Bab 54: Bertepuk Sebelah Tangan

Short Story Series 116383

Amilah perhatikan gerak geri Ayu yang sedang menyarungkan tudung bawal ke kepalanya. Wanita itu lantas membetulkan posisi duduk sebelum berdeham perlahan.

Ayu yang sedang mengemaskan lipatan pada tudungnya berpaling ke arah Amilah.

"Kamu ni, betul ke nak jumpa dengan Si Razman tu, Ayu?" Soal Amilah dengan risau. Wajah datar anak buahnya dipandang tepat. Sebelum ini, Ayu sering menolak daripada berjumpa Razman, namun, entah mengapa tiba-tiba hari ini, dia bersetuju pula. Amilah menjadi tertanya-tanya.

"Ya mak ngah. Nanti, Ayu balik naik teksi je. Mak ngah janganlah risau. Lagipun, kami jumpa dekat tempat awam. Ramai orang dekat situ." Ujarnya cuba menenangkan hati tua itu. Apapun, Amilah tetap berasa ragu-ragu dengan keputusan Ayu.

Bagaimana kalau Razman mempunyai motif yang tidak baik terhadap Ayu? Mana tahu, dia ingin mencederakan Ayu kerana insiden lama itu. Tidak mustahil dia masih menyimpan dendam.

"Mak ngah tak sedap hatilah Yu. Kamu tak payahlah pergi. Dengar cakap mak ngah ya, nak?" Rayunya dengan sebak. Kolam air matanya mula bertakung. Ayu menarik nafas dalam. Susah betul nak pujuk Amilah.

"Mak ngah, Ayu tak akan apa-apa. Percayalah. Lagipun, Ayu pergi sana sebab nak bincang pasal sesuatu dengan Razman. Mak ngah janganlah fikir benda yang bukan-bukan ya?" Belum sempat Amilah bersuara, bunyi hon dari luar rumah mengejutkan mereka berdua.

"Ayu..." Amilah menyambar lengan Ayu. Cuba menghalang.

"Mak ngah, teksi dah sampai tu. Ayu kena bertolak sekarang. Ayu pergi dulu ya...mak ngah jaga diri. Jangan lupa kunci pintu. Assalammualaikum." Ayu meleraikan cengkaman Amilah pada lengannya. Beg tangan segera digantung ke bahu sebelum dia melangkah keluar ke halaman rumah.

Sebaik sahaja teksi yang dinaiki Ayu itu beredar, Amilah segera berlari masuk ke dalam bilik tidurnya lalu menyelongkar laci almari baju lama. Telefon bimbit Nokia pemberian Ayu dibawa keluar sebelum dia kembali ke ruang tamu.

Alas meja televisyen diselak sedikit, lalu sehelai kertas perca dikeluarkan. Amilah mendail nombor yang tertulis pada kertas itu pada telefon bimbitnya sebelum melakukan panggilan. Jantungnya mula berdebar apabila talian berhubung.

"Hah, hello, ini...ini Wahid ke? Makcik, ibu saudara Ayu. Macam ni, Ayu pergi jumpa dengan Razman dekat bandar. Dah, dah. Makcik dah halang dia, tapi dia pergi jugak. Makcik takut Razman buat benda yang tak baik pada Ayu. Ya...ya. Baik. Terima kasih ya Wahid. Waalaikummusalam." Amilah mengurut dada. Nasib dia masih menyimpan nombor Wahid. Dulu, dia pernah melihat Ayu menyelitkan kertas itu di bawah alas meja ini.

Ayu melangkah ke arah seorang lelaki yang sedang melambai ke arahnya. Dia melabuhkan duduk bertentangan Razman yang kelihatan tidak terurus.

Keliling mereka dipenuhi dengan orang ramai. Jadi, Ayu tidak berasa takut untuk berhadapan dengan lelaki itu. Wajah lesu Razman dipandang sekilas.

"Kenapa awak nak jumpa saya?" Razman merenung lama wajah Ayu. Wanita itu kelihatan sangat berbeza sekarang. Nampak lebih berisi, kulitnya juga bersih tanpa kesan lebam.

"Abang nak minta maaf. Abang tahu, maaf abang tak boleh hilangkan trauma Ayu. Tapi, sungguh, abang minta maaf sangat-sangat. Terpulang pada Ayu, nak maafkan abang ataupun tak. Abang tak paksa. Cuma, abang tak nak dosa abang pada Ayu berlarutan lama-lama." Mata bundar Ayu ditatap kecewa. Dulu, dia terlalu bodoh. Bertindak melulu sehingga menyakiti wanita itu.

"Mana keluarga awak? Saya takut, diaorang fikir yang bukan-bukan pada saya." Ujar Ayu, cuba menukar topik. Sejujurnya, dia masih marah terhadap Razman. Tatapan lelaki itu juga membuatnya berasa tidak selesa.

"Mak abang ada dekat kampung abah. Dia dah tak nak tinggal dekat kampung tu lagi. Jiran mula kata benda yang bukan-bukan pasal kami." Jawab Razman.

"Oh..." Ayu menunduk, cuba elak pandangan lelaki itu.

"Abang dah ceraikan Tini." Ayu tergamam. Sangkanya, lelaki itu masih bersama Kartini. Rupanya tidak. Dia agak terkejut dengan berita itu.

"Biarlah dia bahagia dengan orang lain. Abang tak nak seksa dia, macam abang seksa Ayu dulu." Ujarnya dengan ikhlas. Dua tahun lalu, dia dipaksa untuk menikahi Kartini oleh ibunya, Dalilah. Suara-suara sumbang orang kampung membuatkan Dalilah berasa panas hati dengan Ayu kerana tergamak membuat laporan terhadap Razman sehingga anak kesayangannya itu terpaksa tinggal di dalam lokap selama seminggu.

Itupun, nasib baik ada pegawai yang menghubunginya lalu memberitahu tentang Razman, kalau tidak, sampai ke sudahlah dia tidak tahu tentang keberadaan lelaki itu.

Dalilah memujuk Jalil, pekerja lamanya untuk mengahwinkan anak sulungnya, Kartini bersama Razman. Namun, usia perkahwinan mereka kekal selama 2 tahun sahaja.

Razman tidak pernah menyentuh Kartini apatah lagi menganggap gadis itu sebagai isterinya kerana dia masih mencintai Ayu.

"Nak order apa?" Perbualan Razman dan Ayu terhenti apabila seorang pelayan wanita berdiri di tepi meja mereka untuk mengambil pesanan.

"Err, bagi saya, iced lemon tea satu, milo iced satu. Makan, mi goreng dengan nasi goreng cina. Tu je." Pelayan itu menggangguk faham sebelum meninggalkan mereka.

"Awak masih ingat makanan kesukaan saya?" Soalnya tidak percaya. Razman tidak menjawab, sebaliknya tersenyum nipis.

Suasana antara mereka kembali canggung apabila kedua-duanya memilih untuk berdiam diri. Hanya Razman sesekali mencuri pandang ke arah Ayu yang kelihatan sibuk membelek telefon bimbitnya.

"Ini pesanannya." Mereka memberikan ruang kepada pelayan itu untuk menghidangkan makanan yang dipesan tadi di atas meja.

"Selamat menjamu selera." Pelayan itu tersenyum mesra sebelum kembali ke kaunter. Ayu dan Razman saling berpandangan sebelum Ayu melarikan wajah. Berbahang pipinya apabila mata mereka saling bertentangan.

"Makanlah. Nanti sejuk tak sedap pulak." Kata Razman, memecahkan kesunyian antara mereka. Ayu lantas mencapai sudu dan garfunya sebelum mula makan. Begitu juga dengan Razman.

"Ayu apa khabar? Dah ada berapa orang anak?" Hampir tersembur makanan dalam mulut Ayu kerana pertanyaan itu.

"Sa...saya belum kahwin lagi." Razman sedikit terkejut dengan jawapan Ayu. Sangkanya, Ayu sudah mendirikan rumah tangga bersama Wahid.

"Abang ingat..."

"Ingat apa? Ingat saya dah kahwin dengan Wahid?" Celah Ayu. Razman terkedu tanpa kata. Dia menggangguk perlahan.

"Tak mungkin saya boleh move on secepat itu Razman. Awak tahukan, saya sayangkan awak dulu? Tapi sebab cemburu buta awak tu, hubungan kita musnah. You destroyed everything!" Luahnya sebelum berlari keluar dari restoran itu.

"Kenapa aku kena jumpa kau?! Ya Allah! Kenapa?!" Air mata dikesat dengan lengan baju. Pandangan orang sekeliling diabaikan. Hatinya terasa sakit.

"So, all this time, I was clapping alone? Sick!" Wahid tersenyum sinis. Sejak tadi, dia memerhatikan Razman dan Ayu dari jauh. Selepas mendapat panggilan daripada Amilah petang tadi, Wahid menyuruh orang-orangnya untuk mencari lokasi mereka. Dia bergegas ke sana, untuk memastikan Ayu berada dalam keadaan yang selamat. Namun, lain pula yang terjadi. Wahid menarik nafas dalam.

"So, this is how it's feel hah?" Bisiknya sebelum meninggalkan tempat itu.

alamak, Ayu masih sygkan Razman lah korang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience