Dua hari yang lepas...........
BUKK! BUKK!
"Arghhh, sakitlah babi!" Jeritan itu bergema di ruang restoran. Pekerja yang sedang sibuk mengemas mengalihkan pandangan terhadap dua orang pelanggan yang masih belum beredar dari sana.
Sebelum mendengar suara jeritan, mereka juga ada terdengar satu bunyi seakan tamparan yang kuat pada permukaan yang lembut. Mungkin itu yang membuatkan perempuan di hadapan mereka menjerit tak tentu arah.
"Tahu sakit! Yang kau jentik dahi aku tu, ingat aku ni takde deria rasa ke?!" Bentak Wahid. Dia betul-betul menyesal bertemu dengan Ayu lagi-lagi, bersetuju untuk makan bersama. Dengan marah, dia menyentuh semula kawasan dahinya yang sudah merah.
"Eh, aku jentik perlahan je kan...Yang kau tumbuk lengan aku tu dah kenapa?!" Pekik Ayu tanpa menghiraukan tatapan pekerja-pekerja di situ. Tubir matanya mula panas.
Sakit yang tidak dapat dia gambarkan dengan kata-kata. Tergamak Wahid menumbuk dirinya sebegitu rupa. Sakit dapat, malu pun dapat.
Tanpa berkata lanjut, Ayu terus mencapai beg tangannya sebelum meluru keluar dari restoran berkenaan bersama linangan air mata. Dia tidak mahu Wahid nampak tangisannya. Pasti lelaki itu akan mengetawakannya nanti.
"Ahh..." Tidak sempat dia menyeberang jalan, tubuhnya seakan ditarik kuat oleh sesuatu dari arah belakang. Ayu berpusing 90° angkara tarikan itu tadi. Mulutnya sedikit ternganga saat Wahid membelek lengannya dengan serius.
Sesaat, dua saat, Ayu bertindak menarik semula pergelangan tangannya daripada terus disentuh oleh Wahid. Air mata segera diseka. Harap sahaja lelaki itu tidak perasan air matanya.
"Sinilah, aku nak check." Wahid cuba mencapai semula tangan Ayu tapi wanita itu segera mengalihkan kedua tangannya ke belakang.
"Tak payah nak sentuh akulah. Dahlah bukan muhrim." Sembur Ayu. Wahid terdiam buat beberapa ketika. Ya, lupa pula hal yang satu itu. Terlalu fokus memeriksa keadaan lengannya, sehingga dia terlupa mengenai status Ayu. Ayu bukan pesakitnya dan dia tidak boleh memegang seorang wanita sesuka hati, lagi-lagi di tempat awam seperti ini.
"Jom ikut aku ke klinik. Aku tengok-tengokkan." Ayu tidak memberikan sebarang respon sebaliknya berterusan mendiamkan diri.
"Jomlah...Aku doktor jugak. Boleh check-check dulu, kot-kot ada kecederaan kat dalam." Gesanya.
"Ya..." Kata-kata Ayu terhenti di situ apabila dikejutkan dengan bunyi deringan dari telefon bimbitnya.
Dia menyeluk ke dalam beg tangannya sebelum membawa keluar peranti yang sedang berbunyi itu. Ianya terus ditekapkan ke telinga. Wahid hanya memandang tanpa bersuara.
"Ya? Ada kat luar lagi. Dalam 15 minit Ayu sampai. Ya...Ya...Okay, assalammualaikum." Telefon bimbitnya terus dimasukkan ke dalam beg tangan sebelum dia mengalihkan pandangan pada Wahid.
"Aku balik dulu. Apa-apa hal, boleh call aku dekat nombor ni..." Sekeping kad dihulurkan kepada Wahid.
"Esok datang ke klinik aku. Boleh periksa lengan kau." Dia menerima huluran Ayu sebelum melihat maklumat yang tertera pada kad berkenaan.
"Ayu Zaitun, Assistant Manager Unique Tradings..." Dia tersenyum tipis.
"Aku balik dulu. Dah lambat ni. Assalammualaikum..." Ayu membawa dirinya pulang dengan wajah yang muram. Selepas kereta yang dipandu oleh Ayu beredar dari tempat letak kereta, Wahid melangkah ke arah keretanya untuk pulang ke klinik.
"Lambatnya doktor masuk balik. Tadi ada pesakit bising. Nasib saya sempat call Doktor Haliza untuk gantikan tempat doktor. Berkali-kali saya call, doktor tak angkat pun..." Keluh Rita. Dia kelihatan sedikit pucat. Mungkin terlalu penat menguruskan klinik bersendirian dalam keadaan berbadan dua. Lagi dua orang jururawat, mengambil cuti sakit pada hari itu. Wahid menggeleng perlahan.
"Saya memang nak masuk awal tadi. Tapi, entahlah...Susah nak jelaskan. Awak boleh balik. Takpe, saya boleh handle sendiri." Wajah kendur Wahid diperhatikan Rita. Jarang dia melihat Wahid beriak seperti itu. Selalunya, dia seorang yang banyak mulut.
"Kalau macam tu, saya balik dululah. Doktor betul ke boleh handle sorang-sorang?" Soal Rita dengan risau. Ini kali pertama, Wahid terpaksa bertugas tanpa pembantu.
"Yes. You may go home and take some rest." Dia terus melangkah masuk ke dalam biliknya, meninggalkan Rita di kaunter perdaftaran.
"Haih, apa kena dengan doktor? Selalunya tak macam ni...Ada masalah ke?" Bisik Rita sambil mengemas beg kerjanya. Sebentar lagi dia akan menghubungi Ariz untuk datang menjemputnya.
Sudah dua hari berlalu, dan tiada sebarang panggilan yang diterimanya daripada Ayu. Semalam, sudah beberapa kali dia menghubungi wanita itu untuk menanyakan tentang keadaan lengannya, namun panggilan tidak dijawab. Hal ini semakin membimbangkan Wahid.
"Kenapa tak angkat call aku? Merajuk ke? Tapi, dia bukan jenis kuat merajuk..." Fikirnya. Fail pesakit di atas meja tidak terusik langsung sejak dari pagi. Beberapa orang pesakit yang datang untuk pemeriksaan sudah dia serahkan kepada Doktor Danny untuk diuruskan. Dia betul-betul kehilangan mood pada hari itu. Kesal pun ada kerana bertindak kasar terhadap Ayu.
Tok Tok
Wahid menghalakan pandangan ke arah pintu biliknya. Rita masuk ke dalam bersama beberapa helaian kertas dan secawan kopi yang masih panas.
"Nah. Air kopi dan tolong sain dekat sini. We need to order for a new medicine brand." Dia meletakkan air kopi dan kertas-kertas berkenaan di hadapan Wahid untuk ditandatangan.
"Thanks for the coffee. Nanti saya serahkan balik borang-borang ni." Rita keluar dari bilik Wahid dengan membawa fail pesakit yang terdapat di atas meja Wahid untuk diserahkan kepada Doktor Ida.
"Lah...kosong?!" Rita terperangah melihat helaian kertas di dalam fail itu yang masih belum terisi sepenuhnya.
"Apa kena dengan doktor Wahid ni...Ish, aku jugak yang kena isi. Kalau tak, kena leter pulak dengan doktor Ida nanti." Dia mencapai pen yang terletak bersebelahan kaunter pendaftaran sebelum duduk di atas sofa berhampiran pintu masuk klinik.
Lega rasanya apabila punggung menyentuh permukaan yang empuk dan lembut itu. Sejak mengandung, dia berasa tidak selesa untuk duduk di atas kerusi kerjanya kerana mudah sakit belakang.
"Tak jawab lagi!" Getus Wahid sebelum mencampakkan telefon bimbitnya ke tengah meja. Dia runsing memikirkan keadaan Ayu.
Macam mana kalau lengan dia bengkak atau ada apa-apa kecederaan dari dalam? Takkan dia nak pergi terus ke pejabat wanita itu demi melihat keadaan lengannya? Tak munasabah langsung!
"Opah, boleh tak buatkan Yuni milo panas? Badan Yuni rasa sejuk." Tubuh yang berbalut sehelai cardigan lusuh itu dipeluk erat. Azimah membalas permintaan cucunya dengan senyuman.
"Nek, buatkan saya milo panas. Sejuklah hari ni." Azimah dan Ayuni saling berpandangan dengan hairan.
Arshad tidak pergi pejabat ke hari ini? Ayuni membatu di kedudukannya sambil melihat ke arah Azimah.
Arshad hanya beriak biasa tanpa mengendahkan kehadiran Ayuni di meja makan. Dia mencapai kuih karipap yang sudah sejuk di atas meja makan sebelum memasukkannya ke dalam mulut.
"Nak kuih?" Piring berisi karipap itu ditolak ke arah Ayuni yang sejak tadi merunduk. Lantas Ayuni menggelengkan kepala tanpa memandang wajah Arshad.
"Okay..." Dia menarik semula piring itu sebelum memasukkan seketul lagi kuih karipap ke dalam mulutnya. Begitu berselera dia mengunyah kuih itu.
"Nah milo panas." Azimah meletakkan dua cawan berisi air milo panas di atas meja. Satu diserahkan kepada Arshad dan satu cawan lagi diletakkan di hadapan Ayuni.
Dia tahu cucunya berasa tidak selesa dengan kehadiran Arshad di situ. Selalunya, Ayuni hanya akan keluar dari bilik selepas Arshad bertolak ke pejabat.
Kalau lelaki itu ada di rumah, Ayuni akan mengurungkan dirinya di dalam bilik sehinggalah lelaki itu masuk ke dalam biliknya. Pagi tadi, dia tidak nampak kelibat Arshad di dapur. Dia sangka, lelaki itu sudah lama bertolak ke pejabat dan tidak bersarapan di rumah.
"Hari ni, Arshad cuti ke?" Soal Azimah sambil menambahkan ketulan kuih karipap di atas piring yang sudah kosong.
"Ya. Tak sihat." Arshad terus mengambil lagi sebiji sebelum memasukkannya ke dalam mulut.
Ayuni tidak berganjak dari tempat duduknya. Punggungnya seakan sudah melekat pada kerusi. Nak angkat kepala pun dia tidak mampu. Menyesal juga, kerana keluar dari bilik saat lelaki itu ada di rumah.
"Tengok apa kat bawah tu? Taknak makan? Sedap ni..." Azimah terkedu mendengarnya. Dia menghulurkan seketul daripada kuihnya kepada Ayuni.
"Ahh...err...takpe." Suara Ayuni hampir hilang apabila Arshad menghulurkan sebiji kuih karipap kepadanya. Nak buat apa ni? Mata lelaki itu juga sedang tepat memandang ke arahnya.
Jangan lupa komen
Share this novel