Bab 21: Boikot

Short Story Series 116383

Ayu tersandar lemah pada dinding. Air matanya jatuh membasahi pipi. Perlahan, cecair merah yang sudah mengering di sudut bibirnya itu dikesat dengan tangan. Perih dan pedih rasanya. Dia terdiam saat lelaki itu berjalan ke arahnya.

"Siapa yang bagi ubat-ubat tu? Abang tanya elok-elok kan...kenapa sayang taknak jawab? Sayang tahu tak, apa dosa, jika seorang isteri tu, ada scandal dengan lelaki lain dekat luar?" Tubuh Ayu dihampiri sebelum dia bertinggung di hadapan wanita itu. Dia meneliti wajah cengkung Ayu sambil tersenyum nipis.

Ayu melarikan wajah, cuba mengelak dari disentuh oleh lelaki berkenaan. Dia mengelus lembut pipi Ayu yang lebam dengan kesan tamparan. Lantas, satu ciuman dilabuhkan di situ. Ayu terpaksa menahan dirinya daripada menghamburkan tangisan. Bimbang akan dibelasah semula oleh lelaki itu.

"Jangan buat abang marah lagi, please...Who gave you those things? Abang janji, abang tak marah." Soalnya dengan lembut sambil menyeka air mata Ayu. Ayu menelan air liurnya.

"Ka...kawan lama Ayu yang bagi." Balasnya tanpa memandang wajah lelaki itu. Terus teranglah berapa juta kali sekalipun, tapi dia masih tidak akan percaya dengan kata-kata aku.

Pang!

"Tipu lagi? Kau tipu aku lagi Ayu! You did it again and again!" Amuknya. Kepala wanita itu ditunjal sesuka hati. Jeritannya bergema di segenap ruang bilik tidur mereka.

Ayu mengetap kuat bibirnya, menahan sakit apabila kepalanya berterusan ditolak ke dinding. Esok kalau Kak Yah tanya, apa lagi alasan yang boleh aku berikan? Hampir setiap hari, dirinya didera seperti ini. Sudah bermacam-macam penipuan dia berikan kepada jiran, apabila dirinya disoal tentang kesan-kesan lebam yang ada pada tubuhnya.

"Betul...kawan Ayu yang bagi..." Jawabnya lirih.

Lelaki itu lantas berdiri sebelum menghampiri rak pakaian. Seutas tali pinggang ditarik keluar sebelum dia melangkah semula ke arah Ayu. Ayu memejamkan matanya dengan erat, pasrah menerima setiap hinggapan tali pinggang yang diayunkan ke tubuhnya.

Sayup-sayup kedengaran suara tangisan Ayu dari dalam bilik. Namun, tiada sesiapa pun yang tahu tentang beban yang sedang ditanggungnya hampir setiap hari di rumah ini.

"Jauh termenung opah. Fikirkan apa?" Ayuni mengambil tempat di sebelah Azimah. Mereka mengambil angin di luar rumah. Seusai makan malam, Arshad terus masuk ke dalam biliknya. Sempat juga dia memesan sekotak lagi ayam goreng Mcd buat kali kedua.

"Takde apa. Saja tengok bintang-bintang tu. Cantik kan?" Soal Azimah sambil melorekkan senyuman. Ayuni mengangguk perlahan, bersetuju dengan kata neneknya. Lama dia menatap kerlipan-kerlipan bintang di langit yang sudah gelap. Fikirannya menerawang jauh.

"Fikirkan apa?" Kali ini, Azimah pula yang menyoal. Soalannya dibalas dengan gelengan. Entah, dia sendiri tidak tahu hendak memikirkan tentang apa. Segalanya berlaku tanpa kawalan. Dia melepaskan keluhan. Kalaulah, masa depan itu boleh diramal, pasti hidupnya tidak akan tunggang-langgang seperti ini.

"Kenapa mengeluh? Yuni penat?" Ayuni lantas menyandarkan kepalanya pada bahu Azimah sambil memeluk erat pinggang neneknya itu.

Buat masa ini, hanya Azimahlah yang dia miliki. Ada bapa, tapi entah ke mana. Tiada lagi orang yang boleh dia bergantung harap selain daripada neneknya.

"Entah... Yuni pun tak tahu." Jawabnya pendek.

"Jom masuk. Hari pun dah semakin larut ni. Tak elok duduk lama-lama dekat luar." Lengan Ayuni dicuit lembut, supaya dia bangun dari bangku itu.

Mereka melangkah beriringan memasuki perkarangan rumah. Keduanya tidak perasan dengan kehadiran Arshad di gazebo. Lelaki itu sedang memerhatikan mereka berdua sejak tadi.

"Buat apa dekat luar malam-malam macam ni?" Hampir sahaja Azimah menjerit kerana terperanjat akibat disergah Arshad. Sontak Azimah dan Ayuni menoleh ke belakang. Dari mana pula datangnya lelaki ini?

"Terkejut nenek! Arshad belum tidur ke?" Soalnya sambil melirik ke arah Ayuni yang sudah jauh meninggalkan mereka berdua. Pasti cucunya tidak suka dengan kehadiran Arshad di situ.

"Saja, nak lepak dekat luar. Nenek pulak buat apa dekat luar malam-malam?" Azimah mengulum senyuman tipis sebelum menjawab.

"Ambil angin jugak. Nenek masuk dulu ya, Assalammualaikkum." Sejurus memberikan salam, Azimah terus berlalu dari situ.

"Waalaikummusalam..." Balasnya dalam hati. Telefon bimbit dihidupkan sebelum dia meraup kasar rambutnya. Kenapa dia orang ni masih call aku?

Nombor-nombor yang tertera pada ruangan panggilan masuk, langsung disekat. Dia malas melayan kerenah rakan-rakannya lagi.

Dia perlukan masa untuk menenangkan diri buat sementara waktu. Macam-macam insiden buruk berlaku dalam hidupnya sejak akhir-akhir ini.

"Agak-agak Mcd buka lagi tak sekarang?" Bisiknya sambil melihat angka pada jam tangan. Hampir pukul 12 tengah malam. Selalunya waktu-waktu begini, rangkaian restoran makanan segera itu pasti sudah ditutup.

Walau bagaimanapun, aplikasi Foodpanda masih lagi dituju, sebelum dia menaip nama restoran makanan segera berkenaan pada ruangan "cari" dan alangkah terujanya dia, saat melihat Mc Donald berhampiran kawasan rumahnya masih dibuka.

Tanpa berfikir panjang, dia terus memasukkan beberapa jenis makanan yang dikehendakinya ke dalam troli sebelum melakukan pembayaran secara atas talian.

Tidak lupa juga, ayam goreng Mcd yang terletak pada kedudukan paling atas di dalam troli, turut sama dibeli bersama sebotol air berkarbonat kegemarannya.

Seusai membuat pembayaran, Arshad tersenyum lega. Bersinar anak mata saat menerima notifikasi bahawa pesanannya sedang disediakan.

Mungkin makanan-makanan itu akan dihantar ke rumah dalam masa 30 minit lagi, jadi Arshad memutuskan untuk tunggu sahaja di gazebo.

Selepas lebih 45 minit, kelihatan seorang penunggang motosikal memasuki perkarangan rumah. Arshad bingkas berdiri lalu menghampiri gerangan yang mengenakan t-shirt berwarna merah jambu dengan logo Foodpanda itu bersama senyuman manis.

"Terima kasih." Arshad terus melangkah laju sebelum masuk ke dalam rumah. Dapur dituju sebelum dia mengetuk beberapa kali pintu bilik yang diduduki oleh Azimah dan Ayuni.

Selang beberapa saat, pintu bilik terkuak dari dalam. Terjengul kepala Ayuni dari sebalik daun pintu. Jelas terpapar riak tidak senang pada wajah gadis berkenaan. Sempat dia melirik sekilas ke arah tangan Arshad yang penuh dengan bungkusan makanan. Dahinya berkerut. Dia order lagi?

"Err, nenek mana?" Soal Arshad sambil mengintai sedikit keadaan di dalam bilik mereka melalui celahan pintu.

"Dah tidur..." Jawab Ayuni, pendek. Tidak mahu berlama-lamaan di situ bersama Arshad. Rasa takutnya menyerang kembali.

"Oh...takpelah kalau macam tu. Ni, saya ada belikan sekali burger dengan nugget ayam untuk nenek dengan kau. Nah..." Salah satu bungkusan dihulurkan kepada Ayuni.

"Maaf, saya tak boleh makan, sebab boikot. Encik jelah makan ya... Terima kasih." Lantas, pintu bilik ditutup rapat. Arshad pandang kosong muka pintu di hadapannya.

"Boikot?" Alamak! Dia tidak sepatutnya membeli atau menyokong apa-apa barangan daripada rangkaian makanan tersebut.

Arshad betul-betul terlupa tentang perkara itu. Dia mula berasa serba salah. Arshad pandang hambar bungkusan-bungkusan plastik yang berada di dalam genggamannya. Sayu hati kerana terpaksa membuang.

"Eh, tapi dah terbeli. Bukannya aku sengaja. Kalau, aku buang, membazir pula. Makan jelah, lepas ni tak payah order dah." Bisiknya sebelum menghenyakkan punggung di atas sofa ruang tamu.

Alat kawalan jauh yang berada di atas meja kopi dicapai, sebelum dia menghidupkan televisyen di hadapannya. Siaran ulangan perlawanan bola sepak antara Manchester United dan Liverpool menjadi tontonannya pada malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience