"Hah, ada apa tercongok depan pintu klinik aku pagi-pagi ni?" Berderau darah tiba-tiba disergah dari belakang. Nasib tak kena serangan jantung. Pantas Arshad menekup dadanya yang berdegup kencang.
Kepala lantas berpaling mencari sumber suara garau itu sebelum menghadiahkan satu jelingan tidak puas hati padanya.
"Tepi!" Dengan mudah tubuh sasa itu ditolak ke tepi. Nasib Arshad sempat berpaut pada pemegang pintu. Kalau tidak, mesti sudah mencium lantai.
Kunci dimasukkan dalam mangga, lalu ditanggalkan dari tempatnya. Lantas, Wahid mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam saku seluar. Aneh. Jam-jam begini, mengapa kliniknya masih belum dibuka. Mana Rita?
"Aku nak jumpa kau kejap. Ada hal nak bincang." Matanya turut sama turun pada skrin telefon bimbit Wahid yang bercahaya itu.
"Eh, beranak dah?!" Terkejut Wahid saat melihat beberapa hantaran di aplikasi Whatsappnya. Patutlah tak buka klinik lagi.
"Siapa yang beranak?" Kedua lelaki itu tertunduk penuh minat menatap gambar bayi yang berada dalam dakapan seorang jururawat. Tidak semena-mena bibir mereka mengukir senyuman lebar. Terharu. Terselit naluri kebapaan di situ. Ahaks!
"Comelnya...anak kau ke Wahid?" Soal Arshad tiba-tiba. Wahid hampir tersedak air liur kerana soalan itu.
"Aku tak kahwin lagi lah. Datang mana pulak anak. Ni anak staf aku." Jelasnya. Sempat dia menjeling sekilas pada Arshad yang sibuk melihat skrin telefon bimbitnya. Tiada adab!
"Oh...cute. Apa nama dia?" Wahid memutarkan bola matanya ke atas. Sebal! Ada saja soalan yang nak ditanya. Penyibuk betullah!
"Manalah aku tahu. Baru keluar kot, takkan dah ada nama. Yang kau, sibuk datang sini awal-awal pagi ni pasal apa? Nak operate buang telur ke?" Dia terus memasukkan telefon bimbitnya ke dalam saku seluar. Pantang kalau ada orang tengok telefon bimbitnya tanpa kebenaran. No manners.
"Aku ada hal nak bagitahu kau ni..." Ujar Arshad. Nadanya terus mengendur. Wahid memandang hairan. Aik, tiba-tiba sedih?
"Kejap. Aku nak bukak pintu." Kedua lelaki itu beriringan masuk ke dalam klinik sebelum Wahid mengunci semula pintu masuk dengan mangga tadi. Kunci diletakkan di atas meja pertanyaan.
"Eh, kenapa kau kunci pintu tu..." Arshad mengerling sekilas ke arah pintu yang sudah bermangga itu.
"Kau ajak borak kan tadi...habis tu, takkan aku nak in duty sambil borak dengan kau?" Sembur Wahid dengan kasar. Mana mungkin dia merawat pesakit sambil berborak sakan dengan orang lain?
"Oh...boleh ya buka klinik lewat sikit?" Arshad tersenyum kekok.
"Klinik aku...suka hatilah nak bukak bila pun." Cis, berlagak! Arshad cebik meluat. Dia seorang sajalah yang ada klinik di negara ini. Dia sajalah doktor bertauliah dalam Malaysia. Kutuknya dalam hati.
"Hah, apa benda?" Wahid melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan kaunter pendaftaran.
"Aku dah buat apa yang kau suruh hari tu...tapi tak berjaya lah Wahid..." Adunya sebelum mengambil tempat di hadapan Wahid. Wajah tenang Wahid dipandang geram. Bagi idea entah apa-apa.
"Agak dah. Mana ada perempuan yang sanggup kahwin dengan lelaki yang dah rosakkan dia. Kalau ada pun, itu dikira limited edition." Ujarnya tanpa mengendahkan air muka Arshad yang keruh.
"Habis tu...macam mana?" Mulalah rasa tidak sedap hati. Dia lakukan semua ini demi anaknya. Takkan lahir-lahir je anak dia menjadi anak yatim? Kalau dia tanya, di mana ibunya, apa yang aku nak jawab nanti?
"Macam mana apa? Hadap jelah." Wahid menyilangkan kaki di atas paha. Sedikitpun tidak berasa kasihan terhadap Arshad. Pandai buat, pandailah tanggung sendiri. Itulah, dengar sangat hasutan kawan-kawan, sampai lupa daratan.
"Kepala hotak kau! Nak hadap macam mana lagi?" Marah Arshad. Serabut kepalanya.
"Kau nak aku tolong apa lagi? Dah dia taknak dekat kau...hati dan perasaan ni, susah kita nak paksa." Arshad mengeluh dalam diam. Macam mana lagi dia mahu memenangi hati Ayuni?
"Dah tu...biar macam tu je?" Tidak ingin mengalah. Selagi Ayuni masih tinggal di rumahnya, akan dia usahakan sehabis baik untuk mengubah fikiran gadis itu.
"Kau kena ambil hati dia. Goda dia, pikat dia. Biar dia nak kahwin dengan kau." Terketap gigi Wahid. Takkan itu pun tak tahu? Kata bekas buaya darat.
"Masalahnya, dia nak pandang muka aku pun tak nak...macam mana aku nak goda dia..." Rambut yang terjuntai pada dahi diraup kasar ke belakang.
"Kau kurang handsome kot. Takpe, macam nilah, kau bagi dia masa. Lagi satu, tak perlulah kau goda sampai kena buka baju bagai...tayang seketul gamat yang kekurangan udara tu dekat dia...histeria minah tu kang! Hang jagalah dia elok-elok. Belikan segala keperluan Ayuni...cara tu akan menyakinkan dia, yang kau tu boleh diharap. Bukan tahu main celup-celup je..." Astaghfirullah al azim, boleh rosak telinga mendengar kata-kata Wahid.
"Kau ni...kalau tak double meaning, tak boleh kan!" Marah Arshad. Ada saja benda yang diselitkan dengan unsur lucah. Macam tidak ada modal lain.
"Eh eleh...kira okaylah tu aku censored guna ayat-ayat yang bombastic. Takdelah ngilu dengar." Wahid tersenyum sumbing.
"Dahlah, aku nak balik." Arshad bingkas berdiri dari tempat duduknya.
"Lah...cepatnya?" Wahid meluruskan badan, sambil memandang pelik ke arah lelaki itu.
"Dah tu, kau nak aku berkhemah dekat sini?" Cis, dasar jantan tak tahu diuntung! Macam ni balasan kau pada aku. Aku sanggup luangkan masa demi dengar kisah hidup kau yang tak berapa nak elok tu, ini yang kau bagi di penghujungnya?
"Amboi, mulut kau. Tadi yang terhegeh-hegeh datang klinik aku tu siapa?" Kecil besar, kecil besar je Arshad pada mata Wahid. Ada yang kena tendang ni karang!
"Aku nak gi pikat hati dialah ni..." Lilitan tali leher dikemaskan. Lengan baju dilipat sehingga ke paras siku. Menampakkan urat-urat hijau yang tersembul keluar. Rambut serabainya dibetulkan dengan jemari. So hot and spicy!
"Aku baru je kata, jangan buat dia rasa geli dengan kau. Tapi kau buat jugak benda-benda macam ni. Aku yang lelaki ni pun, rasa loya, inikan pula Si Ayuni tu..." Sindiran Wahid tidak menjadi penghalang buat Arshad untuk membuka beberapa butang teratas pada kemejanya.
Entah syaitan apa yang merasuk dalam badan, lelaki itu menanggalkan tali lehernya pula. Sengaja mendedahkan bahagian dada yang berbulu halus dan berotot seperti roti buku Gardenia. Hampir tercabut rahang Wahid melihat gaya penuh syahdu itu di depan mata.
"Kau nak goda aku ke apa setan?! Tiba, main bukak-bukak butang baju ni pasai apa?" Semburnya. Kaku habis seketul Wahid. Kaki bagai melekat di atas lantai. Tubuhnya membatu di situ. Jantung jangan cakaplah. Berdegup laju macam nak pergi racing!
"Perasan jugak kan kau ni? Eh, hello, aku ni masih normal okay. Aku nak Ayuni jatuh dalam dakapan hangat ciptaan aku hari ni!" Geli pula Wahid mendengarnya. Tinggi betul keyakinan engkau! Kena pelangkung dengan minah tu kang, tak ke sia-sia hidup?
"Tapi, risau jugak nak try ni. Hari tu, kepala aku hampir benjol kena baling dengan selipar. Seriau lah Wahid." Insiden memalukan itu kembali berlayar dalam ruang ingatan. Malu mat! Nasib sempat elak. Ish, susah benar nak goda perempuan yang satu itu. Terlalu keras hati.
"Wait...wait! Don't say, kau goda dia dengan rupa gini before this?!" Terbuntang luas sepasang mata Wahid. Ya Allah, mati-mati aku bagi plan yang jauh lebih afdal dan halal, cara ni jugak yang si setan ni guna?
"Err, tak jugak. Waktu tu aku sengaja berkemban depan dia. Seksi siak...Tapi tulah, taste dia tinggi sangat kot. Dia tak heran langsung tengok body shape aku yang sempurna ni." Kepala yang tidak gatal itu digaru perlahan. Tersenyum kambing kala panahan mata Wahid terhala padanya. GULP... Bergerak-gerak rahang Wahid menahan geram.
"Mana Rita simpan ubat matikan pucuk tu? Mana?!" Wahid bingkas berdiri sebelum menghampiri deretan rak ubat-ubatan.
"Kau...kau nak buat apa dengan ubat mematikan pucuk tu?!" Air liur yang ditelan terasa kesat. Kejung seluruh tubuhnya. Naik seram pula tengok gaya Wahid yang serupa tidak siuman itu.
"Aku nak mematikan hayat pucuk kau! Hah, jumpa pun!" Satu botol kecil dibawa keluar dari atas rak, lalu dia mengeluarkan jarum dari laci. Mata jangan cakaplah. Seperti sedang dirasuk oleh syaitan! Ternaik sudut bibirnya kala melihat Arshad yang sudah pucat di hadapan. Senyuman penuh misteri itu semakin melebar. Hehehe~
Share this novel