Bab 16: Curang

Short Story Series 116383

"Eh, takkan kerja macam ni pun korang semua tak tahu nak buat?!" Masing-masing terdiam melihat amukan Arshad.

Bilik mesyuarat serta merta menjadi sunyi. Beberapa orang staf menundukkan kepala menekur lantai. Tidak ada yang berani menatap wajah bengis Arshad apatah lagi membuka mulut, membalas soalannya.

"Projek tu dah lama tergendala. Sebab apa? Sebab takde yang pergi jumpa dengan pihak syarikat Venus. Bila saya check balik fail ni semalam, I was so shocked! The same projects was postponed for almost 5 times! 5 times! 5 kali!" Seiring tempikan, dan bunyi hentakan yang kuat pada meja, membuatkan staf-staf di situ terperanjat.

Masing-masing tidak mahu menjawab, mahupun membela diri. Ini kali pertama mereka dimarahi sebegitu rupa. Selama syarikat ini di bawah naungan Dato' Mukhriz, tidak pernah sekalipun lelaki itu meninggikan suara, kecuali jika terdapat kecuaian daripada pihak pekerja.

"Aziz! Check semula fail ni, dan buat appointment dengan pihak sana. Saya taknak dengar any excuses anymore! Yang saya tahu, this project, mesti sampai ke tangan kita! Dah boleh bersurai." Seusai memberikan arahan, Arshad terus meluru keluar dari bilik mesyuarat dengan berang.

Pintu bilik mesyuarat dihempas kasar sebelum dia melangkah pantas menuju ke dalam biliknya. Naik turun nafas Arshad tika itu. Ikatan tali leher pada lehernya terus dilonggarkan sebelum ianya dicampak di atas sofa.

"Bodoh! Macam mana papa boleh hired orang-orang pemalas macam ni. Entah apa pandangan syarikat Venus dekat syarikat aku selama ni. Oh god..." Keluhnya dengan kuat. Dia peduli apa sekiranya staf-staf di situ terdengar omongannya sekalipun. Kerja, tapi tak serupa bekerja.

Tok Tok Tok

Arshad menoleh ke arah pintu. Semakin berdenyut kepalanya akibat menahan marah. Siapa pulak yang berani menganggunya pada saat-saat seperti ini.

"Masuk!" Arahnya dengan kasar.

"Err, Encik Arshad, boleh saya bersihkan bilik ni?" Mak Jah yang terjenguk dari sebalik pintu itu dipandang tajam. Jelas terpampang ketakutan pada wajah tua itu.

"Silakan." Arshad terus menyandarkan tubuhnya pada kerusi kerja tanpa menghiraukan Mak Jah. Perempuan separuh abad itu, mulai kerja pembersihannya seperti biasa.

Agak kekok, kerana ini kali pertama, dia membersihkan bilik itu dengan kehadiran Arshad. Selalunya, Arshad akan tiba sedikit lewat, tapi pada hari ini, awal-awal pagi lagi kelibat lelaki itu sudah kelihatan di pejabat.

"Maaf, Encik nak saya buatkan air ke?" Soal Mak Jah dengan lembut. Dia sudah siap membersihkan bilik itu. Ikutkan, dia mahu terus keluar, dan menyambung tugasnya yang lain, tapi, hatinya terdetik untuk menanyakan soalan itu setelah melihat keadaan Arshad yang kelihatan seperti sedang menahan sakit.

Tiada balasan daripada Arshad. Senyap. Lelaki itu memejamkan matanya, sementara dahinya sedikit berkerut.

"Encik Arshad?" Mak Jah memberanikan diri untuk memanggil lagi. Bukan niatnya mahu sibuk, tapi nalurinya sebagai seorang ibu, yang juga mempunyai dua orang anak lelaki sebaya Arshad, membuatkannya rasa bersalah untuk mengabaikan keadaan lelaki itu. Biarlah kena marah sekalipun. Mana tahu, dia benar-benar memerlukan bantuan.

"Hrmm..." Baru Arshad memberikan reaksi. Perlahan dia membuka kedua kelopak matanya lalu melihat wajah Mak Jah yang sedang memandang tepat ke arahnya. Dalam kepayahan, Arshad membetulkan posisi duduk.

"Kenapa ya?" Dia menyoal hairan. Sepertinya dia terdengar wanita itu memanggil namanya sebentar tadi.

"Encik nak saya buatkan kopi? Encik Arshad nampak macam tak sihat. Nak Mak Jah panggilkan siapa-siapa untuk hantarkan Encik ke klinik?" Terpamer riak kebimbangan pada wajah tua itu.

"Saya okay. Terima kasih." Walaupun berat hati, namun Mak Jah anggukkan sahaja. Mungkin majikannya mahu berehat.

"Baiklah. Mak Jah keluar dulu ya..." Arshad mengangguk perlahan sambil melihat Mak Jah yang sudah berdiri di hadapan pintu biliknya.

"Mak Jah." Sontak, Mak Jah berpaling ke arah Arshad.

"Tak perlu panggil saya Encik. Panggil Arshad je." Mak Jah membalasnya dengan senyuman tipis sebelum keluar dari bilik berkenaan.

