"Suka!" Jawabnya. Sisa ais krim yang masih menempel di sekitar cawan dikorek dengan sudu lalu dimasukkan ke dalam mulut. Bukan selalu dia dapat merasa ais krim seenak ini. Mahal pulak tu. Tak sampai hati nak membazir walau secubit pun!
Tapi apa yang melucukan, dia tidak perasan langsung tentang kesan comot di sekitar mulutnya. Arshad menggeleng kepala. Dah jadi mak orang pun, masih makan dengan gelojoh. Dia terus mengeluarkan sapu tangan yang terlipat rapi dari poket bajunya.
"Meh sini, habis comot mulut tu." Tanpa mempedulikan pandangan Ayuni yang jelas terkejut kerana jarak mereka, Arshad meneruskan mengelap lelehan serta tempelan sisa ais krim pada mulut suri hatinya. Ayuni menelan air liur kala nafas Arshad menampar wajah.
"Dah. Bersih pun. Nak lagi?" Soalnya sambil melihat cawan ais krim Ayuni yang sudah licin. Habis dikorek semua sudut dalam cawan tu sampai bersih berkilat.
Pantas, Ayuni menggelengkan kepala. Dada berdebar hebat. Dia melarikan mata ke arah tasik. Cuba menenangkan detakan jantung yang semakin kencang. Dia mula berpeluh.
"Eh, okay tak ni? Kenapa nampak pucat?" Arshad mula risau. Aku ada salah cakap ke? Atau dia tersedak ais krim? Ataupun, Ayuni ada alergik dengan ais krim tadi! Dia mula panik.
"Ta...tak. Saya okay je Encik Arshad." Balasnya dengan gugup. Buat malu je blushing depan Arshad. Ayuni segera menyorokkan pipi yang sedia merah itu ke tepi. Langsung tidak mahu menoleh ke arah lelaki itu.
Arshad mengangguk lemah. Baguslah kalau tiada apa. Hampir saja dia hubungi ambulans sebentar tadi.
"Betul ni dah tak nak?" Ayuni menggeleng laju. Seleranya sudah hilang. Yang tinggal, hanyalah rasa malu yang kian menebal dalam hati.
"Okay. So, takkan nak senyap je?" Arshad bermain dengan jemarinya. Kaki dilipat lalu dibawa ke dada. Lebih selesa bersandar pada tiang di belakang. Takdelah lenguh pinggang akibat duduk lurus macam patung. Dia pun bukannya muda lagi.
"Erm, saya tak tahu nak cakap tentang apa. Encik Arshad jelah cerita pasal...hurm...hah! Encik cerita pasal zaman Encik Arshad masih kecil." Arshad tersenyum tipis. Pandangan dialih ke tasik yang terbentang luas di hadapan mereka. Lama dia berfikir, sebelum membuka mulut.
"Mama dengan papa kahwin tanpa restu keluarga mama. Mereka bercinta tanpa pengetahuan nenek dan datuk saya di Kanada. Papa pula anak yatim piatu. Tapi, papa mewarisi semua harta peninggalan mak ayah dia. Jadi, dia boleh buka bisnes sendiri seawal usia 22 tahun." Jelasnya dengan bangga. Tapi, tetap sahaja nadanya bergetar menahan kecewa. Riak wajah Ayuni mula berubah mendengar kisah itu.
"Waktu tengah bercinta, papa selalu manjakan mama. Belikan itu ini, mintalah apa pun, pasti papa akan tunaikan. Sampailah mereka berkahwin selepas dua tahun menyemai kasih. Dan, keluarga mama datang menyerang papa di syarikat. Disebabkan tu, bisnes papa jatuh teruk. Hampir nak melingkup. That time, kawan baik papa, Uncle Razman datang hulurkan bantuan. Lepas tu, papa terpaksa tutup syarikat lama dia dan buka syarikat baru. Syarikat yang sedang saya usahakan sekarang ni." Ayuni mengangguk faham.
"And, that man did it again! Dia bayar semua hutang dan beli rumah pertama khas buat mama di Bukit Sentosa. Itu rumah impian mama. Rumah yang awak dengan opah tinggal sekarang. And after a year, saya pun dilahirkan." Ayuni mendengar tanpa mencelah.
"Everything was so perfect in our life, until, he came into my mom's life." Nada Arshad mula berubah tegas.
"Dia kawan lama mama. Sejak buka syarikat baru, papa banyak dapat projek dan pelaburan dari luar negara. Jadi, nak atau tak, dia tidak akan dapat elak daripada pergi outstation. Kadang, lepas dua, tiga minggu, baru dia balik. Dan lelaki tu, gunakan peluang ni untuk jauhkan mama daripada papa. Dia racun fikiran mama sampai mama mula bencikan papa. Mula curiga dengan papa. Sampai, saya ditinggalkan seorang diri di rumah. Mereka akan keluar bersama. Kadang sampai tak pulang ke rumah langsung. I was only 5 at the time." Ayuni tertunduk. Jadi, bukan semua cerita orang kaya itu bermula dengan kebahagiaan?
"One day, papa dapat tahu yang mama ada hubungan dengan kawan lama dia. And he was so upset. Dia serang lelaki tu, dan berjanji akan ceraikan mama sebab hancurkan kepercayaan dia. I was so scared. Saya takut saya akan hilang kedua mereka pada masa yang sama." Dia berhenti seketika. Menarik nafas sambil menenangkan diri.
"But, somehow, they both made it up. Keluarga kami kembali bersatu. And when I was 16, the same thing happened again bila keluarga mama datang heret mama balik ke Kanada. Tapi mama taknak. Lepas tu, saya dihantar ke luar negara, sebab papa risau saya jadi makin stres dengan masalah keluarga. Sejak tu, saya mula bencikan both of my parents. Papa terlalu pentingkan bisnes dia sampai lupakan saya yang sentiasa tunggu kepulangan dia, sementara, mama, sanggup biarkan saya tinggal seorang diri di rumah demi mengejar keseronokan luar. Waktu tu, saya rasa both of them are so selfish. Tak fikir langsung pasal saya." Sambungnya sebelum tertawa sinis.
"So, lepas saya pindah ke Europe, saya kenal dengan kawan-kawan yang makin...trapped me inside the darkness. Saya mula jejakkan kaki ke kelab malam, minum minuman keras, langgan pelacur. Semua benda tu, makes me feel so happy. Saya rasa, at last, I have someone with me. Saya tidak keseorangan seperti sebelum ni lagi.
Papa cuba buat macam-macam, so I can changed to a better son, tapi saya tak nak! Saya terlalu selesa dengan semua dosa tu, until one day, saya dapat tahu yang mama dah meninggal dunia. And, I thought, there is no more life for me after this. Saya teruskan semua benda tu until, saya...saya rosakkan hidup awak yang tak tahu apa-apa!" Air matanya mengalir tanpa segan silu di hadapan Ayuni. Ayuni tergamam. Ingin memujuk, tapi tiada diksi yang mampu dia ungkapkan ketika itu. Tubuhnya kaku.
"Sebabkan insiden tu, saya mula berubah. Cuba jauhkan diri daripada keseronokan sementara tu semua. Dan dekatkan diri dengan Dia. Lepas, hadirnya Adwa, I can finally change my life. Saya nak jadi seorang ayah yang baik, yang boleh Adwa banggakan satu hari nanti." Ujarnya sambil lap sisa air mata pada hujung lengan baju.
"And, I will always love you. Takkan ada tempat untuk wanita lain dalam hati saya selama saya hidup. Dan, takkan ada mana-mana wanita pun dapat menggantikan tempat awak sebagai ibu kepada anak kita, Ayuni." Ucap Arshad. Ayuni terpempan tanpa kata. Makin laju jantungnya mengepam darah ke seluruh badan. Dia tidak tahu hendak berikan reaksi yang bagaimana. Namun, apa yang pasti, nama Arshad sudah pun terukir kemas di hatinya.
Keadaan di dalam kereta sunyi sepi. Tiada di antara mereka yang membuka mulut. Ayuni tertunduk bermain pada zip beg silangnya. Kata-kata Arshad masih terngiang dalam pendengaran.
Bersambung...
Share this novel
update plss .