Wahid menoleh sekilas ke kanan sebelum melintas ke seberang jalan. Dia mahu pulang ke rumah sebentar.
Fail kerjanya tertinggal di atas meja sewaktu dia bergegas ke klinik pada malam semalam. Entah bagaimana dia boleh cuai sehingga terlupa mengenai fail penting itu.
Langkah diayun pantas menuju ke arah keretanya yang terparkir di bawah sebuah pokok yang rendang di tepi jalan.
"Eh, Wahid kan?!" Tersentak, pantas Wahid berpaling ke belakang sebelum mengimbas gerangan yang menyebut namanya tadi. Atas bawah wanita asing itu dipandangnya.
"Wahid kan? Betul lah kau Wahid." Gerangan itu langsung menghampiri Wahid sambil tersenyum manis. Wahid memerhati tanpa bersuara, atau paling tepatnya, bibirnya terkunci rapat.
Jarang dia diserang dilema seperti ini. Dia menatap lama wajah wanita yang sudah berdiri betul-betul di hadapan mukanya sekarang.
"Kau apa khabar? Lama dah tak dengar khabar pasal kau...kawan-kawan kita cakap, kau dah lama pindah ke U.K." Tambah wanita itu. Wahid hanya mendengar tanpa mencelah.
Bibirnya enggan memberikan kerjasama untuk mengeluarkan ayat seperti biasa. Sejujurnya, dalam rasa terkejut, dia juga terpegun melihat kecantikan wanita itu. Mak aii, bergetah sangat ni! Nasib tak menitik air liur!
"Eh, aku silap orang ke? Kau Wahid kan?" Gerangan itu tiba-tiba berubah panik. Yalah, mana tahu dia sedang menegur orang yang salah. Mungkin pelanduk dua serupa, yang entah siapa.
"Bet...betul. Aku Wahid." Dalam kepayahan, Wahid menjawab. Gerangan itu tersenyum manis lagi.
Boleh kena kencing manis aku ni...Berubah 180° minah rempit ni! Dulu masa kat sekolah bukan main lagi, tudung kejap kat kepala, kejap kat bawah dagu.
Baju sekolah berkedut seribu, muka takde Nur, naik pulak Honda Cub zaman Jepun! Pendek kata, serabai nak mampus! Kusut, serabut, keding, semuanya dialah!
Takde satu pun laki nak kat dia. Totally a red flag! Dulu dia pernah cekik aku sebab tersentuh hujung lengan baju dia, padahal bukannya aku sengaja pun. Tapi tulah, dulu comot, sekarang...
"Hoi?!" Wanita itu memetik jari di depan muka Wahid. Geram pertanyaannya tidak dijawab. Malah, Wahid sepertinya tidak mengendahkan persoalannya. Dia seakan tenggelam dalam dunia ciptaan sendiri.
"Ah...apa?" Tergagap-gagap Wahid menjawab. Jangan kantoi mengelamun sudah!
"Berangan apa pagi-pagi camni? Awat tengok aku lagu tu?...Jangan sampai aku terajang kau kat sini ek?" Ugutnya sambil menjegilkan biji mata. Walaupun, gaya hidupnya kini dah berubah, tapi mindanya masih belum terasuh sepenuhnya.
Wahid memejamkan mata seketika, sambil menarik lalu menghembuskan nafas yang panjang. Luaran sahaja yang ayu, dalamannya masih sama seperti dahulu kala. Hampir-hampir aku percaya mangkuk hayun ni dah berubah. Kutuknya dalam hati.
"Oi, tidur pulak!" Bentaknya sambil mencekak pinggang. Pelik benar perangai jantan seekor ni. Masa sekolah elok je otak bergeliga, mulut tak usah cakaplah, kalau tak menyakitkan hati orang, tak sah! Dah tua kerepot macam ni, terus berubah jadi pendiam?
"Mana ada tidur. Tengah tenangkan fikiran." Wanita itu memandangnya atas bawah. Terherot bibirnya dengan sinis.
"Amboi, tang nampak aku je, mesti hidup hang jadi tak tenang kan......." Maka dengan itu, pagi Wahid yang sepatutnya tenang, sedikit demi sedikit beransur kelam. Sekelip mata moodnya berubah. Menyesal pun ada sebab pergi melayan perempuan ini.
Nampaknya, hari ini, dia terpaksa menadah telinga mendengar leteran Ayu. Ya, Ayu Zaitun, bekas classmatenya dari neraka. Terpaksa letak "dari neraka" sebab satu, Wahid tak suka langsung sekolah tu, dan kedua, dia benci perangai Ayu.
Ayu juga lebih dikenali sebagai Eton di sekolah. Rata-rata pelajar lelaki di sekolah, takut mahu mendekati Ayu waktu tu. Bukan takut, tapi lebih kepada gerun.
Pernah sekali, ada senior cuba mendekati Ayu, konon-kononnya nak mengorat, tapi, lain pulak yang jadinya lepas tu. Senior itu terus lenyap dari sekolah keesokan harinya. Seluruh warga sekolah menjadi hairan dan pelik dengan insiden itu. Entah masih hidup atau sudah mati, tiada siapa yang tahu kecuali Si Ayu ni.
Selesai lap mulut, Wahid memandang wajah bersahaja Ayu yang masih mengunyah nasi. Masih minat nasi ayam rupanya. Gaya dia suap makanan masuk dalam mulut pun masih sama! Gelojoh!
Cuma, gayanya sahaja yang banyak berubah. Lebih anggun berkebaya ungu lembut, rambut pula diikat tocang. Mekap pada wajah pun ala kadar sahaja, tidak terlalu over atau terlalu hodoh. Nampak kemas, elegan dan cantik! Puji Wahid.
Tidak dinafikan, tadi, sebelum mengetahui identiti sebenar Ayu, dia sedikit kagum melihat kecantikan perempuan itu. Tapi, nampaknya, kini, dia terpaksa menarik semula rasa kagumnya. Tak sesuai untuk seorang wanita seperti Ayu. Tak layak sama sekali!
Selepas beberapa minit, seorang pelayan menghampiri meja makan mereka sebelum menyelitkan resit pembayaran di bawah pinggan.
Keduanya saling bertatapan seketika sebelum Ayu sengaja melarikan pandangan. Air sejuk yang masih tersisa di dalam gelas disedut habis tanpa menghiraukan Wahid yang sedang memerhati ke arahnya dengan tajam.
Mesti nak suruh aku bayar. Lelaki kot, bayarkan jelah sekali! Kedekut betul lah dia ni! Berapa belas ringgit je tu. Dasar tangkai jering! Ayu mengutuk.
Eh, buat-buat tak tahu pulak. Ni mesti nak bagi aku bayarkan. Hello, no way! Bayarlah sendiri makanan kau tu! Betul-betul ambil kesempatan di atas kesempitanlah minah ni! Baru je duk puji, dah mintak kena maki.
"Err, cik, kedai nak tutup dah. Sila bayar harga yang tertera pada resit tu secepat yang mungkin ye..." Barulah masing-masing perasan. Jeling punya jeling, nak masuk waktu Maghrib dah. Hampir lima jam mereka saling berbalas tatapan demi melihat siapa yang bakal membayar jumlah bayaran yang tercatit di atas resit berkenaan.
"Haih...kau ni! Nah, 15 ringgit! Bahagian aku." Ayu terus meletakkan beberapa kepingan wang ringgit di atas meja dengan kasar. Lolos sebuah keluhan berat di penghujungnya. Menyampah dengan perangai Wahid.
"Hah, tahu pulak nak bayar. Tadi saja nak bagi aku bayar kan? Banyak cantik muka kau!" Sembur Wahid sambil menghulurkan sehelai not RM50 kepada pelayan tadi. RM15 pemberian Ayu terus dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
"Eh, tak gentleman langsunglah kau ni!" Kutuk Ayu secara terang-terangan. Pelayan itu hanya memerhati tanpa bersuara. Pening melayan berbagai ragam pelanggan. Tapi, dua ketul kat depan dia ni, spesies rare sikit.
"Gentleman pala otak kau ah...Mu yang beria nak makan sangat kan tadi! Asal aku lak kena bayarkan bahagian kau! Bukannya kau share pun makanan kau dengan aku!" Balas Wahid sambil mengetap giginya dengan geram. Ayu tergamam seketika.
"Memanglah aku yang beria nak makan. Habistu, yang kau pergi terima pelawaan aku tu buat apa? Dah hilang waras ke kepala otak kau tu?!" Kali ini, giliran Ayu pula menyerang.
Beberapa orang pelayan restoran itu saling berpandangan sebelum meneruskan kerja mereka. Harap-harap dua ekor tu keluar sebelum kedai mereka ditutup. Masing-masing sudah mahu pulang dan berehat setelah hampir seharian bekerja.
"Kurang asamkan kau ni...Tiba nak petik pasal kepala otak aku. Dahtu, kau duk krup krap krup krap depan aku...ingat aku ni takde nafsu ke apa? Aku pun teringin jugaklah nak makan!" Wahid tidak mahu mengalah. Seperti biasa, dia kisah apa kalau Ayu terasa sekalipun. Tapi, dia tahu benar perangai wanita itu. Terasa, tiada dalam istilah hidupnya. Sejenis tak tahu malu. Kulit tebal!
"Ek eleh...aku baling jugak gelas ni kang! Lain kali, kalau takde duit sangat, jangan ikut kalau orang ajak gi makan!" Gertaknya sambil menggenggam erat gelas kaca yang sudah kosong isinya.
"Baling ah baling! Balinglah kalau berani. Aku suntik pil hormon dekat buntut kau karang!" Ugut Wahid pula.
"Woi, buntut, buntut jangan sebut eh! Aku sensitif! Kau siapa duh, nak suntik-suntik pil hormon kat buntut aku!" Teriak Ayu tanpa mengendahkan pandangan beberapa orang pelayan di situ. Masing-masing tercengang mendengar pertengkaran dua orang manusia itu. Jangan baling barang-barang dalam restoran ni sudahlah. Mahal nak ganti nanti!
"Apasal pulak aku tak boleh! Aku adalah orang yang paling sesuai dan layak nak lakukan ritual suntik menyuntik ni!" Jawapan balas daripada Wahid itu menaikkan lagi kemarahan Ayu sebelum wanita bertubuh langsing itu menjentik kuat dahi mulus Wahid.
"Arghhh!!!!!"
Bersambung.....
New Chapter. Selamat Membaca dan maaf di atas kelewatan.
Share this novel