Perlahan Arshad membuka sebuah laci yang terdapat pada meja kerjanya sebelum membawa keluar sebuah bingkai gambar.

Wajah wanita yang sedang tersenyum sambil memeluk seorang kanak-kanak lelaki itu ditatap sayu. Kenangan lama mula menerjah ruang ingatan Arshad, sewaktu dia berusia 7 tahun.

"Mama, mama nak pergi mana? Arshad nak ikut...Arshad takut duduk sorang-sorang." Rengek kanak-kanak kecil itu. Lengan ibunya dipeluk erat.

"Arshad, jangan buat mama marah. Go inside your room and sleep. Mama nak keluar kejap. Jangan buat mama marah." Tekan wanita itu. Dia melepaskan pelukan anaknya dengan sedikit kasar.

"Nancy, bring him inside!" Orang gajinya segera menghampiri sebelum menarik tubuh Arshad untuk mengikutinya masuk ke dalam bilik. Takut-takut dia bersuara supaya majikannya itu tidak mengamuk.

"Jom, ikut kakak. Kita main masak-masak nanti ye..." Bagaimanapun, pujukan itu tidak menenangkan Arshad. Kanak-kanak itu berterusan menangis sebelum menjerit saat melihat tubuh ibunya hilang di sebalik daun pintu. Tubuh Nancy ditolak dengan kuat, sebelum dia berlari ke arah tingkap.

Ibunya sedang berpelukan dengan seorang lelaki yang dia tidak kenal sama sekali. Selang beberapa saat, keduanya masuk ke dalam sebuah kereta, dan beredar dari situ.

Ketika itu, Arshad benar-benar menyangka bahawa ibunya pergi bekerja. Tapi, semakin dia menginjak ke usia remaja, dia mula faham dengan jelas.

Ibunya tidak akan sesekali keluar dari rumah sekiranya Mukhriz berada di rumah. Jika, Mukhriz mempunyai pekerjaan di luar negeri atau negara lain, waktu itulah ibunya akan bergelak sakan atau keluar bersama lelaki itu.

Hal itu betul-betul menghancurkan perasaan Arshad sebagai seorang anak. Rupanya, ibunya mempunyai hubungan dengan lelaki lain tanpa pengetahuan Mukhriz.

"Don't yell at me! Mama pun bukannya baik sangat. Don't let me tell everything to papa." Serta merta riak wajah Azida bertukar cemas. Dia merapati Arshad sebelum berlutut di hadapan anaknya itu.

"Tolong jangan beritahu dekat papa. Mama merayu sangat-sangat dekat Arshad. It was a mistake. Satu kesalahan yang mama takkan mampu lupakan sampai ke akhir hayat mama. I am so sorry!" Tangan yang ingin menyentuh tubuh anaknya itu lantas ditolak kasar oleh Arshad.

"Don't ever touch me with your dirty hands. Mama betul-betul buat Arshad rasa jijik. How could you having an affair with someone else, when you already have a husband. Papa bukan macam Uncle Sam, balik rumah mabuk, pukul anak bini. Tak bagi nafkah, sanggup jual anak demi duit. Kenapa mama kena buat macam tu pada papa?" Azida terpempan. Jiwanya hancur saat dicemuh oleh anak sendiri.

"It was a mistake. I was...I was in despair waktu papa Arshad tinggalkan kita for almost 2 years ke Eropah semata-mata untuk business dia. He doesn't even think about me. Mama rasa lonely sangat masa tu. Arshad baru 3 tahun. And at that time, Samuel yang banyak temankan mama until..." Azida mati kata selepas itu. Dia mengakui, segala yang terjadi itu merupakan kesilapannya sendiri. Berlaku curang itu atas pilihannya sendiri.

"Until what? Until fall in love with him?! Tak rasa malu ke buat macam tu pada Arshad, pada papa? You destroyed my trust that I used to put on you mama. The day, I faham semuanya tentang mama dengan lelaki tu, I dah hilang hormat pada mama. Never, ever call me your son! Tak guna menyesal sekarang. Dah tua-tua, baru nak kembali ke pangkal jalan?" Sindirnya sambil tersenyum sinis. Azida hanya masuk menitiskan air mata di hadapan satu-satunya anak yang pernah dia kandung selama 9 bulan.

Sejak peristiwa itu jugalah, pendirian Arshad terhadap perempuan berubah. Dia sudah hilang kepercayaan apatah lagi rasa hormat ke atas kaum itu. Baginya, semua perempuan itu sama sahaja. Sanggup menipu pasangan demi wang ringgit dan perhatian serta keseronokan sementara.

Bingkai gambar itu terus dimasukkan ke dalam tempat yang sama sebelum laci berkenaan ditutup rapat. Tiada gunanya dia mengimbau kenangan-kenangan lampau yang tidak memberikan apa-apa kegembiraan kepada dirinya itu.

"There is no such thing as loyalty these days." Bisiknya. Pandangan dihalakan ke arah tingkap gergasi yang memaparkan kesibukan kota Kuala Lumpur yang mulai sesak dengan himpunan kenderaan. But, is she the same or?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience