Bab 36: Sengat

Short Story Series 116383

"Yuni, kamu nak pergi mana, malam-malam macam ni?" Langkah Ayuni terbantut kala neneknya memanggil. Dia menelan air liur sebelum berpusing menghadap Azimah.

"Tadi, macam ada orang dekat hujung pokok tu. Ayuni nak pergi tengok." Ujarnya. Azimah terkejut. Cepat-cepat, dia berlari ke arah pintu masuk lalu menutup rapat daun pintu.

"Tak payah Yuni. Bahaya... Malam-malam pulak tu. Naknya orang tu ada niat jahat. Macam mana?" Halangnya. Dia mula diserang kegusaran setelah mendengar kata-kata Ayuni. Takkan ada penjahat mahu merompak mereka?

"Erm...yelah. Yuni naik atas dulu." Gadis itu segera naik ke tingkat atas meninggalkan Azimah keseorangan di depan pintu. Menggigil satu badan Azimah dibuatnya. Perlahan dia menuju ke arah tingkap lalu langsir disingkap sedikit.

Dia mengintai keadaan di luar rumah sebelum mengalihkan mata ke arah pokok yang dimaksudkan oleh Ayuni sebentar tadi. Lama dia merenung kawasan tersebut sebelum menarik nafas lega. Tiada sesiapa di situ.

Sementara...

"Auch...auu..auu. Ish, apasal banyak sangat kerengga dekat pokok ni." Rungutnya sambil menepuk lengan dan belakang leher yang mula disengat oleh serangga tersebut.

Beberapa minit yang lepas, dia cuba mengintai Ayuni dari dalam keretanya, namun gagal kerana ada kereta jiran yang menghalang laluan.

Kerana tidak mempunyai pilihan lain, Arshad segera keluar dari keretanya lalu menyorok di belakang pokok rambutan yang rendang. Dari situ, dia dapat melihat Ayuni dengan lebih jelas yang pada ketika itu sedang berada di dalam rumah.

Sedang dia tersenyum mencuci mata, dia tidak perasan pula ada makhluk lain yang menghuni kawasan pokok tersebut. Apa lagi, apabila kubu mereka diganggu, maka menyeranglah makhluk-makhluk kecil maha halus itu.

Habis lebam dan bengkak kulit badan Arshad disengat oleh kerengga-kerengga berkenaan. Semakin dia cuba menepis, semakin kuat pula sengatan yang diterima. Nasib tak masuk dalam seluar. Memang kerja gila betul! Kalau Wahid tahu pasal ni, habis kena sindir.

"Ish, tak guna betul!" Marahnya sebelum masuk semula ke dalam kereta. Cermin pandang belakang dilaraskan sedikit, lalu kawasan leher dan dadanya dilihat menerusi pantulan cermin tersebut.

"Habis merah-merah." Dia membuka dashboard, cuba mencari jika ada apa-apa ubat mahupun minyak yang boleh dia gunakan untuk melegakan kesakitan, namun tiada apa-apa di dalamnya.

Arshad mendengus geram sebelum menutup semula dashboard keretanya dengan kasar. Salah dia juga kerana tidak menyediakan benda-benda seperti itu sebagai langkah keselamatan di dalam kereta. Sekarang dia hanya mampu mengeluh. Enjin dihidupkan, lalu dia menekan kuat pedal minyak sebelum beredar dari situ.

"Kacau betullah kerengga-kerengga tu! Kau tunggu...kau tunggu. Esok aku bawak bazooka terus. Tembak mati semua keturunan kau!" Bebelnya sebelum masuk ke persimpangan rumahnya.

"Assalammualaikum." Dia terus melabuhkan punggung di atas sofa. Kepala turut disandarkan di situ. Penat dan sakit.

"Eh, awal tuan balik hari ni. Nak saya...Eh! Kenapa dengan leher tuan tu?" Soal Nita dengan cemas. Dia segera menghampiri Arshad sebelum melihat bekas-bekas sengatan kerengga yang sudah membengkak pada kulit Arshad.

"Saya kena gigit dengan kerengga." Jawabnya malas-malas.

"Astaghfirullah...tuan pergi mana sampai kena gigit dengan kerengga?" Cepat-cepat wanita itu berlari ke arah dapur sebelum muncul semula bersama kotak First Aid. Kotak itu diserahkan kepada Arshad.

"Terima kasih Nita." Nita menganggukkan kepalanya sebelum masuk semula ke dapur.

"Ya, anak babah sorang ni...kenapa tak tidur lagi ni?" Dia sudah selamat mendarat di atas katil. Kurang sedikit rasa sakit setelah menyapu ubat tadi. Pipi Adwa dielus lembut sebelum dilabuhkan satu kucupan di situ.

"Kenapa tengok babah macam tu? Babah kena sengat dengan kerengga sebab skodeng ibu Adwa. Sakit..." Si kecil itu hanya memandang dengan sepasang mata bundarnya. Kurang faham dengan kata-kata Arshad.

"Dah, tidur ya. Esok babah bawak pergi jalan-jalan." Lantas, bibir kecil itu menyungging senyuman lebar. Jadi bolehlah dia minta permainan lagi.

"Hah...no! no! No more toys okay." Terus berkaca matanya. Bibir mencebik-cebik, hendak menangis.

"Janganlah nangis. Adwa kan dah besar. Mana boleh beli mainan dah. Kita beli buku cerita dengan coloring books nak?" Adwa mengangguk perlahan.

"Good. Adwa kan good girl." Tanpa sedar, air matanya gugur. Cepat-cepat dia menyeka supaya tidak disedari oleh Adwa.

"Kita tidur ya?" Sekali lagi Adwa mengangguk. Kepala disandarkan pada dada ayahnya. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi dengkuran halus.

"Anak babah baik. Anak babah sempurna." Katanya sambil memeluk erat tubuh kecil itu.

"Awalnya Yuni sampai hari ni?" Soal Jayden dengan pelik. Dia melirik jam yang tergantung pada sudut dapur.

Ayuni tersenyum sebelum memasukkan beg galasnya ke dalam loker. Loker kecil itu dikhaskan untuk staf menyimpan barang peribadi mereka. Pintu loker itu kemudian dikunci.

"Saja datang awal. Mana Dania dengan yang lain?" Dia mencari gadis itu.

"Tak sampai lagi. Okaylah, alang-alang awak dah ada, boleh tolong saya uli tepung?" Ayuni menganggukkan kepala sebelum berlalu ke arah singki. Tangannya dibasuh di bawah aliran air lalu dilap dengan sehelai tisu.

"Jom." Mereka memulakan tugasan tanpa melengahkan masa.

"Kejap lagi surutlah tu." Wahid menanggalkan sarung tangannya sebelum dimasukkan ke dalam bakul sampah. Arshad membetulkan posisi duduk sambil membutangkan baju kemeja. Wahid melabuhkan punggung di atas kerusi sambil mencerlung tajam ke arah Arshad.

"Apa?" Soal Arshad yang seolah-olah boleh membaca isi hati Wahid. Nak membebel lah tu...

"Yang kau pergi duduk dekat pokok tu buat apa? Buang tabiat? Nasib baik kerengga-kerengga tu gigit badan kau je tau...kalau burung kau pun kena sengat sekali, memang aku kikis kulit punai kau tu dengan kertas pasir!" Arshad menarik muka ketat. Tak habis-habis lagi.

"Manalah aku tahu ada kerengga dekat pokok tu." Jawabnya.

"Tak payah buang masalah Arshad. Kalau kau betul-betul nak Ayuni, pergilah jumpa dia terus. Cakap elok-elok dengan dia. Daripada ushar siang malam, apa pun tak dapat." Arshad kembali terdiam.

"Takut. Kalau dia tolak lagi?" Nadanya bergetar.

"Tak rugi. Kau boleh move on." Balas Wahid, pendek.

"Kau tu, kenapa tak kahwin lagi?" Giliran Arshad pula menyerang Wahid.

"Aku, gay." Katanya lalu menjilat bibir bawahnya dengan penuh berahi. Arshad tertawa lucu. Tak habis-habis dengan perangai sewel dia tu.

"Eh, kenapa gelak pulak? Aku cakap benda yang betul kot. Arshad, aku rasakan, aku dah terjatuh hatilah dekat kau lepas tengok otot-otot yang tersembul keluar tu..." Gedik! Arshad kaku di atas kerusi.

"Kau jangan macam-macam ek! Aku siku kepala tu baru tahu." Dia terus memecut keluar dari bilik Wahid saat lelaki itu menghampiri tempat duduknya. Kedengaran suara Wahid yang sedang ketawa terbahak-bahak dari dalam biliknya.

"Tau pun takut. Ada hati nak serang aku!" Dia menolak masuk kerusi yang diduduki oleh Arshad tadi ke bawah meja, sebelum kembali ke tempatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience