Bab 10: Tidak Pulang

Short Story Series 116383

Azimah masih sabar menunggu kepulangan Arshad dan Mukhriz di hadapan gazebo bersama rasa debaran.

Ayuni sudah dia arahkan untuk kekal berada di dalam bilik. Selagi tidak dipanggil untuk keluar, jangan keluar langsung dari situ.

Hujan yang merintik di luar dipandang sekilas lalu sebelum dia mengambil tempat di bangku bersebelahan jendela rumah pula. Tubuhnya sedikit menggigil kerana kesejukan cuaca yang sedikit mendung, ditambah pula dengan titisan air hujan yang semakin deras menimpa tubuhnya.

Mata kuyu Azimah masih terarah pada jalan di hadapan. Mana Dato ni?

Sejam, beransur ke 2 jam, kelibat Mukhriz masih tidak kelihatan. Azimah menoleh ke arah jam yang tergantung pada dinding. Dia meneliti kedudukan jarum pada jam berkenaan dalam kepayahan. Faktor usia membuatkannya sukar untuk melihat benda-benda kecil dengan jelas.

Sudah mencecah pukul 10 pagi. Mustahil majikannya keluar awal-awal pagi tanpa bersarapan terlebih dahulu. Atau, Mukhriz tidak pulang lagi ke rumah dari semalam dan bermalam di luar atas urusan kerja?

Boleh jadi juga tapi, mustahil Mukhriz tidak memberitahu kepada mereka terlebih dahulu mengenai ketidakpulangannya ke rumah.

Kelibat Arshad juga tidak kelihatan sejak dari pagi. Selepas mendengar segalanya daripada mulut Ayuni, Azimah terus bergegas naik ke bilik Arshad untuk bertemu dengannya.

Dia marah sekali dengan jejaka itu. Pintu bilik Arshad sudah diketuknya berkali-kali, namun tiada siapa yang keluar mahupun menyahut dari dalam. Dan, ketika dia melihat dari beranda, kereta milik anak majikannya tiada lagi di situ, begitu juga dengan kereta yang sering digunakan oleh Mukhriz untuk ke pejabat. Kadang, Mukhriz akan dihantar oleh pemandu, jika dia berasa malas untuk menempuh kesesakan lalu lintas di pagi hari.

Azimah masih setia menunggu di atas bangku yang sama. Fikirannya bercelaru saat mengenangkan keadaan Ayuni. Cucunya berkeras tidak mahu menjamah apa-apa sejak pagi. Dia bimbang Ayuni akan jatuh sakit kerana hal ini.

Selang beberapa minit, sebuah kereta memasuki perkarangan rumah banglo itu. Azimah lantas berdiri lalu menghampiri kenderaan berkenaan.

"Eh, Mak Mah!" Terkejut lelaki di dalam kenderaan itu. Hairan, melihat Azimah yang masih berada di sana.

"Haji...Ya Allah! Ingatkan siapa tadi. Haji dari mana ni? Dato tak ikut sekali?" Soal Azimah sambil menghalakan pandangannya ke arah tingkap kereta di bahagian penumpang belakang. Sepertinya tiada sesiapa di situ.

"Eh, Mak Mah tak tahu ke?" Soal Pak Mat dengan nada yang tinggi. Terkejut dengan pertanyaan orang gaji majikannya.

"Tahu...tahu apa tu Haji?" Berkerut dahi Azimah saat Pak Mat memandangnya dengan hairan. Pelik sangat ke penampilan aku pagi ni?

"Mak Mah...Dato dah takde." Jawab Pak Mat dengan datar. Dia antara individu yang terkesan dengan pemergian arwah Mukhriz. Majikannya itu terlalu baik dan pemurah dengan setiap pekerjanya.

"Takde? takde macam mana tu Pak Mat?" Entah mengapa Azimah berasa was-was dengan jawapan itu. Walaupun, dia hampir faham dengan butir kata Pak Mat, namun dia masih mahukan kepastian. Sesungguhnya, dia berharap, maksud pemandu majikannya itu lain dari apa yang sedang bermain dalam fikirannya.

"Mak Mah...hmm. Dia dah pergi tinggalkan kita semua. Dato dah meninggal dunia malam tadi." Ujarnya lagi sambil menahan sebak.

"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..." Menitik titisan air matanya saat menuturkan itu. Sungguh, dia tidak menyangka akan menerima berita yang cukup memilukan ini. Azimah terkesan dengan pemergian Mukhriz. Dia sudah menganggap Mukhriz seperti anak kandungnya sendiri. Lelaki itu terlalu banyak jasanya terhadap dia dan Ayuni.

"Mak Mah nak saya hantarkan ke pusara arwah?" Pak Mat menyoal lembut. Melihat tangisan Azimah, turut membuat air matanya menitis sama.

"Kejap Haji...saya...saya bersiap dulu." Tanpa memandang wajah Pak Mat, Azimah bergegas lari menuju ke bilik tidur yang terletak di bahagian dapur. Daun pintu terus ditolak kasar. Ayuni terjerit kecil saat ada yang cuba membuka pintu bilik itu dengan kuat. Kaget apabila dia melihat kekalutan Azimah yang tercungap-cungap mencari nafas. Segera Ayuni mendekati tubuh neneknya sebelum Azimah menggelengkan kepala, menandakan bahawa dia baik-baik sahaja.

"Yuni, bersiap sekarang. Kita ziarah pusara tuan." Rasa sebak itu kembali semula. Sukar untuk dipercaya, insan sebaik majikannya itu sudah tiada lagi di muka bumi ini.

"Pusara tuan?" Ayuni menyoal dalam kehairanan.

"Dato...dato dah takde Yuni. Dato meninggal malam tadi." Jawab Azimah dalam esakan.

""Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...Dato meninggal sebab apa opah?" Azimah lantas menggeleng kepala.

"Opah tak tahu. Cepat bersiap, Pak Mat tengah tunggu kita kat depan. Cepat..." Ayuni segera membuka pintu almari pakaian mereka sebelum mengeluarkan dua pasang baju kurung dan dua helai selendang hitam. Sehelai daripadanya dia hulurkan kepada Azimah. Mereka tidak mempunyai baju yang lebih sesuai untuk dipakai sebenarnya, hanya baju kurung lusuh hitam bercorak bunga sahaja yang mereka ada. Dalam keadaan darurat seperti ini, pakai sahaja apa yang ada.

Setibanya di pusara Mukhriz, Ayuni melangkah sedikit jauh dari kedudukan Arshad yang sepertinya sedang berbual bersama ustaz dan beberapa orang masjid. Dia memutuskan untuk berdiri berhampiran sebuah pohon kecil, tidak jauh dari yang lain. Dia tidak mahu melihat wajah apatah lagi berhadapan dengan Arshad buat masa sekarang.

Azimah menghampiri pusara yang masih basah itu bersama genangan air mata. Pak Mat memimpinnya lalu membantunya untuk duduk di atas tikar yang sudah disediakan. Kebanyakan orang yang hadir tadi, nampaknya sudah beransur pulang. Yang ada, hanyalah kenalan terdekat Mukhriz sahaja.

"Nanti, kalau ada apa-apa lagi, bolehlah hubungi saya..." Arshad mengangguk perlahan sambil tersenyum tipis ke arah ustaz dan beberapa orang masjid yang banyak membantunya tadi.

"Insha Allah...saya akan call ustaz." Saat dia berpusing ke belakang, dia terpandang Ayuni yang sedang berdiri sambil melihat pusara arwah bapanya. Entah mengapa, kehadiran gadis itu membuatkannya ingin mengamuk di situ. Namun, kerana ada ramai orang di situ, dia cuba menenangkan diri. Dia masih perlu menjaga air muka bapanya, dan air muka sendiri.

Azimah memegang bahu Ayuni dengan lembut. "Kita balik dulu." Ayuni lantas mengangguk sebelum membuntuti langkah Azimah dan Pak Mat dari belakang sambil diperhatikan oleh Arshad yang sudah merah wajahnya. Semua ni terjadi sebabkan kau! Kau tunggu perempuan!

maaf terpaksa tinggalkan story ni lama sangat...mesti ada yg dah lupa jalan cerita sebelum ni kan...hehehe...MAAF para readers. ni kita dah update new chap, happy reading...and jgn lupa tinggalkan komen ye...thank youuu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience