Bab 55: Tertekan

Short Story Series 116383

Arshad yang sedang ketawa terbahak-bahak itu dijeling tajam oleh Wahid. Rasa menyesal pula kerana menceritakan perkara sebenar kepada Arshad.

"Jangan nak over sangat boleh? Aku debik sat lagi, apapun tak dapat!" Semburnya dengan geram.

Namun, amarannya tidak diendahkan Arshad, sebaliknya dia masih ketawa sambil menekan perut yang mula senak.

DING
Wahid membaling tin minuman yang sudah kosong ke arah Arshad. Nasib, Arshad sempat mengelak sebelum tin itu terpelanting ke kepalanya.

"Woi, easy man! Aku gurau je. Janganlah serius sangat." Tawa nakalnya langsung terhenti. Arshad mengurut dada, cuba menyedut nafas.

"Gelak serupa setan tu pasal?! Nak mampus?!" Sembur Wahid lagi. Hatinya terbakar kerana sindiran Arshad. Orang tengah patah hati, dia boleh buat main.

"Alah, come on lah Wahid. Aku cuma tak boleh brain, kau broken sebab Ayu. Macam dejavu pulak. Dulu kau ketawakan aku sebab Ayuni, lahni, terpalit dekat kau pulak. Ini yang orang kata, roda kehidupan itu sentiasa berputar. Next time, jangan terlalu gelakkan orang. Kan dah merasa." Wahid mengerling Arshad. Nak balas dendam sekalipun, tengok timinglah brother.

"Oh, jadi sekarang ni, kau nak kata yang aku ni kena kifarah lah ya?" Soalnya dengan sinis.

"Bukan. Aku cuma nak kata, jangan sesekali kita perlekehkan masalah orang. Takut nanti, kita pun kena situasi yang sama. Macam kau sekarang ni." Jawab Arshad dengan perlahan. Dia faham perasaan Wahid. Cuma, situasi mereka sahaja yang berbeza.

"Aku streslah. Dah macam-macam aku buat untuk dia. Last-last, dia boleh sayang lagi dekat ex husband dia. Sakit betul hati aku ni." Sebutnya sebelum meluruskan badan. Dada yang sesak itu ditumbuk-tumbuk.

"Hmm. Pasal perasaan ni, susah kita nak persoalkan. Tapi, kau boleh try bincang dulu dengan Ayu." Cadang Arshad sebelum membongkok mengutip tin minuman di atas lantai.

"Nak bincang apa? Benda dah tahu jawapan. Biarlah...Dia nak sangat jantan tak guna tu." Arshad menggeleng melihat reaksi Wahid.

"Erm, apa kata kita buat macam ni?" Arshad menggeselkan bahunya pada bahu Wahid. Wahid memicingkan mata.

"Buat macam apa?" Jeling Wahid. Arshad teguk air liur. Dia menghampiri telinga Wahid sebelum membisikkan sesuatu.

"Baik kau cakap je. Daripada bisik-bisik, padahal idea lapuk! Ish..." Rungut lelaki itu sebelum bangun dari tempat duduknya. Arshad juga berdiri sebelum mengekori langkah Wahid dari belakang. Mereka menuju ke arah bilik kerja Wahid.

"Eh! Apa pasal kertas ni masih ada di atas meja saya Rita?!" Kelam kabut Rita meninggalkan tugasnya di kaunter lalu bergegas masuk ke dalam bilik Wahid. Arshad memandang sahaja mereka berdua. Tiada niat untuk masuk campur.

"Err, kertas yang mana satu doktor?" Soal Rita takut-takut. Bukan selalu Wahid mengamuk seperti ini. Kepala digaru sementara menanti jawapan daripada Wahid. Sesekali dia melirik ke arah Arshad yang juga sedang memandangnya. Aduh, malu betul kena sembur depan orang.

"Ni!" Wahid melemparkan kertas-kertas itu ke atas meja kopi. Rita tercengang sambil meramas jemarinya. Aku dah pesan dekat Fida semalam, siapkan kerja tu cepat. Haihh... Keluhnya dalam hati.

"Awak dengar tak soalan saya tadi Rita?!" Rita menggemam mulut. Menggangguk perlahan.

"Dengar doktor. Mungkin Fida terlupa kut. Takpe, biar saya settlekan." Rita mengutip helaian-helaian yang sudah berselerak di atas meja satu persatu.

"Tak payah! It's not your job! Where is she? Suruh dia masuk bilik saya sekarang!" Rita dan Arshad sama-sama terkedu.

"Ba...baik doktor." Sebut Rita sebelum berlari keluar dari ruangan itu. Arshad berdeham perlahan.

"Relaks lah Wahid. Jangan marah-marah macam ni." Pujuknya.

"Nak relaks macam mana, kalau buat kerja pun sambil lewa macam ni. Bukannya buat kerja free, aku bayar kut. Nak isikan form pun lam...

"Err, doktor. Boleh saya masuk?" Wahid dan Arshad menoleh ke arah seorang gadis muda yang kelihatan resah di muka pintu. Di tangannya terdapat sebuah fail.

"Masuk!" Ujar Wahid dengan lantang.

"Doktor, maaf. Tadi saya..."

"Tadi apa? Awak nak bagi alasan yang sama lagi? Lupa? Awak ni ada short-term memory ke apa Fida?! Awak sedar tak, awak sekarang ni sedang intern dekat klinik saya? Ikutkan hati, sekarang jugak saya halau awak keluar dari klinik ni!" Jerkahnya dengan kuat. Bahu Fida terenjut kerana bentakan itu. Dia tertunduk malu. Air mata yang hampir mengalir itu cuba ditahan sebaik mungkin.

"Ma...maafkan saya doktor. Saya tak sengaja. Memang saya nak ambil form-form tu untuk isi petang semalam, tapi saya betul-betul terlupa lepas Doktor Ramu panggil saya untuk uruskan pesakit di Bilik 2. Maafkan saya doktor. Saya sedar saya selalu buat salah. Saya janji, saya takkan ulang lagi kesalahan yang sama lepas ni. Tolong jangan terminate saya. Nanti gred saya akan turun." Rayunya sambil mengesat air mata yang sudah menitis ke pipi. Wajah Wahid tidak dipandang.

Wahid melepaskan keluhan. "Saya bagi masa sampai petang ni. Siapkan form tu, and then put it on my table. Understand?" Fida menggangguk perlahan sebelum keluar dari bilik Wahid.

"Eh, nak ke mana tu Yuni? Kata nak tolong opah bersihkan halaman rumah hari ni?" Ayuni berhenti melangkah lalu berpaling ke arah neneknya sebelum tersenyum kecil. Kerutan pada dahi Azimah dipandang sekilas.

"Tak ke mana pun opah. Tadi, abang Arshad call, katanya nak suruh Yuni jagakan Adwa. Dia ada urusan dekat luar hari ni." Azimah menggangguk perlahan. Air peluh di dahi dikesat dengan lengan baju.

Orang tua itu berasa lega melihat senyuman yang terukir pada bibir Ayuni. Akhirnya, dia dapat menerima Arshad dan Adwa.

"Nak opah masak apa-apa ke untuk Adwa?" Ayuni menggeleng laju.

"Tak perlu opah. Nanti Yuni ingat nak order dekat luar je. Adwa nak makan ayam goreng. Jadi, opah tak payahlah masak hari ni." Pesannya. Azimah membalas dengan senyuman tipis. Cangkul di tangan disandarkan di tepi pagar.

Pin! Pin!

"Eh, panjang umur! Sampai dah." Kata Ayuni dengan teruja sebelum berlari ke arah kereta yang baru sahaja masuk ke perkarangan rumah. Arshad menanggalkan kaca mata hitamnya lalu menurunkan tingkap kereta.

"Hi Adwa! Jom, ibu bawa masuk." Ayuni membuka pintu di bahagian penumpang sebelum mendukung tubuh Adwa. Arshad mengambil kesempatan itu untuk menatap wajah Ayuni puas-puas.

Dua hari mereka tidak bersua muka kerana kesibukan Arshad di pejabat. Dia rindukan gadis itu.

"Haih, baru 2 hari tak jumpa, abang dah rindu dekat sayang." Luahnya sebelum mengucup dahi Adwa yang sudahpun berada dalam gendongan Ayuni. Gadis itu sedang berdiri di hadapan tingkap pemandu sementara Arshad masih berada di dalam kereta.

"Ada-ada je abang ni. Bukan ada buat video call ke?" Arshad mencebik. Ingin bermanja dengan kekasih hati. Hubungan antara mereka makin rapat.

"Tak sama. Kena tengok depan-depan, baru hilang rasa rindu tu." Ayuni tergelak kecil. Tangannya menepuk-nepuk punggung Adwa. Anak kecil itu sedang diulit mimpi.

"I miss you." Ayuni tidak menjawab sebaliknya menundukkan kepala. Malu dengan luahan Arshad. Lelaki itu semakin nakal sekarang.

"Dah-dah. Abang geraklah dulu. Nanti lambat pulak ke tempat kerja." Arshad menggeleng sambil memuncungkan bibir.

Azimah memerhati gelagat mereka dari jauh. Terhibur dengan perangai Arshad.

"Kita rindu awak. Awak tak rindu kita ke? Kenapa tak rindu kita? Kita rindu awak tau..." Ujarnya meleret. Ayuni tergelak lagi. Bukan main mengada lelaki itu sejak akhir-akhir ini.

"Ada-ada je abang ni. Ya, kita pun rindu awak jugak. Dah, cepat balik." Halaunya. Makin lama dia di sini, makin tidak keruan jadinya.

"Nak cium..." Kata Arshad sambil melekapkan telunjuk pada pipinya. Ayuni tergamam. Dia menoleh sekilas ke belakang, takut neneknya terdengar. Nafas lega ditarik apabila Azimah kelihatan sedang sibuk menyiram pokok-pokok bunga, sedikit jauh dari mereka.

"Ish, abang ni! Mana boleh. Jangan nak mengada. Cepat balik." Wajahnya sudah merah menahan malu. Nasib baik Adwa masih tidur.

"Kita nak Adwa yang cium kita. Eee, ibu Adwa otak biru...Cepat perasan." Ejek Arshad sebelum tertawa kecil. Cemberut pada wajah Ayuni membuatnya berasa geli hati.

Ayuni lantas menampar bahu lelaki itu. Suka menyakat orang. Grr...

"Alah, janganlah merajuk dengan kita. Kita main-main je tadi. Nak eratkan silaturahim. Betul tak nenek?!" Laung Arshad dengan kuat. Azimah yang tidak tahu apa, terkebil-kebil memandang ke arah mereka berdua.

"Apa dia?" Soal Azimah dengan polos. Wajah Ayuni dan Arshad dipandang selang seli.

"Takde apa nek. Saja tanya khabar. Nenek apa khabar?" Ayuni menggeleng sebal.

"Alhamdulillah, sihat. Arshad apa khabar?" Azimah menghampiri mereka berdua.

"Sihat jugak nek. Eh, kenapa nampak makin kurus ni?" Azimah tersenyum.

"Biasalah. Orang dah tua." Jawabnya sebelum menepuk lembut bahu Ayuni.

"Kalau ada apa-apa, call je Arshad. Insha Allah, kalau Arshad tak busy, Arshad boleh bawak nenek pergi check-up. Tapi, kalau Arshad sibuk, Arshad suruh pekerja Arshad bawakan." Pak Mat sudah berhenti minggu lepas. Lelaki itu ingin berehat selepas hampir 30 tahun berkhidmat sebagai pemandu untuk keluarga Arshad. Dia juga sudah terlalu tua untuk bekerja dan cepat penat.

"Susah-susah je Arshad. Nenek boleh panggil teksi je. Banyak teksi dekat sini." Tolak Azimah dengan lembut. Arshad sudah banyak membantu mereka.

"Saya akan cuba dapatkan pengganti Pak Mat dalam minggu ni. Senang sikit kalau nak ke mana-mana nanti." Ayuni menggangguk perlahan.

"Baiklah. Terima kasih banyak tolong kami." Ucap Azimah.

Arshad menjeling jam di dashboardnya.

"Saya mintak diri dulu nek. Dah lambat nak ke site ni." Azimah menggangguk faham.

"Hati-hati di jalan." Arshad membalasnya dengan senyuman tipis sebelum berpaling ke arah Ayuni.

"Kita mintak diri dulu wak. Jaga diri baik-baik." Azimah menahan tawa melihat gelagat cucu-cucunya. Biasalah, tengah hangat bercinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience