Bab 8: Bukan Perempuan Murah

Short Story Series 116383

"Pukul lagi, hit me again! Kau buat aku makin gila nakkan kau!" Habis-habisan Ayuni meronta dan memukul dada Arshad supaya lelaki itu melepaskan dirinya, namun segala usaha itu makin menambahkan bara di dalam api.

Selimut yang masih membaluti dadanya pula menjadi sasaran Arshad. Sudah berkali sebenarnya dia cuba untuk menarik selimut itu daripada genggaman Ayuni, tapi masih sahaja gagal.

"Jangan buat aku marah Ayuni!" Akhirnya, Arshad mula hilang sabar. Semakin geram dengan sikap protes Ayuni. Apa gunanya perempuan ini masih mempertahankan dirinya, sedangkan tubuhnya itu sudahpun menjadi santapan aku malam tadi?

"I can pay you...berapa pun yang you nak..." Membuntang mata Ayuni. Jadi, dia kira, tubuh seorang wanita ini ada nilainya? Boleh dibayar beli sesuka hati. Dipakai buang ikut nafsu sendiri. Seorang perempuan yang bermaruah, tidak akan sesekali menyerahkan maruah dirinya kepada mana-mana lelaki demi wang ringgit!

"Saya bukan perempuan murah yang tuan boleh beli guna duit tuan yang banyak tu...Lepaskan saya! Apa tak cukup lagi, tuan ratah tubuh saya tanpa keizinan saya malam semalam? Apa tuan tiada hati perut langsung, sampai perlu menyakiti hati dan perasaan seorang wanita demi memuaskan keinginan tuan? Apa tuan tidak malu dengan tuhan yang sentiasa melihat apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini? Apa tuan tidak berasa kasihan dengan raungan saya, jeritan saya semalam? Sekuat itukah nafsu tuan sampai tak boleh nak fikirkan pasal masa depan saya? Mungkin wanita-wanita yang pernah tuan gauli sebelum ini terlalu mudah dibeli menggunakan wang ringgit, tetapi saya tidak. Walaupun saya tidak mempunyai harta, namun saya tidak dididik untuk hidup dengan duit hasil jual maruah saya! Ingatlah tuan, tuhan itu sentiasa memerhati apa sahaja yang kita buat...Percayalah, perbuatan tuan terhadap saya pada hari ini, pasti akan ada balasannya di kemudian hari. Allah itu maha adil!" Sepi menyelubungi mereka berdua. Arshad terkedu sehingga tidak mampu mengeluarkan suara. Segala titipan ayat yang keluar dari mulut Ayuni, benar-benar membuatkan dia berasa tidak senang duduk.

"Aku...aku..." Gugup. Hendak melihat wajah Ayuni juga dia tidak mampu. Malu! Kecewa! Marah! Sehina itukah dia di mata Ayuni? Tetapi, mengapa dia terkesan sampai begitu sekali dengan kata-kata yang terluah daripada mulut seorang gadis miskin seperti Ayuni?

Sebelum ini, dia tidak kisah langsung mengenai hal agama. Soal dosa dan pahala, ditolak tepi dahulu, yang penting, zaman muda ini, dimanfaatkan sepenuhnya dengan keseronokan. Bila dah tua nanti, pandai-pandailah dia bertaubat.

Mukhriz juga selalu menitipkan pesan kepadanya agar tidak tinggal solat, namun dia abaikan sahaja pesanan itu. Solat untuk apa? Pernah sahaja dia melihat rakan-rakan senegara yang lain menunaikan solat mengikut waktu, namun masih sahaja hidup mereka diuji.

Jadi, apa gunanya sembahyang, jika kebahagiaan itu masih belum pasti dapat dikecapi melaluinya? Lagipun, dia masih terlalu muda untuk menjadi seorang ustaz. Memikirkan sahaja dia solat, hampir membuatkan Arshad ketawa. Kelakar! Orang seperti dia, solat, meminta pada Allah yang maha esa, untuk apa? Yakinkah tuhan itu mendengar doa daripada seseorang seperti dia?

"Mati itu pasti tuan. Jika bukan hari ini, mungkin esok. Tuan yakin ke, amalan tuan sudah terlalu banyak di dunia ini, sehingga mampu menjadikan tuan sebagai salah seorang penghuni syurga?" Tajam! Sekali lagi Arshad terpukul dengan kata-kata Ayuni.

Siapa gadis ini, dan mengapa setiap bait katanya begitu menikam sekeping hatiku sehingga mula mengeluarkan cairan merah. Jika mata kasar itu boleh melihat apa yang sedang aku rasai pada detik ini, pasti dia akan tahu, segugup manakah diriku untuk terus bertentang mata dengannya!

Tanpa sedar, Arshad melepaskan cengkamannya pada pergelangan Ayuni. Dan pada ketika itu juga, Ayuni menolak jauh tubuhnya lalu bangun dalam keadaan tergesa-gesa. Pakaiannya yang berselerak di atas lantai dikutip satu persatu.

Hiba sekali hatinya pada ketika itu. Dia sudah rosak! Masih adakah insan yang mahu menerima dirinya selepas ini? Pakaian disarungkan ke tubuh. Sempat dia meneliti keadaan bahu dan kawasan dadanya yang penuh dengan kesan gigitan dan lebam-lebam merah. Jijik! Dia jijik dengan tubuh ini!

Pandangan Arshad terhadap dirinya, tidak dihiraukan sama sekali. Langkah terus dibawa ke arah pintu, sebelum dia meluru keluar dari situ.

Arshad kaku di posisinya. Tersandar lemah di kepala katil. Kesal dengan perbuatan sendiri, namun pada masa yang sama, dia terasa hati dengan kata-kata Ayuni sehingga menjentik tembok keegoannya. Mustahil untuk dia mengaku salah dan memohon maaf. Tidak mungkin!

Biasalah, lepas sehari dua, entah-entah dia sendiri yang datang tadah dirinya pada aku. Rambut sedia kusut itu dirapikan dengan jemari sementara bibir mengulum senyuman tipis. Insaf? Adalah sikit. Tapi, tidak mungkin dia akan menanggapi kata-kata daripada seorang gadis miskin seperti Ayuni.

Biasalah, orang-orang seperti dia, hanya mengharapkan ihsan Tuhan sahaja. Apa-apa hal, pasti akan mengheret sekali nama tuhan. Dia sudah muak dan rimas. Dia memalingkan kepala ke arah meja sisi, lalu mencapai telefon bimbitnya.

Hampir seharian dia tidak menghidupkan peranti itu dek kerana terlalu sakit hati dengan sindiran rakan-rakannya di kelab malam semalam. Peranti itu dihidupkan.

Eh, 10 missed calls? 8 daripada nombor yang tidak dikenali dan dua lagi daripada bapanya, Mukhriz. Satu helaan panjang dilepaskan. Dia lebih tertarik dengan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali itu.

Siapakah yang menghubunginya berkali-kali seperti ini? Apakah salah seorang daripada teman-temannya? Mustahil! Nombor-nombor mereka sudah lama disimpan di dalam senarai kenalannya. Jadi tidak mungkin mereka menghubunginya menggunakan nombor lain. Dan, terdapat juga beberapa buah pesanan ringkas daripada Syam, Raihan dan Hasrul.

Namun, Arshad memilih untuk mengabaikannya sahaja buat sementara waktu. Biar rasa marahnya terhadap mereka reda dahulu. Kini, dia perlu kenal pasti siapakah pemilik di sebalik nombor asing ini.

Setelah lama berfikir, akhirnya dia memutuskan untuk menghubungi sahaja nombor itu. Dan, pada deringan kedua, panggilan bersambung sebelum suara seorang pemuda kedengaran di hujung talian.

"Hello?" Suara asing itu bersuara terlebih dahulu, meninggalkan Arshad sepi seketika, cuba mengesan pemilik suara yang cukup asing itu. Sungguh, dia tidak mengenali gerangannya.

"Err, hello. May I know, who am I speaking to?" Soalnya sambil menunggu jawapan daripada pihak sana.

"Saya dari hospital Kuala Lumpur. Bapa tuan, Dato' Mukhriz terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke Putrajaya, malam semalam. Dan, beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Boleh encik atau mana-mana ahli keluarga Dato' Mukhriz datang ke hospital sekarang? Ada beberapa prosedur yang perlu pihak kami lakukan sebelum menyerahkan jenazah. Sebenarnya, dari semalam lagi pihak kami cuba menghubungi encik, namun tidak berjaya...

Genggaman pada telefon bimbitnya terlepas dengan sendiri. Dunianya terasa seakan sudah berhenti berpusing. Kelam! Suram! Arshad kehilangan kosa kata. Apakah ini kenyataan atau hanyalah mimpi buruk semata-mata?

Suara yang kekal menyebut namanya di hujung talian tidak diendahkan. Jiwanya kosong sekali. Rasa seperti dia kehilangan sesuatu yang tidak mungkin dapat dia beli di mana-mana dengan kekayaannya.

Satu, dua titis bergenang menjadi tumpahan pula. Ini merupakan kali kedua dia menumpahkan air mata selepas pemergian ibunya sekitar 15 tahun yang lepas. Papa, what kind of surprise is this? Suka ke buat Arshad macam ni? Kenapa? Kenapa kena pergi seawal ini? You are selfish! You...

Esakan dan raungan, tidak akan mampu mengembalikan Mukhriz ke dunia ini lagi. Setiap titisan air mata yang gugur ke bumi, hanyalah sia-sia. Insan itu sudah tiada. Sudah pergi terlalu jauh sehingga sukar untuk dicapai.

Rindu? Entah...Dia tidak pernah rapat dengan bapanya sejak dihantar ke luar negara. Hari-harinya banyak dihabiskan bersama rakan-rakan di sana. Kehadiran Mukhriz sentiasa diabaikan. Tidak pernah walau sekalipun, dia membanggakan Mukhriz. Dia tidak peduli tentang perasaan lelaki itu. Namun, mengapa kini, jiwanya memberontak. Matanya merembeskan air mata...dan hatinya sesakit ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience