Keesokan harinya, Ayuni terjaga sedikit awal dari kebiasaan. Mungkin juga kerana malam semalam, dia masuk tidur awal setelah diberikan kebenaran oleh Mukhriz.
Setelah mandi dan menyarungkan sehelai t-shirt labuh berlengan panjang dan seluar slack longgar, Ayuni menghayunkan langkah ke arah dapur sambil meregangkan urat bahu dan lengannya yang terasa lenguh.
Belumpun kakinya menjejak dapur, kedengaran namanya dipanggil oleh seseorang dari ruang tamu. Terkejut bukan kepalang, kerana waktu pada ketika itu ialah sekitar jam 5 pagi.
“Kau dengar tak ni?” Suara serak dari arah belakang membuatkan bulu romanya menegak. Kelopak mata terus dipejam erat sambil terkumat-kamit memarahi kecuaian diri kerana tidak memeriksa keadaan di luar sebelum keluar dari bilik.
Dia memusingkan tubuh ke belakang, menghadap si pemanggil.
“Kau bangun awal-awal pagi buta macam ni, dah buang tabiat ke apa? Orang panggil buat bodoh je…” Berdesing telinga mendengar kata-kata lelaki di hadapannya.
Harapkan rupawan, tapi lisan, sudah jauh terpesong akidahnya. Biadab dan kurang ajar. Ayuni masih ingat peristiwa pada malam semalam di mana lelaki itu memarahi Dato Mukhriz sebelum naik ke tingkat atas.
Dari jauh, dia dan Azimah menjadi pemerhati. Mahu menegur, bukan urusan mereka dan mereka tidak berani. Walaupun isi bicara yang dilontarkan oleh lelaki itu tidak difahami kerana menggunakan bahasa asing, namun berdasarkan nada dan ekspresi wajah yang ditonjolkan oleh Arshad pada ketika itu, cukup menyakinkan Ayuni bahawa kedua lelaki itu sedang bertikam lidah.
Dari situ, dia kehilangan rasa hormat terhadap Arshad lagi-lagi setelah melihat tangisan Dato Mukhriz di beranda pada malam yang sama.
“Tuan nak apa-apa ke? Nak saya buatkan air?” Malas mahu mendengar cemuhan daripada lelaki itu lama-lama, Ayuni terus mencelah. Wajah merah padam Arshad langsung tidak mengentarkannya pada saat itu. Lebih daripada itu pernah dia lihat dan lalui sewaktu tinggal bersama bapanya di kampung.
“Kau pekak ke? Tak dengar apa yang aku minta tadi?” Ayuni terdiam sebentar. Langsung tidak terasa hati dengan kesinisan lelaki itu. Kecil hati? Jauh sekali.
Dia tidak mempunyai masa melayan perangai manusia yang menjengkelkan seperti ini. Ingatkan setelah hidup bebas daripada belenggu Kasim, dia dan neneknya dapat hidup tenang, rupanya dia salah. Ada manusia yang tersama genetik dengan bapanya di sini. Nampaknya, belum masanya lagi untuk merasai ketenangan yang sebenar.
“Maaf tuan, saya tak dengar tadi. Kejap saya buatkan. Tuan duduklah dulu.” Seusai berpesan, Ayuni terus meninggalkan Arshad di ruang tamu.
Segelas mug kaca dikeluarkan dari dalam kabinet dapur lalu dibasuh di bawah air mengalir. 3 sudu serbuk Milo dimasukkan ke dalam mug berkenaan sebelum air panas daripada termos dituangkan ke dalamnya.
Air itu kemudiannya dikacau sedikit supaya lebih sebati sebelum 2 sudu gula dimasukkan dan dikacau bersama.
Siap! Sebuah pinggan plastik dibawa keluar lalu beberapa kepingan biskut Chipsmore dan Oreo turut dihidangkan di atasnya.
Air Milo dan biskut-biskut berkenaan terus dibawa ke ruang tamu sebelum diletakkan di atas meja kopi, berhadapan Arshad yang sedang sibuk menekan sesuatu pada papan kekuncinya.
“Ini airnya tuan. Dan ada biskut sikit.” Arshad mengangguk perlahan tanpa memandang wajah Ayuni.
“Err, kalau takde apa-apa, saya ke dapur dulu tuan. Sarapan hanya akan dimasak pada pukul 6.30 pagi.” Tanpa menunggu lama, Ayuni terus mengangkat kaki.
“Kenapa kau tak sambung belajar?” Pertanyaan itu mematikan langkahnya. Dia menoleh ke arah Arshad yang sedang menyisip air di dalam mug, dan pandangannya masih lagi tertumpu pada skrin komputer ribanya.
“Sebab saya tak mampu.” Hanya itu yang mampu dijawab. Sejujurnya, jika bapanya sebaik bapa-bapa orang lain, pasti sudah lama dia menjejakkan kaki ke sekolah, dan mungkin kini dia sudahpun masuk ke mana-mana universiti. Namun, perkara itu tidak terjadi dalam hidup Ayuni.
Arshad mengangguk sebelum memberikan isyarat tangan bahawa Ayuni sudah boleh pergi. Ayuni menunduk hormat sedikit sebelum berlalu ke dapur.
“Bila Arshad nak buat parti tu?” Soal Mukhriz sambil mengunyah karipap buatan Azimah.
“Petang ni. It’s just a small gathering. Lama tak jumpa dengan kawan-kawan I.” Mukhriz mengangguk dalam kehairanan. Kawan-kawan? Setahunya, Arshad tidak memiliki sebarang kawan di Malaysia. Dia mula mengerah ingatannya. Kut-kut dia terlepas pandang atau terlupa.
“Dorang pernah study along with me dekat Europe.” Itu menjawab persoalan Mukhriz. Akhirnya, dia terdiam.
“Woohoo, wei, best duh swimming pool kau ni Ar. Tak tahu pulak yang kau ni sebenarnya anak dato.” Bergema suara gelak ketawa daripada teman-teman sekuliahnya sewaktu menuntut di Eropah dahulu.
Pesta itu turut diraikan bersama minuman keras. Sudah serupa orang barat sahaja kelakuan masing-masing. Bunyi bingit daripada pembesar suara yang memainkan pelbagai jenis muzik barat menjadi hiburan mereka.
“Eh, opah! Kenapa ni? Opah okay tak ni? Sini, sini. Duduk sini dulu.” Tubuh neneknya yang hampir tumbang itu terus ditarik duduk di atas kerusi. Pelipis Azimah dipicitnya perlahan.
“Opah, minum air ni dulu.” Segelas air putih turut dihulurkan sebelum disambut lalu diteguk sedikit demi sedikit sehingga habis oleh Azimah.
“Opah kenapa ni? Tiba-tiba je pitam…” Ayuni berasa bimbang melihat wajah pucat Azimah.
“Opah okay aje. Cuma, bunyi lagu kat luar tu, sakit kepala opah ni. Rasa mual-mual.” Jawab Azimah dengan perlahan. Risau didengari oleh anak majikannya nanti.
“Orang kaya opah. Biasalah…Takpelah, makanan ni semua, biar Yuni je yang hidangkan kat sana. Opah pergi rehat kat dalam bilik dulu ya…” Lantas Azimah menggeleng. Mana mungkin dia meninggalkan cucunya seorang diri di sini.
“Opah…Yuni okay jelah. Opah janganlah risau. Kalau dorang buat apa-apa yang tak baik, nanti Yuni repot kat Dato. Opah rehat dulu ya…Jom,jom.” Azimah masih tidak mahu berganjak dari duduknya. Dia berasa berat hati.
“Opah. Nanti kalau opah pengsan siapa yang susah? Opah rehat je kat dalam bilik. Lagipun, kerja Yuni pergi letak je makanan-makanan tu semua kat atas meja. Takde apalah.” Ayuni masih memujuk Azimah. Dalam terpaksa, Azimah akur juga akhirnya. Tubuh neneknya dibaringkan di atas katil sebelum diselimuti.
“Yuni…hati-hati ya cu.” Ayuni lantas mengangguk sambil menyungging senyuman tipis.
“Opah jangan risau okay. Opah rehat je tau.” Seusai berpesan, dia terus keluar dari bilik. Dua buah pinggan berisi makanan ringan dibawa ke halaman.
“Wuish, Ar! Siapa tu duh…Lawa semacam.” Ujar salah seorang daripada rakan Arshad yang berada di dalam kolam renang. Arshad menoleh ke belakang, melihat gerangan yang dimaksudkan oleh temannya, sebelum menggelengkan kepala.
“She is my maid. Korang jangan macam-macam ek. She is still young. Orang susah.” Jawapan daripada Arshad mengundang ketawa rakan-rakannya.
Ayuni segera beredar dari situ setelah menyedari pandangan beberapa orang lelaki di situ. Dia berasa tidak selesa lagi-lagi setelah mendengar suara gelak ketawa lelaki-lelaki berkenaan.
“Wei, kau ni lurus bendul lagilah Ar. Apa kau cakap tadi? She is still young? Orang susah? Come on man! Perempuan-perempuan yang kononnya hidup susah ni, kebanyakannya dah kena tebuk. Kau apa tahu…Kau tunjuk duit sikit, terus ditadahkan. Hah!” Berhambur ketawa lelaki-lelaki itu kembali. Arshad hanya mendengar bersama kerutan. Betul ke kata-kata rakannya ini?
“Betul tu Ar. Kau ingat pelacur-pelacur yang kita langgan masa belajar dulu tu datang dari kerabat bangsawan ke? Semua daripada family susah-susah juga. Entah-entah maid kau ni pun, pernah main dengan boyfriend dia sebelum ni.” Kata-kata seorang lagi rakannya mendapat anggukan daripada beberapa lelaki yang lain.
“Kau sejak balik sini, don’t tell me my friend…yang kau tak main lagi dengan mana-mana perempuan?” Soal lelaki yang sama. Arshad membisu. Air arak di dalam gelasnya diteguk sehingga habis.
“Kau ni, Ar. Ikan dah ada kat depan mata. Kau tak reti nak manfaatkan. Kalau aku, dah lama dah…” Mereka ketawa sinis sambil mengunyah makanan ringan yang barusan dihantar oleh Ayuni sebentar tadi.
“Korang ni kan…what if she is not like that. Macam mana kalau dia masih virgin?” Arshad cuba membahas.
“Kau mana tahu? Kau tak tebuk lagi ma…Kalau dia masih dara, untunglah kau, dapat barang fresh. Kalau tak dara, kau untung juga. Hari-hari kau boleh minta. Free pula tu. But if she still a virgin, pandai-pandailah kau pujuk dia nanti. Bagi dia duit ke. Alah, kau sendiri cakap yang dia orang susah kan? Kau tunjuk je seribu dua, pasti dia okay punyalah. Entah-entah lepastu, dia sendiri ajak kau main hari-hari. Hahaha. Apa-apa pun, make sure kasi padu game kau malam ni bruh.” Arshad berfikir sejenak sebelum melorek senyuman sumbing. Kata-kata rakannya tadi seakan membangkitkan keinginannya untuk bersama dengan seorang wanita.
“Okay bruh, kitaorang minta diri dulu.” Arshad menghantar rakan-rakannya sehingga ke muka pintu. Setelah memastikan mereka sudah beredar dari situ, dia meluru ke tingkat atas sebelum langkahnya terhenti secara tiba-tiba.
Ada sesuatu yang menganggu fikirannya sejak tadi.
Dia berpatah balik ke tingkat bawah sebelum menuju ke dapur. Kelibat Ayuni dicari.
“Eh, tuan! Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Soalnya sambil meletakkan baldi kosong di tepi kabinet dapur. Dia baru sahaja lepas menyidai kain di ampaian halaman belakang.
“Err, tolong buatkan air panas untuk saya. Lepastu hantarkan ke bilik. Saya nak mandi. So, you masuk and letak je kat atas meja.” Ayuni mengangguk faham.
author diclaim awal2 ye...citer ni akan ada unsur2 negatif sikit...mcm dlm bab ni, ada dialog yg berpotensi trigger sesetgh individu di mana, ada watak yg judge wanita2 yg tergolong dlm keluarga yg susah. So author diclaim. ini hnyalah sbg pengajaran buat kita semua, jgn terikut dlm kehidupan sebenar. selamat mmbaca dan jgn lupa tinggalkan komen...
Share this novel