Bab 42: Pertemuan Kali Kedua

Short Story Series 116383

Ayuni duduk sambil berehat di beranda. Sebentar tadi, dia membantu Azimah menyelesaikan kerja rumah. Setiap kali hujung minggu, itulah rutin mereka. Nak bersihkan seluruh rumah ini, bukan satu kerja yang mudah. Ditambah pula dengan bilangan bilik tidur dan bilik air yang memang banyak, membuatkan Azimah dan Ayuni kadang tidak menang tangan menjaga serta mengemasnya.

Air kotak dalam genggaman dibawa ke mulut lalu dihirup perlahan. Lega sikit rasa tekaknya. Cuaca panas, ditambah pula dengan keletihan, benar-benar membuatkannya terasa dahaga.

Sesekali, dia mengerling ke arah telefon bimbit yang masih senyap di sebelah. Sabar menanti pesanan daripada Arshad. Dia tahu, Arshad sibuk menguruskan tugas di syarikatnya. Memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua pengarah, bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh. Terlalu banyak amanah yang perlu dia jalankan demi kelangsungan dan kecekapan sistem dalam syarikat.

Jadi, Ayuni hanya menghantar ucapan selamat pagi kepada lelaki itu sekitar 4 jam yang lepas. Namun, dia masih belum menerima apa-apa balasan daripada Arshad sehingga kini. Mulut melepaskan keluhan kala hati mula jatuh kecewa. Bila nak reply ni?

Ting!

Bersinar sepasang anak matanya kala nama Arshad terpampang pada skrin itu. Panjang umur! Dia terus mencapai peranti tersebut lalu membaca pesanan yang dihantar oleh Arshad dengan teruja.

En.Arshad
Sorry, saya busy sejak pagi. Ada meeting and now, I'm free. Jom lunch?

Ayuni melebarkan senyuman. Terserlah kedudukan lesung pipit di kedua belah pipi. Hatinya berbunga-bunga kerana dapat berjumpa lelaki itu. Kalau boleh, hari-hari dia mahu tengok dan luangkan masa bersama Arshad. Rindu!

My Wife♡
Saya bersiap dulu ya.

Sudut bibir Arshad ternaik sedikit. Dia sedang memerhatikan Ayuni dari dalam kereta tanpa pengetahuan gadis itu. Dia sudah sampai di sana beberapa minit yang lalu. Kali ini, dia sengaja memarkirkan keretanya jauh daripada kawasan rumah Ayuni. Tapi, dia masih boleh melihat senyuman yang menghiasi bibir suri hatinya dengan jelas dari situ.

En.Arshad
Alright. I will be there in 10 minutes.

Pantas Ayuni berlari masuk ke dalam bilik lalu membuka pintu almari pakaian. Tangan sibuk memilih baju yang sesuai untuk dipakai sebentar lagi. Sehelai blouse putih dan skirt panjang berwarna hitam dibawa keluar lalu dilemparkan di atas katil. Dia melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Dalam masa 6 minit, dia sudah lengkap berpakaian. Dia bersiap ala kadar sahaja. Dia membuka aplikasi Whatsapp lalu membaca pesanan yang baharu sahaja dihantar oleh Arshad.

En.Arshad
I'm here. Saya tunggu di luar pagar.

Ayuni melompat gembira sebelum mencapai beg silangnya. Beg itu disangkut pada bahu lalu dia segera melangkah keluar dari bilik.

"Opah, Ayuni nak keluar kejap ya. Ayuni balik petang sikit!" Laungnya dari muka pintu sambil menyarungkan sandal pada kaki.

"Keluar? Keluar ke mana? Ayuni pergi dengan Pak Mat ke?" Soal Azimah yang baru sahaja muncul dari dapur.

"Err, tak. Ayuni...Ayuni keluar dengan Encik Arshad. Nak pergi makan." Jawabnya dengan suara yang bergetar. Azimah terdiam sejenak. Terkejut dengan pengakuan itu.

"Baiklah. Hati-hati. Jangan balik lewat sangat. Jaga diri." Pesan Azimah walaupun dia berasa hairan. Sejak bila, Ayuni menjadi rapat dengan Arshad?

"Okay, opah. Ayuni pergi dulu ya. Assalammualaikum." Tangan Azimah ditarik lalu dikucup hormat. Azimah tersenyum nipis.

"Waalaikummusalam. Hati-hati. Kirimkan salam opah pada Arshad." Pesan Azimah sambil melihat Ayuni yang sedang menutup pintu pagar dari luar.

"Maaf saya terlambat sikit. Tadi opah kirim salam dekat Encik Arshad." Ujar Ayuni sebaik sahaja menutup pintu kereta. Arshad mengangguk faham.

"Waalaikummusalam. Opah apa khabar? Sihat?" Lelaki itu menghidupkan enjin keretanya sebelum melakukan pusingan untuk keluar dari kawasan itu.

"Alhamdulillah, sihat." Balas Ayuni sambil tersenyum ceria. Kembang hidung kala haruman daripada tubuh Arshad menyucuk rongga hidungnya.

"Okay, so what should we have for lunch today?" Soal Arshad sebaik sahaja mereka tiba di lampu isyarat. Dia mengerling ke arah Ayuni yang kelihatan sedang berfikir.

"Err, kita pergi kafe dekat hujung Taman Villa nak tak? Tadi, saya ternampak iklan dekat Fac. Katanya, diaorang baru bukak kafe tu dua hari lepas. Ramai komen makanan Western dekat sana sedap-sedap." Ujarnya penuh semangat.

"Okay. No problem." Arshad mengenyitkan mata.

"Saya belanja." Dia terus menundukkan kepala kala Arshad asyik menatap wajahnya. Malu!

Arshad melarikan pandangan lalu menumpukan perhatian pada pemanduan.

"Encik Arshad...saya nak tanya sikit boleh?" Ayuni bersuara setelah lama berdiam diri.

"Yes, apa dia? Tanya jelah." Tumpuan Arshad masih pada jalan raya.

"Adwa sihat?" Arshad tersenyum manis lalu menganggukkan kepala.

"Alhamdulillah, sihat." Jawabnya dengan ringkas. Ayuni kembali senyap. Dia teringin melihat wajah anaknya namun, bila memikirkan tentang perjanjian mereka, dia menyimpan sahaja hasrat itu dalam hati.

"Yang ni ke?" Soal Arshad sambil meluruskan telunjuk ke arah sebuah kafe yang kelihatan meriah dengan para pelanggan. Ayuni lantas menganggukkan kepala, mengiyakan soalan itu.

Mereka berdua menanggalkan tali pinggang keledar sebelum turun dari kereta.

"Nak order apa ya Encik, Cik?" Seorang pelayan lelaki menghampiri mereka berdua bersama sehelai kertas dan pensel di tangan.

"Apa yang special dekat sini?" Arshad bertanya sambil membaca senarai menu yang ditampal pada dinding kafe itu.

"Sini, lamb chop, chicken chop, lamb grilled, mushroom soup with garlic bread, chicken pie and spaghetti selalu menjadi pilihan customers kami. Yang selalu cepat habis, lamb chop dengan chicken pie." Jelas jejaka itu.

"Okay, saya nak mushroom soup with garlic bread. Ayuni, awak nak apa?" Ayuni masih berfikir.

"Err, bagi saya chicken chop." Pesannya. Jejaka itu terus mencatitkan pesanan mereka di atas helaian kertas itu.

"Minum?"

"Err, two orange juices." Arshad bersuara. Dia tahu Ayuni suka jus oren. Seusai mengambil pesanan, pelayan itu meninggalkan mereka berdua.

"Awak okay kan saya order orange juice tadi?" Ayuni mengangguk perlahan.

"Favourite saya." Balasnya.

"So, what's your plan lepas ni?" Arshad mengeluarkan telefon bimbitnya dari saku seluar.

"Err, tak tahu lagi. Mungkin balik rumah." Jawabnya tanpa nada. Ikutkan, dia mahu terus berada bersama Arshad.

"Erm...why not lepas makan, kita pergi jalan-jalan?" Ayuni mendongak memandang wajah Arshad.

"Boleh." Suara gadis itu kedengaran ceria. Terkesima Arshad mendengarnya.

"Thanks for the treat." Ucap Arshad. Ayuni membalas dengan senyuman lebarnya seperti biasa.

"Your welcome. Err, kita nak ke mana?" Dia mengalihkan pandangan ke luar kereta. Ada sebuah tasik dan taman permainan di tepinya. Tidak jauh dari situ, terdapat sebuah jambatan kayu yang dirias cantik.

"Kita lepak sini, boleh?" Ayuni bersetuju. Boleh ambil gambar sikit di sini. Suasananya sangat indah.

"Suka ais krim tu?" Arshad menoleh ke arah Ayuni yang sedang menghabiskan ais krimnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience