The number that you have dialed, is unreachable. Please try again later. Nombor yang anda dail...
Telefon bimbit itu dilemparkan ke atas sofa. Wahid mengeluh kecewa. Pasti Ayu telah menyekat nombornya.
Berkali-kali dia cuba membuat panggilan, namun, tidak ada satu pun yang berjaya. Kesemua panggilan yang dilakukan, masuk ke peti suara. Nampaknya, Wahid perlu berhenti. Berhenti mengejar jawapan daripada Ayu.
Tidak perlulah dia membuang masa dan tenaga dengan mengambil tahu tentang masalah orang lain. Jadi, Wahid memutuskan untuk berhenti sampai di situ sahaja.
Dia menjatuhkan punggungnya semula di atas kerusi kerja. Kertas di tengah meja lantas ditarik lalu diangkat tinggi. Dia meneliti setiap barisan ayat yang tertera pada helaian itu satu persatu.
Dalam diam, dia melepaskan keluhan nipis. Menyesali diri yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan amanah sebagai seorang perawat selama beberapa minggu ini kerana masalah peribadi.
Dia mengalihkan mata ke arah jam yang tergantung pada dinding. Sudah masuk waktu rehat. Dia meletakkan semula kertas-kertas itu di atas meja sebelum bangun dari tempat duduknya.
Kaki dibawa menuju ke meja Rita. Wanita itu sedang sibuk melakukan rutin hariannya sebagai seorang jururawat. Wahid menghampiri kedudukan Rita sebelum berhenti di hadapan kaunter pendaftaran.
"Eh, doktor! Nak keluar dah ke?" Soalnya dengan riak terkejut. Wahid menghalakan pandangan pada beberapa helaian borang di atas meja Rita. Dia menghulurkan tangannya ke arah wanita itu.
"Hah? Doktor nak kertas-kertas ni?" Pertanyaan jururawatnya itu dibalas dengan anggukan kepala. Biarlah dia menyelesaikan kerjanya sendiri. Sudah banyak hari wanita itu terpaksa mengambil alih tugasnya.
"Err, doktor nak saya buatkan air?" Wanita itu masih dalam riak terkejut.
"It's okay. By the way, thanks." Ucapnya sebelum berlalu pergi dari situ bersama kertas-kertas tadi. Rita memandang aneh Wahid yang sudah masuk ke dalam biliknya. Apa kena dengan majikan aku ni?
"Ini kali kelima saya periksa Encik Arshad. Dan, macam yang pernah saya cakapkan sebelum ni, Encik Arshad is completely fine. Mungkin tanda-tanda tu semua terjadi, because of stress. Walaubagaimana pun, saya tetap akan bekalkan beberapa vitamin tambahan, untuk beri tenaga kepada Encik Arshad. Just take a good rest and elakkan makan makanan yang too oily for now." Pegawai kesihatan itu lantas menuliskan sesuatu di atas sehelai kertas sebelum dia hulurkannya kepada seorang jururawat.
Arshad memerhati dalam diam. Dia tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh doktor tersebut. Sudah lebih daripada 3 orang doktor dia berjumpa. Namun, jawapan yang diterima masih sama.
"Saya dah tuliskan ubat dengan vitamin tambahan untuk Encik Arshad, you may get it after this, at the counter." Kata doktor itu sambil tersenyum. Arshad bingkas berdiri dari kerusinya sebelum melangkah ke arah pintu masuk.
"Encik Arshad...maaf saya nak tanya." Lantas Arshad menoleh ke arah doktor itu. Menunggu pertanyaan yang dimaksudkan oleh doktor wanita tersebut.
"Encik Arshad sudah berkahwin?" Arshad langsung menggelengkan kepala. Wajahnya tampak serius.
"Belum. Kenapa?" Dia bernada dingin. Bukan apa, dia menyesal kerana membuat pemeriksaan yang sama hanya untuk mendengar jawapan yang serupa. Dia yakin, bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuhnya.
"Oh, takpelah kalau macam tu. Selalunya, tanda-tanda yang ada pada Encik Arshad ni, sometimes akan dialami oleh para suami, jika isteri mereka sedang mengandung. Tapi, tak semualah, only a fews. Tu yang saya tanya." Balas doktor tersebut sambil tersenyum tipis. Arshad melopong tidak percaya. Hatinya dipagut rasa gelisah dan gementar. Tak mungkin! Tanpa melengahkan masa, kakinya langsung bergerak laju menuju ke arah perkarangan klinik itu. Fikirannya kini tertumpu pada Ayuni.
Brek tangan lantas ditarik, sebelum dia bergegas keluar dari kereta. Pintu dibiarkan terbuka. Tali leher yang tersarung di leher dilonggarkan sambil kakinya melangkah laju ke arah pintu masuk. Jantung mulai berdegup laju. Jelas terpancar kegelisahan di wajah Arshad tika menghampiri ruang tamu. Ketika kakinya menjejak dapur, dia ternampak kelibat Azimah yang sedang membasuh pinggan di singki.
"Nek, mana Ayuni?" Azimah hampir terjerit kecil akibat sergahan itu. Dia langsung mengalihkan pandangan ke arah Arshad yang sedang berdiri di belakangnya.
"Ada...ada kat dalam bilik. Kenapa?" Timbul sedikit keresahan apabila lelaki itu menyoal tentang cucunya. Insiden lalu masih segar dalam ingatan.
"Saya nak jumpa dia kejap...ada hal penting." Azimah meletakkan pinggan dalam genggamannya itu ke dalam singki.
"Boleh nenek tahu, hal penting apa?" Berkerut dahi saat dia melihat riak wajah Arshad yang seakan-akan sedang tergesa-gesa.
"Nek, Ayuni...cucu nenek tu, mengandung ke?" Azimah terkedu. Dia menatap tepat ke anak mata Arshad yang bergetar. Jelas ada kegusaran dan kebimbangan di situ. Azimah menelan air liurnya.
"Kenapa Arshad tanya macam tu?" Soalnya sedikit gugup.
"Saya nak bawa dia pergi check up. Suruh dia bersiap." Arah Arshad dengan tegas. Melihat pada Azimah yang masih membatu di tepi singki itu, membuatkan rasa sabarnya kian menipis.
"Ini arahan! Cepat!"
"APA! HAMIL 2 BULAN?!" Serba salah doktor wanita itu jadinya. Dia tercengang seketika. Aku ada salah cakap ke?
"Err, ya. Puan Ayuni sedang hamil 2 bulan." Balasnya lalu mengerling sekilas ke arah Ayuni yang sejak tadi hanya tertunduk menekur lantai, sebelum mengalihkan semula pandangannya pada Arshad yang kelihatan seperti cacing kepanasan.
"Do...doktor pasti ke?" Soal Arshad tiba-tiba. Wanita itu mengangguk lembut sambil tersenyum kelat. Pertama kali dia melihat reaksi seperti ini pada pesakit.
Rata-rata yang datang membuat pemeriksaan kehamilan, pasti akan pulang dengan senyuman manis jika mendapat khabar gembira. Namun, pasangan ini, sedikit berbeza.
Arshad lantas melepaskan keluhan. Gawat! Dia menoleh pula pada Ayuni yang sedang menangis di sisinya.
Memandangkan tiada yang bersuara, maka wanita itu memilih untuk membuka mulut terlebih dahulu. "Tahniah Encik Arshad dan Puan Ayuni. Jadi, rasanya Puan dah boleh buat buku pink di kaunter. Nanti saya panggilkan nurse untuk.......
Kata-kata daripada doktor di hadapan sudah tidak masuk ke dalam pendengaran mereka berdua. Keduanya masih dalam riak terkejut dan kecewa.
Ayuni tatap sayu isi kandungan di dalam buku merah jambu yang berada atas ribanya. Dirinya sukar percaya, bahawa dia kini, sedang hamil selama 2 bulan.
Dia mengintai sekilas Arshad yang sedang memandu melalui ekor matanya. Dia yakin, pasti lelaki itu akan memaksanya untuk menggugurkan kandungan itu.
Tanpa sedar, air matanya mengalir lagi. Jadi, inilah akibatnya kalau menjadi orang miskin. Nasib tidak terbela, dan terpaksa mengikut telunjuk orang lain.
Mengapa takdirnya selalu kejam seperti ini. Hatinya memberontak walaupun dia tahu, berdosa jika takdir tuhan itu dipersoalkan. Tapi, dia hanya manusia biasa, yang pastinya mahu hidup dengan tenang.
Bukan dia pinta, untuk menerima nasib yang seperti ini. Ibunya meninggalkan dia sewaktu dia masih bayi. Dia tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu. Bapanya pula tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Keperluannya sering terabai.
Dia tidak pernah mengeluh mahupun memberontak ketika itu, kerana dia yakin dengan hikmah di sebaliknya. Tapi, mengapa dia masih diuji lagi dan lagi sehingga imannya sedikit demi sedikit menjadi goyah. Apakah, perkataan hikmah di sebalik ujian itu benar-benar wujud? ataupun ianya hanya sekadar penyedap kata untuk menenangkan hati seseorang?
Share this novel