night and sweet dream too, En.Arshad.

Arshad tersengih lebar tika membaca pesanan daripada Ayuni. Bantal di sebelah ditumbuk manja. Aish, malunya!

En.Arshad
Waalaikummusalam. Semoga mimpi yang indah-indah. Dan pastinya, yang indah-indah itu ialah saya.

Merona merah satu wajah Ayuni. Muka ditekup dengan tapak tangan. Kaki naik menendang udara. Gedik!

My wife♡
Ee, perasan! Dahlah, saya tidur dulu.

Arshad berguling-guling di atas katil. Ish, geram!

Ayuni meletakkan telefon bimbit di sebelah bantalnya sebelum menutup mata. Bibirnya masih tersenyum. Sudah lama dia tidak merasa bahagia seperti ini. Tangan dibawa ke dada. Degupan yang kuat itu dirasa penuh teruja. Adakah dia sudah terjatuh cinta?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience