Disini, Ku Menanti

Cassandra Dicentra

Short Story Series 117348
5
(212 ratings)

Synopsis

Puteri Ayuni, seorang gadis kampung tanpa apa-apa keistimewaan. Ditinggalkan oleh si ibu sejak lahir, menjadikan si bapa mula berubah menjadi seorang yang bengis lalu terjebak dalam kancah perjudian. Kebajikannya sebagai seorang anak sering terabai sehingga Ayuni terpaksa berhenti sekolah demi menyara keluarga. Nasib sahaja, masih ada nenek yang sering menjadi tulang belakang serta melindunginya daripada baran Kasim. "Jangan abah, jangan jual rumah ni. Mana Ayuni dengan nenek nak pergi nanti?" Raungannya sekadar angin lalu. Duit hasil jual geran rumah diciumnya penuh bangga. Malam ni dapat berjudi, bahagia hidup aku. "Tolong kami tuan, kami takde tempat nak berteduh. Saya dengan cucu saya tak kisah, asalkan kami mendapat tempat perlindungan dan sesuap nasi buat mengalas perut. Jadi kuli seumur hidup di rumah tuan pun, kami sanggup." Azimah merayu. Ke mana lagi dia mampu pergi bersama cucunya yang baru mencecah usia 19 tahun. Dunia luar terlalu asing dan bahaya buat mereka berdua. "Nek...Ayuni...kesucian Ayuni diragut tanpa belas kasihan oleh binatang tu nek!" Bagaikan ada satu batu yang menghempap dada. Azimah terkedu mendengar berita itu. Jatuh air mata, menangisi nasib yang menimpa cucunya. "Nenek ni gila ke? Nak saya bertanggungjawab bagai! Saya boleh bagi ganti rugilah. Sebut je berapa harga cucu nenek, saya boleh bayar!" Membawa perut yang semakin membesar, bekerja pula sebagai kuli di rumah manusia yang sudah merosakkan hidupnya, sedikit sebanyak menjejaskan mental dan emosi Ayuni. Kalaulah aku dilahirkan dalam keluarga yang baik-baik, mesti semua ni takkan terjadi. "Maafkan i. I akan bertanggungjawab atas anak ni." Kata-kata maaf daripada seorang Arshad Harizal tidak akan mampu mengembalikan ketenangan yang sudah lama lenyap daripada hidup Ayuni. Bongkak, angkuh, pentingkan diri! Mana mungkin aku boleh bahagia dengan lelaki sebegini. Apakah yang bakal terjadi kepada Puteri Ayuni? Dapatkah dia mengecapi kebahagiaan yang dia dambakan selama ini? Atau sebaliknya... Akan ku menanti kebahagiaan yang sering ku pinta dalam doaku, Ya Allah... *mempunyai unsur negatif(baca di atas tanggungjawab sendiri) *slow update *nama watak, keadaan, situasi, tempat, atau apa-apa perkara yang ditulis di dalam karya ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak mahupun individu/organisasi. *just a cliche story-jangan letak harapan yang tinggi *baca santai-santai Gambar Latar :Freepik Image by <a href="">Freepik</a>


Share this novel

Rate this story


Comments

babybiy
2025-06-14 

bila nk update

azie_hamid
2024-12-17 

tq update

Syar_Faa
2024-12-17 

Mn chapter 57??xde pon.. Tp naik noti..

Cassandra Dicentra

365 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience