Bab 11: Amukan

Short Story Series 116383

Selesai memarkir kereta di halaman, Arshad terus meluru masuk ke dalam rumah sebelum menghempas kuat daun pintu. Bingkai gambar yang tergantung di sebelah pintu habis pecah berderai kerana hempasan pintu berkenaan.

Bunyi hentakan yang kuat dari depan memeranjatkan Azimah yang sibuk mengelap meja makan di dapur. Dia menangguhkan kerjanya di dapur lalu bergegas ke ruang tamu.

Sangkanya ada haiwan liar yang masuk ke dalam rumah, rupanya anak majikannya yang menghasilkan bunyi tersebut. Tanpa berlengah, Azimah masuk ke dapur sebelum muncul semula bersama sebatang penyapu dan sekop sampah.

Azimah menghampiri kawasan yang kotor dengan cebisan kaca pecah lalu terus menyapunya dengan bersih. Ikutkan, dia mahu berbincang bersama Arshad mengenai Ayuni, namun melihat pada wajah jejaka itu, nampaknya Azimah terpaksa membantutkan niatnya buat masa sekarang.

Lagi pula, Dato' Mukhriz baru sahaja meninggal dunia. Risau juga, jika dia membuka mulut pada saat yang salah, sehingga memburukkan keadaan dan Arshad mula bertindak di luar kawalan.

Selesai membersih, Azimah terus menapak ke dapur tanpa menoleh pada Arshad yang sedang memerhatikan setiap gerak gerinya.

Prang!!!

"Astaghfirullah al azim..." Azimah beristighfar, menenangkan dada yang turun naik dengan laju. Dia pecahkan apa lagi? Azimah mengumpulkan keberanian, sebelum membawa diri ke ruang tamu semula.

Dia tergamam melihat pasu bunga kesayangan Dato Mukhriz berkecai di atas lantai. Mata dipejam, nafas ditarik dalam-dalam, cuba mencari kesabaran yang kian menipis. Nampaknya, dia perlu mengutip cebisan-cebisan pasu bunga itu pula.

"Mana cucu nenek?!" Bergema suara garau milik Arshad di pelosok rumah agam itu. Azimah terkedu. Tidak berani menentang mata Arshad yang begitu tajam tertumpu ke arahnya.

"Mana cucu nenek?! Dengar ke tak dengar?!" Pekikan itu membuatkan Ayuni segera keluar dari bilik tidur. Dia bimbang, jika dia masih bersembunyi di dalam bilik, Arshad akan bertindak menyakiti neneknya pula.

"Yuni..." Azimah menggeleng beberapa kali supaya Ayuni mematikan langkah dan masuk semula ke dalam bilik, namun isyaratnya tidak diendahkan oleh gadis itu. Malah, Ayuni menghampiri kedudukan Arshad sambil menundukkan kepala.

Pang! Pang! Pang!

"Ya Allah, Yuni!" Azimah terjerit sebelum berlari mendapatkan tubuh Ayuni yang sudah melorot di atas lantai bersama genangan air mata. Dia langsung tidak menyangka, cucunya akan ditampar sebegitu rupa oleh Arshad.

"Dasar betina! Kau bela apa? Hah...kau bela apa? Kau bagitau kat aku! Kau bagitau aku sekarang betina! Bagitau aku!" Kali ini, rambut panjang Ayuni pula ditarik kuat sehingga tubuh kecilnya turut sama terseret ke arah pintu masuk. Azimah merangkak menghampiri Ayuni yang sudah menangis meminta tolong.

"Jangan tuan...jangan...Saya merayu. Jangan pukul cucu saya...jangan tuan..." Azimah melutut di hadapan Arshad sambil memeluk erat tubuh Ayuni. Rambut cucunya yang masih digenggam kuat oleh Arshad cuba dileraikannya, namun Arshad tidak berganjak walau sedikitpun.

Ayuni hanya mampu merintih menahan kesakitan. Rahang serta pipinya juga sudah merah dan bengkak. Luluh hati Azimah melihat keadaan Ayuni. Mengapa cucunya harus diperlakukan sebegitu?

"Nenek cakap kat cucu nenek ni, terus terang kat saya. Dia bela apa? Dia bela apa sampai papa saya mati?!" Pekik Arshad. Azimah terlopong saat Ayuni difitnah. Dia menggelengkan kepala, menidakkan tuduhan Arshad terhadap mereka berdua.

"Mengaku jelah! Korang dua ni bela somethingkan? Sebab tu papa aku mati!" Kepala Ayuni dihentak kuat di atas lantai. Nasib sahaja, Azimah sempat menarik kolar baju gadis itu, sebelum dahinya betul-betul mendarat di atas lantai jubin di bawahnya.

"Ya Allah, tuan...sumpah kami bukan orang macam tu. Kami tak bela apa-apa. Kami...kami..." Esakan kian kuat saat dia melihat amukan Arshad yang mengheret tubuh Ayuni tanpa belas kasihan ke arah halaman rumah pula.

"Kau tak nak mengaku kan? Kau taknak mengaku kan betina?! Kau tengoklah apa aku boleh buat dengan kau! Kau tunggu!" Hos panjang yang digunakan sebagai penyiram pokok terus dicapai sebelum Arshad melilitnya di leher Ayuni. Lilitan sengaja diketatkan sehingga Ayuni kehilangan nafas.

"Ayuni! Ya Allah...Ya Allah selamatkan cucu aku...Lepaskan dia...Tolong lepaskan dia tuan! Cucu saya tak salah! Cucu saya tak salah tuan! Jangan seksa dia macam bapa dia tuan...Jangan seksa dia macam anak saya!" Azimah seperti orang hilang waras. Dia menggunakan kudrat yang masih tersisa dengan menghalang Arshad dari terus menjerut Ayuni yang mula berubah pucat.

Saat itu, ada rasa lain yang menjentik hati Arshad sehingga genggamannya pada hos itu terlepas serta merta. Kata-kata Ayuni tempoh hari mula menerjah ruang ingatannya.

“Kenapa kau tak sambung belajar?”

“Sebab saya tak mampu.”

Adakah sebab itu?

Saat tersedar perbuatannya, Arshad terus mencampakkan hos itu dengan kuat ke tepi. Tubuhnya menggigil saat memikirkan perbuatannya tadi. Apa yang kau dah buat ni Arshad! Dia memandang kedua belah tapak tangannya dengan tatapan tidak percaya. Dia nyaris membahayakan nyawa Ayuni!

Arshad meraup kasar wajah yang sudah lencun dengan linangan air mata. Dia mengundur beberapa langkah saat tubuh Ayuni dipapah masuk oleh Azimah ke dalam rumah. Dia melihat jelas wajah dan keadaan leher Ayuni yang merah-merah dan bengkak angkara amukannya tadi.

"Saya...biar saya hantarkan dia ke bilik." Melihat gelengan lemah daripada Azimah, dia akur bahawa mereka sudah terlalu banyak terluka kerananya. Dia mengangguk perlahan sebelum menjauhi Azimah dan Ayuni yang sudah tertunduk lemah.

Arshad mengintai dari tangga, keadaan bilik Ayuni dan Azimah. Lampu sepertinya masih menyala. Mereka tak keluar makan ke? Ataupun sudah tidur? Budak tu, okay ke? Fikirannya kusut dengan soalan.

Tok Tok Tok

"Takde apa Yuni...opah ada." Ayuni memeluk erat tubuh Azimah saat suara Arshad menyapa pendengarannya. Dia takut, terlalu takut dengan lelaki itu.

"Jangan-jangan, dia nak serang Yuni lagi opah." Azimah langsung menggeleng. Nada suara Arshad sedikit lembut jika dibandingkan dengan tadi. Apa pemuda itu mahu meminta maaf daripada mereka berdua?

"Erm...maaflah kalau saya ganggu nenek. Saya ada masakkan nasi goreng. Ada kat atas dapur. Air teh pun saya dah siap bancuh, tapi saya letak dalam peti sejuk. Nenek, dengan cucu nenek...makan ye. Saya...saya sebenarnya nak...ermm...saya...saya naik atas dulu ye. Cuma, kalau cucu nenek tak sihat ke apa, nenek panggil saya ye. Saya...saya janji saya tak tidur." Azimah dan Ayuni saling berpandangan sejenak. Masing-masing hairan dengan perubahan sikap Arshad. Begitu berbeza dari yang petang tadi.

"Yuni nak makan ke? Nak opah..." Azimah mengangguk saat Ayuni menggelengkan kepala. Badan Ayuni yang panas itu dilap dengan kain basah. Rasanya sudah dua biji panadol ditelan oleh cucunya, namun panas badannya masih belum surut. Wajah Ayuni juga pucat lesi.

"Yuni...Yuni..." Azimah terjaga dari tidur saat terdengar panggilan Ayuni. Dia melekapkan tapak tangannya pada dahi dan leher cucunya sebelum bergegas lari ke tandas. Dia membasahkan semula tuala yang sama sebelum menghampiri Ayuni yang kelihatan tidak bermaya.

"Opah, Yuni tak larat dah..." Bisiknya dengan perlahan.

"Yuni...Yuni, nak ke hospital ke? Kita...kita ke hospital ye cu..." Apa sahaja pilihan yang dia ada pada waktu itu, selain meminta pertolongan daripada Arshad. Mahu menghubungi ambulans, dia tidak pandai. Azimah langsung bergegas menapak ke bilik Arshad.

"Tuan...tuan...tolong saya..." Belum sempat Azimah meneruskan kata selanjutnya, pintu bilik sudah terkuak luas.

"Yuni...Yuni dia..." Arshad segera menuruni anak tangga, diikuti pula oleh Azimah dari belakang. Tubuh Ayuni yang sudah lemah itu dicempung lalu dibawa masuk ke tempat duduk penumpang di belakang.

next chap

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience