Gelas kaca yang sudah kosong dipandang sepi. Dirinya tenggelam dalam lamunan rekaan sendiri.
Tanpa sedar, telunjuk bermain pada keliling bibir gelas, sementara pandangan mata pula tertumpu ke arah lain. Hanya jasadnya sahaja yang berada di situ.
Air panas yang diminta pada sejam yang lepas, sudah habis diteguknya. Pada ketika itu, seluruh tumpuannya beralih kepada kata-kata Syam dan Raihan sewaktu mereka berada di kolam renang, petang lalu.
Sebelum ini, Arshad cukup yakin bahawa Ayuni ialah seorang gadis polos yang terlalu menjaga pergaulannya, namun setelah disajikan dengan hasutan demi hasutan oleh kedua rakannya, hatinya berasa tidak tenang sama sekali.
Jiwanya kacau, nafsunya menginginkan gadis itu. Cuma, dia bimbang jika tersalah langkah. Bagaimana jika Ayuni masih suci? Dia benar-benar kusut.
Batin menyeksa, akal melarang. Dia terpaksa bergelut dengan diri sendiri demi mengusir rasa itu.
Flashback
Tok Tok Tok
Kepala Ayuni terjengul dari luar pintu, mengintai keadaan di dalam bilik majikannya. Setelah benar-benar yakin dan pasti bahawa Arshad sedang mandi, dia memberanikan diri untuk masuk ke dalam.
Gelas kaca yang berisi air panas itu terus diletakkan di atas meja bersebelahan katil. Tanpa menunggu lama, Ayuni terus beredar dari situ. Langkah sengaja dipercepatkan supaya tidak bertembung dengan Arshad di dalam bilik berkenaan.
Bahaya jika dia berdua-duaan dengan seorang lelaki di tempat tertutup seperti ini, lagi-lagi dalam keadaannya yang sedang mabuk. Ayuni kenal benar rupa seseorang yang berada di bawah pengaruh alkohol.
Dia perlu berterima kasih kepada Kasim, kerana seawal usia 3 tahun lagi, dia sudah didedahkan dengan perkara-perkara sebegini.
Dalam usia semuda itu, dia sepatutnya mendapat kasih sayang seorang bapa, dijaga, dibelai, dilindungi dan disayangi sepenuh hati.
Seorang bapa sepatutnya memberi tauladan yang baik kepada anak-anak terutamanya kepada anak perempuan. Tetapi, lain pula yang berlaku dalam hidup Ayuni.
Kasim sering pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan memaki hamun Azimah. Segala kata-kata kesat yang dilontarkan oleh lelaki itu terhadap neneknya, kedengaran begitu menjijikkan bagi Ayuni.
Barang-barang berharga di dalam rumah habis tergadai malah dijual demi modal judinya.
Selama berada di kampung, rasa hormat Ayuni terhadap Kasim masih tersisa. Namun, kini, rasa itu sudah tiada lagi. Ianya terkubur bersama kesakitan yang lelaki itu tinggalkan buat Azimah dan dirinya demi wang ringgit.
Sejak tanah peninggalan datuknya itu dijual kepada Dato’ Mukhriz, kelibat bapanya langsung tidak kelihatan di mana-mana.
Lelaki itu ghaib seakan ditelan bumi. Entah sudah mati atau masih hidup. Runsing memikirkan perangai bapanya yang tidak pernah berubah walaupun sudah lanjut usia.
Seusai membersihkan diri, Arshad meluru keluar dari kamar mandinya setelah terdengar bunyi deringan dari telefon bimbit. Peranti itu terus dicapai sebelum ditekapkan pada telinga. Langsung gegendang telinganya tersaji dengan suara gelak ketawa di hujung talian.
“Woi, Ar. Apa kes? Dapat tak?” Arshad terus memutarkan bola mata. Tak habis-habis pasal benda tu…
“Kau ni kan Syam…Takde benda lain ke kau nak tanya? Dahlah, aku baru je lepas mandi ni. Malam karang kita jumpa kat club. Cau dulu.” Panggilan terus ditamatkan tanpa memberi ruang kepada Syam untuk membalas semula. Dia malas mahu berbahas mahupun berbual mengenai hal itu pada ketika ini.
“Eh!” Dia tergamam seketika saat terlihat kewujudan sebuah gelas kaca di atas mejanya. Pasti Ayuni yang menghantarnya tadi. Air yang sudah sedikit sejuk itu diteguk sehingga habis.
Flashback End
Bunyi deringan dari telefon bimbitnya mematikan lamunan Arshad. Nafas digali dalam sebelum dia melihat nama pemanggil yang tertera pada skrin peranti berkenaan. Papa? Sesaat, dua saat, tiga saat berlalu begitu sahaja. Dia ingatkan Syam atau Raihan tadi...
Arshad menggigit bibir bawah sambil berfikir sama ada mahu menjawab panggilan tersebut mahupun abaikannya sahaja seperti selalu. Angkat sajalah!
“Hello…” Arshad bersuara terlebih dahulu dalam nada yang mendatar.
“Hello…Parti dah tamat ke? Is everything alright?” Soal Mukhriz. Ada getaran pada suara lelaki itu saat menanyakan hal tersebut kepada anaknya. Bimbang jika dia menyebabkan apa-apa masalah lagi bersama teman-temannya yang tidak boleh diharap itu.
Ikutkan Mukhriz, dia mahu melarang kedatangan rakan-rakan Arshad ke rumahnya, namun bila memikirkan jurang yang diwujudkan oleh Arshad terhadap dirinya, tidak mustahil anaknya abaikan sahaja arahannya seperti sebelum-sebelum ini.
Hubungan mereka tidak rapat walaupun bergelar anak dan bapa, malah mereka lebih kepada dua orang asing yang tinggal serumah. Tiada komunikasi yang berkesan, tiada persefahaman apatah lagi, kemesraan seperti keluarga lain di luar sana.
“Yeah, dah habis tadi. Everything is perfectly alright.” Jawab Arshad sedikit dingin. Dia malas sebenarnya hendak berbual bersama Mukhriz. Suasana menjadi sepi seketika. Mahupun Arshad atau Mukhriz, masing-masing memilih untuk mengunci mulut.
“Okay…see you at home later.” Talian terus terputus. Arshad memandang kosong skrin telefon bimbitnya. Lebih elok jika mereka kekal seperti ini sampai bila-bila. Dia lebih selesa bersendirian daripada perlu mendengar segala macam arahan dan nasihat daripada bapanya.
Walaupun Mukhriz ialah bapanya, namun dia tiada hak untuk mengongkong apatah lagi mengawal segala pergerakannya. Hidup dia, biarlah dia yang tentukan dan bukannya orang lain.
Peranti itu dicampakkan ke sebelah. Tubuh dibaringkan di atas tilam. Masih berbaki satu jam sahaja lagi sebelum waktu mencecah jam 8 malam.
Dia perlu menunaikan janjinya. Jika diberi pilihan, Arshad mahu menolak pelawaan Syam untuk meluangkan masa di kelab malam.
Dia penat dan mengantuk. Namun, kerana janji, dia terpaksa gagahkan diri supaya tidak tertidur dan menghampakan kawan-kawannya yang pasti setia menunggu kehadirannya di sana.
Arshad bersandar pada dada sofa sambil meneguk air arak. Kerlipan warna-warni yang memancar bebas di serata kelab malam itu menganggu pemandangannya. Namun, itu tidak menjadi masalah sama sekali.
Dia bahkan sudah terbiasa dengan keadaan sebegitu. Kepala digoyang mengikut rentak lagu rancak yang bingit menghangatkan suasana.
Masing-masing sudah seperti manusia yang hilang pedoman, terlalu taksub dengan keseronokkan sementara yang menyesatkan jiwa.
“Ar, awat nampak murung je? Okay tak ni?” Suara Syam sedikit tenggelam kerana bunyi lagu yang bergema kuat menelusuri setiap ruang di kelab itu.
Arshad menggeleng sambil tersenyum tawar. Dia sememangnya tiada mood untuk mengulas mengenai hal yang sedang bermain dalam fikirannya pada saat itu. Risau akan ditertawakan oleh rakan-rakannya.
“Kau tak yah nak geleng-geleng kepala sangatlah. Hah, apa cerita maid kau tu?” Raihan sengaja memancing topik tersebut.
Terus berubah riak wajah Arshad. Kedua keningnya yang terukir sempurna hampir bercantum. Ulas bibir bawah digigitnya. Kepala ligat mencari alasan untuk menutup mulut rakan-rakannya sekaligus menyelamatkan keadaan.
“Woi, Ar! Kau pasal duh…Kitaorang ni dah jadi macam tunggul pulak tunggu kau bukak mulut.” Gerutu Syam sebelum disambut dengan anggukan daripada Raihan dan Kaisar.
“Mana ada apa-apalah. Korang tu je yang lebih-lebih. Aku penat, mengantuk. Rasa nak tidur.” Jawapan Arshad mengundang tawa mereka.
“Ye ke kau ni Ar…Entah-entah tengah feeling sebab tak tahu cara nak terkam awek kampung tu…” Provok Raihan. Merah padam wajah Arshad disindir sebegitu. Egonya tercabar.
“Hei, tolong eh. Ni Arshadlah! Kalau awek-awek kat Europe tu pun aku boleh tumbangkan, apatah lagi maid aku tu…” Seusai menghamburkan kemarahan terhadap Raihan, Arshad terus mengangkat kaki dari situ tanpa mengendahkan panggilan rakan-rakannya. Hatinya sedang panas. Semua ini gara-gara Ayuni.
Apa jua cara sekalipun, dia perlu takluki gadis kampung itu untuk memuaskan egonya yang hampir tercalar. Bukan gayanya merayu, apatah lagi memujuk perempuan untuk melayan serta memuaskan kehendak batinnya, padahal mereka sendiri yang akan datang melutut di hadapan lelaki itu supaya diterima menjadi kekasih.
Pintu hadapan bahagian pemandu, ditutup kasar. Enjin dihidupkan sebelum dia memecutkan kenderaan pacuan empat rodanya meredah kegelapan malam. Tonight, I will make sure, I get it!
sorry lambat...ehehehe...happy reading
Share this novel